Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Thursday, May 10, 2012

What should I do?

nak tunggu result second intake upu or masuk matrikulasi?


mula2 aku ingat nak masuk matrik dulu sementara tunggu second intake upu. ye! jujur aku cakap yang aku tak dapat upu. sedih beb! member2 semua happy. ada yang dapat unisza, uiam, dan uitm. yang tak dapat upu tu diaorang pakat ramai2 masuk matrik. ada juga sambung form 6 (best nya diorang yang sambung form 6. jeles. >.< jadi budak sekolah balik) then, bila aku dapat upu. (insyaAllah!) aku nak cabut dari matrik. tapi bapa tak bagi pula. suruh stay je dekat matrik. urm.. (buat muka seposen jap) 

second idea gila aku.
tunggu result second intake upu tanpa masuk matrik. kalau tak dapat. melepas matrik. urm.. tak apa lah. cari kerja mulakan hidup baru. cari ilmu tak semestinya dekat sekolah, kolej, mahu pun universiti kan. (pujuk hati sikit)

think positive.
mungkin masa aku apply upu aku salah pilih course kot. yela, masa tu aku tak sempat nak kemas kini. tup tup dah tamat tempoh. mungkin Allah bagi rezeki dekat aku untuk second intake punya. yang rayuan ni aku betul2 pilih course dengan berhati-hati. pilihan pertama, diploma sains geomatik (sumber alam). aku tahu course ni terpaksa berjemur di bawah matahari. pilihan kedua, diploma sains komputer. hah! diploma sains komputer ni lah pilihan pertama aku masa apply upu dulu. tapi malangnya tak dapat. urm, tak apa. yang kali kedua mesti dapat.

ramai yang kata suruh masuk matrik. tapi hati ini tidak rela. macam sedikit tidak ikhlas. kalau course sains yang aku dapat dekat matrik. kompem aku terus masuk tanpa berfikir panjang. perakauan. aku rasa pandang course ni dengan sayu je. minta maaf perakaunan. 

ada yang kata. nak pilih course tu biarlah ikut kesesuaian dan minat kita. kalau tak minat kompem tak boleh bawak. ye dak? alaa~ macam mana ni. tarikh pendaftaran matrik nak dah dekat. aku pun belum terima atau tolak tawaran matrik tu.

MyLittleNote :: =.=' blurr~

Thursday, March 29, 2012

Small People can do Big things...

aaahaak! mesti korang pernah dengar ayat ni kan? mungkin... ada sesetengah pihak yang pernah dengar ayat sebegitu... dan mungkin tidak... yess! yang pernah dengar tu... dah semestinya dekat iklan rancangan memasak realiti tv kanak2... Junior MasterChef... oh! aku sudah jatuh cinta dengan rancangan ini sejak musim yang pertama... percaya atau tidak... kanak2 yang seusia 5 tahun ada yang dah pandai memasak... dan semenjak itu... aku mula mengenali dunia MasterChef... sama ada Mesia punya atau luar negara punya...

[kredit from Google]

[kredit from Google]

dab bila aku skodeng2 blog orang... terjumpalah seorang designer cilik yang terkenal... (dan aku belum mengenalinya... huhu) cecilia cassini, gadis berusia 10 tahun sudah menjadi pereka fasion yang terkenal di dunia... nak tahu lebih lanjut? sila KLIK SINI :)

[kredit from Google]

[kredit from Google]

dan yang paling terkejut... kanak2 berusia 2 tahun sudah pandai menolong... sama ada menolong memasak... mengemas atau etc... agak berapa tak suka lah jika budak kecik itu kacau aku buat kerja... kerja yang hanya disiapkan dalam masa 10 minit jadi 30 minit... ish... ish... ish... nak tahu siapa budak itu.... jeng... jeng~

siapa lagi kalau bukan Hazem-chan... HAHAHA

MyLittleNote :: cer Mesia buat Junior MasterChef pulak... ada ke yang nak join?? err... tak pun buat Junior Project Runway... zaman sekarang bakat kanak2 sangat besar... tak kan nak hantar anak suruh jadi retis kot... menyanyi melalak... lalala~ eh!

Monday, March 12, 2012

Wanita berperwatakan Lelaki

Nak tau tak kenapa aku buat entri macam ni tiba2... sebenarnya… aku nak tau lah pandangan korang terhadap wanita yang ganas, yang berjiwa lelaki dan berhati kewanitaan… emm… korang tau tak aku ni gadis alim yang brutal?? Emm… tak payah ambil tahu lah… bukan penting pun…(har3… tetiba pulak)

Ikuti kisah cerita ini… yang osem + kool… (eh! ikut gaya Inche Gabanna pulak dah)


Ada seorang gadis ini, yang ayu… yang sweet… yang kawaii… yang manis bak gula2 sekilogram dekat kedai runcit cik temah… tapi… perangai dia amat brutal… mengalahkan lelaki… jangan salah sangka… dia tetap tutup aurat sebagai tuntutan wanita islam… menutup auratnya dengan sempurna dan lengkap… siap dengan tudung labuh dan berstokin…

Sejak kecil, dia bersahabat dan amat rapat dengan abangnya… adik-beradik yang lain sibuk mengejar impian masing2… yang tinggal dirumah hanya dia dan abangnya sahaja… hanya bersama abangnya sahaja mereka bermain… main permainan budak2 lelaki… main bola sepak, panjat pokok, lumba basikal, main parit depan rumah, memancing, dan macam2 lagi permainan yang khas untuk budak2 lelaki… tapi dia juga main permainan budak2 perempuan… bersama anak2 jiran… mahu bermain dengan sepupunya… kesemuanya lelaki…

Apabila meningkat remaja, jiwanya seperti lelaki… tidak takut kepada cabaran… lebih suka kepada sukan ekstrem… dia lebih berani… perangai pun macam lelaki… bencikan sifat gedik seperti perempuan… bencikan sifat lemah… dia bencikan segala2nya yang menyebabkan dia menjadi lemah… malah dia lebih suka bersahabat bersama budak lelaki dari budak perempuan… katanya budak perempuan suka cerewet… memilih… penakut… dan macam2 lagi lah… satu hari, dia mengenali seorang rakan perempuan yang satu kepala dengannya… sama2 brutal… maka, terjalin satu persahabatan yang rapat sehinggakan rakannya itu berubah sejak berkapel… dia juga pernah terniat hendak menjadi lemah lembut… jalan dengan sopan santun… tapi semuanya tidak menjadi… dia tidak boleh! Noktah!! Dia juga pernah terdengar… jadilah diri kamu yang sebenar… berprinsipkan kata2 itu dia berdiri dengan sifat semula jadinya itu…

Tetapi, kadang2 terselah sifat kewanitaannya… sifat malu terhadap lelaki… sifat keibuan, apabila dia bekerja sebagai babysitter… serta sifat2 semula jadi sebagai muslimah solehah… jiwa sebagai lelaki tidak pernah berubah… dia juga pernah merasakan untuk menjadi pelindung terhadap kaum2 yang lemah… pernah juga dia terasa untuk melindungi ibu dan adik-beradik perempuannya… ada satu malam, dia bertukar menjadi singa betina apabila adik sepupunya hampir2 kena buli… pantang benar baginya jika ada pembuli yang membuli insan yang lemah…

Penampilan luarannya amat lah seperti lelaki… berambut pendek dan berpakaian seperti lelaki… katanya, memakai pakaian perempuan membuatkan dia rasa sesak dan sempit… memakai kemeja lengan panjang yang bersaiz XL walaupun berbadan S… lama-kelamaan… dia mula menyedari dirinya lemah… tidak sehebat seperti dulu… tidak sekuat seperti dahulu… tapi dia juga tetap menolong bapanya melakukan tugas2 sebagai seorang lelaki… kerana hanya dia seorang sahaja anak yang berada dirumah ketika itu… dalam kehidupannya, dia menjadikan khaulah al azwar sebagai idola… kerana dia bercita2 mahu melindungi golongan yang lemah… mahu menjadi sehebat khaulah al azwar…

Ehem2 … apa korang fikir?? Adakah dia seorang pengkid?? Atau tomboy?? Mintak pendapat kamu semua ek… J patutkah dia teruskan sifat dia atau dia harus berubah??

MyLittleNote :: isu2 semasa… yang akan aku kupaskan untuk entri akan datang J (tiba2 dapat rasakan aura peguam syariah XP… har3) kepada cik faseha jika terbaca entri ini… aku hanya mampu (^_^) V kacang pice~

Ayam berkokok di atas rumah,
Ilalliqa’ maassalamah…

Tuesday, December 27, 2011

~Kahwin terpaksa~


sebelum memulakan cerita ana nak senyum dulu...

sebenarnya ana bukan peminat tegar drama melayu... adalah 2 atau 3 drama yang ana minat... tak adalah terlampau minat... just minat gitu2... setia menunggu sehingga episod terakhir... tapi ada satu drama ni yang menghasilkan satu magnet yang menarik ana suruh tengok...
iaitu drama
.
.
.
.
.


ana tak adalah tengok drama ni dari episod pertama... sebab tu tak tahu sangat... tahu pun sikit2 je..^^

apa yang membuatkan ana tertarik dengan drama ni sebab ada satu babak yang rasanya sebijik..(mungkin tak adalah sebijik sangat)...macam video matluthfi...


hahaha... ada tak persamaannya... perkahwian secara paksa...

dan yang membuatkan ana rasa best tentang cerita ini ialah... dua orang adik beradik tiri suka dekat seorang perempuan yang sama... tak tahulah siapa yang dapat...

MyNote: ini hanya pandangan ana je tau ^^