first time pula aku rasa buat review tentang makanan. ke sebelum ni aku pernah buat? yaa. buat pun sekadar berkongsi resepi. and quite long long day month year juga aku tak share pasal makanan. ni pun tetiba nak share pasal makanan lagi-lagi makanan korea. bukan apa, ramai dah kawan-kawan dok tanya dan ajak makan makanan korea kat mana. kalau diorang craving pun yang carinya aku. dan aku pun tak sangka diri sendiri ni jenis yang merantau cari restaurant korea dan cuba makan makanan korea. craving gara-gara kau bantai pergi tengok drama korea la, korean reality show la. bukan apa, orang korea bab makanan memang win! bak kata diorang, diorang makan macam khinzir. khinzir kan makan macam gelojoh sikit. hahaha. orang korea ye yang kata, bukan aku. hah, lepas tu yaaa. portion makanan diorang serius besar. makanan korea ni pula kena ada main dish dan side dish. main dish macam bibimbap, ja jang myeon, ramyeon etc. side dish paling utama adalah kimchi. also my favorite! jenis yang preggy boleh la makan kimchi sebab dia masam ya amat! ahaha. kalau boleh masuk anak tekak melayu korang la. yang tak preggy pun boleh juga. tiada masalah.
bebelnya panjang pula kan. hihi, maafkan saya. first try masuk restaurant korea ni adalah Seoul Garden. before this pernah juga rasa makanan korea tapi dekat food court. bantai ramyeon ku fikirkan makanan yang sedap rupanya mee segera. yess. orang kita ni melayu mee segera kesukaan kita adalah meggi. anda hendak mamee tetapi meggi yang anda sebutkan. melayu ini sudah terbiasa dengan jenama berbanding nama sebenar. hahaha. nak marah? iyakan aja dong memang kita sudah terbiasa begitu. iya kan iya kan (?)
berbalik kepada Seoul Garden. banyak terdapat di dalam mall. bercirikan dan ber-style-kan steamboat. grill dan rebus dalam sup. dan bestnya ia adalah buffet! makan la kau sampai muntah asalkan tidak membazir. but bagi aku la kan, Seoul Garden ni tak berapa nak korea sangat la. kimchi ada, sushi pun ada. yang jenis grill pun ada beberapa daging atau ayam macam korea sikit contoh macam bulgogi etc. tapi lebih kurang macam restoran-restoran steamboat yang lain. harga pun boleh tahan. kalau kau jenis yang berjimat cermat maybe tidak perlu la kot. kimchi pun tak se-uhm kimchi restorant korea yang lain. jika anda inginkan makan berkonsepkan steamboat ala korea sikit, Seoul Garden la jawabnya. tak silap aku ada juga restoran korea yang berkonsepkan grill ni, but not sure nama kedai. vitdaily pernah review restoran korea tu. memang macam korea betul la.
restoran kedua aku terjah adalah Mr Dakgalbi. terkejut juga masa aku datang situ memang orang korea asli dia punya owner. owner kot yang tukang sambut pelanggan. siap tunduk-tunduk ucap selamat datang dalam bahasa korea. bila nak balik dia ucap terima kasih. Mr Dakgalbi memang pure restoran korea. cuma tak banyak pilihan yang ada. Mr Dakgalbi berkonsepkan kita makan dalam periuk. lepastu tukang masak, masak depan mata kita. kena berhati-hati juga sebab ada je sebutir nasi yang melantun toing-toing terkena baju korang. portion satu set makan dekat sini tak berapa banyak, so kena add on macam-macam baru puas. hari tu aku datang pertama kali makan dengan kawan 2 pax aku rasa tak cukup langsung. hahaha. dasar perut tong! yang bestnya boleh refill kimchi. huuu. yang tak bestnya kau tak boleh makan kat sini sebagai lone ranger. boleh memang boleh, tapi kesian la. haha!
lepas tu aku makan dekat Ko Hyang Korean Country Delights. dekat situ baru ada mee yang hitam-hitam yang selalu kita tengok drama dia selalu minta delivery. lupa la nama mee tu. masa tu pun kawan aku si Khal yang ajak sebab first time masuk dan dia pernah masuk. aku nak order mee hitam tu, tapi Khal kata kurang enak. takpa la aku order teoppokki (sorry kalau salah eja) sebab aku teringin sangat nak merasa kek beras tu macam mana. Khal kata sedap, dan aku pun order. boleh tahan, tapi portion dia banyak dan menyebabkan aku tak habis nak makan. hahahaha! biyane. terpaksa tapau sebab taknak membazir. setakat ni dekat Ko Hyang 4 kali juga aku terjah situ bersama 4 orang yang berlainan. semuanya disebabkan member-member yang lain teringin nak makan-makanan korea. dan aku pun bawa lah pergi Ko Hyang. paling aku suka dekat situ adalah tofu soup. dap dap! kimchi dia ada jual juga untuk take away. bekas bulat tu RM5. quit murah juga! dan rasa dia sedap. nyumm! oh ya! 4 kali aku datang situ, 4 kali tu la aku tapau makanan sebab tak habis. HAHA!
yang bowl hitam tu la dia tofu soup. yela kot nama, aku pun dah lupa. hahaha. air tu teh beras korea punya. nama pun dah tak ingat, yang dalam pinggan tu teoppoki ada sebiji telur rebus ada ramyeon sikit. ya Allah! aku dah rindu nak makan diorang ni. side dish dia pun sedap. lol
the last korean restaurant yang aku terjah setakat ini adalah Myeongdong Topokki. dekat sini best sebab banyak pilihan. dan paling best sebab kita boleh dapat satu set makanan dengan hanya harga dibawah RM20 sahaja. wehuuuu~ dalam set tu dia ada tawarkan 3 pilihan sama ada ayam, daging atau seafood. kalau seafood mahal sikit, harga atas RM20. setakat ni memang aku akan makan dekat sini sebab murah. kot kalau teringin nak makan makanan korea memang sini la aku datang even makan seorang diri. siapa perduli kan? hahaha
set untuk pertama kali aku makan dekat Myeongdong Topokki. ayam tu memang sedap! dia dah masam dan pedas. ada soup agak tawar. bukan nak kata sup dia tak sedap, sedap~ cuma ianya sangat perfect bila main dish kita dah penuh dengan flavor. bagus betul makanan korea ni. takda la manis sepanjang masa, masam sepanjang masa, masin sepanjang masa. air aku amik hot green tea sebab aku memang suka minum hot green tea. yang bestnya side dish dan air boleh refill sebanyak 3 kali.
kesemua restoran korea yang aku pergi ni terletak di Setia City Mall, Shah Alam. maklumlah rumah aku dekat dengan mall tu saja. balik balik tempat yang sama je kau pergi ea. hahaha.
restoran yang paling aku nak pergi? semestinya Eid Halal Korea dekat Bangi tu. jauh sangat nak pergi tu. hahahaha. jauh la sangat~ inshaAllah suatu hari nanti aku hunting makanan dekat area Bangi pulak. btw, dekat The Curve pun ada restoran korea yang takda dekat Setia City Mall. jadi teringin juga nak pergi situ.
MyLittleNote:: mood lapar ni, teringin nak makan kimchi lagi tapi tu laa.. tu laaa.. takda kelas ni sempat la juga update blog. hahaha. jya mata!

Sy blum prnh lg mkn mknn korea sbb nmpk cam x ssuai utk perut sy XD
ReplyDeletesaya selalu jugak lepak kat SCM tpi pernah makan mr dakgalbi je(tu pun kawan bagi rasa) :p myeondong topokki tu baru bukak kan kat scm? dia duduk kat bahagian manaa, haritu kitorang cari tak jumpaa. sedih gila kot, dahla time tu tengah mengidam nak makan myeongdong topokki ni HAHA
ReplyDeletesedapnya kak!..nak sikit
ReplyDeletewehhh jelesnya hahahhaha, banyak betul restaurant korean food. kat tempat BV susah nak cari korean food T^T
ReplyDeletemakanan korea mmg sedap. I prefer makanan korea drpd sushi. Tapi maheeiiii
ReplyDeleteSedapnya makanan korea...tapi kita tak pernah makan..huhu
ReplyDeletei love korean food
ReplyDeletejmput la join and meriahkan segmen GA kt sini
http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html