Thursday, October 25, 2012

Nak Daging Sedap ada Caranya..

hari raya korban bakal tiba. esok je kan, hehe. ada yang bergumbira. ada yang tidak. ada yang half. half? like separuh gembira separuh tidak. siapa itu? salah satunya aku. tengah berhoha-hoha ingatkan cuti 3 hari berturut-turut. malangnya tidak. tidak sama sekali. sabtu terpaksa ku kerahkan sepenuh tenaga untuk melakukan aktiviti seperti biasa di tempat kerja. macam tulah kalau kerja aliran perkhidmatan. seperti yang kakchik cakap. kerja seperti itu tidak ada life. hahaha!

oh. aku bukan nak bebel tentang cuti aku ni. bukan nak cerita pasal kenangan. dan bukan nak membebel aku dah tunggang lembu buat korban kat surau. eh! 

there are some tips I want to sharing with you all. (alamak! bajet speaking pulak dah -_-')
ini aku ambil tip copy paste dari majalah wanita. tip dari seorang bekas pemotong daging Istana Buckingham. yela, sempena raya korban ni. yang kebanyakan berkaitan daging. apa salahnya aku kongsi tip. hehe. (bebel lagi, daripada tadi tak share tip pun -_-')

tiada istilah daging segar kepada daging seperti daging lembu, kambing dan tuna merah. daging segar hanyalah kepada daging putih seperti ikan dan ayam. kita boleh nikmati daging putih secepat yang mungkin selepas disembelih dan masak. namun tidak kepada daging merah. daging kambing sepatutnya dimasak selepas 7 hari disembelih manakala daging lembu pula selepas 21 hari disembelih. daging kambing dan lembu yang baru disembelih mempunyai kolesterol tinggi. urat dalaman dan urat otot masih hidup yang boleh dilihat apabila daging itu masih bergerak-gerak. apabila dimasak, ia mempunyai kolesterol yang tinggi. oleh itu, simpanlah dahulu daging itu sebelum dimasak demi menjaga kesihatan serta enak dinikmati. 

meleleh ayak liur >_<
[google]

cara penyembelihan pula. lembu itu tidak perlu diikat secara kertelaluan dan ditindih kerana boleh menyebabkan haiwan itu tertekan ketika disembelih. apabila lembu kelihatan stess, ia akan lambat mati maka akan menyeksakan haiwan tersebut. lembu juga tidak perlu dikepung dan kehadiran orang ramai membuatkan lembu menjadi takut dan mungkin akan mengamuk. jika disembelih dengan cara yang betul, lembu akan mati dalam masa 3 minit. jika tidak betul, sejam selepas sembelih lembu masih hidup dan ia juga menyeksakan haiwan.

perghh! lembu ni ada rambut
[google]

oleh itu, dikesempatan ini saya nak mengucapkan ................................

[google]

dan selamat berpuasa hari ini ;)

MyLittleNote :: hari raya korban ini mengingatkan aku tarikh pemergian arwah ustaz yang disayangi :') jyaa ne!


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Wednesday, October 24, 2012

Minggu Penuh Kejutan..

aku tak tahu kenapa aku rasa minggu ni penuh dengan kejutan. kejutan sebab kerja cuma 4 hari or bulan ni last aku kerja. hohoho. *merepek* sabtu lepas akhirnya dengan berat hati aku dapat apply MC. first time kot sepanjang aku bekerja selama 4 bulan ni. kenapa MC? dah MC opkos la aku sakit. demam kus-kus jaa. pagi tu sempat juga travel pergi Hulu Langat, balik je. enggak enak badan sudah. bila bangun terhuyu-hayang macam mambang mabuk minum brendy.. hahaha! malam pulak, orang sibuk tengok Final Piala Malaysia. aku main game Plants VS Zombie puas-puas. xD cuaca tak menentu membuatkan ramai orang yang jatuh sakit. makin kaya lah hospital dan klinik swasta. eh! setiap kali pergi dan balik kerja, aku terpaksa merempuh hujan dengan menunggang motorsikal. kenapa tak drive? hahaha! drive dalam mimpi je sebab aku mempunyai lesen kereta terbang. 

hujung minggu ni pulak lepas raya haji, jiran sebelah buat kenduri kahwin. esoknya hari Isnin nak pergi sekolah ambil sijil SPM. dan esoknya lagi, berdebar-debar sebab result interview nak keluar. malam tadi sempat pulak mimpi. dapat masuk tapi bukan dekat UiTM yang aku pohon. dapat pulak dekat University of Harvard. hahaha! sangat kelakar okey. aku menangis dekat ibu yang aku tak nak masuk University of Harvard. nak belajar dekat nihon jugak. hehe. dan esoknya lagi hari Rabu katanya menteri penerangan, Dato' Dr Rais Yatim nak datang dekat kampung halamanku ini. uhuk! banyak betul agenda. 

untunglah kakak. (pregnant women tuu)
gambar ku curi dari wall pesbuk kakak xD

MyLittleNote :: alamak! lately jarang pulak nak update blog. bulan ni 2 post je. hahaha! jyaa ne!


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Friday, October 12, 2012

Orang yang Berbadan Dua

alhamdulillah. bulan lepas dapat ahli baru iaitu kakak ipar. aku akan masukkan watak beliau di blog terchenta ini dengan watak kak Zee. pasal kenduri kahwin akan ku story bila kerajinan aku mengalahkan kemalasan aku. kehkehkeh.

bersyukur kehadrat Illahi. tak lama lagi bertambah satu lagi ahli keluarga. ini bukan bermakna aku nak kahwin. dan Hazem-chan tak akan ada gelaran 'chan chan' lagi dah. dia akan bertukar kepada Hazem-kun kerana dia akan mempunyai seorang adik. yeah! *clap clap*

bercakap tentang orang mengandung ni kan. aku bukannya nak komplen. jangan marah ye akak-akak sekalian. aku ada merungut tentang kakak yang banyak songeh mintak macam-macam. lagi-lagi kalau aku yang disuruh penuhi hajat impiannya. adeh~ sekali kakak cakap...

ENGKAU TENGOKLAH NANTI KALAU DAH MENGANDUNG MACAM MANA RASANYA.

glup! aku terus diam tak terkata. aku tahu, suatu hari nanti jika aku panjang umur akan merasa bagaimana perasaan ibu-ibu yang mengandung ni. huwuuu~ tobat aku tak komplen bab ni lagi dah.

dan ini satu hal lagi. sejak kakak mengandungkan Hazem-kun, aku tak pernah usap perut kakak yang memboyot tu. kali ni pun aku rasa tidak. aku tak sanggup sebab aku rasa geli. arkhhh! jangan tanya aku kenapa.. huwaaa~ (nanges lagi aku ni. DUSH!) huuu~ *lap hingus jap* inilah nasibnya bila jadi anak bongsu yang tak pernah merasa usapan diperut ibu tatkala mengandungkan adik. sobs. never mind, aku dah anggap Hazem-kun sebagai adik kandung sendiri merangkap anak saudara. :D

walauapa pun,aku harap kakak dan kandungannya akan selamat sehingga kakak habis pantang. insyaAllah. amin.

Hazem dah pandai makan sendiri XD
alahai~ background sepah, almaklumlah.. stok kenduri belum habis lagi..

MyLittleNote :: blog yang berwajah baru ni buat aku maleh sangat nak update entri.. hahaha! jyaa ne!


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...