Showing posts with label Kehidupanku. Show all posts
Showing posts with label Kehidupanku. Show all posts

Monday, July 14, 2025

MyKasih - Sumbangan Asas Rahmah 2025

konnichiwa minna san!


hujung bulan 6 haritu kecoh pasal MyKasih tak boleh digunakan. aku bukan la jenis yang beria sangat. sebab dekat rumah pun tinggal berdua dengan bapa. apa yang ada, adalah. apa yang tiada tu memang akan aku keluarkan duit sendiri atau minta ihsan adik-beradik minta tolong belikan ๐Ÿ˜‚ ni dikira guna kuasa veto anak bongsu la. kau masih muda ke, masih tua ke. selagi belum kahwin, boleh je paw adik-beradik.


lepas kecoh-kecoh tu tergerak la hati aku nak check sama ada aku ni layak atau pun tidak. bila disemak memang tak layak walaupun dapat STR. aku try guna ic bapa. oh bapa layak la! bapa sebagai warga emas yang tiada pasangan dikira layak. dalam kategori bapa, program ni dapat masa bulan April 2025, tapi sekarang baru tahu. takpa la, yang lepas tu kita anggap bukan rezeki. untuk bulan Julai ni kita habiskan untuk stok duduk berdua dengan bapa saja. 


sebenarnya kan, bapa taktahu pun dia dapat MyKasih. yang dia tahu dia dapat STR je. STR memang akan terus dikreditkan dalam akaun bank. tapi MyKasih ni dikreditkan dalam kad pengenalan. tiap kali aku nak membeli tu aku akan pinjam ic dia. bebel bapa.. HAHA tapi aku tak bagi tahu tau sebab bapa tak reti sangat benda-benda baru ni. risau aku entah apa-apa yang dia duk beli. lagi risau dia pergi ke pekan bawa motor. sekarang ni dekat kampung lori-lori tanah berkeliaran. risau sangat!


cukup la untuk dua orang bujang ๐Ÿ˜‚ syukur alhamdulillah


ada keperluan bapa aku belikan juga. bapa suka minum-minum kopi 2in1 ni walaupun kopi ni kandungan gula tinggi. bapa pun kena kawal pengambilan gula sebab dia ada kencing manis. keperluan diri sendiri pun aku beli juga. jajan-jajan buat kudap-kudapan diwaktu pagi atau petang. 


MyLittleNote:: bila ambil barang tak tengok harga tu. makkk aihh terkejut kita. tak banyak pun barang tapi harga dah cecah 200 lebih. hidup zaman sekarang tersangat la berat. jya mata ne!

Tuesday, June 17, 2025

Wardrobe Assistant: Drama Astro Ria

Konichiwa minna-san!


Dah lama juga menyepi. Sebenarnya, lepas aku aktif dengan menulis blog haritu, aku buat part-time. Aku pun tak tahu kenapa random sangat pergi apply kerja. Kerja pula jadi crew drama astro. Disebabkan aku cuma fikir nak cari pengalaman baru, aku cuba la. Tak sangka pula dapat diterima dalam 300 orang yang apply. Mungkin aku ada pengalaman menguruskan butik pakaian dalam pada masa yang sama, butik pakaian yang aku bekerja tu pernah menjadi tempat set lokasi untuk pengambaran. Jadi aku ada pengalaman sikit walaupun tak banyak mana. Bila aku dah ceburi bidang ni, nahh.. jadi owner set pengambaran sangat berbeza ya jadi crew pengambaran ๐Ÿ˜‚


Oh ya! Lupa nak cakap drama apa.. Drama Rahsiamu Selamat Denganku 


First time masuk astro. Excited!


Masa ni hari pertama masuk kerja. Terus kena pergi astro untuk sesi baca skrip. Tugas aku kena uruskan baju-baju untuk para pelakon. Sama ada sesuai atau tidak untuk setiap babak (yang tentukan sesuai atau tidak bukan la aku - tu tugas HOD Wardrobe & director)


Tangkap gambar senyap-senyap sebab diri sendiri pemalu


Ni pula sesi baca skrip yang terakhir dan juga hari terakhir untuk fitting baju. First time aku jumpa Alvin jadi nervous semua benda. Sebagai pembantu, aku jadi tukang iron baju je. Haha. Masa ni juga aku busy sangat! Dari tengah hari sampai ke petang. Cast punya la ramai nak kena fitting one by one sampai nak makan pun tak sempat. Pftt.. 


Koleksi gallery phone memang penuh dengan gambar baju serta cast


Masa mula-mula shoot untuk scene yang pertama. Aku agak teruja dan agak blur sikit. Mujur ada 1st pembantu. Aku sebagai 2nd pembantu sahaja. Aku banyak belajar dari dia. Actually, dalam team aku ni, team wardrobe hanya aku sorang je melayu. Yang lain semua chinese termasuk la team makeup artist. Masa bekerja ni, team wardrobe dengan team makeup kena berganding bahu dan tolong menolong sebab tu team ni bila digabung jadi team image. Iaitu menjaga image cast yang akan berada dihadapan kamera. Kena pastikan pakaian para pelakon nampak tersusun dan teratur sebab kamera akan ambil beberapa shoot untuk berlainan angle. 


Lokasi ni, call time tengah hari tapi aku kena datang awal sebab
nak setup wardrobe. Wrap pukul 4 pagi. Nangis..


Set lokasi pula bukan satu tempat je. Dari Shah Alam ke Kuala Lumpur, ke Hulu Langat, Batu Caves. Tempat kemain jauh. Paling dekat dengan rumah aku cuma Shah Alam. Tu pun kena gerak keluar rumah lepas subuh sebab call time image team pukul 7.30 am. Balik pun, wrap paling awal pukul 10 pm. Paling lambat sampai pukul 1 am. Sobs. Set paling aku tak suka dekat dalam mall sebab parking mahal. Dah la tak boleh nak claim dengan production. 


Semua crew kena menyorok bila assistant director dah sebut "action"

Sleeping pattern kerja ni jadi dah tak betul. Masing-masing mengantuk.


Dapat sponsor dari Paris Baguette. Suka ice latte dia. Sedap!


Dapat surprise food/coffee truck dari fans Siti Khadijah.


Masing-masing duduk dengan director depan monitor


Study scene mana yang dah settle untuk susun baju shoot hari esok.


Kereta kitorang penuh dengan baju sampai tayar
kereta masing-masing problems.


Lepas je wrap, tugas aku kena cuci baju cast lepas shoot.


Siti comel betul!


Someone belanja kitorang ice americano.
Guess what? Tak ramai yang minum.


Banyak benda baru yang aku belajar. Dari zero knowlage sampai lah tahu serba sedikit. Diorang semua banyak bantu aku. Bukan saja ajar aku dari segi wardrobe, diorang ajar aku terms yang selalu industri ni guna. Terms shoot, angle, take, scene, termasuk la jawatan masing-masing ๐Ÿ˜‚ selama ni aku ingatkan yang akan jerit 3 2 1 action tu director, rupanya assistant director. Selain uruskan wardrobe, aku juga belajar cara handle lighting, saja lah kan nak belajar. Kena tarik jadi extra pun ye ๐Ÿ˜ญ sumpah aku kaku depan kamera. Tak pasal-pasal kena debut jadi pelakon extra. Kena paksa dengan director pulak tu, tahu-tahu nama kena petik. 


Dalam hati masa ni fikir aku nak buat apa ni.. nak buat apa ni ๐Ÿ˜‚
Mujur adik-adik ni tolong akak.


Seronok sangat ke jadi crew shooting drama ni? Tak tahu nak cakap apa. Pengalaman aku ni hanya  drama saja. Itu pun hanya 16 episod. Kalau yang puluh-puluh episod tu? Entah-entah aku give up! Filem atau telefilem ke short drama ke atau music video. Taktahu la. Nak cakap aku buat kerja elok, ada je aku buat silap. Masa tu, aku tersalah bagi anting-anting dekat pelakon utama. Huishhhh.. kena ceramah teruk dengan HOD. Masa mula-mula aku buat silap, aku blurr sampai menyusahkan partner aku, kena ceramah juga sampai aku nangis sebab aku menyusahkan orang. Aku pula jenis tak suka menyusahkan orang. Sampai la director perasan, dia minta kawan dia pujuk aku. Lahhh.. tapi comel. Kitorang jadi rapat pula. Haha.


Wrap party yang meriah. Tema lunch waktu itu korean buffet. Nyums

Last day untuk semua cast kecuali Siti Khadijah


Hari terakhir shooting, co-production belanja dinner. Masing-masing sedih taknak perpisah. Walaupun shoot untuk scene yang terakhir dah lama wrap, tapi masing-masing macam taknak balik sampai hampir kena halau dengan guard. HAHA Co-production drama ni - Blimey. Ya.. saya peminat Blimey.. ingat tak dulu pernah jumpa fans meeting. (baca SINI) Lepastu kitorang gelak bersama. Jade cakap, kita dah jadi kawan, pernah bekerja bersama. Tak perlu la jadi fans lagi. Dengan Dasol pula pernah meluah berkongsi cerita bersama. HAHA.


Shooting days - 50+ days, down day hari jumaat. Kadang bergantung kalau tetiba tu jumaat kena shooting juga ๐Ÿ˜‚ Btw, tak semua gambar aku masukkan dalam sini. Dalam tempoh 50+ hari shooting ni, gambar pun tak teratur. Tapi kita enjoy je la ye. Hehe


MyLittleNote:: kalau ada orang kata, taknak kembali dengan kerja ni ke? I'll think about it. Padahal impian aku kalau boleh nak jadi crew untuk reality program. Alang-alang tengok la drama ni juga. Jya mata ne! 

Tuesday, April 16, 2024

Selamat Hari Raya 1445H & Selamat Bekerja

Konnichiwa minna-san!


Harap semuanya selamat. Selamat hari raya, selamat bekerja, selamat bersekolah, selamat masuk kelas, selamat buat assignment, selamat jumpa bos, selamat jumpa client dan selamat semuanya! Hari biru ku bermula hari ini. Hari selasa. Semalam masih lagi berehat walaupun tidak kemana-mana raya ini. Raya tahun ni, nenek beraya dengan kami. Tinggalah aku, bapa dan nenek. Bak kata kakak, kami beraya tiga bujang ๐Ÿ˜† adik beradik lain semua beraya rumah mentua masing-masing. Dulu sebelum PKP, kakak akan bergilir-gilir dengan abang. Tapi kini semuanya tidak lagi bergilir-gilir. Mujur kakchik dan Zaki rumah mentuanya dekat. Maka diorang balik malam raya pertama. 


Solat raya bersendirian. Nenek dah duduk dekat saf depan


Bila kita beraya dengan orang tua yang tak boleh nak kemana-mana ni, memang duduk rumah layan tetamu je. Tetamu nenek pun ramai. Saudara mara, anak-anak buah nenek, anak-anak buah arwah atok. Pakcik dan makcik serta sepupu sepapat. Maka OOTD memang tiada. Mood raya tu hilang entah ke mana. Raya tahun lepas galak betul jahit baju raya kemain banyak. HAHA.


Tahu-tahu dah bulan 4. Cepat je masa berlalu. Bulan 1 haritu, perjalanan terasa perlahan. Tengok nanti, tahu-tahu dah bulan 12. Azam tahun baru nak sentiasa update post baru pun dah kelaut. Azam korang tahun ni setakat ni macam mana? 


MyLittleNote:: ini cuma random post sahaja. HAHA, jya mata ne! ์‚ฌ๋ž‘ํ•ด

Sunday, December 31, 2023

The Ending & Conclusion of 2023

Konnichiwa & salam penutup 2023..

dalam setahun, dalam bulan tertentu mesti ada ujian. ya, ujian yang aku hadapi pada bulan desember. macam rasa kelakar. tapi tu la hakikatnya. tiap ujian mesti ada markah. wahh lawak hambar.. 


awal bulan 12, walaupun sudah 4 minggu berlalu, aku ada kekuatan sikit untuk bercerita. tak ada angin tak ada ribut walaupun waktu itu sudah memasuki musim hujan. aku kemurungan. walaupun aku tak declare yang aku kemurungan, tapi aku ada simptom tersebut. dalam minggu kemurungan tu, aku jadi faham dengan perasaan Jung Daeun.. (Jung Daeun, watak dalam kdrama Daily Dose of Sunshine)


masa tu aku nekad nak baik dan cuba call HELP. kaunselor tu tak dapat nak diagnose yang aku betul-betul ada kemurungan atau tidak. dia cuma cakap yang aku ada simptom dan berpesan suruh jumpa doktor, tapi masa tu aku betul-betul taknak jumpa sesiapa pun. kalau aku jumpa doktor aku jadi anxiety. 


atas nasihat kaunselor tu, aku cuba merawat diri dengan berjalan-jalan. walaupun hanya cuma berjalan dalam mall. amik mood tengok dunia luar. dan minggu dalam proses membaiki diri. aku akhirnya meluah dekat Khal.. sampai Khal rasa kecik hati.. tapi aku terangkan dari A sampai Z. lepas meluah tu terus beban jadi ringan. 


ye awak. kalau dah depress tu, memang kau taknak meluah dekat sesiapa pun. kau rasa taknak jumpa sesiapa pun. kau rasa takut. kau rasa useless. rasa nak tidur je. mood semua takda. nak buat benda yang kau minat semua hilang. HILANG!


cuba bayangkan macam mana perasaan Lee Sunkyun sebelum dia nekad untuk ambil nyawa sendiri.. 


jadi, penyakit mental ni memang wujud dalam kalangan manusia normal. sampai sekarang aku tak tahu punca apa aku jadi macam tu. boleh la fahami pesakit-pesakit mental dengan tengok kdrama Daily Dose of Sunshine.


(kredit: wikipedia)
baju oren depa sekali ni la Jung Daeun


seminggu dalam proses rawatan minda sendiri, minggu seterusnya aku positif covid untuk kali kedua. walaupun buat self-test. sudah jatuh ditimpa tangga ๐Ÿ˜‚ alhamdulillah.. waktu tu cuma demam biasa. batuk serta selsema yang tak berapa teruk. boleh rasa makanan minuman serta bau. 


tahun 2023 banyak mengajar aku sebagai seorang dewasa. sebelum memasuki dunia 30an... huarkhh, masih rasa diri ni budak-budak lagi sebab suka buli anak-anak buah. kihkihkih


RECAP 2023

FEBRUARI
day trip ke Kuala Kangsar atas jemputan undangan perkahwinan anak kepada bos kakak


MAC
ini kes takda kerja. tahu tak mampu nak beli tiket, sanggup bersesak-sesak duduk luar layan konsert BlackPink


JULAI
play tourist dekat Kuala Selangor pula. walaupun dah banyak kali naik. why not! siap singgah galeri permainan zaman kanak-kanak dulu. best!


SEPTEMBER
jalan-jalan dekat Ipoh. saja bawa Adah rasa pengalaman naik ETS. 10 tahun lalu, zaman belajar diploma pernah ke Kellie's Castle. genap 10 tahun datang balik. ada perubahan sikit dari segi service.
(update: aku pernah tulis la dekat blog. hahaha ini cerita dia)


NOVEMBER
buat pertama kali buka carboot setelah 5 tahun berniaga. buka sorang-sorang memang letih. dengan kitanya ni introvert tak peramah nak layan customer. nervous wrap bunga tu depan orang.


semoga tahun 2024 akan jadi lebih tabah, dewasa dan sihat.. aminn mana tahu tahun depan jumpa jodoh.. bye young adult. welcome to adulthood :) seperti biasa untuk azam 2024 untuk Hanamiko Sakura. azam rajin update blog. kihkihkih


MyLittleNote:: dalam melangkah ke tahun baru, terus kita ingatkan saudara kita di Palestine. teruskan memboikot. please saya merayu.. kita boikot.. banyak brand coklat yang terpaksa aku tukar untuk teruskan perjuangan boikot ini. Jya mata ne!

Monday, December 26, 2022

Graduation Day! UiTM ke 94

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

sebelum tamatnya 2022, sebab aku ni sejenis perap cerita. kadang, cerita 2 tahun lepas pun pergi up. muehehe.


setelah 2 tahun menunggu, rasanya ni konvo paling lama nak tunggu. diploma dulu cuma setahun je, degree ni makan masa selama 2 tahun disebabkan pandemik covid-19. kawan yang habis belajar terus kahwin pun dah ada seorang anak. belum lagi yang datang bersama suami. tak kurang juga yang masih single. 


aku cuma dapat rasakan konvo aku ni tak berapa best. bapa pula sudah berusia warga emas. yang temankan bapa cuma abang sorang. adik beradik lain masing-masing busy dengan life. kebetulan sidang waktu tu waktu bekerja, takkan semata nak amik cuti attend adik konvo kot. 


masa aku sibuk duduk dalam dewan, aku dapat panggilan dari polis bantuan. katanya bapa duduk sorang-sorang. phone bapa masa tu takda kredit nak call abang atau aku. bapa dah terpisah dengan abang dalam kalayak ramai orang yang berpusu-pusu. tersangat la ramai orang! dalam dewan aku dah resah. risau dengan keadaan bapa. lagi-lagi dengan kakinya yang belum baik dari bengkak air akibat terseliuh. keluar dari dewan, kawan-kawan lain bergambar. aku mula mencari bapa sebab terlampau risau. jadi aku tak ada banyak gambar dengan kawan-kawan. apatah lagi gambar diriku seorang. ah sedihnya! 


keluar dari dewan memang nak dekat waktu asar, aku pulak belum makan tengah hari lagi. dapat je jumpa bapa, terus aku bawa pergi makan dengan abang. abang pula dia datang naik motor. ada hikmah juga la dia datang naik motor. dia ambil cuti half-day je. so dia bawa bapa dari tempat parking yang nun jauh tu ke dewan. waktu tu UiTM memang tengah sesak walaupun musim cuti semester. aku tak dapat bayangkan kalau budak-budak dah masuk semester baru. mesti double jem dalam UiTM ni. 


selesai makan dan berpisah dengan abang, terus pergi solat asar. lepas solat asar aku ajak bapa masuk UiTM semula sebab aku belum lagi pulangkan robe. sijil pun tak amik lagi. sempat la bergambar dengan bapa berdua ditemani dengan Adah (cousin) terima kasih sanggup datang lepas habis kerja. sobs. 


ya.. tahniah untuk diriku.. anda berjaya juga dapatkan sekeping sijil ijazah sarjana muda walaupun sambung lambat. bila aku buat appreciation post dekat facebook tu, ada je jari gatal yang komen suruh sambung master. termasuk la cikgu sekolah menengah. sabar je la ๐Ÿ˜‚


tiket masuk untuk parents. takda tiket ni tak boleh masuk
dewan dan perlu memakai pakaian mengikut protokol yang ditetapkan

dah la tengah musim covid dalam keadaan berjaga-jaga. perghh belakang
pentas takda lansung penjarakkan. dengan suasa panas dan sempit.
makeup masing-masing cair ๐Ÿ˜†

bunga untuk kawan-kawan. asalnya nak bagi 1 batch. tapi aku beli tak
cukup. cukup untuk 1 kelas je

bukan usha pakwe, sekadar amaze dengan photographer punya attire

sempat bergambar dan berkumpul sebelum dewan digelapkan.
nak suruh graduan keluar dewan cepat-cepat, dengki sangat.

bergambar dengan lecture. sebenarnya aku bergambar dengan budak kelas lain.
tapi lantak la asal ada. 


MyLittleNote:: jadi emosi pula entri ni. haha.. jya mata ne! 

Tuesday, August 18, 2020

Warming Up!

bismillahirrahmanirrahim. 


halu semua! it's been a lonnggggg hiatus for Hanamiko Sakura's blog. rindu sangat dekat kawan-kawan blog. korang apa kabar? sihat? 2019 banyak cabaran dalam hidup aku. begitu juga 2020. cabaran buat aku dan kita semua iaitu COVID-19. duduk rumah leklok eaaa... 


banyak sebenarnya aku nak cerita. dah siap tulis tajuk buat entri tapi takda isi lepastu simpan molek2 dalam draf. HAHA. inshaAllah ada masa dan mood writing datang, aku continue la cerita tu. simpan dalam blog untuk kenangan masa hadapan. bila tengok entri lama-lama zaman sekolah rasa macam sekarang ni dah besar. penulisan kena matang dari dulu. dan isi pun kena la matang dan buat cerita yang menarik untuk dibaca. zaman sekarang orang cari rezeki melalui media sama ada youtube atau blog. korang ada youtube channel ke? atau korang penyegan macam aku prefer writing je? takpeee kita into writing je acah researcher. hahaha. 


gambar semasa mendaki Gunung Datuk ahad lepas.


disebabkan tajuk entri pun "warming up". kita warming up dulu sebelum memasuki entri story yang menarik ya. lagi pun aku dah lama tak menulis santai macam dulu-dulu. buat cerita yang menarik. kongsi pengalaman yang menarik dan info-info yang menarik. andd.... oh ya! first time tau aku buka blog ni. tetiba blog punya setting berwajah baru. tergagap jugak la nak click mana satu. kena study balik ni. nak design templet blog lagi. tengok la aku dah janji nak buat design baru. dah setahun jadi sawang. lol >_<


MyLittleNote :: mati itu bila-bila saja boleh menjemput. al fatehah buat ayah angkat abang saya. arwah banyak jasa tolong ktorang satu family. 

Saturday, January 12, 2019

New Year New Post

Bismillahirrahmanirrahim

salam sejahtera salam bahagia salam dunia. sebelum aku teruskan sesi ucapan new year ni. maaf la blog bersepah sikit. blog disyaki mengalami penyakit yang dikesan sebagai dangerous website. Ya Allah...... virus apa yang datang dekat blog aku ni T.T sedih dia tu bukan dibuat-buat. ke dia bagi amaran suruh design web baru? gosh! I have been using this template since 2011 sampai sekarang. tu yang sayang aku nak tukar. kalau tukar pun aku dah lama tak main coding-coding ni. sejak jadi budak designer main dengan pencil ni ilmu coding acah budak sains komputer dah bersepai hilang entah ke mana. HAHA. 

semoga cuti semester bakal menjelma ni aku akan design balik tema template yang baru dan belajar balik dengan coding pada era baru ini. new year well must be new design in my blog maybe (?) actually ada banyak cerita nak story. sumpah banyak! tapi tu lah.. ehemm. zaman sekarang vlogger dah up balik. orang dah tak main dah blogger blogger. noob~~ well, aku lebih suka dalam bentuk penulisan dari bercakap dan tunjuk muka even sekarang ni pun aku nak belajar edit video guna adobe premier. belajar buat video sesaja jee. sebab suka kan. muehehe!

well guys. happy new year even sekarang dah 12 januari. have a blast year! saranghaeyo! 

MyLittleNote:: exam saya tak habis lagi geng. sempat dia update blog. hahaha. jya mata ne!

Tuesday, September 18, 2018

Cuti Semester Sesi Julai Ogos 2018

bismillahirrahmanirrahim


setelah sekian lamanya aku tak menulis apa-apa diblog marhaen ini. terima kasih kepada mereka yang sudi jejak. sistor is so happy and terharu. sobs :') oh ya, sebelum aku mulakan cerita ini aku nak share sad story. masa final exam lepas raya hari tu aku demam teruk sampai kena suspect denggi dengan doktor. demam seminggu je pun dah kena suspect padahal bukan teruk sangat. siap doktor sahkan positif. what!? bila pergi hospital MA tu cakap, "ini bukan denggi dik" maka aku pun berhuhu depan MA tu sampai rasa nak terjelepuk sebab tak tahan sangat berdiri lama :') memang aku akan demam setahun sekali dan akan kena seminggu macam tu. malangnya ujian ini ditetapkan ketika waktu musim final exam. MashaAllah! ujian dia sangat berat waktu ketika itu. and now I pass it with flying colours! thank you Allah!

seminggu setelah itu, maka aku pun teruskan dengan pencarian kerja parttime sebab aku bukan sejenis duduk diam. tak bosan mereput dekat rumah cuma amat bosan dan sakit bila nak berjimba takda duit. maka kena lah pepandai cari duit sendiri kan. cuma kali ni aku tak sambung berskim khidmat pelajar dekat PTAR Puncak Alam lagi dah. memang staff kat sana memanggil aku but aku prefer kerja sendiri dengan menjadi runner surprised delivery. apa yang best jadi surprised delivery ni? masyuk memang masyuk, tapi aku dapat pengalaman travel alone ke sekitar Selangor dan KL. aku pernah sampai ke Bangi, Kajang, Rawang, Banting, KL dan lain-lain lagi yang aku rasa macam nak semput mengejar waktu bila tempat tu jauh ya amat. dan aku dapat tahu selok belok jalan sekitar Selangor even aku memang rakyat negeri Selangor yang berasal dari Klang ni. (sebenarnya aku cuma tahu jalan area Sabak Bernam, Klang dan Shah Alam je. kihkihkih)

by the way, surprised delivery apa yang aku buat ni?


yess! i do this. rasa seronok bila buat kejutan dekat orang tengok muka-muka mereka yang terkejut serta menghargai hasil tangan seni kita. aku ada juga buat runner untuk balloon selain surprised delivery ni. bila aku buat kerja macam ni, ada akak tu bagitahu aku

"you have a talented to make the bouquet, why not you just do your own business"

maka, terhasil lah business sendiri
Surprised by Triple H

please-please follow instagram ini ya!

nak whatsapp terus pun boleh!

okay, nanti kita bersambung kembali apa aktiviti cuti sem aku ni selain berbusiness. this activity is more memorable that I would cry

MyLittleNote:: done siapkan assignment kita berblogging. hehe. jya! mata ne

Wednesday, February 22, 2017

Planner of Life

bismillahirrahmanirrahim


hidup ini perlu merancang. what is your plan this year? akhir tahun lepas aku pernah mengomel sendirian yang aku rasa hidup aku gelap. sebab gelap? sebab kita tak merancang dengan baik. selain buat perancangan jangka pendek. kita juga kena buat perancangan jangka panjang. ye saya tahu kehendak Allah membataskan kehendak manusia. Allah adalah sebaik-baik perancangkan? that's why kita kena merancang, jadi Allah akan tolong dengan perancangannya. kalau tak merancang? macam mana Allah nak tolong. right? 

"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." 13:11



tahun 2016 merupakan tahun dimana aku tidak lagi bergelar student. it's quite strange. belajar untuk mencari nafkah dan mencari komitment sendiri. terutama sekali komitment terhadap kereta. aku baru saja menerima sebuah kereta milik abangku. disebabkan dia beli kereta baru, maka kereta itu dia serahkan kepadaku. dah aku pergi kerja hari-hari naik kereta tu. macam tak adil pulak dia yang bayar. walaupun bayaran balik pada bank itu agak rendah jumlahnya, tapi bagi aku agak banyak. walaupun tak terlampau banyak. dan ilmu tentang kereta mencurah-curah dalam otak kepala ni. kena tahu tentang kondisinya. kena tahu tentang kesihatanya lagi-lagi bab renew roadtax. huwarkhh! hari tu aku lambat renew roadtax. dah drive sampai KL. ntah kemana-mana aku bawa. yela, tahun lepas Zaki yang renew, so expectation aku tahun 2017 la tamatnya. rupanya October 2016 tamat. hahaha. 

perancangan aku terhadap kereta itu adalah, aku akan habiskan bayar kemudian tukar nama kereta tu atas nama aku. jadi nama aku akan bersih dari pinjaman bank kecuali pinjaman ptptn. *tersedak*

perancangan seterusnya ingat nak sambung degree lepas habis bayar balik ptptn. tapi macam mustahil je, even kakak bayar balik pinjaman dia guna kwsp. aku? kwsp pun baru daftar. isi pun tidak. hahaha. *gelak takda harapan* plan balik ingat nak sambung degree guna duit sendiri. lepas tu fikir balik macam takda harapan juga. it's okay. Allah know the best for us. 

tapi masa tu rasa. arkhh! tak kira aku nak sambung belajar jugak! tapi masa tu juga application untuk sambung degree di UiTM dibuka aku pandang sambil lewa. sampailah ex-roommates aku yang dah hampir 2 tahun kot tak belajar dapat keputusan yang dia dapat sambung belajar. wahh! sorang bakal jadi cikgu, dan sorang lagi bakal jadi tourist guide. memandai je la engko ni!

setelah itu plan aku kelaut lagi.

tapi yang penting, perkahwinan is not priority right now. biasalah anak bongsu siapa nak pandang selagi ada abang atau kakak yang masih belum berkahwin. okay, bab yang itu selamat. melainkan ada mulut kengkawan tu tanya bila kau nak kahwin. rasa nak cepuk pun ada. rezeki orang lain-lain kan.

dan sekarang ni aku sangat takut kalau jadi hamba duit. yaa, semua perancangan memerlukan duit. and Miss Hanamiko Sakura, please kawal kewangan kau. banyak membazir pada makanan. nak buat macam mana kan aku suka makan. makan sampai licin tau. bukan tinggal sisa. :'(

MyLittleNote:: semoga semua urusan dipermudahkan oleh Allah. aminn~ jya mata!

Monday, February 20, 2017

Graduation Day! UiTM ke 85

bismillahirrahmanirrahim

setelah sekian kalinya, aku tiba-tiba nak buat entry basi tentang konvo ku yang telah berlansung ada tahun lepas bulan sebelas.

alhamdulillah.
setahun juga aku nak tunggu naik pentas ni. impian jadi kenyataan. jikalau dulu aku dapat tengok adik-beradik ku yang lain naik pentas untuk menerima penganugerahan diploma atau degree. dan kali ini giliran aku. terharu. ya aku terharu sampai tak terkata. rasa seronok!


good bye UiTM
nanti kita jumpa lagi.
MyLittleNote:: tengok! jarang update. entry pun pendek. hahaha. jya mata!

Monday, September 5, 2016

Sambung Belajar

bismillahirrahmanirrahim.

its been long day long month I have'nt updated blog. cehh, english kelaut. okay, intro dah habis. hahaha.

masing-masing tanya aku bila nak sambung belajar? especially orang-orang yang berdekatan dengan aku. ermm, bukan family. tapi kawan ditempat kerja yang sama tapi lain company la. pelik bukan? haha. diorang kebanyakkan lepasan diploma atau asasi atau tengah cuti sem selama tiga bulan yang sedang mencari duit poket. after that diorang sambung belajar atau start new semester. uish, sakit memang sakit bila orang tanya macam tu. nak kata tak ada rezeki, lain ceritanya. inshaAllah lepasan UiTM ni nak sambung degree UiTM balik inshaAllah dapat la. ni mungkin rezeki bila nak sambung belajar tapi hidup dibelenggu dalam keadaan berhutang. ya, hutang PTPTN masa diploma dulu. menyesal amik PTPTN? tak juga. kalau menyesal siapa yang nak tanggung aku belajar diploma dulu kan? hahaha. hidup kalau berhutang tak lena tidur tau. takut!

ada juga kengkawan lain yang dah bertahun habis diploma tapi tak sambung sampai sekarang. alasan diorang nak cari pengalaman kerja dahulu. pengalaman kerja tu sangat sangat penting. lagi penting kalau pengalaman kerja kau tu setahun dua. dia tak main la pengalaman kerja 3 bulan. hahaha. so, aku tekadkan hati agar tidak terburu-buru atau gelojoh nak sambung belajar. yang dah sambung belajar tu pun siap pesan dekat aku tak perlu sambung belajar. gila apa. haha. depa bilang degree life beza dari diploma life. okay, baik lah. lagi susah diorang cakap boleh hilang mood nak sambung sebab takda duit atau dibelenggu hutang PTPTN tu. gituu.

okay. dah penat nak bebel sebab topik pun membosankan. yala, takda menda yang nak dikongsikan. kalau kongsi pun cerita dah basi bikin simpan dalam draf. haha.

MyLittleNote:: hidup ini ibarat ladang. kita semai elok2, hasilnya diakhirat nanti. dapat hasil yang buruk atau yang baik. Jya Mata!

Friday, May 8, 2015

Yang mana satu nak cerita !

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

mungkin aku agak busy nak update cerita baru. sebenarnya sekarang aku tengah runsing tentang test JPJ. wahaha! dah tua-tua baru nak ambil lesen. yela kan, macam mana dah tua baru ambil lesen. semua kos perbelanjaan lesen L ke P seterusnya CDL atas tanggungan diri sendiri. tak ada supporter mana-mana serta biasiswa atau pinjaman bank. kuikuikui. melampau la kan nak buat lesen minta biasiswa dengan pinjam bank. oleh disebabkan aku amat gemar merempit menggunakan motor, maka aku ambil lesen motor dan kereta sekali gus. heyy~ memang pening la kan nak ingat RPK serta RSM motor dan kereta. dua-duanya amat berbeza. yang paling aku sedih sekali, aku tak boleh ingat sangat RSM kereta. RSM motor boleh counter. isk isk isk. RSM kereta bila dah semangat menghafal, bila naik je kereta. glup! aku lupa. oh tidak! boleh tak aku nak tampal nota dekat dashboard? hahaha.


okey,
test JPJ satu hal. hal yang lain pulak. alhamdulillah, start 8 June 2015 mula lah perjalanan hidupku sebagai pelajar semester terakhir dalam bidang diploma rekabentuk dalaman. nama peymos amos; ID (interior design). untuk last sem ini tugasnya kena buat ala-ala life project. yala kan, pengalaman praktikal dah ada. tak kan nak buat project setaraf budak part 1 hingga part 4 kan. tapi malangnya tak start apa lagi pun macam collect data, SWOT analysis. dan dot dot. (kalau cerita melebih tak kemaunya pembaca terkulat-kulat nak faham) walauapapun, untuk last sem ni kena all out. kata senior dulu-dulu. last sem ni sakit sikit. ada yang cakap; last sem ini agak senang juga la dapat dekan. in shaa Allah.

sempena cuti sem ni, moh la kita tidur puas-puas. nanti dah masuk sem bermula lah membelaan eyes beg untuk tahap ke berapa ntah. sigh~

dannn.
cepat benar masa berlalu. pejam celik dah dekat 3 tahun belajar. macam semalam je baru dapat panggilan pergi temuduga. kemudian surat tawaran belajar. oh hai! saya budak part 1.

MyLittleNote:: last sem ni kita collect la memori bebanyak ya! haha. jya nee!

Tuesday, March 5, 2013

Kadang-kadang Ku Terfikir..

kadang-kadang saya terfikir jugak.

macam mana boleh terjebak dengan dunia blogger?

macam mana boleh jadi budak ID?

dan macam-macam.

tapi tak de lah nak tanya.

macam mana boleh jadi manusia. -.-

sah-sah lah kan jawapan tu dah tertulis dalam Al-Quran.

oh ye! cuti sem nak dah dekat. tak sabar rasa nak balik. kalau final project ni dah selesai. akan ku buat aktiviti kuak lentang. err... kruk kruk *garu kepala*

sabtu ni pulak ada event department. malaih pulak nak pergi. it's call ID Day berkonsepkan ALIVE. okey! kira osem lah jugak. sabtu minggu lepas, ada dinner aka prom la kononnyer. seriyesli, perkara itu semua pestime dalam hidup aku. yela, dulu aku budak sekolah agama.


kali ni, aku cuba mengelakkan menaip perkataan 'muahaha!', 'wakaka!' and so on. seriyesli, aku sendiri baca macam nampak tak matang. malu kot. *lari sorok bawah kerusi*

MyLittleNote:: till then, nak pergi kelas. tapi sempat pulak hapdet blog. choyy! 

Friday, October 12, 2012

Orang yang Berbadan Dua

alhamdulillah. bulan lepas dapat ahli baru iaitu kakak ipar. aku akan masukkan watak beliau di blog terchenta ini dengan watak kak Zee. pasal kenduri kahwin akan ku story bila kerajinan aku mengalahkan kemalasan aku. kehkehkeh.

bersyukur kehadrat Illahi. tak lama lagi bertambah satu lagi ahli keluarga. ini bukan bermakna aku nak kahwin. dan Hazem-chan tak akan ada gelaran 'chan chan' lagi dah. dia akan bertukar kepada Hazem-kun kerana dia akan mempunyai seorang adik. yeah! *clap clap*

bercakap tentang orang mengandung ni kan. aku bukannya nak komplen. jangan marah ye akak-akak sekalian. aku ada merungut tentang kakak yang banyak songeh mintak macam-macam. lagi-lagi kalau aku yang disuruh penuhi hajat impiannya. adeh~ sekali kakak cakap...

ENGKAU TENGOKLAH NANTI KALAU DAH MENGANDUNG MACAM MANA RASANYA.

glup! aku terus diam tak terkata. aku tahu, suatu hari nanti jika aku panjang umur akan merasa bagaimana perasaan ibu-ibu yang mengandung ni. huwuuu~ tobat aku tak komplen bab ni lagi dah.

dan ini satu hal lagi. sejak kakak mengandungkan Hazem-kun, aku tak pernah usap perut kakak yang memboyot tu. kali ni pun aku rasa tidak. aku tak sanggup sebab aku rasa geli. arkhhh! jangan tanya aku kenapa.. huwaaa~ (nanges lagi aku ni. DUSH!) huuu~ *lap hingus jap* inilah nasibnya bila jadi anak bongsu yang tak pernah merasa usapan diperut ibu tatkala mengandungkan adik. sobs. never mind, aku dah anggap Hazem-kun sebagai adik kandung sendiri merangkap anak saudara. :D

walauapa pun,aku harap kakak dan kandungannya akan selamat sehingga kakak habis pantang. insyaAllah. amin.

Hazem dah pandai makan sendiri XD
alahai~ background sepah, almaklumlah.. stok kenduri belum habis lagi..

MyLittleNote :: blog yang berwajah baru ni buat aku maleh sangat nak update entri.. hahaha! jyaa ne!

Saturday, September 8, 2012

Cross-country...

Projek aku hari ni, aku nak melukis. Gigih konon-kononya nak buat doodle sambil menembak sikit-sikit. Buat membunuh kebosanan aku di tempat kerja. Dengan pantas aku menyelongkar fail yang berada di dalam al-mari. Akhirnya, ku jumpa fail lama yang terlekat poster cerita ‘Harry Potter’ dan ‘Coffee Prince’ (korea punya cerita xD) hehe, malu sebentar. Macam ni ek perangai aku masa dulu-dulu. >///< ku selongar isi fail. Err.. kertas ujian masa form 4, yang dapat markah ntah apa ntah… dan, eh! Kenangan merentas desa bermain di pandangan mata dengan tiba-tiba. Hewhewhew. 

Ketika sekolah rendah, aku bukanlah atlet kebanggaan sekolah. Tapi aku berjaya mendapat tempat ketika merentas desa tahun… err, aku tak hengat! x( dan aku tahu, sukan ini tidak tersenarai dalam acara sukan peberett budak-budak sekolah (termasuk aku lah kot :P) 

Ketika di sekolah menegah, aku ingat lagi di mana waktu percubaan merentas desa. Aku tunggu kawan. Eh! Eleh! Selalunya ayat-ayat sinonim waktu merentas desa ialah KITA LARI SAMA-SAMA YE ;) ayat popular bagi pelajar perempuan. Akhirnya menjadi ayat bohongan semata-mata kerana sorang ke depan, dan sorang lagi jauh ketinggalan ke belakang. Choyy! 

Oh! By the way, baliknya aku pun cerita dekat ibu yang aku merentas desa tunggu kawan. Hasil penceritaan itu, aku kena gelak habis-habisan oleh ibu terchenta dengan zaki. Aduuiiii~ oleh itu, pada hari kejohanan, aku berazam agar mendapat tempat. Akhirnya, Alhamdulillah. Dapat ku buktikan kepada zaki. Walaupun dia tidak mendapat tempat pada hari kejohanan, tetapi dia dapat wakil sekolah untuk acara merentas desa peringkat daerah. Chait! 

Tahun demi tahun, akhirnya aku juga berjaya mewakili sekolah ke peringkat daerah *senyum lebar bukan bermakna berlagak* pengalaman pertama bersaing dengan murid-murid pelbagai bangsa. Ketika pertandingan, aku salah buat strategi. Akhirnya, aku kalah dan bernasib baik tidak mendapat tempat 100 ke atas. Tak apa, tahun depan cuba lagi. Malangnya, aku tidak terpilih mewakili sekolah kerana ada adik-adik junior yang lebih hebat dari aku. Tak pa lah, dapat merasa sekali pun sudah lah :) 

aku punya nombor bertuah xD

Tahun lepas, tahun akhir aku berada di sekolah. Ketika acara percubaan, aku berlari sambil bawa kuih. Err, ya. Memang agak lucu sebab aku kena gelak dengan cikgu-cikgu. Yela, lari waktu petang. Aku tak sempat nak isi perut untuk tengah hari. Beli makanan dekat kantin, berebut-rebut. Tu yang tak sempat masuk ke mulut kuih tu. Budak-budak lari bawa air, aku lari bawa kuih. Tu yang pelik. Merepek betul aku ni -_-‘ 

MyLittleNote :: mari lah kita bersukan, sebab aku suka bersukan ;) jyaa ne!

Saturday, May 12, 2012

Reunion...

masalah dah selesai. woyeh!
alhamdulillah. terima kasih kepada yang bagi pendapat tu. I really appreciate ^_~ thanks yauw~ haha. 

aku dah bincang pun dengan ibu. then, keluar pula keputusan muktamad. tak nak masuk matrik. stay dan tunggu result second intake upu. alhamdulillah. berkat istikharah, rasa lapang hati dan dada dengan keputusan aku tu. siap dengan senyuman tak lekang dibibir. ewahh. insyaAllah. doa2kan lah ye kawan2 ^_^

**********************

panjang bebenor intro itu tadi ek. hehe. actually, aku nak cerita pasal reunion.
sebelum kami bertaburan, bersepah di merata negeri. kami berkumpul pada 7 mei. orang putih kata apa? reunion? haha. yup. reunion. special reunion sebab makanan kami masak sendiri. pagi2 dah kena turun padang. rewang bak kata orang jawa. hihi. antara hidangan yang di sediakan. mi hon tom yam, sup, sate, nugget, sosej panggang, potato wedges and bubur. (bubur apa ntah. kawan yang masak)

masjlis besar start lepas zohor. sebelum majlis tu, kitaorang adakan check result upu beramai-ramai. riuh rendah dengan sorakkan kegembiraan. happy semua dapat. riuh dengan ayat perli-memperli. gurau-gurauan. 

jom layan gambar :)

our memories :') sob.. sob.. sedihnya.
lagi 3 orang tak ada.. 

bergambar kenangan.. sob.. sob.. (tiba2 menangis ni apasal? hehe)

suasana di hari raya.. opss.. suasana di jamuan reunion.

mamat ni tak boleh bla.. tension2.. aku selalu gaduh dengan dia dalam kelas.. HAHA
by the way, mamat slenge ni lah ketua kelas kitaorang..

cewek2 chakep.. HAHA.. masing2 dah berpunya tu.. :P

bakar sate.. bakar sate.. 

chocolate indulgence >_< 
alhamdulillah tahun ni banyak betul dapat makan kek SR..

ni jelah yang aku tempek. nak tempek banyak2 takut loading pulak. hehe.
[picture without copyright Hanamiko Sakura kredit from pesbuk]
[photography :: Abe Nubhan]

MyLittleNote :: bilalah nak berkumpul bersama lagi ni.. sob sob.. T^T

Monday, May 7, 2012

TudungPeople...

di hati rasa riang gumbira kerana akhirnya aku berjaya menambahkan bilangan pengunjung PTWC yang sesak macam tin sardin itu.. hihihi, seronok sangat. rasa tak puas. macam nak pergi lagi. tapi kaki dah penat + lenguh.. adeh~ hihihi. orite, sebab pengembaraan aku di PWTC tu sangatlah best. super dupper best. jadi aku terpaksa buat beberapa entri khas untuk jelajah aku ke International Book Fair 2012 ^_^

berbalik pada tajuk. TudungPeople.. mungkin ramai yang dah tahu.. cuma aku sorang je belum tahu.. hahaha. dan siapa belum tahu macam aku ni KLIK SINI atau KLIK SINI.. sebab aku malas nak terangkan.. hehe, 

tapi apa kaitan pesta buku yang aku pergi ni dengan TudungPeople ni?
ehem, macam ni ye.. semalam hari sabtu/5 mei.. kakchik suka sangat masuk dewan yang terletaknya KarangKraf tu.. bahagian pentas kecil ada macam2 aktiviti. di situlah kakchik menempek.. ngeh3.. masa aku syok2 jalan2 dengan kawan.. kakchik call suruh cepat2 pergi dewan tu.. gerr~ sabar jelah.. masuk2 je, kakchik tengah di dandan oleh owner's TudungPeople.. glup! malunya.. kakak siapa leh tu.. hehehe..

lepas siap semua demo cara nak pakai shawl tu.. aktiviti seterusnya, pertandingan mengayakan shawl gaya sendiri.. rupa2nya.. kakchik ikut serta dalam pertandingan itu.. terpaksalah aku merelakan diri jadi model.. haha XD tak patut betul.. kakchik pulak tak tau nak buat gaya apa.. masa pertandingan di jalankan.. aku tak tau kenapa owner's TudungPeople tu asyik senyum2 dekat aku.. (eh! ke aku yang perasan?) maybe aku buat lawak kot.. hehe.. part yang aku rasa terharu bila mana dia suruh gantikan dengan shawl yang labuh bila dia tengok aku pakai tudung labuh.. mula2 tu di bagi 2 shawl yang pendek.. lepas tu di tukar.. serius terharu sebab dia hormat aku pakai tudung labuh.. :')

lepas tu, owner tu bagi komen sikit.. malangnya dia tak berapa berkenan dengan gaya yang kakchik usahakan.. hehe.. by the way, dia kata aku cute =.=' haha.. yang lain dia kata beautiful.. ngee~ (bukan sebab aku nak bongkak bila di puji.. ni sebab aku rasa macam =.=' tak suka bila orang puji aku.. walaupun dengan alasan.. mengkagumi ciptaan Tuhan.. serius)

[Kredit from Here]

[Kredit from Here]

gambar atas ni lah owner's TudungPeople.. aku tertarik dengan shawl yang labuh2 tu ^_^

okey lah.. dah jadi tukang promoter pulak.. hehe. by the way, aku memang dah jatuh hati dengan product ni.. eh! kalau ada yang tertarik nak pakai shawl atau nak beli ni.. jangan keluar rumah tau.. sebab mereka menjalankan business online.. nak tempah sila e-mail.. :) 

MyLittleNote :: aku dan kakchik dapat shawl.. err, pendek lah.. so, aku tak pakai.. bagi kakchik je lah.. tapi dia pulak tak tau pakai.. hehe nasib baik ada aku yang reti gayakan shawl ni.. huhu