Tuesday, April 29, 2014

Jaulah

bismillahirrahmanirrahim.


"Kalau nak kenal sahabat kita kenalah keluar (bermusafir) sekurang-kurangnya selama 3 

hari 3 malam. Barulah kita mengenali sahabat kita ini.Keluar bermusafir pun janganlah

 cuma berdua atau bertiga. Seelok-eloknya lebih dari empat orang, barulah keluar 

berjemaah namanya"


21 april 2014 - 24 april 2014

alhamdulillah, start je cuti semester, kami merancang untuk berjaulah di pantai timur. menziarahi sahabat-sahabat di sana sambil mengenali mereka dengan lebih dekat.

hari pertama dekat Perak dulu sebelum berangkat ke Terengganu.
sebelum bergerak menetap dulu dekat rumah sahabat di Teluk Intan. sepatutnya bergerak lepas zohor, malangnya terpaksa delay sebab servis kereta tak siap lagi. singgah Seri Iskandar dulu sebelum ke Terengganu. waktu tu hampir masuk waktu asar, agak-agak sampai Terengganu pukul berapa?

cabaran yang pertama, berjalan pada waktu malam memang agak bahaya, sebab tu muslimin yang drive. mereka memang tak bagi langsung kalau muslimat nak drive. sayang sahabat katanya. memang bagi kami waktu tu rasa sangat-sangat gentir. mereka yang drive terpaksa stay up. jauh pulak tu nak drive. kesian jugak tengok diorang. 

time tu aku relax je la tidur. nak berjaga memang tak larat. berjaga je mata terlelap dengan sendirinya. memang tak berani nak tidur lena. bila diorang bising-bising. dapat tau yang kami sesat. menyinggah pulak ke Baling, Kedah. ah sudah. perjalanan sepatutnya singkat jadi lama. tak pa. ini baru namanya travel budak-budak macam kami.

22 April 2014
first day.

sampai Terengganu dah subuh. lokasi masjid ni tak tau la aku. HAHA. tapi yang membuatkan aku terasa unik dengan Terengganu ni ialah senibina dia. osem! lagi-lagi kaya dengan senibina masjid yang menarik.

mereka pakat posing sambil tunggu muslimin tumbang akibat kepenatan drive.

lepas sarapan, kami singgah ke rumah sahabat yang pertama terletak di Kuala Terengganu. ah, Kuala Terengganu tu besar la. nama spesifik aku tak tau. yang pasti dekat dengan Bandar Kuala Terengganu. bergambar bersama bonda beliau. 

bila datang sini mesti dibawanya pergi shopping. walaupun masa tak panjang, cukup sekadar singgah di Pasar Payang untuk makan tengah hari.

sebelum singgah ke rumah sahabat seterusnya, singgah pantai dulu. yang ni aku tak tau nama pantai dia apa. tapi yang pasti pasir dia putih. dekat dengan Unisza dan UMT.

air dia. subhanallah. hijau jernih dan dalam. rasa geram nak terjun ja.

rasa macam dah buat pengambaran pulak kat sini.

dah macam sebuah kumpulan band aku tengok muslimin ni.

aksi ni wajib kena buat. hah! aku paksa diorang buat macam ni. aku sendiri nak buat tapi aku malu buat depan mereka. cukup sekadar mereka yang jadi model aku. HAHA.
tapi malang gambar ni kabur. waktu pun hampir magrib, banyak kali buat tak jadi. anggap je la yang ni jadi.

rumah sahabat yang seterusnya di Gong Badak. perghh. dekat dengan UMT dengan Unisza rumah dia. sampai aku terfikir. "kalau lah aku dapat singgah UMT jumpa kak Hanis" hahaha.
umi dia sungguh sporting. gelak dengan sembang plus makan dekat dapur. hanya untuk muslimat sahaja. 

23 April 2014
second day.

lepas dari Gong Badak tu gerak pulak ke Besut. sebab nak gerak terus ke Kota Baharu.
menginap di rumah nenet sahabat. 

singgah pantai di Bukit Kluang untuk bermandi manda. gambar pantai yang serba indah tak sempat nak snap disebabkan tak sabar nak terjun laut. disebabkan tak dapat nak tengok penyu yang sebenar dapat buat penyu pun jadilah. (kerja gila muslimin)

singgah solat zohor kejap dekat Pulau Melaka. tenang je bila berada disitu.

Masjid Tok Guru.

memang hajat kami nak berjumpa dengan Tok Guru. tapi disebabkan Tok Guru sibuk. hanya muslim je yang dapat jumpa. tu pun mereka tak sempat nak beramah mesra.

berada dihadapan madrasah Tok Guru.

seterusnya ke rumah sahabat di Pengkalan Chepa.

singgah juga di pasar bulat. rasa rindu nak jejak sini. datang sini je dengan family. kali ni datang dengan sahabat.

lepas tu gerak ke rumah sahabat seterusnya di Pasir Mas.

sebelum berangkat pulang ke negeri asal sempatlah buat usrah untuk kali terakhir dengan sahabat-sahabat yang nak grad. i will miss this moment so much.

24 April 2014
third day.

kejutan!! dari sahabat-sahabat.
HAHA. buat aku terharu. even tarikh birthday dah jauh tertinggal tetapi mereka masih meraikannya.

 MyLittleNote:: terima kasih sahabat-sahabat seperjuangan. inshaAllah sem depan kita buat terbaik ! maka dengan group binding kali ni membuatkan kami bertambah erat dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. jaulah seterusnya ke Penang dan Kedah. jyaa ne!


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...