Showing posts with label Bulatan Gumbira. Show all posts
Showing posts with label Bulatan Gumbira. Show all posts

Tuesday, April 29, 2014

Jaulah

bismillahirrahmanirrahim.


"Kalau nak kenal sahabat kita kenalah keluar (bermusafir) sekurang-kurangnya selama 3 

hari 3 malam. Barulah kita mengenali sahabat kita ini.Keluar bermusafir pun janganlah

 cuma berdua atau bertiga. Seelok-eloknya lebih dari empat orang, barulah keluar 

berjemaah namanya"


21 april 2014 - 24 april 2014

alhamdulillah, start je cuti semester, kami merancang untuk berjaulah di pantai timur. menziarahi sahabat-sahabat di sana sambil mengenali mereka dengan lebih dekat.

hari pertama dekat Perak dulu sebelum berangkat ke Terengganu.
sebelum bergerak menetap dulu dekat rumah sahabat di Teluk Intan. sepatutnya bergerak lepas zohor, malangnya terpaksa delay sebab servis kereta tak siap lagi. singgah Seri Iskandar dulu sebelum ke Terengganu. waktu tu hampir masuk waktu asar, agak-agak sampai Terengganu pukul berapa?

cabaran yang pertama, berjalan pada waktu malam memang agak bahaya, sebab tu muslimin yang drive. mereka memang tak bagi langsung kalau muslimat nak drive. sayang sahabat katanya. memang bagi kami waktu tu rasa sangat-sangat gentir. mereka yang drive terpaksa stay up. jauh pulak tu nak drive. kesian jugak tengok diorang. 

time tu aku relax je la tidur. nak berjaga memang tak larat. berjaga je mata terlelap dengan sendirinya. memang tak berani nak tidur lena. bila diorang bising-bising. dapat tau yang kami sesat. menyinggah pulak ke Baling, Kedah. ah sudah. perjalanan sepatutnya singkat jadi lama. tak pa. ini baru namanya travel budak-budak macam kami.

22 April 2014
first day.

sampai Terengganu dah subuh. lokasi masjid ni tak tau la aku. HAHA. tapi yang membuatkan aku terasa unik dengan Terengganu ni ialah senibina dia. osem! lagi-lagi kaya dengan senibina masjid yang menarik.

mereka pakat posing sambil tunggu muslimin tumbang akibat kepenatan drive.

lepas sarapan, kami singgah ke rumah sahabat yang pertama terletak di Kuala Terengganu. ah, Kuala Terengganu tu besar la. nama spesifik aku tak tau. yang pasti dekat dengan Bandar Kuala Terengganu. bergambar bersama bonda beliau. 

bila datang sini mesti dibawanya pergi shopping. walaupun masa tak panjang, cukup sekadar singgah di Pasar Payang untuk makan tengah hari.

sebelum singgah ke rumah sahabat seterusnya, singgah pantai dulu. yang ni aku tak tau nama pantai dia apa. tapi yang pasti pasir dia putih. dekat dengan Unisza dan UMT.

air dia. subhanallah. hijau jernih dan dalam. rasa geram nak terjun ja.

rasa macam dah buat pengambaran pulak kat sini.

dah macam sebuah kumpulan band aku tengok muslimin ni.

aksi ni wajib kena buat. hah! aku paksa diorang buat macam ni. aku sendiri nak buat tapi aku malu buat depan mereka. cukup sekadar mereka yang jadi model aku. HAHA.
tapi malang gambar ni kabur. waktu pun hampir magrib, banyak kali buat tak jadi. anggap je la yang ni jadi.

rumah sahabat yang seterusnya di Gong Badak. perghh. dekat dengan UMT dengan Unisza rumah dia. sampai aku terfikir. "kalau lah aku dapat singgah UMT jumpa kak Hanis" hahaha.
umi dia sungguh sporting. gelak dengan sembang plus makan dekat dapur. hanya untuk muslimat sahaja. 

23 April 2014
second day.

lepas dari Gong Badak tu gerak pulak ke Besut. sebab nak gerak terus ke Kota Baharu.
menginap di rumah nenet sahabat. 

singgah pantai di Bukit Kluang untuk bermandi manda. gambar pantai yang serba indah tak sempat nak snap disebabkan tak sabar nak terjun laut. disebabkan tak dapat nak tengok penyu yang sebenar dapat buat penyu pun jadilah. (kerja gila muslimin)

singgah solat zohor kejap dekat Pulau Melaka. tenang je bila berada disitu.

Masjid Tok Guru.

memang hajat kami nak berjumpa dengan Tok Guru. tapi disebabkan Tok Guru sibuk. hanya muslim je yang dapat jumpa. tu pun mereka tak sempat nak beramah mesra.

berada dihadapan madrasah Tok Guru.

seterusnya ke rumah sahabat di Pengkalan Chepa.

singgah juga di pasar bulat. rasa rindu nak jejak sini. datang sini je dengan family. kali ni datang dengan sahabat.

lepas tu gerak ke rumah sahabat seterusnya di Pasir Mas.

sebelum berangkat pulang ke negeri asal sempatlah buat usrah untuk kali terakhir dengan sahabat-sahabat yang nak grad. i will miss this moment so much.

24 April 2014
third day.

kejutan!! dari sahabat-sahabat.
HAHA. buat aku terharu. even tarikh birthday dah jauh tertinggal tetapi mereka masih meraikannya.

 MyLittleNote:: terima kasih sahabat-sahabat seperjuangan. inshaAllah sem depan kita buat terbaik ! maka dengan group binding kali ni membuatkan kami bertambah erat dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. jaulah seterusnya ke Penang dan Kedah. jyaa ne!

Tuesday, June 5, 2012

Naqib atau Naqibah...

Bismillahirrahmanirrahim.

Naqib atau Naqibah. Ialah nama gelaran bagi pembimbing yang bertanggungjawab bagi sesuatu Usrah yang dijalankan. Naqib/ah ialah seseorang yang secara sukarela menerima amanah menjaga dan sedia membangunkan ahli-ahli Usrah dari hari pertama usrah diadakan hingga ke hari akhir Usrah.[^_~] dan gelaran Naqib untuk lelaki manakala Naqibah untuk perempuan.

Sumber :: Tip & Trik Usrah.


Dapatkan buku ini sekarang jika anda teringin membentuk sebuah usrah yang sumpah osem [^ 3 ^] (sambil promote sekali)

MyLittleNote :: ada seorang hamba Allah ni tanya aku apa itu Naqib/ah. jyaa!

Tuesday, May 22, 2012

It all about Usrah…

Where 1 problem is solved by MANY people, that is Usrah.
Where a happiness is shared TOGETHER, that is Usrah.
When 1 people forget, OTHERS reminding, that is Usrah.
Instead of hanging out alone, hang out TOGETHER, that is Usrah.
In short, Usrah is all about WE, not ME.
Let’s join any Usrah group today, have fun, connecting with people, while generating more and more PAHALA. InsyaAllah!

Bercerita tentang bulatan gumbira. Pengalaman pertama aku menjadi seorang naqibah memang tak dapat aku lupakan. Aku ni dah lah gugup. Tak reti nak cakap. Cakap pun tergagap-gagap. Na.. na.. ma.. nama sa.. saya.. err.. hahaha! Abaikan lah kegagapan aku tu. Aku tak adalah gagap seteruk macam tu. Hehe. Biasa2 je. Adalah juga gagap sikit. Gemuruh. Err, apa lagi ek? Hehe.

Banyak2 anak buah aku. Aku just respect 2 orang je. Sorang form 1 dan sorang lagi form 3. Memang diaorang baik. Asal bertembung. Diaorang hormat aku. Siap bagi salam. Kalau yang lain? Hampeh. Macam nak tak nak je layan aku. Err, ke aku ni jenis murobbi yang tak best dan tak osem? Alahai~ first time jadi naqibah. Huhu. Bila aku nak jadi dermawan sikit. Saja nak bagi anak2 buah aku gumbira. Disebabkan aku ni terlampau pura2 busy. Hanya 2 orang yang dapat aku hulurkan duit raya. Tu pun orang yang sama. Heish! Sabar jelah. Anak buah aku yang dua orang ni aku betul2 sayang. Time usrah, diaorang banyak tanya macam2. Tanya itu lah, tanya ini lah sampai aku sendiri tak dapat jawab. Dan diaorang juga focus bila aku bagi nasihat. Aku bangga bila anak buah aku yang form 3 tu berjaya memperoleh 9A dalam PMR 2011. Serius sedih sebab terharu. Sob.. sob..

MyLittleNote :: aku rindu sahabat2 bulatan gumbira aku..

Friday, April 6, 2012

Bulatan Gumbira Saya Betul-Betul Osem !!!

Bismillahirrahmanirrahiim...

ngee~ petang tadi ada usrah. seronok sangat. banyak sangat ronok2 sampai meleret. :D tapi berbulatan gumbira dengan murabbi baru. namanya Kak Fizah :D dia baru balik dari oversea. dia study dekat nihon daerah yamaguchi. baru habis gred kiranya. seronok sangat. dapat kakak baru. seronok. seronok. seronok. (kenapa tiba2 mood aku jadi mood budak2 tadika baru dapat jajan + gula2 ek? er.. abaikan saja XD) yess! aku kata seronok sebab dapat berjumpa dengan hakak yang baru balik jepun. you know what. i love about japan. ngee~ 

banyak sangat ilmu yang aku dapat. dan ahli2 bulatan gumbira aku dah tau kenapa aku really2 love japan. nak bagitau korang. ermm.. maybe next time lah XD boleh? hehehe


[kredit to inche gabanna picture]

MyLittleNote :: okeylah.. aku nak cauw. nak buat kerja sikit. hohoho~ 

Tuesday, February 21, 2012

Muslimah Solehah



sungguh sedih dan terharu... rakan2 bulatan gumbira berusaha nak buat usrah dengan cara moden menggunakan skype... malangnya aku langsung tak tau guna dan tak reti nak donlod... video ni salah satu sahabat bulatan gumbira yang hadiahkan... terima kasih :'( < ni sedih sebab terharu tau...

gambar ni aku cedok dekat blog nur sakinah... ^^
kata2 itu amat berkesan dihatiku...


aku tak tau kenapa sejak dua menjak aku rasa macam nak menangis... rasa macam hina diri ini dihadapan Allah... dapat rasakan cahaya keimanan datang dalam diri ini... lagi2 dibantu oleh sahabat2 bulatan gumbira.... err... walaupun aku tak luah atau cerita probelem aku kat mereka... tapi mereka tahu probelem aku....
Ya Allah! terima kasih kerana dikurniakan sahabat2 yang sentiasa mengingatiku terhadapMu...
dan aku bersyukur mengenali sahabat2 lain yang sentiasa memberiku semangat...
terimah kasih Kak Nisa
arigatou Kak Fatin
Kak Hanis
Kak Ayu
dan semua2 lah ^^
semoga kalian menjadi muslimah solehah dan muslim yang soleh
sayang kamu sangat2 ^^

MyLittleNote :: mula2 buka belog  tak boleh sebab belog aku ada virus... uwahhh! nak nanges... tapi akhirnya berjaya alhamdulillah... kalau tidak, tak boleh nak berbelog... btw, maaf sangat2 sebab tak sempat nak terjah menerjah belog kauorang ek... kesuntukan masa... hehehe^^

Thursday, February 16, 2012

Bulatan Gumbira

apa itu bulatan gumbira??... istilah kata2 Inche gabanna?? ^^ hehe... bulatan gumbira adalah usrah... semalam kita orang buat usrah dekat PPAS... mula2 tu aku rasa macam kekok sedikit.... maklumlah... aku ni kalau jumpa orang yang tak berapa kenal akan menjadi kekok dan pendiam... bukan sebab aku sombong tau.... aku memang macam ni... 


ketika dalam usrah tu... kawan2 yang lain sibuk berbincang pasal masalah diaorang.... aku?? aku hanya mampu diam sementara dalam hati dan akal fikiran bermain kata2 dan mengolah apa yang dibincangkan... mungkin mereka fikir aku tak ada masalah dalam bab bertukar menjadi tranfomers... ceh! bukan tranfomers... tapi dalam segi pemakaian yang begitu sempurna bagi seorang wanita islam... dalam segi permasalahan agama... dalam segi permasalahan orang sekeliling yang membuatkan kita lemah.... aku?? aku pun ada masalah... tapi aku takut nak luahkan dekat orang yang aku rapat... even ibu atau family... sebab aku takut diaorang tak nak dengar dengan bersungguh2 apa yang aku cerita... apa masalah aku... dan aku takut diaorang tak nak bantu aku.... jadi semua itu aku luahkan kepada Maha Pencipta kita... Allah... aku rasa tenang setenangnya.... kadang2 apa yang menimpa masalah aku jadi hilang lepas aku luahkan dekat Allah... lepas aku luahkan... aku pun berfikir... secara positif... mungkin Allah bagi akal dan fikiran kepada aku selepas aku luahkan... Terima Kasih Ya Allah! aku dapat rasakan yang Allah adalah kekasih aku walaupun kekasih Allah adalah Nabi Muhammad S.A.W.... rasa cemburu pulak terbit di hati.... tapi siapalah aku disisi Allah... hamba yang lemah, hamba yang alpa, yang hina, dan sebagainya lah.... aku tahu Allah sayangkan aku dan Allah sayangkan semua orang dan kamu juga readers ^^

MyLittleNote :: eh! entri ni terluah dekat kamu pulak... kamu tak kisah kan?? (^_^) V