Wednesday, January 16, 2013

Romantic

google

romantik.
aku bukan seorang yang romantik.
apatah lagi berjiwang-jiwang karang.
ewah!
seriyes ni.
aku tak tipu!

tapi, kenapa aku nak buat entri pasal romantik ni?
hurm. *batuk*

ekceli. projek aku kali ni bertajuk theme and space. sebagai bakal interior designer, aku harus melakukannya dengan sempurna.

tapi masalahnya.
lecture aku suruh menjiwai dunia romantik ni.
dan kenapalah group aku dapat tema romantik.
dan masalahnya.
lecture aku siap cakap "tak pernah berchenta ke?"
dush!
batu terjatuh atas kepala dan bahu.
oh no!
berchenta-chenta seperti ini tidak pernah aku alami.
err, dulu lah *krukk krukk... garu kepala*
tapi sekarang tak ye.
sumpah tak tipu.
sebab sekarang ni aku dah betul-betul jatuh chenta denganNya. :D

oh!
pasal benda alah tu.
aisemen~
aku dah garu kepala.
geli meremang seluruh tubuh.

sekarang ni aku tengah fikirkan tentang honeymoon suite.
*buat muka malas =.=*

MyLittleNote :: gambatte ne to me!!

 

Sunday, January 13, 2013

Minggu yang ERR..

assignment assignment assignment sampai aku nak muntah. projek projek projek sampai aku rasa nak terjun gaung. paling senang, terjun dari blok kolej aku ni. hehe! mock up model, design, develop-develop ni, buat aku pening je. sem 1 ni buat aku relax. konon koya nak relax lebih. suka sangat buat assignment tu last minit. esok nak submit. hari ni gelabah tahap gaban nak siapkan. *tolong jangan jadi macam aku. muehehe!* sampai kena bebel dengan Zaki. hahaha!

okey.
back to the topic.

hurm. ekceli aku tak tau nak taip apa ni. otak dan beku nak cerita-cerita ni. buat masa sekarang ni. aku lebih suka layan belogwaking dari belogtyping. stalk stalk. kalau rajin tinggalkan selipar jepun. kalau malas tinggalkan senyuman yang tak nampak. *ok, itu mengarut!*

hari ni. dan seterusnya dan seterusnya. aku nak bincang isu kapeling ni. well, budak remaja ni kebanyakan suka main kapel-kapel. aku pun tak tau apa motif diorang. kalau suka-suka lebih baik lupakan. membazir kredit, karen, jiwa dan tenaga. pftt~ *nasihat kepada diri sendiri* kalau tak nak suka-suka tu. lebih baik menbawanya kepada yang diredhai oleh Allah :D

oh! hari ni hari ahad.
SELAMAT PENGANTIN BARU!! hahaha! *mengarut lagi*

baru aku perasan entri ni agak mengarut. minta maaflah andai ada yang terasa. bukan niat dihati ingin mengutuk. memperkecil-kecilkan. merendah-rendahkan. sekadar memperingati diri termasuk kalian. pengisian entri ini amat kureng bukan. sebab tak ada idea nak menulis. almaklumlah~ idea aku semua dah dicelok masuk untuk assignment. *macam tak ada kena mengena je =.=' alahai~*

okey! thats it.
entri biasa sebagai kerinduan kalian terhadap beta. muahaha!

gambar berikut adalah play structure yang develop dari buah naga. model bersama anak buah kesayangan Hazem-kun :D *miss him so much :(* 

MyLittleNote :: sumpah kandungan entri tak ada kena mengena dengan tajuk. bhaha! jyaa ne!

Wednesday, January 2, 2013

Rezeki Awal Tahun or Jadi Zombie ?

tahun baru ini bikin aku tiba-tiba nak hapdet belog. oh! rajinnya. :b *semangat* dan malam ni dengan paksanya aku terpaksa berapa banyak paksa aku kena stay up berjaga macam zombie buat assignment. keesokan hari pada waktu pagi muka sudah jadi panda. tak ape. DEMI ILMU pahala itu datang mencurah-curah. DEMI ILMU, aku jalan nak pergi kelas tiba-tiba eksiden mati. mati bukan sebarang mati. mati itu mati tahap tinggi iaitu MATI SYAHID. dan DEMI ILMU juga, semua makhluk ciptaan Allah SWT di langit dan di bumi termasuk para malaikat akan mendoakan anda, aku, dan semua khalifah di bumi ini yang menuntut ilmu. Ya Allah, betapa beruntungnya siapa-siapa yang menuntut ilmu ni. so, dengan ini. aku tak boleh lah nak merungut pasal assignment ini yang berlambak-lambak. (sumpah rindu sekolah!! dengan tiba-tiba)

err.
aku nak cerita pasal benda lain sebenarnya.

fuhh~ malam ni rezeki aku berlimpah ruah. dan hari ni ada pasar malam dalam kampus ni. yang paling semangat adalah aku. kerana waktu tu aku laperr banget!! < kononnya nak cakap kuat makan.. hoho. punya beli macam-macam siap simpan makanan untuk dimakan waktu genting iaitu waktu tengah malam. pernah kah anda menahan kesakitan perut akibat kelapar di tengah malam? kalau setuju, angguk. (tak suruh loike pun :b) bagi sesiapa yang stay up lerr =.=' lepas tu, classmate datang bilik bawa kuih apa ni.. nanti aku tempek.  :b hehe. krukk krukk < garu kepala yang tak gatal. masa kat pasar tadi nampak kuih ni teringin juga nak beli. tapi sebab dah borong makanan banyaknya ya ampun. niat pun terkubur. aleh-aleh classmate datang dia bawa kuih tu. alhamdulillah. rezeki. banyak pulak tu dia bagi. arigatou ne! :D

ni hah, kuih yang aku tau namanya. tapi aku dah minta share dengan roommate. diorang hanya senyum je. err, malu kah cik adek maness :b akhirnya aku tak habis. cis!! nak simpan kat mana ni?? *pening*

assignment aku yang nanhado. kerja ni lah yang aku terpaksa buat banyak kali. cis!! hoho
(lettering)

akhir sekali. peneman dikala aku nak stay up malam. tapi tidak membantu, malah mengantukkan aku. waduhh!! (cawan comot. choyy!)

[tak ada gambar sebab malas nak tangkap dan uplod]
bege bakar. kononnya kempunan nak makan bege bakar. bege bakar lah satu-satunya homemade :D tapi aku teringin nak telan bege bakar Abang Burn di seksyen 7 Shah Alam. perghh!! 

hasilnya, gambar yang aku uplod semua pecah. *mencik!!* oh, guna kamera henpon berkuasa 2MP

MyLittleNote :: tidak!! aku tidak dapat mengawal kekantukan.. nak tidur dulu ye.. jya ne! zzzZZZZ

Tuesday, January 1, 2013

1 Jan 2013

jam sudah menunjukkan angka 12.14 minit pagi. bertarikh 1 January 2013. aku sudah penat membuat assignment. tangan lenguh untuk mendukung board besar. cis!! release tension kejap. ahak! release tension aku adalah online. main pesbuk. main pengicau. main belog. main instagram. eh! instagram tak termasuk. :p ngeh3.

oh! baru perasan. entri ni merupakan entri pertama di awal tahun 2013. #tepuk pipi bertalu-talu sebab tak percaya. hoho. alhamdulillah. umur dipanjangkan untuk bertemu dengan 2013. tahun yang baru ditahun masihi ni, apa yang akan terjadi pada diri ini. macam-macam boleh terjadi. kut-kut aku bertemu jodoh ke. #hahaha, statment hot!! 

tahun 2012. sudah menyajikan pelbagai pengalaman yang aku tempuhi. tahun mengambil result es.pi.em. tahun pestime mencari pengalaman bekerja. tahun mengenal erti kerinduan. err. rindu terhadap sekolah lama dan ukhuwah persahabatan dengan kawan sekelas. dan tahun mengenal erti homesick. err, apakah?

ayat fofular disetiap tahun baru.

selamat tahun baru. bina azam baru. semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya :)

google je~
MyLittleNote :: lapar pulak tetiba ni. hoho~ jyaa ne!

Saturday, December 15, 2012

Kenapa Ambil ID ??

sebagai budak part 1, ramai senior bertanya kepada kami. KENAPA AMBIL COURSE ID?
dan sebagai budak picisan seperti aku ni. aku ingin membuat alasan yang aku tak tahu kenapa aku ambil ID. 

ini dia, soalan dibalas soalan.

mungkin.
inilah yang dinamakan takdir Allah. sebab sebelum ni aku pernah apply sains komputer pada pilihan pertama. akhirnya, keputusan tidak mahu berada dipihak aku sebab aku salah apply. ish ish ish (geleng kepala). 

mungkin.
ini juga takdir Allah setelah berkali-kali aku melakukan istikharah. memohon pilihan manakah yang layak bagi aku. course yang berkaitan matematik, ku cuba untuk menjauhkan diri. eh! bukan bermakna aku benci matematik. aku cuma tak suka. senang cerita yang berkaitan dengan nombor. terutama sekali akaun dengan add math. wakaka! :P *ayat ini di-bold-kan dan dibesarkan hurufnya* TAK SUKA BUKAN BERMAKNA BENCI, TAK BAIK LAH BENCI ILMU ALLAH KAN :) anda paham adik manes, eh! kompem ke yang baca ni adik-adik? maap ^_^''

ini dia.
alkisahnya, dulu aku masa kecik-kecik tak tau lah kenapa suka sangat main pondok-pondok. main rumah-rumah. then, siap decorate lagi. bila ibu tak bagi beli mainan rumah-rumah, dengan akal fikiran kanak-kanak, aku mula melukis plan rumah di dalam buku tulis yang kononnya boleh main la. bilik ni aku nak letak mana, bilik tidur ada berapa dan etc. then, bila masuk rumah orang. aku siap tengok setiap sudu rumah macam ruang tamu ke. tak ada lah sampai masuk bilik orang. ANAK SAPA LAH TU. kalau rumah yang bertingkat tu. hati aku ni rasa macam nak sangat naik tingkat atas rumah orang tu. kalau naik betul-betul kena cubit dengan ibu pulak. -_-' sekali lagi ANAK SAPA LAH TU.

dan, bila pergi pusat membeli-belah mana-mana yang ada exhibition jual rumah. kan ada model rumah. aku siap datang dekat model tu dan teliti betul-betul. kalau dekat sekolah, subjek pendidikan seni yang suruh buat rumah, aku lagi semangat nak buat. ingat lagi dulu, aku dah buat penat-penat. boleh dikira macam model rumah betul walaupun agak buruk (maklumlah, hasil kerja budak-budak) aleh-aleh, esoknya dah rosak. budak mana yang rosakkan ni. aku geram betul! impian aku berkecai nak tunjukkan dekat cikgu. :( 

oh, itu je kot. ekceli, aku nak juga merewang study pasal benda lain. maklumlah, UiTM Seri Iskandar ni ada fakulti seni reka. nak juga tengok orang study fashion design, photography, art (seramik) and etc. kan aku dah cakap yang aku minat seni. ok finish :P

and last but not least, aku di sini bukan nak bebel pasal ID ni kan, oh! maksud aku, interior design ye bukan interior decorate yang macam Eric Leong buat tu. hehe ;) yaa~ bak kata pensyarah aku kata KAMI ADALAH PEREKA EMOSI. sekian terima kasih. dan aku tak nak lah cerita pasal ID ni di entri seterusnya melainkan permintaan orang ramai.. (kononyer la :P) ID is just simple work yang memerlukan tanggungjawab yang besar. BESAR PUNYA!! tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. macam tu lah kot sebab lebih banyak tertumpu pada projek. perghh!! 

my first project XD

ni baru satu, belum lagi banyak projek..

MyLittleNote ::  till then, nak makan dulu.. jyaa ne!