Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Saturday, January 12, 2019

New Year New Post

Bismillahirrahmanirrahim

salam sejahtera salam bahagia salam dunia. sebelum aku teruskan sesi ucapan new year ni. maaf la blog bersepah sikit. blog disyaki mengalami penyakit yang dikesan sebagai dangerous website. Ya Allah...... virus apa yang datang dekat blog aku ni T.T sedih dia tu bukan dibuat-buat. ke dia bagi amaran suruh design web baru? gosh! I have been using this template since 2011 sampai sekarang. tu yang sayang aku nak tukar. kalau tukar pun aku dah lama tak main coding-coding ni. sejak jadi budak designer main dengan pencil ni ilmu coding acah budak sains komputer dah bersepai hilang entah ke mana. HAHA. 

semoga cuti semester bakal menjelma ni aku akan design balik tema template yang baru dan belajar balik dengan coding pada era baru ini. new year well must be new design in my blog maybe (?) actually ada banyak cerita nak story. sumpah banyak! tapi tu lah.. ehemm. zaman sekarang vlogger dah up balik. orang dah tak main dah blogger blogger. noob~~ well, aku lebih suka dalam bentuk penulisan dari bercakap dan tunjuk muka even sekarang ni pun aku nak belajar edit video guna adobe premier. belajar buat video sesaja jee. sebab suka kan. muehehe!

well guys. happy new year even sekarang dah 12 januari. have a blast year! saranghaeyo! 

MyLittleNote:: exam saya tak habis lagi geng. sempat dia update blog. hahaha. jya mata ne!

Friday, April 1, 2016

Kisah Sambal Kicap

hari ni makanan tengah hari aku masak sup ayam. dan dengan kegigihan yang ada, aku menumbuk cili untuk buat sambal kicap (padahal sambal kicap aku buat pagi tadi. tiba-tiba teringin makan pisang goreng dengan cicah sambal kicap) mihmih. bila makan tengah hari, tiba-tiba aku teringat kembali kenangan dengan sambal kicap ni.

masa tu aku part 2, roommate aku orang Sabah. dua-dua orang Sabah. sorang asal Kota Marudu, sorang lagi asal Keningau. tak silap la, yang asal dari Kota Marudu tu balik Sabah diawal semester. padahal masa tu belum start cuti mid sem lagi dia dah balik Sabah seminggu. disebabkan time cuti sem part 1 dia tak balik Sabah. dia balik pun sebab attended her cousin's wedding. dia jadi bridesmaid la kiranya. seminggu dia tak datang kelas sebab balik Sabah. kemudian dia balik semua ke kampus dan membawa oleh-oleh untuk kami. iaitu sepeket cili. cili mentah, bukan cili yang siap dimasak. siap bawa bouso batang pisang (makanan orang dusun). bila diingat balik bouso tu. ya Allah, rindunya nak menikmati kemasaman dan kelazatan bouso tu. lagi-lagi makan dengan cili hidup yang dibawa tu. ahaha.

satu hari tu, aku dengan roommates lagi sorang (yang asal dari Keningau) pergi petik pelam mentah dekat area blok hostel lain. pelam banyak-banyak tak ada orang makan, kami petik lah even tak minta izin pada tuannya. kami pun tak tahu siapa tuan pokok tu. hehe. lalu, pelam tu kami kerjakan makan dengan sambal kicap. kisah sambal kicap ni dimana aku guna cili hidup dari Sabah untuk buat sambal kicap ni lah. aku guna segenggam cili dan tumbuk guna cawan. (kami tak simpan batu lesung ni. hahaha) roommates aku dah terbeliak biji mata. sebab diorang guna cili untuk buat makan dengan bouso selalunya guna 2 atau 3 biji je. aku guna segenggam cili. maka bila kami menikmati kemasaman pelam mentah dengan cicah sambal kicap tu. perghhh. super duper pedas sampai rupa aku yang gelap ni pun nampak kemerah-merahan. bibir apatah lagi, tebal satu inci. pedas tahap apantah tapi sangat sedap. yang asal dari Kota Marudu tu dah putus asa nak teruskan. cuma tinggal kami dua je yang habiskan pelam tu. 


cili asal Sabah tu memang pedas. patut la diorang makan sebiji dua. disebabkan aku dah biasa masak kat rumah guna segenggam cili. maka dengan cili Sabah tu aku guna segenggam. bila diingatkan kembali. memang aku rindu. rindu nak makan makanan Sabah. ahahaha

MyLittleNote:: sesekali mengimbau kenangan zaman muda-muda. hehe. jyaa ne !

Saturday, December 28, 2013

Latihan Intensif Bakal Komander 2013

bismillahirrahmanirrahim.
hari tu janji cuti sem nak update blog bagai.
nak tukar design blog.
tapi semua hampeh ! -.-

it's ok. janji blog kesayangan ni tak kena makan dengan sarang labah-labah elektronik suda.

masa cuti sem hari tu, aku join LIBK. nama panjangnya Latihan Intensif Bakal Komander. kepada budak-budak UiTM khasnya, mereka tahu apa itu LIBK ini. dan LIBK ini start pada 17 November sampai lah 28 November. semuanya 12 hari. sangat sadis bila raya haji yang pertama tu aku dah kena balik kampus sebab kampus kami menjadi tuan rumah kali ini. tu yang kena balik awal. *nangis*

buat apa aku masuk ?

hmm. sebab aku suka aktiviti lasak dan suka kawad. eheh!


dalam permulaan kem ! memasing wajah cerah je.


sebelum duduk kena buat baris dulu. kira kekuatan. dan bla bla bla.



kekanan lurus !
sumpah ! pakai full uniform ni lah paling aku benci. lagi-lagi bab nak pakai boot tu.


hari pertama masuk baris. tu pun memasing dah ramai yang tumbang.


yeahh! ini dia. hari yang paling aku suka. iaitu masuk hutan. memang pengalaman amat berharga bagi diri aku. even, sebelum ni aku dah pernah masuk hutan tapi kali ni amat seronok sebab kami masuk hutan tanpa guide tetapi masuk menggunakan peta ala ala tentera dan kompas. pengalaman best bila kami hampir sesat. seriyes. sesat di dalam hutan. dan pertama kali kena gigit pacat. wohoo!

lokasi kem. Kem Ulu Kenas, Perak.

banyak betul ilmu dan pengalaman yang aku dapat sepanjang kem ni. antaranya, dapat belajar selamatkan orang sakit di waktu malam. (kecemasan di waktu malam) dan malangnya aku terpaksa menjadi orang yang patah kedua-dua kaki. syok oh kena usung. hahaha! selain tu, dapat belajar kawad tongkat. dapat hitamkan muka. eheh?

dan yang paling best bila kena jerit sorang-sorang bagi hukuman. siap ada ujian lagi tu. jurulatih pulak orang yang pencen dari ketenteraan. pheww~ dan aku paling fail bab bagi hukuman tu. kalau duduk dalam platun tu terrer ah. bila jadi IC platun tu yang terus tak terrer dah. -,-


curi-curi tangkap gambar. kenangan katanya.


dan yang paling best bila dah passing out. so, secara rasmi kami dah ada pangkat baru. dari Bakal Komander terus Komander Rendah Muda. muda gitu. 

how about raging? biasa lah bila duduk dekat kem. kem pulak tu ala ala macam tentera. normal la tu. cukup la tu, gambar banyak sebenarnya. terima kasih komander yang menjadi tukang photographer tu. gambar yang dia upload memang banyak. tapi nak masukkan dalam sini semua memang hang la aku punya blog ni tak pasal-pasal. 

seronok memang seronok. yang pasti banyak cabaran yang harus ditempuhi sepanjang bekerja dengan pihak UiTM sebagai komander UiTM ni. pengalaman harus dikumpul. tanggungjawab jangan dipersiakan.

MyLittleNote:: rasa macam terhina pulak menunjukkan gambar sendiri yang tak ada rupa tu. alahai~ jyaa ne!

Saturday, September 8, 2012

Cross-country...

Projek aku hari ni, aku nak melukis. Gigih konon-kononya nak buat doodle sambil menembak sikit-sikit. Buat membunuh kebosanan aku di tempat kerja. Dengan pantas aku menyelongkar fail yang berada di dalam al-mari. Akhirnya, ku jumpa fail lama yang terlekat poster cerita ‘Harry Potter’ dan ‘Coffee Prince’ (korea punya cerita xD) hehe, malu sebentar. Macam ni ek perangai aku masa dulu-dulu. >///< ku selongar isi fail. Err.. kertas ujian masa form 4, yang dapat markah ntah apa ntah… dan, eh! Kenangan merentas desa bermain di pandangan mata dengan tiba-tiba. Hewhewhew. 

Ketika sekolah rendah, aku bukanlah atlet kebanggaan sekolah. Tapi aku berjaya mendapat tempat ketika merentas desa tahun… err, aku tak hengat! x( dan aku tahu, sukan ini tidak tersenarai dalam acara sukan peberett budak-budak sekolah (termasuk aku lah kot :P) 

Ketika di sekolah menegah, aku ingat lagi di mana waktu percubaan merentas desa. Aku tunggu kawan. Eh! Eleh! Selalunya ayat-ayat sinonim waktu merentas desa ialah KITA LARI SAMA-SAMA YE ;) ayat popular bagi pelajar perempuan. Akhirnya menjadi ayat bohongan semata-mata kerana sorang ke depan, dan sorang lagi jauh ketinggalan ke belakang. Choyy! 

Oh! By the way, baliknya aku pun cerita dekat ibu yang aku merentas desa tunggu kawan. Hasil penceritaan itu, aku kena gelak habis-habisan oleh ibu terchenta dengan zaki. Aduuiiii~ oleh itu, pada hari kejohanan, aku berazam agar mendapat tempat. Akhirnya, Alhamdulillah. Dapat ku buktikan kepada zaki. Walaupun dia tidak mendapat tempat pada hari kejohanan, tetapi dia dapat wakil sekolah untuk acara merentas desa peringkat daerah. Chait! 

Tahun demi tahun, akhirnya aku juga berjaya mewakili sekolah ke peringkat daerah *senyum lebar bukan bermakna berlagak* pengalaman pertama bersaing dengan murid-murid pelbagai bangsa. Ketika pertandingan, aku salah buat strategi. Akhirnya, aku kalah dan bernasib baik tidak mendapat tempat 100 ke atas. Tak apa, tahun depan cuba lagi. Malangnya, aku tidak terpilih mewakili sekolah kerana ada adik-adik junior yang lebih hebat dari aku. Tak pa lah, dapat merasa sekali pun sudah lah :) 

aku punya nombor bertuah xD

Tahun lepas, tahun akhir aku berada di sekolah. Ketika acara percubaan, aku berlari sambil bawa kuih. Err, ya. Memang agak lucu sebab aku kena gelak dengan cikgu-cikgu. Yela, lari waktu petang. Aku tak sempat nak isi perut untuk tengah hari. Beli makanan dekat kantin, berebut-rebut. Tu yang tak sempat masuk ke mulut kuih tu. Budak-budak lari bawa air, aku lari bawa kuih. Tu yang pelik. Merepek betul aku ni -_-‘ 

MyLittleNote :: mari lah kita bersukan, sebab aku suka bersukan ;) jyaa ne!

Wednesday, August 29, 2012

Usiaku 2 tahun...

alhamdulillah. sudah 2 tahun aku be'rumah tangga' dengan blog Hanamiko Sakura. err... garu kepala. jika dilihat di Blog Archive, start tahun 2011. apa pasal jadi 2 tahun?

sebenarnya. aku mula kenal-kenalan, beramah mesra dengan dunia blog pada tahun 2011. kerana ketika blog ini ditubuhkan. memang aku satu haram tak tahu langsung berkaitan dengan blog. just suka-suki buat blog tengok orang lain buat blog. akak-akak senior dekat sekolah punyalah beria memberitahu url blog mereka. sahabat terchenta Nur Sakinah, antara blogger yang membimbing aku cara-cara berbloging. (serius blur waktu itu) dan yang membimbing aku blog Hanamiko Sakura ditubuhkan ialah kezen terchenta. (dia merupakan seorang blogger juga. tapi blog dia nampak pelik. oleh sebab aku tak nak bagi korang pening tengok blog dia. so, aku tak nak bagi link :P) 

aku mula berjinak dengan blog di awal tahun 2011. waktu itu, aku hanya merapu meraban seorang diri. (yela, masa tu belum jadi peymes. ecehhh!) terjumpa pulak blog akak senior sekolah dulu. secara tidak rasmi, aku jadi pembaca tegar blog beliau. (secara silent reader) serius, aku tak tahu pun dan tak reti komen-mengomen. kerana aku lebih suka menjadi silent reader. :) sehinggalah aku menjumpai satu blog biru yang chantek molek. iaitu blogger kak Hanis :) cuba scroll cari top commentators. malas ek? takpe. ku berusaha untuk memaparkannya XD


beliau lah antara blogger pertama yang aku kenal. asal blogwalking. blog beliau tidak pernah ku lupa. terima kasih kak Hanis. arigatou-arigatou *sambil terangguk-angguk gaya orang jepun* XD. teringat lagi ketika waktu itu beliau memberi tutor agar word notification dibuang. memang aku tak tahu menahu kewujudan word notification itu. sadis. oleh sebab aku minat gila dengan negara matahari terbit itu. ku mula mengenali blogger-blogger yang tinggal di sana. antaranya kak Ayu dan kak Fatin :) dan ramai lagi lah.

tiba-tiba, teringat entri pertama yang cuba ku post. ada ke patut perginya post enrti game. hahaha! game spongebob masak crabby patties pulak tu. dah tu, game tu tak boleh buat main. last-last aku buang. background blog warna hitam bercorakan warna purple. header pic anime. ish ish ish *geleng kepala* 

back to title. aku nak ucapkan selamat ulang tahun blog kesayangan yang ditubuhkan pada bulan ogos 2010. :) semoga update selalu :P

MyLittleNote :: 31 ogos ni dekat I-City Shah Alam ada event tak? sekadar bertanya. jyaa ne!

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan...

pagi2 indah yang sunyi. senyap dengan bunyi cengkerik. krik.. krik.. krik.. pabila memandang langit. kosong. kosong bak kata najwa latif. bintang pun tak ada. macam mana nak nyanyi lagi twinkel twinkel litel setar? jam menunjukkan waktu untuk tidur. walaupun agak lewat kerana diri ni sudah merasakan seperti burung hantu. tidur pun tak menentu. makin sukar nak tidur awal. kalau tak tidur awal takut sahur nanti terlajak. terpaksa menggunakan brek emengenci. strittt~ (alamak! bunyi tak jadi sudah :P)

eh! aku ni kenapa la. berangan nak jadi penulis tapi karangan terabur. tak bombastik betul! tak best! tak releven! tak syok! tak segala tak. tak!

maaf. abaikan repekan aku.

salam ramadhan al mubarak! :D seronok. happy sesangat dapat jumpa ramadhan balik. syukur alhamdulillah. niat hati nak solat terawikh penuh tahun ni. tapi, apakan daya. kita yang merancang Allah yang menentukan. kerana aku sudah bekerja. terpaksa buat solat terawikh sekerat. :( sobs.. tapi. tak semestinya solat terawikh hanya satu2nya amal ibadat dalam bulan puasa. lain2 pun boleh buat. :D 

bila diingatkan kembali. tahun ni pestime aku tak berpuasa sebagai seorang skul studen. dah tak ada tadarus bersama kawan2. dah tak ada sambut khataman al-quran dekat sekolah. pas tu dapat bunga telur isinya gula2. yang ehem2 sibuk bawa gula2 tu lari masuk tandas. yang nakal2 tu sibuk nak pura2 makan gula2 tu. haish! kenangan zaman sekolah.

[credit to google]

MyLittleNote :: salam ramadhan sekali lagi. ampunkan segala kesalahan ku sepanjang daku sebagai seorang blogger. andai menguris perasaan. menguris kad gores atau kad topap. eh! hehe. ya! lupa nak pulak. selamat menjadi sebahagian pelajar universiti of ramadhan. semoga kita mendapat dekan dan gred segala ujian, cabaran di universiti ini. :D

Friday, May 18, 2012

UNIC - Sekolahku...

err.. aku nak menyanyi lagu nasyid UNIC ni ke? eh! tak lah. saja je. tiba2 teringat zaman sekolah. semalam aku lepak sama2 dengan member2. member perempuan je. bermalam bersama sambil pillow talk. =) wuhuu~ malu pulak bila nak cerita pasal pillow talk. cerita2 budak2 perempuan gituew. hehehe. suka duka kami kongsi bersama. kenangan zaman sekolah bermain di kotak ingatan. yup! semalam kami luahkan perasaan. luahkan jika ada di antara kami dapat membantu. weee~ so suwet. terharu pulak tiba2 ni. dan di antara kami tiba2 nyanyi lagu nasyid ni pulak.. uhuk uhuk~


sob sob sob.. air mata terus merembes keluar laju2. oh no! malunya. XD
kitaorang sangat3 hargai persahabatan kitaorang. bukan dengan perempuan2 je. dengan budak lelaki pun sama. we are like a big family. melengkapkan apa yang kurang. membantu siapa yang susah. tahun 2011 memang tahun tak boleh dilupakan. SAM Nurul Iman yang sentiasa berada di hati. weewitt~ hahaha! semoga ukhuwah kami tidak terputus dan terus hingga ke sorga.

okeylah. malas nak bebel panjang2. nak taip panjang lagi, tapi melencong tempat lain. layan pesbuk la. belokwalking la. oh! aku buat kerja dalam satu masa. woha! (peringatan, jangan tiru gaya saya. nanti teruk membawa padah. kihkihkih)

sahabat yang baik di dunia akan menjadi musuh bila di akhirat.
 jadi, mulai hari ini. jom kita tegur kawan kita. kita kena berani dan yakin. sebab kita kan sayang kawan kita. ye dak? tomodachi till jannah everyone =D gambatte!! tegur saya bila saya buat salah dan silap ^_^

MyLittleNote :: yeahhh!! esok ada karnival dekat masjid. jom meriahkan masjid. ;)

Saturday, May 12, 2012

Reunion...

masalah dah selesai. woyeh!
alhamdulillah. terima kasih kepada yang bagi pendapat tu. I really appreciate ^_~ thanks yauw~ haha. 

aku dah bincang pun dengan ibu. then, keluar pula keputusan muktamad. tak nak masuk matrik. stay dan tunggu result second intake upu. alhamdulillah. berkat istikharah, rasa lapang hati dan dada dengan keputusan aku tu. siap dengan senyuman tak lekang dibibir. ewahh. insyaAllah. doa2kan lah ye kawan2 ^_^

**********************

panjang bebenor intro itu tadi ek. hehe. actually, aku nak cerita pasal reunion.
sebelum kami bertaburan, bersepah di merata negeri. kami berkumpul pada 7 mei. orang putih kata apa? reunion? haha. yup. reunion. special reunion sebab makanan kami masak sendiri. pagi2 dah kena turun padang. rewang bak kata orang jawa. hihi. antara hidangan yang di sediakan. mi hon tom yam, sup, sate, nugget, sosej panggang, potato wedges and bubur. (bubur apa ntah. kawan yang masak)

masjlis besar start lepas zohor. sebelum majlis tu, kitaorang adakan check result upu beramai-ramai. riuh rendah dengan sorakkan kegembiraan. happy semua dapat. riuh dengan ayat perli-memperli. gurau-gurauan. 

jom layan gambar :)

our memories :') sob.. sob.. sedihnya.
lagi 3 orang tak ada.. 

bergambar kenangan.. sob.. sob.. (tiba2 menangis ni apasal? hehe)

suasana di hari raya.. opss.. suasana di jamuan reunion.

mamat ni tak boleh bla.. tension2.. aku selalu gaduh dengan dia dalam kelas.. HAHA
by the way, mamat slenge ni lah ketua kelas kitaorang..

cewek2 chakep.. HAHA.. masing2 dah berpunya tu.. :P

bakar sate.. bakar sate.. 

chocolate indulgence >_< 
alhamdulillah tahun ni banyak betul dapat makan kek SR..

ni jelah yang aku tempek. nak tempek banyak2 takut loading pulak. hehe.
[picture without copyright Hanamiko Sakura kredit from pesbuk]
[photography :: Abe Nubhan]

MyLittleNote :: bilalah nak berkumpul bersama lagi ni.. sob sob.. T^T

Thursday, April 19, 2012

Terokai Alam....

rindu sangat dengan sahabat2 yang selama ini menjadi peneman ketika aku mengembara ke alam semula jadi.. yup! aku sukakan dan amat meminati sukan lasak.. lagi2 dengan aktiviti outdoor game yang penuh cabaran.. (sila buat muka terkejut.. erm.. tak payah lah terkejut.. memang dah biasa dengar pun.. perempuan2 suka sukan lasak.. ye dok?)

aku ada join satu program sekolah yang di anjurkan oleh Pusat Kokurikulum Negeri Selangor.. syukur alhamdulillah.. aku antara insan yang terpilih.. ramai kot kawan2 aku jeles tengok aku dapat join program macam tu.. FREE lagi tu.. program tu di namakan Program Perkhemahan Intergrasi Pusat..  masa aku join mula2 nama program tu, JELAJAH PULAU MUTIARA.. seronok jalan2.. yang paling best bila kena masuk hutan.. daki gunung.. dekat Taman Negara Pulau Pinang.. penghujung hutan tu ada tasik.. agak unik la sebab air dekat tasik tu, bahagian atas air tawar.. dan bahagian bawah air masin.. nak tahu lebih lanjut sila KLIK SINI.. then, kitaorang main anak penyu.. pengalaman pertama aku sentuh anak penyu.. XD

kenangan yo.. pelekat rama2 tu, masa kitaorang masuk taman rama2.. ada game treasure hunt.. best yo.. group aku menang.. tempat kedua je.. hampir2 je nak menang.. sebab ada dua group sama markah.. ditanya soalan cepu mas.. pasal kitaran hidup rama2.. adoii.. 

hah! kem ni aku pergi masa aku form 2.. muda lagi.. hahaha.. then, kali kedua aku join masa form 4.. siapa tak jeles.. aku sorang je pergi.. 

kem yang kali kedua ni pergi snorkeling.. woha!

tempat yang sama.. di Pulau Pinang juga.. tapi main snorkeling dekat Pulau Payar, Langkawi.. pagi2 dah bertolak pergi jeti.. naik feri menuju Pulau Payar.. waktu tu hujan renyai2.. pagi2 dan sejuk sangat.. masa naik feri tu.. ombak bergelora dengan kuat.. ramai penumpang yang mabuk laut.. tidak termasuk aku.. hehehe

try cari aku.. dengan wajah yang tak mabuk gitu.. hehehe..

sebelum menyelam.. tengok ikan2 berenang di dalam tangki ini..

aktiviti bersama ikan..

ketika ini aku tidak membayangkan keseronokan sebab aku tak pandai berenang.. budak2 lain happy je tengok ikan.. aku sibuk berenang sebab takut hanyut jauh.. penat betul.. time ni lah aku betul2 hampir lemas sebab aku tertelan banyak air laut.. glup! perit sungguh..

then, kitaorang tengok baby shark.. terkejut sebab baby shark tu makan roti.. err..

berangan nak naik cruise.. XD

bergambar kenangan di depan cruise..

kenangan pada hari terakhir sebelum bertolak ke Selangor..

Alhamdulillah.. masuk hutan sudah.. masuk laut pun sudah.. lepas ni nak terbang.. >.<

ahak! sebelum mengundur diri dan hilang buat beberapa hari.. aku tinggalkan satu ayat.. hasil copy paste dari 
dan sambungan entri aku sebelum ni..

Peringatan kpd semua lelaki

"Jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya.''
(Imam As-Syafi'e)



Kepada lelaki,
jangan main sentuh dengan perempuan, tak baik.
Walaupun cuit-cuit di facebook, juga tidak dibenarkan.
Kalau teringin nak sentuh jugak, test dulu sentuh bara api, (baranya, bukan apinya) kalau boleh tahan, ok teruskan ..
Tapi kalau dengan bara api pun tidak tahan,
jangan dicuba-cuba mendekatkan diri ke lembah kebinasaan..

Kepada wanita,
sudah terlalu ramai lelaki yang berilmu & berakhlak tinggi dalam menjaga hubungan sebelumnya,
kecundang di tangan seorang wanita..
wahai wanita,
tahukah kamu siapa kamu?
kamu adalah penentu jatuh bangunnya umat manusia..



MyLittleNote :: alhamdulillah.. selesai sudah entri aku hari ini.. kalau tak.. tak idea langsung.. DUSH!!

Wednesday, February 8, 2012

Bicara Hati

Statistik dalam kehidupan aku :: Bicara Hati merupakan novel err... pertama ke kedua ek?? tak pasti... novel yang pernah aku baca...

nak tau apa aku buat dengan novel tu??
.
.
.
aku bawak pergi sekolah... manalah aku tau yang novel benda larangan... aku tunjuk dekat kawan2...


waktu tu, tengah exam... membe aku pinjam... yelah,, kertas dah abis jawab... dia sibuk2 nak baca... last2 kena tangkap... kih.. kih.. nasib baik atas nama kawan aku tu... tapi,, buku tu buku milik makcik aku... err... diam je lah...

akhir tahun... mintak... hihi

MyLittleNote :: err... aku asyik lupa je nak tengok cerita bicara hati tu... ada sesiapa yang boleh ingat kan aku??? tolong ingat kan aku..... cerita itu... =P

Tuesday, January 31, 2012

~Rambutan gari~

Hahaha… tajuknya macam lawak je… bahasa jepun + bahasa melayu… tapi aku tak tahu rambutan dalam bahasa jepun… har3



Mengimbas kenangan saat aku bersama buah rambutan… ceh, macam aku dengan rambutan ada hubungan istimewa pulak… eh, dah merepek pulak aku ni… dulu, masa kecik2 dekat depan rumah aku ada pokok rambutan… sekarang dah kena tebang… (T.T sob2 buat muka sedih)asal ada musim rambutan… pokok rambutan dekat depan rumah akan jadi mangsa aku… har3ßketawa orang jahat…

Senyap2 aku panjat pokok lepas tu melantak makan rambutan banyak2… dan aku akan menjadi nakal jika aku baling kulit rambutan tu dekat orang yang tengah lalu lalang dekat bawah… har3.. lepas tu aku akan goyangkan pokok pura2 jadi anak jiin… macam cerita nujum pak belalang… hahahaha…  jahat tak?? Ngee… best bertenggek dekat pokok sambil makan rambutan… tak kira pagi, petang, siang, dan malam… malam pun aku pernah panjat pokok tau… time tu bulan puasa… tak ada sapa yang makan kecuali malam… so, bapa teringin nak makan rambutan… aku dan abang yang menjadi mangsa… akhirnya aku yang panjat… malang tak berbau… aku hampir2 nak terjatuh… sempat juga aku berpaut… Alhamdulillah… selamat…itulah pengalaman memanjat pada waktu malam…

Tapi kini, nafsuku nak makan rambutan dah pudar… rasa malas pulak nak makan rambutan… entah lah… tak tahu kenapa… sedih sungguh…

Hahaha… tak mau nanges2…

MyLittleNote: pasal ajl26 hari itu,, aku suka bebenor tengok penampilan si hafiz... macam budak kampung yang comel + nakal... hihihi... 

Thursday, January 5, 2012

~Kejadian Febuari~

SAMNI di kejutkan dengan kejadian yang tanpa di duga...
dan aku antara mangsanya...


1 budak perempuan pengsan...
dan aku tersepit di pintu van..
akibatnya..


aku mendapat 4 jahitan dilutut...
rasa ngeri sebab first time kena jahit...
dan rasa agak seronok sebab dapat tengok lemak sendiri...
hahaha... jangan muntah tau...
aku memang nge ngok sikit...
tengok tu memang ngeri...
lama2 tak lah ^^ (ada naluri kedoktoran kot... har3.. tak layak lah)

maybe sebab kejadian tu, kesihatan aku ak menentu...

Sunday, January 1, 2012

~Happy New Year 2012~

selamat tinggal 2011... selamat datang 2012
aku nak ucap Happy New Year...

2011 tahun yang paling aku sayang...
banyak memori terindah...
banyak kenangan yang tak boleh dilupakan...

first time buat entry tahun ni...
HAR3 

dan mungkin aku akan stop berblogging... bye