Showing posts with label Internship. Show all posts
Showing posts with label Internship. Show all posts

Saturday, October 31, 2020

Internship in Merapoh

بسم الله الرحمن الرحيم


13 Januari awal tahun aku start intern. intern sewaktu cuti sem, seminggu selepas habis paper terakhir untuk semester ke 5. intern pun tak lama cuma 2 bulan. tu pun masuk universiti semula pada minggu ke dua sesi pembelajaran. intern kali ni aku cabar diri pilih tempat jauh dari kediaman sendiri iaitu negeri Selangor. asalnya memang aku nak intern dekat Sabah. memang teringin sangatt! dah alang-alang intern 2 bulan je, apa kata pilih jauh-jauh sikit. haha. proses nak apply intern pun banyak rintangan. banyak tempat atau company menarik, salah satunya boleh intern tempat research macam FRIM, intern dekat golf course, intern dekat theme park, intern dekat resort. senang cerita tempat-tempat intern kami memang berkaitan dengan bidang tourism. tapi aku dah aim lama dekat satu company di Sabah. pengalaman dari senior yang membuatkan aku berkobar-kobar nak ditempatkan untuk menjalankan sesi latihan industri disitu iaitu Imbak Canyon. tapi malangnya aku lupa nak mention tempat intern masa apply dulu dan aku ditempatkan di HQ. disebabkan kekangan kewangan, aku ambil keputusan untuk menolak tawaran dan cuba untuk mendapatkan tempat intern di tempat lain. annddddd finally I got undergo my internship in Merapoh, Pahang setelah company itu menolak permintaan aku untuk ditempatkan di Pulau Perhentian. asalnya memang kecewa dan takut juga sebab aku intern berseorangan tanpa classmate or batchmate. orang lain berpasangan bila intern bukan di negeri tempat kelahiran sendiri. kalau intern sendiri pun dekat tempat asal sendiri. 


sepatutnya aku kena lapor diri pada 13 Januari, tapi aku datang awal sebab supervisor ajak datang awal buat makan-makan sikit katanya. haha. dalam imaginasi aku, staff atau team mesti ramai and ada foreigner sekali. oh ye, tempat aku intern ni bos besar dia orang Ireland. that's why aku agak gelabah sikit and main communication dia english disebabkan most of the works are in english and kena interaksi dengan oversea people. lebih-lebih lagi mat salleh la of course. 




masa ni first time aku jejak kaki dibumi Kelantan iaitu Gua Musang. Merapoh tu berada dalam negeri Pahang cuma bersebelahan dengan Gua Musang. sampai sekarang kadang aku tak percaya boleh ulang-alik lintas negeri. cari keperluan pergi Gua Musang, pastu balik Merapoh. and mostly orang Merapoh cakap pantai timur kecek klate bohh. aku pergi Merapoh naik bas. nak drive kakak tak benarkan bawa kereta kesayanganku. sobs.




lepas sesi perkenalan dan lunch. sesi ice breaking tetiba kena hiking. hahaha! takde la, sebenarnya plan diorang nak buat aktiviti riadah. dah alang-alang tu aku ikut la sekali. 




suasana Merapoh yang aku rindui. rindu dengan bunyi honk kereta api yang bergema satu Merapoh. rindu bunyi cicada yang nyaring bunyinya. mula-mula aku jumpa cicada terkejut. yee wehhh aku bukan nak cakap aku ni budak bandar. tapi dekat kampung aku takde. so terkejut la plus teruja sebab cicada ni bunyi dia kalau serangga tu tak datang dekat, dia bunyi macam musim summer dekat Jepun. boleh la acah-acah dekat Jepun. tiber. 




this is one of the iconic place la kiranya. salah satu simbolik yang anda berada di Merapoh. Merapoh ni has many lime stone especially lime stone caves. merasa la juga aku merangkak, menyempitkan diri dalam gua dekat Merapoh ni. dapat merasa 1 gua je la. nama dia Gua Katak. fuhh tetiba dalam gelap tu masuk je jangan pengang dinding gua sebab ada katak. 



padahal aku ada je peluang caving. tapi takda rezeki sebab aku balik bercuti. hahaha


apa kerja aku ea sebagai intern ni? aku ditempat dekat department community which is aku kena mingle with the community yang terdapat dekat Merapoh. community Merapoh ni bukan saje orang melayu, ia juga termasuk dengan orang asli. yang ni pengalaman berharga untuk aku sebab dapat berkenalan dan mendalami masyarakat orang asli. orang asli dekat Malaysia ni bukan 1 suku je. banyak! aku dulu teringin sangat nak jumpa orang asli. nak tengok macam mana kehidupan diorang seharian dan juga culture mereka. dekat sini juga aku ditugaskan untuk mengajar anak-anak masyarat orang asli. kira macam awal persekolahan like tadika. manakala untuk anak-anak masyarakat melayu, aku ajar basic bahasa english even english aku pun kelaut. hahaha!



subjek yang aku paling suka mengajar dan subjek mereka sukai adalah pendidikan seni. alahai~ tetiba rindu diorang. 




oh ye, Merapoh ni salah satu pintu masuk ke Taman Negara. aku dari dulu teeeerrrringin nak masuk Taman Negara. bila masuk ni aku teruja betul!


company ni buat apa? better baca dekat website diorang je. hehe

and diorang ada buka peluang untuk kita jalani intership (bukan under universiti pun boleh join) atau join the volunteer program. 

takat tu je kot. haha

MyLittleNote:: setelah sekian lama, finally dapat juga habiskan entri ni yang dah lama jadi draf. hehe. jya mata!

Wednesday, March 11, 2015

Mulakan Dengan Senyuman


Assalamualaikum.

memang semalam update cerita baru, tapi disebabkan entri tu rasa annoying tahap apa ntah. jadi aku ambil keputusan nak delete. seriusly, memang aku nak update cerita pasal "Kejayaan Serta Kerjaya" tu. tapi disebabkan waktu office hour nak dah berakhir, itu yang membuatkan entri jadi annoying. dengan penatnya pergi site. mengukur-ukur kawasan rumah orang itu nak tengok area tu sempit atau tidak. 

dan selamat pagi !
aku curi masa kejap pagi-pagi datang office ni dengan update blog sebab ada orang tu dah pelik dah. haha. maafkan akak dik :D

okay.
dah tak ada cerita ye. nanti kalau otak ini penuh dengan informasi. akan ku curahkan dekat blog ini ya. maklumlah. otak ni asyik fikri pasal design je. bulan ni dah last praktikal. (nangis) dan kena struggle dengan final project untuk last sem. dup dap dup dap.   


MyLittleNote:: sambung buat kerja ! jya ne !

Friday, January 30, 2015

Selamat Bercuti Warga KL !

wah! nampaknya aku dah tunaikan azam tahun ni.
kembali rajin tulis blog.

memandangkan hari ini hari jumaat.
hari terakhir bekerja sebelum warga pekerja KL seperti aku bercuti selama 4 hari.
sabtu, ahad, isnin, selasa.
kira cuti agak lama juga tu. lama lah~

cuti cuti juga, dateline masih jalan dan bakal berakhir pada bulan 5.
tapi tak dapatlah merasa nak tengok projek tu siap sepenuhnya sebab habis praktikal awal bulan 4.
dan cuti kali ini aku terpaksa bawa balik kerja.
kerja detail drawing nak kena hantar dekat kontraktor.
fuhh~
masih lagi tak ada aura cuti.
T^T

malam nanti dah gerak ke Sungkai. ada Family Day !
lepas tu plan nak habiskan cuti dekat Seri Iskandar.
nampaknya aku tak boleh berpisah dengan Perak even aku anak kelahiran warga Selangor yang tulen. hehe. banyak kenangan yang manis dekat Perak tu.

plan je la. tak tahu jadi ke tidak. kuasa Allah yang tentukan :)

try lukis vector jong kook kononyer. XD

MyLittleNote:: tunggu masa nak balik kerja je. sambil tu update blog. ngee~ jya ne !