Friday, November 4, 2016

Forum: Laman Sosial

bismillahirrahmanirrahim

pernah tak dengar perkataan forum. ya, bukan forum macam hal ehwal islam dalam tv1. bukan juga macam forum yang kita join atau lihat dipertandingan sekolah. yang saya ingin ceritakan ini berkaitan forum dilaman sosial. cara permainan lebih kurang macam forum-forum secara lisan yang kita biasa lihat. ini forum yang kita guna sebagai keyboard warrior. yela, zaman dulu mana dipanggil keyboard warrior. keyboard warrior untuk forum ni tak perlu nak tunjuk siapa diri kita yang sebenar. siap boleh menyamar lagi tu. tak tahu la rakyat Malaysia zaman sekarang ni masih lagi main forum tu. 

cara permainannya bila kita buat satu forum, bertanyakan soalan atau berbincang sesama ahli forum tentang pendapat masing-masing. as a stranger. kita tak kenal pun dengan siapa kita berbicara tu. kalau ada masalah pun boleh berbincang disitu. dulu aku join satu laman ni, yang pasti kena buat akaun dulu baru boleh menyelit untuk meluahkan atau memberi pendapat. laman yang aku join ni namanya I Luv Islam. Seha yang ajar aku cara guna ni. waktu tu tingkatan berapa tak ingat. dimana hangat dengan khabar risalah I Luv Islam. memang best guna forum tu. aku ada tanya tentang pendapat mengenai akidah, ibadah serta berkongsi ilmu yang lain. dapat juga berkenalan dengan kawan-kawan yang lain even tak pernah jumpa. dan satu hari tu aku melupakan I Luv Islam ni. kenapa ntah.


dulu ianya dikenali sebagai iluvislam.com, sekarang ni bertukar menjadi iluvislam.my
(baru aku perasan sekarang, alamak)

dan semalam aku tengok drama korea yang Song Ji Hyo berlakon. drama terbaru dia. suami dia buat forum. dan kebetulan hari ni aku terbuka forum tentang manga dan anime. wujud juga rupanya permainan forum ni. ingatkan dah lapuk dek zaman akibat kemajuaan laman sosial yang baru. 

ada juga jenis forum yang ikut pengkelasan. zaman tak matangnya aku dulu boleh pulak ter-join Sekolah Sri Bangsar. sekolah yang tak wujud dialam nyata yang diwujudkan oleh penulis buku remaja terkenal. Ain Maisara. Sekolah Sri Bangsar ala ala sekolah swasta yang wujud dilaman internet. but I'm not sure kalau sekolah tu masih wujud lagi atau tidak. tapi bila kita mula mendaftar, kita dikategorikan sebagai pelajar baru dan masuk semester 1. gitu.


yang ini namanya kiss community. nampak perkataan kiss ni nampak sangat aku salah satu pengguna KissAsian.com XD sebab suka tengok drama jepun macam ni lah jadinya. haha. kiss community yang aku perhatikan ni dia ikut pengkelasan macam Sekolah Sri Bangsar. baru daftar dah jadi pelajar semester 1. jadi kalau nak acah-acah sekolah jepun meh join sini. siap ada kelab mana kita boleh join.

tapi banyak-banyak laman sosial, laman sosial yang ada forum yang best sebab kita dapat jumpa dengan kawan-kawan dimerata dunia. boleh berbincang tentang minat apa saja yang kita boleh bincang. janji benda tu baik dan bukan memudaratkan diri. jangan sesekali cari jodoh pulak kat situ. konon nak cari jodoh orang korea lettew. hahaha.

yang PENTING! forum ni ada rules. siapa mencarut atau timbulkan topic yang harem lagi jadah tu memang akan diblacklist. admin akan buang kau terus dari jadi ahli forum. so kena berjaga-jaga. tak boleh mencarut. tettttttttt.

MyLittleNote: kalau ada info yang tak lengkap sila beri komen dan pandangan. nanti I akan buat segment yang ke 2 ^_~ jya mata!

oh ya, siapa pernah main forum ni kita geng. hoho


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Friday, September 30, 2016

Blog dah macam Belacan

bismillahirrahmanirrahim

aku nak kata blog under construction. tapi difikirkan kembali dah ghupe belacan. tak up to date la blog Hanamiko Sakura ni. asyik tu tu je. kata designer! (ayat kutuk diri sendiri)

blog pun makin lama makin baru sistem dia. dulu aku guna email yahoo sekarang email yahoo aku kena tendang. aku terpaksa wujudkan email baru atas akaun blog comel ini. nak buang ya sayang gitu lorh. buang akaun blog ni even blog boleh pindah milik ke akaun email yang lain. so, sekarang ni aku nak kata yang aku tak faham dengan sistem baru. tu la siapa suruh kau biarkan blog ni dihurung semut. jadi makanya bila aku akan buang segala akaun blog ini, jadi aku akan terbuang sekali blog-blog yang aku dah follow sebelum ini. deii, aku sendiri tak faham nak explain macam mana. minta yang pakar muncul untuk hempuk kepala aku di ruangan komen yang disediakan please. 

dan sekarang ni aku nak follow blog orang lain kena pakai akaun email. bukan akaun blog. akaun email guna google circle pulak tu. padiaa?!


ini sebelum ni aku follow blog orang akan terpampar gambar pic profile dan nama profile yang comel ni. tak pun kalau aku komen dekat blog orang lain. ini adalah profile saya dimana terpampang segala list blog yang saya follow. kalau saya buang akaun ini, blog saya tak hilang. akaun ini yang hilang *meroyan jap*


ini hah akaun google circle plus.

MyLittleNote:: kesimpulannya aku tetap tak faham. malas nak naikkan kes ni kemahkamah kehidupan. hahaha! jya mata. sebenarnya nak design blog baru tu yang buat tajuk entri macam kuno. lepas tu macam sayang je nak ubah design baru. haha 



:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Monday, September 5, 2016

Sambung Belajar

bismillahirrahmanirrahim.

its been long day long month I have'nt updated blog. cehh, english kelaut. okay, intro dah habis. hahaha.

masing-masing tanya aku bila nak sambung belajar? especially orang-orang yang berdekatan dengan aku. ermm, bukan family. tapi kawan ditempat kerja yang sama tapi lain company la. pelik bukan? haha. diorang kebanyakkan lepasan diploma atau asasi atau tengah cuti sem selama tiga bulan yang sedang mencari duit poket. after that diorang sambung belajar atau start new semester. uish, sakit memang sakit bila orang tanya macam tu. nak kata tak ada rezeki, lain ceritanya. inshaAllah lepasan UiTM ni nak sambung degree UiTM balik inshaAllah dapat la. ni mungkin rezeki bila nak sambung belajar tapi hidup dibelenggu dalam keadaan berhutang. ya, hutang PTPTN masa diploma dulu. menyesal amik PTPTN? tak juga. kalau menyesal siapa yang nak tanggung aku belajar diploma dulu kan? hahaha. hidup kalau berhutang tak lena tidur tau. takut!

ada juga kengkawan lain yang dah bertahun habis diploma tapi tak sambung sampai sekarang. alasan diorang nak cari pengalaman kerja dahulu. pengalaman kerja tu sangat sangat penting. lagi penting kalau pengalaman kerja kau tu setahun dua. dia tak main la pengalaman kerja 3 bulan. hahaha. so, aku tekadkan hati agar tidak terburu-buru atau gelojoh nak sambung belajar. yang dah sambung belajar tu pun siap pesan dekat aku tak perlu sambung belajar. gila apa. haha. depa bilang degree life beza dari diploma life. okay, baik lah. lagi susah diorang cakap boleh hilang mood nak sambung sebab takda duit atau dibelenggu hutang PTPTN tu. gituu.

okay. dah penat nak bebel sebab topik pun membosankan. yala, takda menda yang nak dikongsikan. kalau kongsi pun cerita dah basi bikin simpan dalam draf. haha.

MyLittleNote:: hidup ini ibarat ladang. kita semai elok2, hasilnya diakhirat nanti. dapat hasil yang buruk atau yang baik. Jya Mata!


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Tuesday, April 19, 2016

Autism Awareness Month

assalamualaikum.

bulan ni bulan april merupakan bulan kesedaran tentang autisme. apa itu autisme? autisme adalah sejenis kecacatan perkembangan yang melibatkan fungsi otak. kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik SINI atau SINI. atau boleh search mana-mana artikel yang berkenan dihati untuk membacanya. 

sebagai seorang makcik yang mempunyai seorang anak saudara autisme. ia telah memanggil aku untuk bercerita tentangnya. ingat lagi anak buah ku seorang yang bernama Hazem-chan? ya, aku pernah bercerita tentang diri dia didalam blog marhaen ini. setelah bertahun lamanya aku tidak menulis tentang Hazem. aduhai, kenapa skema betul ayat. haha.

Hazem yang rapat dengan aku. telah diagnosis sebagai kanak-kanak istimewa iaitu anak syurga. dia seorang kanak-kanak autisme. ya. memang berat tanggungjawab ini yang kami sekeluarga kena tempuhi. lagi-lagi kakak, yang mempunyai anak autisme seperti Hazem. dugaan demi dugaan. cabaran demi cabaran. mereka tidak faham tentang betapa susahnya hidup sebagai seorang autisme. apatah lagi ibu bapa yang menjaganya. kadang aku tak dapat nak bayangkan bila mana Hazem menjadi seorang dewasa kelak. adakah dia mendapat layanan yang baik dari orang sekelilingnya? okay, mata dah mula masuk habuk. huhu.

sejujurnya, aku betul-betul sayangkan Hazem. sebab aku yang menjaga Hazem sedari bayi sehingga sekarang. betapa aku amat menanti kehadirannya dalam hidup kami sekeluarga. maklumlah, aku anak bongsu yang amat menantikan seorang adik, tetapi Allah kurniakan seorang anak even cuma anak saudara. dan, kurniaan Allah itu. Dia kirimkan "hadiah" yang istimewa. 

okay tak nak cerita lebih, di bulan april ini. moh ler support autism awareness month. jom tengok filem Redha. kompem meleleh ayaq mata. huhu. tapi masalahnya aku belum tengok lagi disebabkan kerja. mihmih.


MyLittleNote:: jujur lah aku menangis sebenarnya. haha. jya ne!


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Friday, April 1, 2016

Kisah Sambal Kicap

hari ni makanan tengah hari aku masak sup ayam. dan dengan kegigihan yang ada, aku menumbuk cili untuk buat sambal kicap (padahal sambal kicap aku buat pagi tadi. tiba-tiba teringin makan pisang goreng dengan cicah sambal kicap) mihmih. bila makan tengah hari, tiba-tiba aku teringat kembali kenangan dengan sambal kicap ni.

masa tu aku part 2, roommate aku orang Sabah. dua-dua orang Sabah. sorang asal Kota Marudu, sorang lagi asal Keningau. tak silap la, yang asal dari Kota Marudu tu balik Sabah diawal semester. padahal masa tu belum start cuti mid sem lagi dia dah balik Sabah seminggu. disebabkan time cuti sem part 1 dia tak balik Sabah. dia balik pun sebab attended her cousin's wedding. dia jadi bridesmaid la kiranya. seminggu dia tak datang kelas sebab balik Sabah. kemudian dia balik semua ke kampus dan membawa oleh-oleh untuk kami. iaitu sepeket cili. cili mentah, bukan cili yang siap dimasak. siap bawa bouso batang pisang (makanan orang dusun). bila diingat balik bouso tu. ya Allah, rindunya nak menikmati kemasaman dan kelazatan bouso tu. lagi-lagi makan dengan cili hidup yang dibawa tu. ahaha.

satu hari tu, aku dengan roommates lagi sorang (yang asal dari Keningau) pergi petik pelam mentah dekat area blok hostel lain. pelam banyak-banyak tak ada orang makan, kami petik lah even tak minta izin pada tuannya. kami pun tak tahu siapa tuan pokok tu. hehe. lalu, pelam tu kami kerjakan makan dengan sambal kicap. kisah sambal kicap ni dimana aku guna cili hidup dari Sabah untuk buat sambal kicap ni lah. aku guna segenggam cili dan tumbuk guna cawan. (kami tak simpan batu lesung ni. hahaha) roommates aku dah terbeliak biji mata. sebab diorang guna cili untuk buat makan dengan bouso selalunya guna 2 atau 3 biji je. aku guna segenggam cili. maka bila kami menikmati kemasaman pelam mentah dengan cicah sambal kicap tu. perghhh. super duper pedas sampai rupa aku yang gelap ni pun nampak kemerah-merahan. bibir apatah lagi, tebal satu inci. pedas tahap apantah tapi sangat sedap. yang asal dari Kota Marudu tu dah putus asa nak teruskan. cuma tinggal kami dua je yang habiskan pelam tu. 


cili asal Sabah tu memang pedas. patut la diorang makan sebiji dua. disebabkan aku dah biasa masak kat rumah guna segenggam cili. maka dengan cili Sabah tu aku guna segenggam. bila diingatkan kembali. memang aku rindu. rindu nak makan makanan Sabah. ahahaha

MyLittleNote:: sesekali mengimbau kenangan zaman muda-muda. hehe. jyaa ne !


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Wednesday, March 9, 2016

Avon: Jenama Kosmetik Paling Terkenal di Malaysia !


Avon ditubuhkan sejak tahun 1886 lagi, Avon bukanlah suatu nama yang asing dikalangan wanita di Malaysia. Jenama antarabangsa yang berasal dari US ini memahami kehendak semua wanita dengan menawarkan pelbagai rangkaitan produk kosmetik, penjagaan kulit, set wangian, pakaian dalam dan banyak lagi. apa yang menarik mengenai Avon adalah kesemua produk yang ditawarkan adalah berkualiti tinggi dan dijual dalam harga yang amat berpatutan.

oleh yang demikian, tidak hairanlah jika anda boleh menemui stokis Avon di serata lokasi termasuklah di kampung-kampung. ini kerana produk Avon juga dijual secara 'direct selling' sejak berpuluh-puluh tahun lamanya di Malaysia dan sehingga kini ia masih menjadi salah satu jenama yang paling terkenal serta dipercayai.


dan bukan itu sahaja, berita baik untuk kesemua penggemar Avon Malaysia kerana kini kesemua produk juga boleh dibeli secara online di laman web terkenal, ZALORA. hah, khusus untuk mereka yang sentiasa sibuk bekerja dan tiada masa untuk ke stokis Avon yang berhampiran. maklum lah zaman sekarang semua pakat nak beli secara online sebab tak perlu nak bersusah payah habiskan duit minyak kereta. ye kan. ya, kini korang dan anda semua yang bergelar wanita yang menyambut Hari Wanita Sedunia semalam (8 March 16) dapat membuat pembelian online melalui applikasi mudah alih ZALORA atau menerusi laman web rasmi dengan amat mudah. hanya perlu tekan, picit, klik dihujung jari manis anda. eh, susah pulak nak guna jari manis. guna ibu jari dan jari telunjuk. jari hantu tak perlu la ye. hehe.


hah, bukan untuk perempuan je. lelaki pun ada. anda juga boleh menemui koleksi produk penjagaan untuk lelaki yang turut ditawarkan dalam harga yang amat menakjubkan. buat pembelian produk Avon di ZALORA hari ini juga. hari ini, iya hari ini juga! dan anda boleh menikmati penghantaran percuma terus kerumah anda serta kaedah pembayaran secara cash on delivery (COD) bagi kawasan-kawasan tertentu. kalau korang kat tengah laut macam mana nak buat delivery kan. haha.

jangan lupa. 
Avon Malaysia
hanya di ZALORA.

kompem korang dapat depan pintu menjerit macam dalam iklan ZALORA. hahaha.

MyLittleNote:: produk zaman dulu aku kecik-kecik lagi. kakak selalu dapat catalog. lepas tu aku cepat-cepat buka dan selak halaman yang ada minyak wangi. sebab dia bagi sample sekali tau. hmm sedapnya bau. hehe. jyaa!


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Sunday, February 21, 2016

Surprise Delivery : Area Selangor and KL Only !


did you wanna make a surprise delivery to your special person in your life?

here !
trusted surprised delivery.
instagram @surprisedbyjenda
facebook @Decor By Jenda
whatsapp : 013-2696890

birthday
anniversary
graduation day
wedding day
engagement day


handbouquet for your wedding day !


contact us now!
whatsapp: 013-2696890

MyLittleNote:: ni la kerja aku yang sekarang. hehe


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Kembali

aku kembali disini sebagai orang biasa.
currently sekarang aku sebagai pekerja kuli.
dah habis belajar kerja lah kan nak cari rezeki.
dan hari ni tetiba last kerja sebagai kuli dan sedang mencuba untuk menjadi kuli yang lain.

apakah?

inshaaAllah rezeki ada dimana-mana.
janji jangan lupakan Allah.
Allah yang memberikan rezeki.

*smile always*

MyLittleNote:: akan ku update benda yang baik seterusnya. hehe


:: Copyright Hanamiko Sakura ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...