Saturday, September 29, 2012

Kes Betul-betul Malas nak Update

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan ini, beta mengistiharkan yang beta malas nak meng-update blog. Meng-update entri baru dan berkaitan dengannya. Kecuali menerjah menjenguk mengacau blog-blog istimewa yang terpilih. Yang ada tertinggal komen 2 atau 3 kali tu maknanya beta tengah sengal. Blogwalking guna phone.

Orite. Kali ni tak ada 'mylittlenote'. Sebab update simple-simple je la.. Uhuk. Jyaa ne!


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Sunday, September 16, 2012

Melukis beramai-ramai memang syok !!

alhamdulillah. peringkat pertama yang aku harus tempuhi sudah ku redahi. (erk? apa punya gaya bahasa daa~) interview. satu ayat yang buat aku rasa macam nak lari pecut 100 meter. (apa kes?) dan aku lalui juga interview itu dengan berbekalkan segunung doa. Rabbi yasir walatu'asir. lepas habis interview, baru ku rasa. this is the best interview in my life. oh yeah~!! first time temuduga masa aku nak jadi pustakawan dulu. perasaan aku, gelabah kot. (apa punya olang!) kali ni pun gelabah gak. tetapi dapat diredakan dengan berselawat ke atas nabi junjungan besar, Rasulullah SAW. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. aku harap, ini adalah course yang terbaik untuk aku. amin~

ujian lukisan.

setelah menyiapkan lukisan ini. ku belek tanganku. oh no! hitam legam gara-gara ratakan shadow objek menggunakan jari. urm, dah memang teknik aku macam tu. -_-' orang sebelah kanan perempuan, blah kiri lelaki. adeh, rupa encem tapi tak bawa pemadam. pemadam belacan aku juga kau pinjam ek. tak pe, sharing is caring. right? *wink

tamat ujian lukisan, temuduga pulak. perut dah berkeroncong memainkan lagu Muara Hati (hehe) gara-gara tak sarapan dekat rumah takut tak sempat sampai ke destinasi yang ingin ditujui. driver aku opkos kakchik. muahaha! semasa menunggu giliran. sekali lagi, sebelah kanan seorang budak perempuan yang berasal dari KL (tu pun aku yang tegur dulu) dan sebelah kiri, budak lelaki yang keseorangan yang cuba mahu berbual dengan aku. kehkehkeh, dia kata dekat Klang ada sawah. err, maaf lah ye. gelakkan kamu. bila aku cerita kawasan sawah selangor dekat mana dia jadi blur. rupa-rupanya dari PD orang nogori..

sesi temuduga? alhamdulillah, berjalan dengan lancar tanpa menggunakan minyak pelincir. aku orang last yang masuk, jadi orang first yang keluar dari bilik temuduga tu :) insyaAllah, ini petanda yang baik.. 

AP117
Diploma Rekabentuk Dalaman

MyLittleNote :: ahad, 16 sept 2012.. hari yang bakal memenatkan jiwa dan ragaku. ehemm~ jyaa ne!!


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Saturday, September 8, 2012

Cross-country...

Projek aku hari ni, aku nak melukis. Gigih konon-kononya nak buat doodle sambil menembak sikit-sikit. Buat membunuh kebosanan aku di tempat kerja. Dengan pantas aku menyelongkar fail yang berada di dalam al-mari. Akhirnya, ku jumpa fail lama yang terlekat poster cerita ‘Harry Potter’ dan ‘Coffee Prince’ (korea punya cerita xD) hehe, malu sebentar. Macam ni ek perangai aku masa dulu-dulu. >///< ku selongar isi fail. Err.. kertas ujian masa form 4, yang dapat markah ntah apa ntah… dan, eh! Kenangan merentas desa bermain di pandangan mata dengan tiba-tiba. Hewhewhew. 

Ketika sekolah rendah, aku bukanlah atlet kebanggaan sekolah. Tapi aku berjaya mendapat tempat ketika merentas desa tahun… err, aku tak hengat! x( dan aku tahu, sukan ini tidak tersenarai dalam acara sukan peberett budak-budak sekolah (termasuk aku lah kot :P) 

Ketika di sekolah menegah, aku ingat lagi di mana waktu percubaan merentas desa. Aku tunggu kawan. Eh! Eleh! Selalunya ayat-ayat sinonim waktu merentas desa ialah KITA LARI SAMA-SAMA YE ;) ayat popular bagi pelajar perempuan. Akhirnya menjadi ayat bohongan semata-mata kerana sorang ke depan, dan sorang lagi jauh ketinggalan ke belakang. Choyy! 

Oh! By the way, baliknya aku pun cerita dekat ibu yang aku merentas desa tunggu kawan. Hasil penceritaan itu, aku kena gelak habis-habisan oleh ibu terchenta dengan zaki. Aduuiiii~ oleh itu, pada hari kejohanan, aku berazam agar mendapat tempat. Akhirnya, Alhamdulillah. Dapat ku buktikan kepada zaki. Walaupun dia tidak mendapat tempat pada hari kejohanan, tetapi dia dapat wakil sekolah untuk acara merentas desa peringkat daerah. Chait! 

Tahun demi tahun, akhirnya aku juga berjaya mewakili sekolah ke peringkat daerah *senyum lebar bukan bermakna berlagak* pengalaman pertama bersaing dengan murid-murid pelbagai bangsa. Ketika pertandingan, aku salah buat strategi. Akhirnya, aku kalah dan bernasib baik tidak mendapat tempat 100 ke atas. Tak apa, tahun depan cuba lagi. Malangnya, aku tidak terpilih mewakili sekolah kerana ada adik-adik junior yang lebih hebat dari aku. Tak pa lah, dapat merasa sekali pun sudah lah :) 

aku punya nombor bertuah xD

Tahun lepas, tahun akhir aku berada di sekolah. Ketika acara percubaan, aku berlari sambil bawa kuih. Err, ya. Memang agak lucu sebab aku kena gelak dengan cikgu-cikgu. Yela, lari waktu petang. Aku tak sempat nak isi perut untuk tengah hari. Beli makanan dekat kantin, berebut-rebut. Tu yang tak sempat masuk ke mulut kuih tu. Budak-budak lari bawa air, aku lari bawa kuih. Tu yang pelik. Merepek betul aku ni -_-‘ 

MyLittleNote :: mari lah kita bersukan, sebab aku suka bersukan ;) jyaa ne!


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Tuesday, September 4, 2012

Ahli Baru...

Minggu ni family aku agak sibuk. Sibuk nak sambut ahli baru hujung minggu ni. Dan aku excited minggu ni aku kerja 5 hari je. weee~ 2 hari cuti, 2 hari cuti, 2 hari cuti. Yeay! ;) *sambil buat tarian hindustan* 16hb turn rumah aku pulak. Tapi maaflah ye. Tak dapat nak jemput korang sebab yang kawennya abang, bukannya aku. Kalau aku kawen, kompem korang aku jemput ye :D

Semalam hari ahad, pergi shopping dekat PKNS Shah Alam. Err, pengalaman pertama beb shopping baju. Selalunya aku suka shopping cari barang-barang dapur. Kena tukar baju tu, tukar baju ni. Heish, rimas beta! Yang paling berkenan di hatiku jika beli kain, jahit baju sendiri. Puas hati. Boleh berlagak kunun-kununnya jadi fashion designer XD

Taste aku dengan kakchik amat berbeza. Kakchik suka yang meriah-meriah. Aku suka yang kelam sikit. Tak mau lah meriah-meriah. Bukan apa, bagi aku. Aku tak nak lah meriah-meriah sebab nanti lelaki perasan. Biarlah diri ini terlindung dari pandangan lelaki bukan mahram :)

Akhir sekali. Bila aku pandang tasik Shah Alam. Aku rindu nak ber-dating dengan bestfriend aku :’) sobs. Ewahh!

MyLittleNote :: korang-korang, esok tengoklah telefilem BEDAH TONG GAS NAK RAYA dekat tv9. Shooting cerita tu dekat kampung aku tau ;)


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...