Thursday, July 9, 2015

Akhirnya kita kena menanggung hutang !

sekarang ni minggu ke 5 di alam universiti sesi diploma. lagi berapa minggu ntah aku bakal menamatkan pengajian. (inshaaAllah lepas lah semuanya) tapi sekarang ni sedang menanggung siksa jiwa dan raga dengan menghadap projek. lecture bilang, ini last sem ibarat kaki kita melangkah ke arah degree punya silibus. yaa~ belum masuk alam degree dah rasa macam mana degree punya kerja ya.

pung pang pung pang masuk site keluar site. ukur sana ukur sini. ukur column ukur beam. masuk majlis daerah pinjam drawing. jumpa client tanya pasal business dia. oh ya! aku buat projek butik pakaian muslimah. memang cadangnya nak buat branch baru untuk Bella Ammara yang terkemuka yang femes tu dekat Perak. tapi bila aku masuk butik dia dekat Shah Alam tu lidah aku terkelu. dalam hati terdetik "cantik!". akhirnya aku cari butik lain jadikan aku punya client projek. tidak mengapa lah Bella Ammara. akan ku jadikan dikau sebagai case study ku. *sobs*

konon nak buat macam ni butik tu.

memandangkan aku nak dah tamat belajar (inshaaAllah) dengan cgpa yang tak berapa uhmm dan gempak sangat tu. yang tidak melayakkan aku mendapat biasiswa tu. maka aku pun berkira-kira. apabila sudah tamat belajar nanti, aku mahu menangguhkan pelajaran ke peringkat seterusnya sementara. sebab apa? sebab aku tak sanggup nak menanggung bebanan hutang ptptn tu. okay, aku menyesal amik. kalau tak amik pun menyesal pulak. ermm.

aku tahu ptptn tu tak berapa bagus. tapi time tu terdesak tak tahu nak cekau kewangan dari mana nak sambung belajar tu. lagi-lagi kos aku ni melibatkan kewangan yang tinggi. hidup ni dah kena pandai berdikari start lepas tamatnya exam SPM. maybe start masuk sekolah menengah kot, harus untuk mula berdikari dari segi kewangan. jangan terlampau mengharapkan sangat dari parents. diorang pun nak bayar bil itu bil ini sejak kegawatan ekonomi mula melanda sekarang.

bulu roma mula meremang.

MyLittleNote:: raya nak dah dekat. sis redha tak da baju raya, kasut raya, duit raya. sis faham sekarang ni kegawatan ekonomi. hmm. jyaa ne!


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...