Sunday, November 8, 2015

Apa itu Hipster

memandangkan gaya hipster ni menjadi gaya popular pada abad ini. pergi kemana-mana terjumpa bebudak hipster yang pakai shawl, skinny jeans, bercermin mata berbingkai tebal, baju labuh bukan kemain serta bersneakers. dan juga bersling bag. 

ia adalah gaya trendy masa kini, dan ada juga sesetengah pihak yang tidak berapa tahu tentang hipster. hipster adalah contemporary subculture iaitu berada dalam middle class. kiranya semua golongan boleh bergaya dengan gaya hipster dan gaya mampu milik. hipster ini ala-ala vintage gitu. nampak old skool. hipster bukan sekadar gaya pakaian, muzik juga digunakan dengan alunan lagu indie. bukan setakat itu sahaja, makanan pun boleh jadi hipster. disebabkan itu, berlambak la cafe-cafe hipster tumbuh macam cendawan. minuman seasal-asal orang melayu pun boleh jadi hipster. orang-orang hipster ini, mereka juga orang yang berseni serta kretif. 

hipster juga boleh dikatakan bergaya dengan pakaian yang murah tetapi ianya tetap bergaya. 


perghh. Wak Doyok hipster !


perghhh. Taylor Swift hipster !


misai aku hipster !


hidup melayu ! *tetiba pulak kan*


wehyy, jom ar kita lepak !


perempuan:
I kalau boleh nak pelamin hipster-hipster tau yang. tau sayang !

lelaki:
iya sayang iya.


kahkahkah, berlatih kapankan diri sendiri ya kak. 
psst, kalau nak berhispter sekali pun. pakai la shawl tu molek-molek ya. tu seluar, apa lah fungsi pakai tudung (tutup dada okay dah), baju labuh tutup punggung. pakai kasut lagi tu tutup kasut (kaki pun aurat jugee) tapi pakai skinny jeans. ==' tak rasa rimas ke pakai ketat-ketat.

(maafkan saya jika teguran ini terlampau batas. aku tak nak jadi macam meran. meran? amran? apa ntah.)

kesimpulannya disini, zaman sekarang ni dah kembali ke zaman era 90an. mana ntah zaman high technology tu. dan kebanyakan bebudak berdarah muda memang sukakan gaya begini.

kesimpulan lagi satu, aku tak tahu apa beza hipster dengan vintage? aku rasa sama je, tetapi kenapa nama hipster lagi naik dari vintage. 

MyLittleNote:: kadang aku perati, bebudak melayu sibuk melaram sakan kalau pergi shopping mall. bebudak cina relax je pakai selipar jamban. kehkeh. jangan lah marah. aku pun budak melayu jugak. jyaa ne!


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Friday, November 6, 2015

Divorce Lawyer in Love

rasa macam dah lama pula tak cerita pasal drama korea. last cerita pun ntah entri bila. tapi apa pun aku nak cerita satu cerita yang tetiba menarik minat aku yang bertajuk Divorce Lawyer in Love. nak katakan drama ini boleh kurang kelakar la. sebenarnya banyak juga drama yang menarik minat yang telah aku tontoninya. disebabkan masa tu tak da masa nak cerita dekat blog. ya la tu *tangan di bahu, mata jeling atas*

drama ini telah ditayangkan pada tahun 2015 di penghujung bulan 4 sehingga awal bulan 6 di korea. manakala di malaysia baru ditayangkan di ONE. mempunyai 18 episod dimana setiap episod ia akan menceritakan pelbagai kerenah kes penceraian yang perlu mereka selesaikan.



synopsis
Ko Cheok-Hee worked as a lawyer and she would do anything to win her case. So Jung-Woo was her office manager. He pointed out any mistake made by Ko Cheok-Hee which irked her. Their relationship was rocky at best.
Now, they meet again at a law firm, but So Jung-Woo works as a lawyer and Ko Cheok-Hee is the officer manager.  
nak cerita dengan lebih lanjut tentang drama ni pun aku tak reti sebab baru tengok. apa yang aku dapat dari drama ni. sudah semestinya dapat melihat rekabentuk dalaman gaya orang korea. ayat yang paling deep bagi aku. 
ibu bapa akan menangis di depan anak-anak mereka apabila anak mereka di ambil orang.
sebab tu bila anak-anak perempuan yang akan bernikah, mungkin ibu atau ayah akan menitiskan air mata kerana tanggungjawab mereka sudah bertukar menjadi tanggungjawab suami anak mereka.
MyLittleNote:: misi mencari kerja! jyaa ne!


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...