Thanks you all

Sunday, May 27, 2012

Apa dah Jadi...?

Bismillahirrahmanirrahim.

Ayahanda Nur Sakinah beri surat.
TAHNIAH! ANDA BERJAYA DI TEMPATKAN DI UPNM.
Erk? (dengan ekspresi wajah terkejut beruk)
Tapi.. tapi.. aku buat rayuan dekat UiTM. Apa kes? Oh tidak!! (sambil meraung tak hengat dunia serta buat muka tak percaya)

Eh! chop!

Apa yang anda fikirkan? Itu Cuma mimpi aku je. tak kan lah aku dapat dekat UPNM. Tak dapat bayangkan kalau aku jadi askar. Glup! Hehehe. mimpikan mainan syaitan. ^_^

lokasi :: sungai congkak, Hulu Langat


MyLittleNote :: entry pendek. Malas kot buat panjang2. Rasa macam tak ada pembaca. Hehe. have a nice weekdays everyone ^_~


:: Hanamiko Sakura nak bunga Sakura dan Lavender ::

Saturday, May 26, 2012

Majlis di SAMNI...

Bismillahirrahmanirrahim.

semalam hari jumaat aku terjah sekolah terchenta. Urm. Ada kerja sebagai photographer yang tak bertauliah untuk majlis persaraan pengetua sekolah. Hati ini jadi sebak. Cukup setahun jadi pengetua. Dah pencen. Err, I mean dah bersara.  Hehe. Aku rasa dah sebulan lebih tak sentuh DSLR. Jadi gelabah sikit. Nak setting pun dah tak ingat. Adoi~ tulah. Dulu aku tuntut ilmu main2. Hehe. urm.. aku rasa ada lah sedikit sebanyak aku dapat belajar. Tapi, aku rasa semua gambar aku ambil semua hampeh. And the most important I learn. Aku dapat mengatasi rasa malu. Yela, nak jadi photographer mestilah jangan jadi segan2 harimau. Err, eh! malu2 kucing. Hehe. tak lawak pun (dengan membuat muka gaya serius) ngeh3. Okey. By the way, memang best dapat jumpa adik2 junior. Cikgu2, ustazah2, ustaz2, teacher2. Memang terbaik. Time shoot aku rasa macam nak nanges dapat jumpa balik cikgu2. Teringat ketika aku masih pelajar sekolah dahulu. Rindu nak dengar bebelan cikgu. Sedih kenangkan jasa guru kepada kita. Nak kita jadi pelajar terbaik. Sob.. sob.. sob.. Happy Belated Teacher’s Day 

pengetua berbaju biru ^^ bersama.. err, aku tak tau lah.. maybe unit2 displin?

junior form 5

lalala~ 

Majlis Teacher’s Day belum buat lagi. Dengar2 katanya habis cuti sekolah. Ada juga yang jemput aku. Maybe aku tak dapat join. University dah memanggil aku untuk sambung belajar. Tak tahu tercampak dekat mana nanti. Geng2 photographer aku semuanya dekat Selangor. Sorang dekat Unisel dan sorang dekat UIAM. Aku? Err.. aku tak dapat join diaorang kot. Hehe. adik2 junior semua suruh dekat UiTM Puncak Alam. Katanya dekat dengan rumah diaorang. Hehe. diaorang ni memang nakal. By the way, aku rasa semalam. Aku rasa begitu popular dekat sekolah. Macam geng Wannababes. Hehe. perasan deh.. cikgu2 semua cakap. Siapalah yang lawa2 tu? Rupa2nya H******** Hanisah. Err, lawa ke aku? Hehe. nasib baik tak kembang semangkuk. Kalau tak, naya je. hahaha!  

MyLittleNote :: adui~ sakit perut. Ni mesti gara2 aku melantak nasi minyak semalam. Hahaha!


:: Hanamiko Sakura nak bunga Sakura dan Lavender ::

Tuesday, May 22, 2012

It all about Usrah…

Where 1 problem is solved by MANY people, that is Usrah.
Where a happiness is shared TOGETHER, that is Usrah.
When 1 people forget, OTHERS reminding, that is Usrah.
Instead of hanging out alone, hang out TOGETHER, that is Usrah.
In short, Usrah is all about WE, not ME.
Let’s join any Usrah group today, have fun, connecting with people, while generating more and more PAHALA. InsyaAllah!

Bercerita tentang bulatan gumbira. Pengalaman pertama aku menjadi seorang naqibah memang tak dapat aku lupakan. Aku ni dah lah gugup. Tak reti nak cakap. Cakap pun tergagap-gagap. Na.. na.. ma.. nama sa.. saya.. err.. hahaha! Abaikan lah kegagapan aku tu. Aku tak adalah gagap seteruk macam tu. Hehe. Biasa2 je. Adalah juga gagap sikit. Gemuruh. Err, apa lagi ek? Hehe.

Banyak2 anak buah aku. Aku just respect 2 orang je. Sorang form 1 dan sorang lagi form 3. Memang diaorang baik. Asal bertembung. Diaorang hormat aku. Siap bagi salam. Kalau yang lain? Hampeh. Macam nak tak nak je layan aku. Err, ke aku ni jenis murobbi yang tak best dan tak osem? Alahai~ first time jadi naqibah. Huhu. Bila aku nak jadi dermawan sikit. Saja nak bagi anak2 buah aku gumbira. Disebabkan aku ni terlampau pura2 busy. Hanya 2 orang yang dapat aku hulurkan duit raya. Tu pun orang yang sama. Heish! Sabar jelah. Anak buah aku yang dua orang ni aku betul2 sayang. Time usrah, diaorang banyak tanya macam2. Tanya itu lah, tanya ini lah sampai aku sendiri tak dapat jawab. Dan diaorang juga focus bila aku bagi nasihat. Aku bangga bila anak buah aku yang form 3 tu berjaya memperoleh 9A dalam PMR 2011. Serius sedih sebab terharu. Sob.. sob..

MyLittleNote :: aku rindu sahabat2 bulatan gumbira aku..


:: Hanamiko Sakura nak bunga Sakura dan Lavender ::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...