Friday, April 1, 2016

Kisah Sambal Kicap

hari ni makanan tengah hari aku masak sup ayam. dan dengan kegigihan yang ada, aku menumbuk cili untuk buat sambal kicap (padahal sambal kicap aku buat pagi tadi. tiba-tiba teringin makan pisang goreng dengan cicah sambal kicap) mihmih. bila makan tengah hari, tiba-tiba aku teringat kembali kenangan dengan sambal kicap ni.

masa tu aku part 2, roommate aku orang Sabah. dua-dua orang Sabah. sorang asal Kota Marudu, sorang lagi asal Keningau. tak silap la, yang asal dari Kota Marudu tu balik Sabah diawal semester. padahal masa tu belum start cuti mid sem lagi dia dah balik Sabah seminggu. disebabkan time cuti sem part 1 dia tak balik Sabah. dia balik pun sebab attended her cousin's wedding. dia jadi bridesmaid la kiranya. seminggu dia tak datang kelas sebab balik Sabah. kemudian dia balik semua ke kampus dan membawa oleh-oleh untuk kami. iaitu sepeket cili. cili mentah, bukan cili yang siap dimasak. siap bawa bouso batang pisang (makanan orang dusun). bila diingat balik bouso tu. ya Allah, rindunya nak menikmati kemasaman dan kelazatan bouso tu. lagi-lagi makan dengan cili hidup yang dibawa tu. ahaha.

satu hari tu, aku dengan roommates lagi sorang (yang asal dari Keningau) pergi petik pelam mentah dekat area blok hostel lain. pelam banyak-banyak tak ada orang makan, kami petik lah even tak minta izin pada tuannya. kami pun tak tahu siapa tuan pokok tu. hehe. lalu, pelam tu kami kerjakan makan dengan sambal kicap. kisah sambal kicap ni dimana aku guna cili hidup dari Sabah untuk buat sambal kicap ni lah. aku guna segenggam cili dan tumbuk guna cawan. (kami tak simpan batu lesung ni. hahaha) roommates aku dah terbeliak biji mata. sebab diorang guna cili untuk buat makan dengan bouso selalunya guna 2 atau 3 biji je. aku guna segenggam cili. maka bila kami menikmati kemasaman pelam mentah dengan cicah sambal kicap tu. perghhh. super duper pedas sampai rupa aku yang gelap ni pun nampak kemerah-merahan. bibir apatah lagi, tebal satu inci. pedas tahap apantah tapi sangat sedap. yang asal dari Kota Marudu tu dah putus asa nak teruskan. cuma tinggal kami dua je yang habiskan pelam tu. 


cili asal Sabah tu memang pedas. patut la diorang makan sebiji dua. disebabkan aku dah biasa masak kat rumah guna segenggam cili. maka dengan cili Sabah tu aku guna segenggam. bila diingatkan kembali. memang aku rindu. rindu nak makan makanan Sabah. ahahaha

MyLittleNote:: sesekali mengimbau kenangan zaman muda-muda. hehe. jyaa ne !

2 comments:

  1. bibir dah tak payah pakai gincu..hahahha..merah mnyala gamok nyer...
    pedas2 pun sedap kan..

    ReplyDelete
  2. Hahahah.. OMG serius ke cili diorg sebiji dua da pedas.? kalau aina buat sambal kicap mmg segenggam cili api la cte dia. Huhuhu. Haish sedap nya goreng pisang cecah sambal kicap.! =D

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.