Saturday, December 28, 2013

Latihan Intensif Bakal Komander 2013

bismillahirrahmanirrahim.
hari tu janji cuti sem nak update blog bagai.
nak tukar design blog.
tapi semua hampeh ! -.-

it's ok. janji blog kesayangan ni tak kena makan dengan sarang labah-labah elektronik suda.

masa cuti sem hari tu, aku join LIBK. nama panjangnya Latihan Intensif Bakal Komander. kepada budak-budak UiTM khasnya, mereka tahu apa itu LIBK ini. dan LIBK ini start pada 17 November sampai lah 28 November. semuanya 12 hari. sangat sadis bila raya haji yang pertama tu aku dah kena balik kampus sebab kampus kami menjadi tuan rumah kali ini. tu yang kena balik awal. *nangis*

buat apa aku masuk ?

hmm. sebab aku suka aktiviti lasak dan suka kawad. eheh!


dalam permulaan kem ! memasing wajah cerah je.


sebelum duduk kena buat baris dulu. kira kekuatan. dan bla bla bla.



kekanan lurus !
sumpah ! pakai full uniform ni lah paling aku benci. lagi-lagi bab nak pakai boot tu.


hari pertama masuk baris. tu pun memasing dah ramai yang tumbang.


yeahh! ini dia. hari yang paling aku suka. iaitu masuk hutan. memang pengalaman amat berharga bagi diri aku. even, sebelum ni aku dah pernah masuk hutan tapi kali ni amat seronok sebab kami masuk hutan tanpa guide tetapi masuk menggunakan peta ala ala tentera dan kompas. pengalaman best bila kami hampir sesat. seriyes. sesat di dalam hutan. dan pertama kali kena gigit pacat. wohoo!

lokasi kem. Kem Ulu Kenas, Perak.

banyak betul ilmu dan pengalaman yang aku dapat sepanjang kem ni. antaranya, dapat belajar selamatkan orang sakit di waktu malam. (kecemasan di waktu malam) dan malangnya aku terpaksa menjadi orang yang patah kedua-dua kaki. syok oh kena usung. hahaha! selain tu, dapat belajar kawad tongkat. dapat hitamkan muka. eheh?

dan yang paling best bila kena jerit sorang-sorang bagi hukuman. siap ada ujian lagi tu. jurulatih pulak orang yang pencen dari ketenteraan. pheww~ dan aku paling fail bab bagi hukuman tu. kalau duduk dalam platun tu terrer ah. bila jadi IC platun tu yang terus tak terrer dah. -,-


curi-curi tangkap gambar. kenangan katanya.


dan yang paling best bila dah passing out. so, secara rasmi kami dah ada pangkat baru. dari Bakal Komander terus Komander Rendah Muda. muda gitu. 

how about raging? biasa lah bila duduk dekat kem. kem pulak tu ala ala macam tentera. normal la tu. cukup la tu, gambar banyak sebenarnya. terima kasih komander yang menjadi tukang photographer tu. gambar yang dia upload memang banyak. tapi nak masukkan dalam sini semua memang hang la aku punya blog ni tak pasal-pasal. 

seronok memang seronok. yang pasti banyak cabaran yang harus ditempuhi sepanjang bekerja dengan pihak UiTM sebagai komander UiTM ni. pengalaman harus dikumpul. tanggungjawab jangan dipersiakan.

MyLittleNote:: rasa macam terhina pulak menunjukkan gambar sendiri yang tak ada rupa tu. alahai~ jyaa ne!

Sakura menempek di entri ini:

:: Copyright Hanamiko Sakura ::

15 comments:

  1. wahhhhh. untunglahhh masuk jadi komander.
    akak komander. kite tak tau tuu. boleh ajar tak hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh ! kehkehkeh,, masuk komander pun main masuk je. tu pun memang dah pikir 2 3 kali nak masuk ke tak. almaklumlah. budak ID ni sentiasa busy. hahaha

      Delete
  2. Akak pergi uitm seri iskandar ke?
    Ceh ceh jgn memain dgn komander ni, uuu takut.

    ReplyDelete
  3. Ohh maksudnya! Sama U dengan abang saya ler! Hebatlah akak. Dia sendiri pun kata malas nak join benda alah ni eheh

    ReplyDelete
  4. Dia ambik quantity surveyor. Sem 2 rasanya

    ReplyDelete
  5. Woooo.... ulu kenas ei.. tmpt lepak2 dulu kala... hahah... peghh muka sume serabai.. saje wat havoc je ni =p

    ReplyDelete
  6. unit beruniform..serius lama dh tglkan..almaklum dh tua kan

    ReplyDelete
  7. salam kenal..singgah sini ye..sudi2 lah jenguk kite jugak :)
    http://cikanem.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. teringat memori unit pakaian beragam di suatu masa dahulu

    ReplyDelete
  9. salam.. dah lama x jenguk sini :D

    ReplyDelete
  10. suka kawad? rare nih. hahaha akak memang tak suka kawad. kl camping tu suka la jugak sebab bleh santai2. tp kl bab nak kena kejan tu yg xsyok. hahahah akitviti yg mantap nih. Xde la cuti abes mcm tu ja kan. Dpt pengalaman baru. Pangkat pn dapat kan. Tahniah :)

    ReplyDelete
  11. wah.... bestnye dpt kawad.... sy dlu mase skool n matrix, mmg aktif sgt kawad, ngehehe

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...