Thursday, October 19, 2017

Ijazah Sarjana Muda

bismillahirahmanirrahim

muda la sangat. wuuu~ 


sebenarnya aku dah lama berhenti kerja. sudahlah, aku sudah penat dengan hal-hal manusia didunia pekerjaan. penuh tipu helah. penuh dengan kebencian manusia serta hasad dengki. nahh, bukan bermaksud aku ni mudah putus asa. dunia pekerjaan memang macam tu. tak ada yang mudah semudah ABC. sama lah kita bila nak menuju ke syurga. bukan mudah kan? 


tajuk dah Ijazah Sarjana Muda
saya amat muda sekali. takpayah nak muda sangat sebab dah tua bangka baru nak sambung belajar. kehkehkeh. actually, aku ada apply UPU senyap-senyap. tak terniat pun nak sambung belajar as a full time student. plan aku memang nak sambung tetapi sebagai pelajar jarak jauh (PJJ), tapi aku ada konflik dekat tempat kerja. konflik dimana aku NAK sangat berhenti kerja dan cari kerja lain. TETAPI BOSS kau tak bagi berhenti kerja. kalau nak berhenti kang dia bagi gaji tinggi la apa la itu la. aku ni dah la baik sangat. asal nak berhenti kerja tengok muka bos dah rasa tak sampai hati nak berhenti kerja. kehkehkeh. 


tapi kita ada masa depan kita, kita ada planning kita sendiri. jangan biarkan orang mengawal masa depan kita tau! tak kesah la bos kau sayang sangat dekat kau macam mana sekali pun. ni bukan tips nak berhenti kerja tau. hahahaha.


isi UPU senyap-senyap ini bermaksud, aku apply tanpa bagitahu siapa-siapa pun dalam ahli keluarga aku yang aku nak sambung belajar. mulanya aku sesaja je nak isi. kalau sangkut, sangkut la. kalau tak sangkut kerja la. 


sebenarnya aku tukar course, dari seorang pelajar Senibina Dalaman di UiTM Seri Iskandar kepada seorang pelajar Pengurusan Taman dan Ameniti di UiTM Shah Alam. haaaa, ternganga apa itu ameniti. ameniti ni, kakak kata taman permainan. apabenda ntah. kehkehkeh. aku masuk balik kepada semesta pertama. jadi junior gitu padahal umur dah boleh kahwin anak 2.


 
hek eleh, tetiba ada bunga. hahahaha, dah namanya taman mesti la dalam hati ada taman. yedak?


sekarang ni tengah cuti mid sem dan aku sedang bekerja keras menyara anak-anak tekakkku dengan mengerjakan kerja sekolah yang bagi aku sangat kontra dengan apa yang aku belajar sewaktu zaman diploma dulu. dulu aku artis kut, menghasilkan kerja-kerja seni. bila duduk alam pekerjaan kau kerja bahagian grafik buat benda seni juga. dah tu bidang grafik fashion. aleh-aleh tukar bidang pengurusan dimana semua lecture kau amat mencintai alam sekitar seperti aku. kehkehkeh.


tu namanya cabaran. dan Allah tak akan letakkan kau ditempat itu jika kau tidak mampu. bila diletakkan disitu bermakna kau mampu and face it dengan penuh bergaya. jangan lupa untuk menyukuri nikmat Tuhan :)



ini pula gambar sewaktu induksi. program ini adalah program tradisi yang diberi nama Minggu Mesra Taman (MMT). kitorang kena camping tau. nasib baik 2 hari 1 malam je. kalau tak jenuh la aku kelaparan sebab kitorang kena masak sendiri bawa bekalan sendiri. gituu, dah macam zaman komander masa dekat Perak dulu. kehkehkeh.


roommates aku yang lain course semua jeles sebab course aku ni buat induksi dekat luar. camping pulak tu. waktu diploma dulu kalau nak buat induksi kena la buat dalam UiTM. ni pun ada senior cerita zaman diorang dulu waktu MMT 4 hari 3 malam. kena masuk selut la, masuk gua la etc. gila la, aku masuk course apa ni wehy?? HAHAHA


kenapa lelaki sikit?
biasa laaa. dari zaman aku diploma dulu budak-budak lelaki studio aku tu boleh kahwin 4. kehkehkeh. lagi pun ini gambar group kelas je, belum campur dengan group batch. 


MyLittleNote:: aku ni kadang mengada-ngada juga. baru masuk sem pertama dah tak sabar nak habis belajar sebab nak cari kerja. kehkehkeh. jya mata!

Sakura menempek di entri ini:

:: Copyright Hanamiko Sakura ::

8 comments:

  1. berusahalah akak! :3

    best gak pegi camping

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih! tomo pun berusaha la!

      memang best pergi camping. hehe

      Delete
  2. wahhh bestnya sambung belajar. all the best ya. menarik course nie, BV belum pernah dengar. nanti cerita2 lagi kat blog. hehhehe jadi student balik dah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah, kalau rajin nanti saya story mory pasal course ni. haha

      alhamdulillah dah jadi student balik almost 2 years rest :)

      Delete
  3. wuuu dah sambung belajar... All the best.
    Abg saya pun kat UITM SA.. hurm selalu tmpt sama ni ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, harapan awak la sbb tanya bila akka nak sambung belajar. alhamdulillah.. abg awak amik qs kan? mesti la dekat shah alam dia dapat. haha

      Delete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...