Saturday, August 17, 2013

Design Lapok

bismillah.

hari ni aku tak tau lak kenapa ada mood yang baik nak update blog. memandangkan assignment project tak siap lagi. ni gara-gara nak edit blog member punya pasal. oh, ini bukan salah dia pun, saja je aku nak membuang ketensionan yang melanda diri ini. 

oh ye.

lupa nak cakap. SELAMAT HARI RAYA!
aku raya ke-5 dah duduk dalam hostel balik da. menghadap segala benda assignment project yang harus disiapkan sebelum final exam. eheh! tinggal sebulan lebih je nak dah cuti sem. yahooo!

eh kejap. macam lari tajuk je. -__-

sejak blogspot berbaju baru ni kan. aku dah tak reti nak edit blog. nak design-design bagai. serius aku tak tahu. aku lebih suka dengan cara yang baju blogspot yang lama. aku tak reti T.T

entah mana nak edit template, entah mana design, entah mana edit html. serius semua mana!! ke nampak sangat aku dah tak gelodah blog ni? -__-

ok lah, dah pasang niat nanti cuti sem aku nak tukar design blog Hanamiko Sakura ni. inshaAllah :)

MyLittleNote:: selamat hari raya~ lalala~ jya ne!


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...