Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Wednesday, July 3, 2024

Kembara ke Kelantan dengan Ekspres Rakyat Timuran

Konnichiwa! こんのちは!


(Disclaimer: this is a dump long lost story in the year 2021)


Aku dah lama plan, kalau kakak balik Kelantan aku nak ikut. Tiba-tiba masa tu pulak abe Raat nak balik awal. Ah sudah, aku cuma apply cuti satu hari je. Nak apply lebih-lebih kang risau pulak tinggalkan banyak kerja dan membiarkan officemate terkontang kanting buat kerja. Jadi aku ajak kakak naik Anatarabandar KTM. Asalnya ingat nak naik bertiga je. aku, kakak dan Harith-chan. sekali abe Raat suruh bawa semua sekali termasuk Hazem-chan, Hana-chan. Okay takpa, I will let the kids this experience. 


Perjalanan bermula pada hari rabu malam which is malam khamis. Balik kerja aku terus berkemas dan bergerak ke Bahau dengan menaiki kereta yang dihantar oleh abang. Sebenarnya boleh je naik ETS dari KL Sentral ke Gemas. Tapi aku nak jimat duit dan masa, jadi kita gunakan orang lain. HAHA


Budak-budak nampak gembira tapi sebenarnya mengantuk


Tiket dari Bahau ke Wakaf Bharu memang cuma ada 1 masa saja iaitu jam 1.11am. Sebab tu budak-budak mengantuk. Dalam perjalanan ke Bahau dari rumah pun diorang sempat tidur. Masing-masing muka mamai baru bangun tidur. Tak tahu la diorang tidur balik ke tidak dalam kereta api.


Tunggu kereta api yang tak kunjung tiba


Suasana dalam gerabak kereta api Ekspres Rakyat Timuran


Masa beli tiket, aku tak dapat nak secured tiket katil. Yang ada hanya cuma tiket kerusi sahaja. Lambat beli tiket, begini la nasibnya 😆 Suasana tidur dalam keadaan duduk. Tak seseronok naik bas sebab lampu terbuka. Dengan orang keluar masuk pintu nak pergi tandas. Tidur pun dapat tidur-tidur ayam. Budak-budak pula sambung tidur agak lewat juga. Mungkin tak selesa tidur dalam keadaan duduk dan cahaya lampu yang menganggu mata mereka. 


Tempat duduk yang mungkin tidak selesa untuk tidur


Menikmati permandangan alam semula jadi


Waktu subuh aku dan kakak solat duduk. Masa tu aku tak tahu yang dalam kereta api ni ada menyediakan surau. Maklum la tak banyak buat kajian. Main redah je. Sebenarnya dulu aku pernah naik kereta api ni sewaktu latihan  industri di Merapoh. Nak merasa balik Selangor naik kereta api. Bersendirian pula tu. Sampai je dekat Bahau, aku dah terkebil-kebil tengok suasana pekan yang terasa asing. Sampai Bahau, ngam-ngam waktu subuh. Jadi tiada masalah solat subuh.


Bukit batu kapur di stesen Gua Musang yang memukau permandangan mata


Sampai je stesen Gua Musang, kereta api berhenti agak lama. Ada penjual makanan untuk sarapan. Sepanjang kereta api ni ada 1 gerabak khas untuk kedai makan. Harga makanan pun boleh tahan mahal. Sebab tu ramai penumpang lari ke penjual di stesen Gua Musang. Kakak pun sempat turun beli makanan. 


Seronok bila sampai stesen tempat latihan indusri dulu. Rasa macam balik rumah


Belakang tu pintu masuk ke gerabak. Ada orang pernah buka, aku pun tak berani sebenarnya


Dalam kereta api ni boleh je berjalan dari gerabak ke gerabak yang lain. Hazem-chan pun perlukan berjalan untuk bergerak. Tak terasa kematu la duduk sepanjang 12 jam perjalanan ni. Kakak pula berkesempatan pergi ke hujung gerabak dan merekod permandangan landasan dan suasana alam semula jadi yang berkabus. Aku pula tak terfikir 😂


Dah sampai!


Kami sampai di Wakaf Bahru dengan masa yang dijanjikan dalam tiket iaitu 12.14pm. Sampai je kami tersangat la lapar. Aku dah bayangkan makanan Kelantan yang sedap-sedap. Jujur dulu masa mula-mula jejak kaki ke Kelantan, aku tak berapa gemar dengan makan manis dia. Tapi lama kelamaan aku jadi selesa dan sekarang aku dah mengidam nak makan makanan Kelantan *nangis bucu katil* Jadi, yang ambil kami di stesen Wakaf Bharu adalah abe Raat sendiri.


MyLittleNote:: kakak ajak ulang lagi naik kereta api Ekspres Rakyat Timuran  lagi sebab kakak tak puas hati tak dapat katil. HAHA. Jya mata ne!

Thursday, February 24, 2022

Penerbangan Pertama: Sabah

بسم الله الرحمن الرحيم

25/12/2021
selama ni memang teringin sangat nak naik kapal terbang. nak rasa macam mana rasanya duduk dalam kapal terbang dan dilayan baik oleh pramugari dan pramugara. pernah la dulu nak cuba naik flight ke Penang. bila difikirkan balik, tiket naik bas lagi murah berbanding naik flight. banyak kali juga la plan kalau holiday merasa nak naik flight. dan akhirnya mengambil keputusan untuk menaiki kenderaan darat saja. satu hari, Ana, ex-roommate aku masa belajar dekat UiTM Seri Iskandar bakal melansungkan perkahwinan. aku dah berjanji dengan dia, aku akan jejak kaki ke Sabah bila dia akan berkahwin nanti. dan ini la masa dia. penerbangan pertamaku ke bumi Sabah. nak ke Sabah memang kena naik flight, tak boleh nak menidakkannya lagi. 


aku book tiket awal, lambat book memang harga berkemungkinan akan berubah atau tiada lagi tiket. kebetulan pula aku sudah bekerja dan mampu untuk ke Sabah. jadi aku travel ke Sabah bersendirian. orang lain ni kalau holiday ke Sabah bersama kawan ataupun keluarga, tetapi aku pergi sendiri. aku pun tak tahu kenapa la beli tiket terbang jam 8 pagi. ingatkan beli tiket flight ni macam beli tiket bas. tak sangka kena ada dekat airport awal. nak masuk ke balai berlepas pun banyak proses dia. dan ini pengalaman pertama dan aku kena hadapinya berseorangan.


selamat tiba di Kota Kinabalu, terus aku pergi makan. lapar sangat sebab pagi tu aku tak breakfast. takut kena tinggal dengan flight punya pasal padahal aku sampai balai berlepas terlampau awal. lepastu aku gerak ke Masjid Negeri Sabah. solat dan berehat sementara menunggu bakal pasangan pengantin menjemput. 


cantik betul masjid ni. percaya lah, masjid tempat wajib yang akan kita pergi dahulu kalau travel.


perasan bila dah naik kapal terbang ni? pertama sekali, aku agak cuak. lagi-lagi bila kapal akan buat u-turn. dia punya belok tu rasa macam naik roller coster. overall, memang macam rasa naik roller coster 😆 tapi alhamdulillah, perjalanan sangat baik dengan cuaca yang baik. kalau naik time hujan tu, mau fobia terus aku. 


mampu naik airasia je buat newbie macam aku. kalau dah expert sikit mungkin naik MAS lepasni 😂


selepas 2 jam menunggu, akhir bakal pasangan pengantin sampai! kemudian Ana dan tunangnya bawa aku ke area Todak Waterfront untuk makan. sebagai seorang seafood lover, sudah semestinya ini adalah tempat yang ingin aku tuju di Kota Kinabalu. 


bila aku cerita dekat Khal, dia cakap menyesal aku tak amik lobster :')


seronok makan dekat tepi laut sambil tengok sunset walaupun masa ni rasa macam tak berangin.


makanan tu banyak pula baki. tapau bawa balik boleh makan masa dalam perjalanan balik Kota Marudu nanti. lepas makan tu terus Ana bawa aku jalan-jalan sekitar tugu todak. ramai orang datang melepak situ petang-petang. memandangkan aku pertama kali jejak kaki ke Sabah, agak janggal juga la aku dengan waktu dekat situ. pukul 6 je kawasan dah mula gelap. selepastu aku jalan-jalan dalam mall sebab Ana masih lagi mencari barang-barang untuk majlisnya nanti. kemudian baru la kami gerak ke Kota Marudu. perjalanan memakan masa selama 2 jam. menurut Ana, duduk dekat Sabah ni walaupun satu negeri, perjalanan 1 tempat ke 1 tempat ibarat kau travel dekat negeri-negeri di semenanjung. memandangkan dalam perjalanan tu gelap dikelilingi hutan, maka aku memilih untuk tidur. 


26/12/2021
Ana bawa aku berjalan ke Tips of Borneo yang terletak di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. disitu la sempadan dan titik pertemuan antara laut china selatan dan laut sulu. betapa terujanya aku apabila dapat melihat sendiri laut lain selain dengan laut china selatan dan laut selat melaka. sebelum aku sampai ke Sabah, Ana ada tanya aku sama ada nak ke kawasan laut atau kawasan gunung. aku memilih gunung memandangkan aku ni forest lover walaupun dulu ada belajar tentang marine park. menurut Ana, musim cuti ni kawasan gunung sekarang ni agak ramai orang dan sesak. oleh itu, kami memilih pantai untuk berjalan. kalau tak dah sampai ke Kundasang 😂


ramai orang juga masa sampai ni. lepas bergambar dan berehat (sebab kawasan berbukit sikit, berkicap jugak sebab dah lama tak bersenam) baru lah pengunjung mulai berkurang. 


lepastu, turun sekejap lepak dekat tepi pantai Tanjung Mengayau. 


lepastu Ana nak bawa aku ke tempat lain untuk hiking, tapi malangnya kesuntukan masa memandangkan perjalan Kudat dan Kota Marudu pun memakan masa selama sejam. maka kami pun pulang sahaja. sebelum balik ke bilik penginapan, aku sempat la ke pasaraya untuk borong kopi tenom. kopi kegemaran kakak. 


27/12/2021
Ana dah start busy dengan persiapan perkahwinannya. aku jadi serba salah sebab menyusahkan Ana. Ana pula dah serba salah tak bawa aku jalan-jalan. katanya susah-susah datang dari jauh cuma duduk dekat Kota Marudu saja. aku lagi tak kesah duduk situ lama-lama dekat kawasan kampung. seronok sebab boleh belajar tentang adat budaya mereka. kebetulan ada saudaranya yang buat majlis perkahwinan. bertambah la seronok sebab aku dapat join sekali sambil mempelajari budaya kampung mereka. yang penting akhirnya aku dapat makan bouso batang pisang yang aku rindui :') 


first time bawa ATV. padahal dekat Selangor tu berlambak yang ada ATV sport ni 😂

petang tu, jalan-jalan dengan Ana masuk ladang. aku bawa ATV, Ana pula bawa basikal. oh ya, dekat kampung Ana ni banyak anjing. aku sudah semestinya agak fobia dengan anjing sebab pernah kena kejar :') yang peliknya, bila aku sampai rumah Ana, anjing-anjingnya tak menyalak pun dekat aku. malah nak beramah mesra :') agaknya diorang tahu yang aku ni penakut anjing. sama la mungkin formula dia bila orang yang takut kucing, kucing makin datang dekat. 


28/12/2021
masa ni memang Ana busy habis dan aku sempat berjumpa dengan dia walaupun hanya sementara. kemudian aku duduk dengan adik-beradiknya sambil mempersiapkan diri sebagai bridesmaid. diorang je la, aku hanya memerhati dari jauh. 


masa ni juga pihak catering sedang bertungkus lumus untuk menghias pelamin dan menyediakan makanan. aku hanya memerhati dari jauh bersama dengan makcik-makcik Ana.


sambil memerhati, sambil tu aku menunggu lagi seorang rakan kami, Shera yang datang dari Keningau. tetamu undangan pun mulai hadir sikit demi sedikit. majlis bermula pukul 6 dimulai dengan kemasukan bride and groom maids berdiri dekat aisle sehingga la pengantin perempuan. waktu pengantin lelaki nak amik pengantin perempuan dari parentsnya, aku pulak nak nangis. Ana dah kahwin!! selepas tangkap gambar beramai-ramai, baru la start makan. 


okay, ini adalah pengalaman pertama aku menghadiri majlis perkahwinan kristian. tapi ni berbeza tau dari dalam movie atau drama yang selalu kita tengok yang ada 'you may kiss the bride' tu 😂 tapi yang penting ada pertukaran cincin. disebabkan Sabah dan Sarawak ni kaya dengan pelbagai etnik dan agama la yang membuatkan mereka saling hormat menghormati antara satu sama lain. habis je majlis, aku, Ana dan Shera bersembang lama. sungguh! tersangat la lama kami tidak kumpul bertiga.


29/12/2021
dapatlah stay satu malam dengan Shera. banyak betul benda yang dibincangkan sampai tidur pun lewat malam padahal nak kena bangun awal pagi. pukul 7 dah kena gerak ke Kota Kinabalu memandangkan flight aku tengahhari. masa ni rasa menyesal :') baik amik flight petang, sempat la jalan-jalan lagi. masa ni juga waktu perpisahan dengan Shera. jumpa sekejap sangat! kami pun tangkap gambar sebagai kenangan.


sepanjang perjalanan, baru lah aku nampak permandangan yang cantik. Ana pun ada cerita serba sedikit tentang kampung halaman dia. dalam perjalanan, aku terperasan la satu bukit yang tinggi dan ganjil juga puncaknya. aku tanya Ana, baru la perasan. Ana cakap aku beruntung sebab dapat tengok Gunung Kinabalu dengan begitu jelas. kalau tak, puncak tu akan sentiasa tertutup dengan awan. maka berposing la bersama puncak kinabalu walaupun jauh nun disana. one day! aku akan naik Gunung Kinabalu. 


permandangan sawah pagi bersama puncak gunung kebanggaan rakyat Sabah.


sebelum balik, sempat la singgah sebentar di Pasar Filipina untuk beli makanan ringan yang dikirim dari orang-orang semenanjung. Ana bekalkan aku dengan buah unik dari Sabah iaitu bambangan dan tarap. gigih betul aku selitkan dalam luggage. nasib baik lepas dekat kastam 😂 


yang aku tak puas hati tu, masa pergi aku beli seat tepi tingkap. balik pula tetiba dapat seat tepi tingkap bila aku harapkan seat tepi aisle. lol


tamatlah perjalanan penerbangan pertama kalinya dalam hidup aku. sampai je KLIA2, lidah aku masih lagi cakap Sabah. dalam hati tu rasa macam, mana bahasa jawa aku? kena makan sambal belacan ke ni? 😆

MyLittleNote:: tahun 2022 ni memang tahun aku travel merata tempat untuk attend jemputan perkahwinan kawan-kawan. hujung minggu ni pula ke Nilai dan Batu Pahat. kalau sempat ke Melaka. i need a friend yang boleh jadi driver. letih 😂 jyaa! mata ne~

Saturday, August 5, 2017

Hiking 2.0: Bukit Gasing, Petaling Jaya


bismillahirrahmanirahim

ini aktiviti outdoor ku iaitu hiking untuk next bukit yang aku tawan.
namanya Bukit Gasing terletak di Petaling Jaya. dekat je dengan KWSP PJ tu. nun disana.
yang pasti tempat ni macam jungle tracking semata sahaja. nak jogging dalam hutan ni pun okay juga. bagi sesiapa nak merasa jogging naik turun bukit. atau tangga? ahahaha


ni track dia. boleh rujuk peta sini. dan ia mempunyai track yang berlainan. tapi kami melalui track yang melalui jambatan gantung. oh ya, kali ni aku pergi dengan geng lain tau. bukan kawan-kawan sekolah. nak plan dengan diorang masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing. kali ni aku pergi dengan kakchik dan geng hiking barunya. hiking ni aktiviti baru kakchik. kalau tak aku memang suka hiking dia suka run. tapiii.. aku mana suka run. hahaha. malas la nak run. penat. bagi aku hiking la paling aku suka. pelik tapi itu la hakikatnya. kihkihkih. kini kakchik sudah berjinak-jinak dengan hiking. mihmih.


dengan teman baru. maaf la gambar gegar sebab tangkap pun tengah berjalan. lagi pun kawan kakchik tu cakap. hah.. cepat sikit nak selfie tu. meh, aku bukan suka selfie sangat. hahaha. aku kan photographer. photographer type dia bukan suka selfie okay. hahaha. tangkap gambar ni nak buat kenangan bahawasanya hutan ini indah. gitu. btw, kawan kakchik tu lelaki. biasa la lelaki ni kan pantang kacau bila perempuan nak tangkap gambar nanti dia kata selfie. hahaha.


ceri hutan tak silap. bagi aku cantik. oh btw, aku memang suka tengok tumbuh-tumbuhan lagi-lagi dalam hutan. tenang je.


aktiviti wajib aku adalah baca segala informasi yang terpampang dimana-mana saja termasuklah di dalam hutan hatta di dalam muzium. mesti orang ingat aku ni nerd. who care. ilmu kot. haha


ini fern hutan yang aku tak pernah nampak. tu yang jakun pergi tangkap gambar. nak petik pun nak simpan mana kan. mengikut ilmu yang kakak pernah cerita (kakak dulu dia belajar sains perladangan) ada fern yang glow in the dark. aku pun tak tahu la fern mana satu. kihkih.


dah namanya ala ala park, jadi disediakan bangku untuk berehat.


masa tu kami hiking lepas zohor. sepatutnya pergi pagi, tapi pagi aku mengajar tuisyen. gigih tunggu aku habis kerja baru pergi hiking. dapatlah tengok sunset. lepas tu tangkap gambar style silhouette.


style silhouette nombor 2. yang ini aku pun tak tahu kawasan puncak ke apa, sebab bukit ni takda peak. ni kawasan di mana ramai orang yang berehat disebabkan kepenatan mendaki tangga semacam dekat Batu Cave tu.


ini la tangga tangga kesukaan kalian. hahahaha


tangga extreme sebab kena langkah akar pokok.


tadaaa. ini la pintu masuk dia. pintu masuk pun ada banyak, sebab banyak track kan? jadi kami masuk sini keluar ikut laluan lain. maaf tutup muka sikit. sebenarnya nak tunjuk penanda tu. tapi yang ada muka sendiri. hehe

bagi aku ia tak berapa extreme sangat. amik masa pun tak banyak sangat macam mana aku hiking Bukit Kutu dulu. turun pun dah petang cepat-cepat cari surau nak solat asar. nak jamak tak boleh ye sebab rumah dekat. bhahaha.

MyLittleNote:: ini sebenarnya hiking sebelum puasa hari tu yang aku nak cerita. berapa lama ntah duduk dalam draf. writing block masalahnya. bukan sebab malas. sebab tu dua tiga menjak ni aku rajin blog walking dari update blog sendiri. banyak benda nak cerita. jumpa nanti. jya mata!

Saturday, June 10, 2017

Escape to Penang!

bismillahirrahmanirrahim

sebenarnya trip ni tahun lepas, cuma aku memang takda masa ke buat-buat takda masa nak story mory dekat blog? ahahahha. kadang writing block juga.

____________________

MEI 2016

kawan aku si Khal ni dia teringin nak travel sama-sama sementara dia bergelar bujang sebelum naik status menjadi Puan. banyak kali dah dia ajak. tapi aku buat tak tahu je la. takut nak bagi keputusan sebab kadang perancangan kita ni bukannya betul sangat. perancagan Allah itu yang lebih berkuasa. dan akhirnya aku beri keputusan muktamat yang kita akan pergi travel. stress punya pasal. dah lama juga tak travel sejak habis belajar. dulu zaman belajar ye la merantau sana-sini. tu yang best zaman belajar. zaman kerja ni nak merantau asyik fikirkan tentang kerja yang tak habis-habis. sigh!

oh ya, Mei tu memang bulan dimana kami travel bersama. aku ingatkan berdua je, rupanya ada member STPM dia join sekali. hehhhhhh. aku jadi awkward pulak tetiba sebab yang ikut tu lelaki. planning semua Khal yang buat. jadi, dia cari list of budget hotel in Penang dan usha juga hotel mana yang ada amazing deals. tapi aku cakap dekat Khal prefer guest house. cari je la murah-murah cincai-cincai asal boleh mandi dan tidur. hahaha. backpackers sangat. asalnya aku ingat nak guna flight je balik. tapi tiket flight mahal. hahahaha. sudahnya naik bas je lah pergi balik. teringin nak naik flight. tak pernah kan. hewhewhew. 

banyak juga la transport yang kena guna. naik bas dari Klang Sentral ke Butterworth, kemudian jalan kali pergi jeti untuk naik ferry pulak. dekat stesyen Butterworth tu memang dekat dengan stesyen KTM dan jeti. so anda boleh datang ke Penang dengan pelbagai cara. cara paling jimat mesti lah naik bas even lambat sikit. kemudian boleh fefeeling naik kenderaan laut pula. jangan risau kepada mereka yang belum pernah naik ferry. dia tak bergoyang macam naik ferry kecik tu. so bagi yang mabuk laut jangan risau okay.



bila sampai jeti dipulau tu terus jalan kaki ke stesyen bas. kat situ boleh naik rapid penang dan pastikan bas yang kita ambil tu betul. takut salah pergi dan sesat. kan naya nanti tak pasal-pasal sampai ke tempat penginapan lewat. dalam perasaan awkward tu, rupanya ada hikmah juga member Khal ikut sekali. rupanya dia dah travel dekat Penang rupanya. nowonder dia tahu nak naik bas mana satu.

oh, tempat penginapan tu kami ambil keputusan stay di guest house. apa yang best ni guest house ni dia ada sediakan 3 jenis bilik rasanya. 1 jenis macam dorm. yang ni best kalau kita pergi travel ramai-ramai macam travel satu kelas. kongsi bilik air la tapi. yang tak best dia tak private. jika kau travel dua tiga orang better jangan pilih dorm sebab dia open dan campur lelaki perempuan. kalau dorm confirm la guna kipas syiling. takdanya nak guna air-cond. hahaha. jenis lain pulak tak silap, bilik. tapi takda toilet dalamnya. yang tu pun kena share even agak private biliknya. hahaha. and the last one bilik yang private ada toilet sendiri. yang ini jenis yang ada air-cond. yang bestnya guest house ni ruang tamu atau dapur. semua kena share la dengan tetamu-tetamu yang lain. dapur tu jangan risau kita boleh guna. beli je bahan-bahan lepas tu main masak-masak. jimat kos makanan disitu.




oh ye, bebel panjang ni sebenarnya travel kami cuma 3 hari saja. hari pertama sudah kecapekan disebabkan travel jauh right. petang tu kami menikmati sunset ditepian pantai. tengok orang main abseling rasa nak main je. tapi tu laa, takut lari bajet pulak. hewhew. lepas tu window shopping dekat pasar malam berhampiran dengan tempat kediaman.

hari kedua.
takda plan pun nak terjah Escape. memang fees dia agak mahal. dapat murah kalau kita book guna online. bagi aku memang tip top la Escape ni. dah aku ni jenis kaki advanture sports. hampir semua permainan aku main. tak puas tapi akan datang lagi inshaAllah. waktu tu main dari pagi sampai ke tengah hari. haus dan perut lapar. cafe dekat situ memang ada, tapi bagi mereka yang travel bajet kecik ni tak digalakkan makan kat situ sebab mahal. hahahaha. bagi aku Escape is the best!

petang tu lepas zohor jalan-jalan dekat Georgetown pergi Padang Kota nak cari pasemboq. yaaa, kepengen deh. sebab dah lama tak makan. lagi-lagi aku ni jenis hantu seafood. lepas makan jalan-jalan cari art dekat dinding-dinding bangunan. try to treasure art sewa basikal.










malam tu kami banyak berehat. penat main panjat-panjat tak hilang lagi. tidur awal la jawabnya sebab nak balik untuk keesokkan hari pun awal.


dan aku harap satu hari lagi dapat travel lagi. dan paling penting dan paling senang nak travel guna je traveloka. senang nak cari hotel yang bersesuaian dengan kehendak dan kesenangan kita nak travel macam mana. 😊

MyLittleNote:: maaf la ye banyak sangat gambar. dekat Escape takda gambar sebab gambar dekat phone. dan memang tak digalakkan bawa phone masa main. terpaksa simpan dalam loker. jyaa mata! selamat berpuasa!

Monday, February 27, 2017

Hiking 1.1: Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, PD


bismillahirrahmanirrahim

aci redah je kan pakai gambar yang sama untuk permulaan intro. :P
memandangkan entri ni dah berada dalam draf, maka aku siapkan serta nak publish cecepat sementara tak da cerita ni. nak share something pun takda benda yang nak di share. haha

------------------------------------

hiking aku yang kedua pada tahun 2016

kali ni kami ke Bukit Batu Putih yang terletak di Tanjung Tuan PD. kalau tengok dalam maps aku pun confuse ni PD ke Melaka. sebab dekat area PD ada satu kawasan kecil berada dalam kawasan Melaka.

kami pergi awal pagi sebelum subuh. kali ni Jat tak ikut. geng pun sedikit berbeza. dan kali ni pergi dalam kelompok yang kecil. kepada mereka yang nak daki Bukit Batu Putih ni. ianya tak se-adventure macam Bukit Kutu yang aku pergi itu hari. naik dalam 30 minit macam tu. 


sampai puncak boleh nampak laut. dan agak panas bila sampai waktu panas la. haha. masa ni datang pun kena beratur sebab ramai orang. kami pergi pun waktu weekends bukan weekdays. yang bestnya ada budak, orang tua boleh hiking bukit ni.



aku bukan peminat EXO tapi aku suka D.O. hahaha

lepas turun dari bukit ni, kami menyusuri jalan pandai. dan kemudian masuk balik dalam hutan menemui jalan keluar. oh ya pantai tu nak kena masuk memang kena tracking sikit. sebab tu pantai tu tak berapa ramai orang yang nak lepak bermadu kasih. naik motor pin pin dah sampai tepi pantai pun tak boleh. hahaha.

tapi malangnya stamina aku dah tak kuat masa zaman belajar dulu. pancit! T^T tu pun termegah-megah. so bagi anda yang bekerja terutama bekerja office. rajin-rajinlah untuk bersenam untuk kuatkan stamina anda. jangan fikir nak kurus je. kurus macam aku tapi cepat penat pun tak guna jugak.

lately banyak kes tentang kehilangan orang bila hiking. aku takut bila next hiking ibu dah tak benarkan aku lagi dah. broga bukit yang famos tu pun ada orang hilang dan alhamdulillah jumpa balik. dan aku pun tak sure akan dapat naik broga atau pun tidak. sebab belum pernah lagi mencuba. tapi tu lah, kena doa banyak-banyak sebelum hiking. nanti ada benda yang sorokkan kita pulak.

MyLittleNote:: dan sebelum balik kitorang singgah PD menikmati coconut shake yang boleh laa~ jya mata! 

Monday, January 9, 2017

Hiking 1.0: Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu



bismillahirrahmanirrahim

awal tahun hari tu aku ikut member-member sekolah pergi hiking. masa tu si Jat ni just bercerita yang dia nak pergi hiking. apa lagi, aku menyahut seruan dia nak ikut juga memandangkan aku ni bekas komander kampus dulu. yala, komander pencen yang tak aktif. orang sibuk buat latihan kawad, latihan sukan dan pt semua tu. aku lari. buat alasan yang aku banyak kerja studio. choii.

so,  syarat pertama yang kau kena hadap ialah bangun sebelum subuh. HAHA. aku hampir menangis sebab aku rasa macam tak mampu je. tapi aku gagahkan juga. tu pun kena perli dengan ibu sebab ibu tahu perangai aku macam mana. lol!

yang join trip hiking tu ramai. pergi 2 buah kereta bersama classmate member sekolah (baca: my schoolmate's classmate) gitu. pening dak? lol

perjalanan mengambil masa sejam lebih. sempat singgah empangan air dekat KKB tu. waktu tu musim panas yang membuatkan empangan air tu nampak macam surut sikit. subhanaAllah. memang cantik!

okay, teruskan perjalanan sehingga ke destinasi.

masa tu ada event. running daki bukit. like seriously? kalau aku lari naik bukit memang aku semput tahap apa ntah. ada negro tu semangat. bagus! semangat Usain Boltz.

daki dan daki. sumpah sangat-sangat penat. best boleh layan keindahan hutan. alhamdulillah semangatku berkobar-kobar memandangkan aku hampir rabak sebab dalam hati "bila nak sampai?!" hahaha. tapi waktu tu memang dalam hati aku nak sampai puncak cepat sebab nak rehat sepuas-puas hatinya. time daki tu boleh ada chemistry sikit dengan pendaki yang lain. memang best!

bila dah sampai puncak!
tada!


memang rasa macam tak puas menghirup udara segar. sejuk je rasa dengan angin yang bergitu kuat. tiada rasa bahang, silap hari bulan jadi burn bila kau tak rasa panas. hahaha. nak duduk puncak tu lama-lama tapi member-member nak turun. alaaa. tengok orang camping dekat puncak. seronoknya! siap ada yang buat solat jemaah. mashaAllah! 

dan puas posing, puas tidur dekat puncak tu (ada sebahagian hikers yang sempat tidur) dah puas tangkap gambar maka kami pun turun. ada history disebalik Bukit Kutu tu. cuba search dekat google. nak terang malas pulak. kehkeh. tapi yang pasti puncak ni pernah ada sebuah rumah agam. wow! manusia zaman tu macam mana lah kau boleh ulang alik naik turun bukit ni. dan ada misteri disebaliknya. jeng jeng jeng.

waktu turun ada kejadian yang tidak disenangi. ada hikers a.k.a climber kena sengat tebuan. sampai pitam orang tu dan kena paksa diangkat beramai-ramai. yang kesiannya ada abang ni kena turun bawah dan naik semula ambil stretchers. kesian abang tu. gigih! dan orang yang kena sengat tu akhirnya sedar. alhamdulillah. 

chemistry yang best tu bila tiap kali kita berselisihan dengan climber/hikers yang lain kitorang akan bagi semangat satu antara sama lain. 

"sikit lagi bang!"
"sikit lagi kak!"
"nak dah sampai dah tu"

orang yang nak turun lerr yang bagi semangat dekat orang yang nak naik tu. kihkih. kadang semangat tu macam bohong jugak. hahaha

sampai bawah dah petang. well, berjam-jam jugak nak naik dan turun tu. so, bekalan yang wajib kena bawa adalah makanan bila sampai puncak. kedai makan tak buka dik dekat puncak tu. dan yang paling best kalau kau bawa peralatan memasak. boleh masak meggi dekat puncak! jangan dik kalau nak masak yong tau fu dekat atas. penat nak angkut tong gas. 

track Bukit Kutu?
45 darjah ada. 30 darjah pun ada dik. yang hampir ke 90 darjah pun ada. sangat adventure! 

MyLittleNote:: balik tu kami ada masalah dari segi kenderaan. malas nak taip panjang so malas nak cerita. lol. ini cerita tahun lepas! 2016. yippi dan tak jadi draf. keh. and sorry ler entry takda gambar kami berhiking dan berposing dipuncak. mihmih. Jya Mata!