Wednesday, August 29, 2012

Usiaku 2 tahun...

alhamdulillah. sudah 2 tahun aku be'rumah tangga' dengan blog Hanamiko Sakura. err... garu kepala. jika dilihat di Blog Archive, start tahun 2011. apa pasal jadi 2 tahun?

sebenarnya. aku mula kenal-kenalan, beramah mesra dengan dunia blog pada tahun 2011. kerana ketika blog ini ditubuhkan. memang aku satu haram tak tahu langsung berkaitan dengan blog. just suka-suki buat blog tengok orang lain buat blog. akak-akak senior dekat sekolah punyalah beria memberitahu url blog mereka. sahabat terchenta Nur Sakinah, antara blogger yang membimbing aku cara-cara berbloging. (serius blur waktu itu) dan yang membimbing aku blog Hanamiko Sakura ditubuhkan ialah kezen terchenta. (dia merupakan seorang blogger juga. tapi blog dia nampak pelik. oleh sebab aku tak nak bagi korang pening tengok blog dia. so, aku tak nak bagi link :P) 

aku mula berjinak dengan blog di awal tahun 2011. waktu itu, aku hanya merapu meraban seorang diri. (yela, masa tu belum jadi peymes. ecehhh!) terjumpa pulak blog akak senior sekolah dulu. secara tidak rasmi, aku jadi pembaca tegar blog beliau. (secara silent reader) serius, aku tak tahu pun dan tak reti komen-mengomen. kerana aku lebih suka menjadi silent reader. :) sehinggalah aku menjumpai satu blog biru yang chantek molek. iaitu blogger kak Hanis :) cuba scroll cari top commentators. malas ek? takpe. ku berusaha untuk memaparkannya XD


beliau lah antara blogger pertama yang aku kenal. asal blogwalking. blog beliau tidak pernah ku lupa. terima kasih kak Hanis. arigatou-arigatou *sambil terangguk-angguk gaya orang jepun* XD. teringat lagi ketika waktu itu beliau memberi tutor agar word notification dibuang. memang aku tak tahu menahu kewujudan word notification itu. sadis. oleh sebab aku minat gila dengan negara matahari terbit itu. ku mula mengenali blogger-blogger yang tinggal di sana. antaranya kak Ayu dan kak Fatin :) dan ramai lagi lah.

tiba-tiba, teringat entri pertama yang cuba ku post. ada ke patut perginya post enrti game. hahaha! game spongebob masak crabby patties pulak tu. dah tu, game tu tak boleh buat main. last-last aku buang. background blog warna hitam bercorakan warna purple. header pic anime. ish ish ish *geleng kepala* 

back to title. aku nak ucapkan selamat ulang tahun blog kesayangan yang ditubuhkan pada bulan ogos 2010. :) semoga update selalu :P

MyLittleNote :: 31 ogos ni dekat I-City Shah Alam ada event tak? sekadar bertanya. jyaa ne!


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Monday, August 27, 2012

Bila kami sudah berkumpul...

Raya ke-5 aku dah mula kerja. Dup dap dup.. kenapa ek? Ohh.. rindu nak bekerja la ni. Work sweet work. Lama sangat bercuti. XD (ahaks! Bajet nak jadi pekerja terbaik ;P)

sebelum masuk kerja, pergi beraya dulu. Dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Ehem. Masih2 perangai masih sama je. We are still like kids. Wahaha! Bagi aku kan, lama tak jumpa bukan main rindu bergunung-gunung. Bila dah jumpa, eh! macam pernah bersua semalam. Err, garu kepala.

Dan…. garu kepala lagi. Tup tup aku yang jadi planner. kumpulkan budak-budak nakal ni. Woha! Tu pun setelah di-push-kan oleh salah seorang dari pada mereka.

Member : kau kalau nak ajak baraan(beraya beramai-ramai) jangan setakat nak tulis dekat group fb. ‘jom baraan’

Aku : err… ye ye. Nanti aku plan. (muka sudah terkedu tak tau nak balas apa)

Dush! Aleh-aleh, budak yang push aku tulah yang tak follow. Nasib baik aku baik. Kalau tak memang dah masuk parit aku campak. Ngeh3.

Aku jadi planner you!! Tak percaya aku. Kalau time sekolah dulu, akulah yang rajin jadi kuli. Malas nak masuk campur lah katanya. Hehe. Alhamdulillah, perancangan aku akhirnya berjaya buat diaorang happy sesangat. Keseronokkan mereka tak sampai ke dasar hati aku. Kenapa ye? Oh! Sebab aku tak dapat join diorang sampai akhir baraan kot. :’|

jangan cari aku kat mana :P

kami semua XD

MyLittleNote :: aku gila fesyen tudung, kakchik gila kasut.. hahaha! jyaa ne!


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Thursday, August 16, 2012

Bila mood benar-benar ke tasik...

hajat di hati nak buat kad raya doodle untuk blogger bertuah. malangnya sifat M timbul dan kepura-puraan kesibukan melanda. mendoodle, menembak, dan hapdet blog. benar-benar terbang dibawa bayu angin laut. dan tak akan pulang kembali ke pelabuhan klang. uhuk. batuk sebentar.

tapi, daku hanya mampu ber-blogwalking sambil mengomen mengarut yang pelik-pelik. minta maaf ye. -_-' bagi aku tahun ni macam tak ada semangat nak berhari raya pulak. (dah pulak..-_-') tapi yang pasti semangat aku berkobar-kobar nak berhari raya di kampung. yeppi!! harap-harap padi belum dituai. ehem bolehlah bercengkerama dengan bayu angin sawah di tengah-tengah bendang. eh!

walauapa pun. sempena aidilfitri akan menjelma tak lama lagi ni. dengan ini beta mengistiharkan ESOK RAYA!!. wahaha. koya berangan nak jadi tukang cakap dekat tv tuuuu. -_-' ehem. sebenarnya, daku ingin memohon kemaafan dari semua pihak. tak kira dari peminat-peminat atau media massa atau media elektronik. eh! berangan lagi nak jadi retis. :P

eh eh eh! raya tahun ni aku rasa lain macam lah. *dengan tiba-tiba jadi semangat* sebab kehadiran teman-teman baru. korang lettew. hahaha! eh, syok sendiri pulak. terima kasih sudi jadi kawan saya. friends till jannah nak? :D okeylah. yang ni betul-betul aku nak bagi ucapan. macam ucapan perdana menteri. wahaha!

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maafkan saya andai saya ada terkasar tulisan, bahasa, komen-komen mengarut, terkores hati, dan macam-macam kesalahan yang dikira kesalahan yang saya tak perasaan. Saya minta maaf dari hujung tudung sampai hujung stokin. Sumimsasen. Nanti Raya jemput datang rumah eh. ;)

daku malas nak buat wallpaper sendiri, jadi daku curi di laman gugel.
(tengok tu dah minta maaf buat jahat lagi xD)
[credit to google]
MyLittleNote :: till then, jyaa ne!


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Monday, August 13, 2012

Resepi Bubur Lambuk...

Bismillahirrahmanirrahim.

maaflah. baru sekarang terkedek-kedek nak update entri pasal resepi bubur lambuk. well, busy lah katakan. keh3. okey. scroll bawah ni. ni lah resepinya. XD

bahan-bahan.
  • bawang besar (dihiris)
  • bawang putih (dihiris)
  • beras
  • udang kering
  • lada putih
  • sayur campur
  • santan
  • daun bawang
  • daun sup
  • ayam (dipotong kecil)
  • halia (dihiris)
  • bunga lawang
  • kayu manis
  • daun pandan
  • perisa (contoh : tumix)
cara-cara memasak.

  1. rebus beras beserta air yang banyak. rebus bersama daun pandan, halia, bunga lawang, dan kayu manis.
  2. sementara menunggu ianya masak. goreng ayam sehingga agak garing. setelah itu, gorengkan bawang besar dan bawang putih.
  3. selepas itu. goreng udang kering serta lada putih. setelah itu, kisar hingga halus.
  4. potong daun bawang dan daun sup.
  5. bubur yang sudah masak itu kemudian masukan santan. 
  6. setelah santan masak, masukan bawang goreng, sayur campur, ayam dan bawang yang digoreng tadi. 
  7. masukan rempah yang dikisar tadi.
  8. akhir sekali masukan bahan perisa dan garam secukup rasa sebelum masukan daun bawang dan daun sup yang dipotong tadi.
dah siap. tapi pastikan bubur tu tak nampak cair tau. kuantiti bahan terpulang pada anda sebab saya hanya melihat dan meneliti bapa memasak. takut pula kalau ada yang terlebih atau terkurang. senang bukan ;)

lupa pula, ramai yang tanya. bapa tak jual tapi masak untuk orang kampung. jadi tukang masak je. bahan-bahan tu semua ada yang disumbangkan. jadi kami jadi tukang masak. alhamdulillah, rabu ni last buat bubur. lepas tu boleh rehat. (padahal masak dua hari sekali je. hehe)

ni sebab malas nak upload pic. yang pasti ini bukan rupa bubur lambuk yang bapa masak
[credit to google]

by the way, lain orang lain caranya. lain negeri lain buburnya. XD haha. tapi ini cara ibu dan bapa a.k.a cara orang jawa.

MyLittleNote :: eh! nak dah raya lah. jyaa ne!


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Monday, August 6, 2012

Short Story...

Bismillahirrahmanirrahim.

cepat kan. cepat kan. cepat kan. tiba-tiba dah pertengahan bulan ramadhan. solat witir dah mula baca doa qunut. aku seakan-akan tidak percaya sekarang ni bulan ramadhan. sedih dan takut bila kita tidak akan lagi berjumpa kembali dengan ramadhan akan datang nanti. sobs.

by the way, tahun ni aku semangat nak buat kad raya. made by myself. adalah nanti blogger bertuah yang terima kad raya special aku tu. (insyaAllah kalau sempat sebab aku ni kerjanya pura-pura busy >_<)

persiapan raya? urm, tak tahu lah. sibuk masak bubur lambuk kot. tahun ni bapa kata nak pencen buat bubur lambuk. tapi, permintaan orang-orang kampung. bapa masih teruskan aktiviti memasak bubur lambuk tu pada ramadhan kali ni. orang-orang kata bubur lambuk yang bapa masak kalah bubur lambuk Kampung Baru XD alhamdulillah. nak resepi? insyaAllah. I will update next entry ;)

doodle baru. fakta :: doodle aku sentiasa berubah. sedang mencari identiti lukisan XD

MyLittleNote :: blurr jap layan lagu blue by big bang XD


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...