Konichiwa minna-san!
Dah lama juga menyepi. Sebenarnya, lepas aku aktif dengan menulis blog haritu, aku buat part-time. Aku pun tak tahu kenapa random sangat pergi apply kerja. Kerja pula jadi crew drama astro. Disebabkan aku cuma fikir nak cari pengalaman baru, aku cuba la. Tak sangka pula dapat diterima dalam 300 orang yang apply. Mungkin aku ada pengalaman menguruskan butik pakaian dalam pada masa yang sama, butik pakaian yang aku bekerja tu pernah menjadi tempat set lokasi untuk pengambaran. Jadi aku ada pengalaman sikit walaupun tak banyak mana. Bila aku dah ceburi bidang ni, nahh.. jadi owner set pengambaran sangat berbeza ya jadi crew pengambaran 😂
Oh ya! Lupa nak cakap drama apa.. Drama Rahsiamu Selamat Denganku
 |
| First time masuk astro. Excited! |
Masa ni hari pertama masuk kerja. Terus kena pergi astro untuk sesi baca skrip. Tugas aku kena uruskan baju-baju untuk para pelakon. Sama ada sesuai atau tidak untuk setiap babak (yang tentukan sesuai atau tidak bukan la aku - tu tugas HOD Wardrobe & director)
 |
| Tangkap gambar senyap-senyap sebab diri sendiri pemalu |
Ni pula sesi baca skrip yang terakhir dan juga hari terakhir untuk fitting baju. First time aku jumpa Alvin jadi nervous semua benda. Sebagai pembantu, aku jadi tukang iron baju je. Haha. Masa ni juga aku busy sangat! Dari tengah hari sampai ke petang. Cast punya la ramai nak kena fitting one by one sampai nak makan pun tak sempat. Pftt..
 |
| Koleksi gallery phone memang penuh dengan gambar baju serta cast |
Masa mula-mula shoot untuk scene yang pertama. Aku agak teruja dan agak blur sikit. Mujur ada 1st pembantu. Aku sebagai 2nd pembantu sahaja. Aku banyak belajar dari dia. Actually, dalam team aku ni, team wardrobe hanya aku sorang je melayu. Yang lain semua chinese termasuk la team makeup artist. Masa bekerja ni, team wardrobe dengan team makeup kena berganding bahu dan tolong menolong sebab tu team ni bila digabung jadi team image. Iaitu menjaga image cast yang akan berada dihadapan kamera. Kena pastikan pakaian para pelakon nampak tersusun dan teratur sebab kamera akan ambil beberapa shoot untuk berlainan angle.
 |
Lokasi ni, call time tengah hari tapi aku kena datang awal sebab nak setup wardrobe. Wrap pukul 4 pagi. Nangis.. |
Set lokasi pula bukan satu tempat je. Dari Shah Alam ke Kuala Lumpur, ke Hulu Langat, Batu Caves. Tempat kemain jauh. Paling dekat dengan rumah aku cuma Shah Alam. Tu pun kena gerak keluar rumah lepas subuh sebab call time image team pukul 7.30 am. Balik pun, wrap paling awal pukul 10 pm. Paling lambat sampai pukul 1 am. Sobs. Set paling aku tak suka dekat dalam mall sebab parking mahal. Dah la tak boleh nak claim dengan production.
 |
| Semua crew kena menyorok bila assistant director dah sebut "action" |
 |
| Sleeping pattern kerja ni jadi dah tak betul. Masing-masing mengantuk. |
 |
| Dapat sponsor dari Paris Baguette. Suka ice latte dia. Sedap! |
 |
| Dapat surprise food/coffee truck dari fans Siti Khadijah. |
 |
| Masing-masing duduk dengan director depan monitor |
 |
| Study scene mana yang dah settle untuk susun baju shoot hari esok. |
 |
Kereta kitorang penuh dengan baju sampai tayar kereta masing-masing problems. |
 |
| Lepas je wrap, tugas aku kena cuci baju cast lepas shoot. |
 |
| Siti comel betul! |
 |
Someone belanja kitorang ice americano. Guess what? Tak ramai yang minum. |
Banyak benda baru yang aku belajar. Dari zero knowlage sampai lah tahu serba sedikit. Diorang semua banyak bantu aku. Bukan saja ajar aku dari segi wardrobe, diorang ajar aku terms yang selalu industri ni guna. Terms shoot, angle, take, scene, termasuk la jawatan masing-masing 😂 selama ni aku ingatkan yang akan jerit 3 2 1 action tu director, rupanya assistant director. Selain uruskan wardrobe, aku juga belajar cara handle lighting, saja lah kan nak belajar. Kena tarik jadi extra pun ye 😠sumpah aku kaku depan kamera. Tak pasal-pasal kena debut jadi pelakon extra. Kena paksa dengan director pulak tu, tahu-tahu nama kena petik.
 |
Dalam hati masa ni fikir aku nak buat apa ni.. nak buat apa ni 😂 Mujur adik-adik ni tolong akak. |
Seronok sangat ke jadi crew shooting drama ni? Tak tahu nak cakap apa. Pengalaman aku ni hanya drama saja. Itu pun hanya 16 episod. Kalau yang puluh-puluh episod tu? Entah-entah aku give up! Filem atau telefilem ke short drama ke atau music video. Taktahu la. Nak cakap aku buat kerja elok, ada je aku buat silap. Masa tu, aku tersalah bagi anting-anting dekat pelakon utama. Huishhhh.. kena ceramah teruk dengan HOD. Masa mula-mula aku buat silap, aku blurr sampai menyusahkan partner aku, kena ceramah juga sampai aku nangis sebab aku menyusahkan orang. Aku pula jenis tak suka menyusahkan orang. Sampai la director perasan, dia minta kawan dia pujuk aku. Lahhh.. tapi comel. Kitorang jadi rapat pula. Haha.
 |
| Wrap party yang meriah. Tema lunch waktu itu korean buffet. Nyums |
 |
| Last day untuk semua cast kecuali Siti Khadijah |
Hari terakhir shooting, co-production belanja dinner. Masing-masing sedih taknak perpisah. Walaupun shoot untuk scene yang terakhir dah lama wrap, tapi masing-masing macam taknak balik sampai hampir kena halau dengan guard. HAHA Co-production drama ni - Blimey. Ya.. saya peminat Blimey.. ingat tak dulu pernah jumpa fans meeting. (baca
SINI) Lepastu kitorang gelak bersama. Jade cakap, kita dah jadi kawan, pernah bekerja bersama. Tak perlu la jadi fans lagi. Dengan Dasol pula pernah meluah berkongsi cerita bersama. HAHA.
Shooting days - 50+ days, down day hari jumaat. Kadang bergantung kalau tetiba tu jumaat kena shooting juga 😂 Btw, tak semua gambar aku masukkan dalam sini. Dalam tempoh 50+ hari shooting ni, gambar pun tak teratur. Tapi kita enjoy je la ye. Hehe
MyLittleNote:: kalau ada orang kata, taknak kembali dengan kerja ni ke? I'll think about it. Padahal impian aku kalau boleh nak jadi crew untuk reality program. Alang-alang tengok la drama ni juga. Jya mata ne!
17 comments:
Selamat kembali. Wah, teruja baca pengalaman awak. Dapat bayangkan dia punya sibuk dan penat tu. Demi pengalaman kerja. Di akhirnya pengalaman manis. Kita enjoy je lah kan. Oo Blimey dah banyak produce drama kan. Suka tengok Jade, Dasol dan Yerim. Seronok juga tu dapat bekerja dengan mereka.
Fuyooo set2 lepak ngan artis sekaranggg. Pengalaman yg unik la! Pestime baca org share pengalaman jadi wardrobe assistant ni. Dia macam satu department yg sama dgn stylist n makeup artis ye?
Terima kasih ! Blimey setakat ni baru produce 2 drama. 1 drama dkt viu.. drama baru2 ni dekat astro. Tapi Yerim dah lama keluar dari Blimey :')
hahahahaha, maybe sebab orang dalam industri ni tak rajin tulis blog kot. saja la nak cerita buat kenangan untuk diri sendiri. hehehe.. sama department dengan stylist tapi tak sama dengan makeup artis.
Pengalaman berharga tapi kalau shooting ni memang tak tentu masa kan....boleh tengok juga kerenah artis kot diva ke apa ke....
Oo..ingatkan banyak dah. Saya tahu yang Journal Sara-haeyo tu je. A'ah Yerim lama dah tak da, dia sambung study ke apa kalau tak silaplah. Semakin berkembang dorang punya production sampai ke Astro.
Wow..pengalaman yang ada pahit dan manis...kalau di beri peluang boleh je kot join lagi...tambah lagi pengalaman...
best best! saya suka kerja macam ni dapat jumpa ramai org kreatif...
1 hari shooting pun sy rs penat. kalau 50 hari mau pengsan terus...
#213
Waaah saya banyak dengar bekerja dengan crew drama atau film ini tak gampang memang 😄. Tapi seruuu, dan dapat banyak pengalaman. Memang harus kuat mental dan fisik juga, Karena kerjanya terkadang tak mengenal waktu kan.
Iced Americano tak banyak suka nampaknya yaa. Kalo saya disana, dan minum 2 gelas mungkin 🤣. Sukaaa sangat kopi pahit ðŸ¤
wahh..seronoknya timba pengalaman, jadi extra pun ok...sampai pkl 4pagi tu yg berat sikit.....
ya, memang tak tentu masa.. kadang boleh jadi takda life :( tapi syukur dekat set ni semua artis takda yang diva. termasuk la artis2 lama
ya, betul tu. tapi sekarang belum lagi ada rezeki nak sambung kerja dalam bidang ni..
kebanyakkan yang kerja ni semua orang kreatif. tak kesah la dari setting kamera, director, penulis skrip, buat props, makeup, costume mahupun production..
saya tak dapat bayangkan kena shoot sampai 5 bulan tu.. mau pengsan juga.. haha
iya kak, masa tidak tentu juga. yang belanja ais americano pun orang korea tu. tapi kebanyakkan orang2 disitu tak suka americano.. saya suka! buat segarkan mata yang mengantuk. hahaha
bila difikirkan kena jadi extra tu buat saya takut. lagi takut tiba-tiba dapat skrip. haha shoot sampai 4 pagi masuk tengahhari tu okay juga. kalau masuk pun pagi sampai ke pagi memang pengsan la 😂
jenuhlah artis yg shooting 20-30 episode tu kan ehehe
Post a Comment