Showing posts with label Gathering. Show all posts
Showing posts with label Gathering. Show all posts

Monday, August 27, 2012

Bila kami sudah berkumpul...

Raya ke-5 aku dah mula kerja. Dup dap dup.. kenapa ek? Ohh.. rindu nak bekerja la ni. Work sweet work. Lama sangat bercuti. XD (ahaks! Bajet nak jadi pekerja terbaik ;P)

sebelum masuk kerja, pergi beraya dulu. Dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Ehem. Masih2 perangai masih sama je. We are still like kids. Wahaha! Bagi aku kan, lama tak jumpa bukan main rindu bergunung-gunung. Bila dah jumpa, eh! macam pernah bersua semalam. Err, garu kepala.

Dan…. garu kepala lagi. Tup tup aku yang jadi planner. kumpulkan budak-budak nakal ni. Woha! Tu pun setelah di-push-kan oleh salah seorang dari pada mereka.

Member : kau kalau nak ajak baraan(beraya beramai-ramai) jangan setakat nak tulis dekat group fb. ‘jom baraan’

Aku : err… ye ye. Nanti aku plan. (muka sudah terkedu tak tau nak balas apa)

Dush! Aleh-aleh, budak yang push aku tulah yang tak follow. Nasib baik aku baik. Kalau tak memang dah masuk parit aku campak. Ngeh3.

Aku jadi planner you!! Tak percaya aku. Kalau time sekolah dulu, akulah yang rajin jadi kuli. Malas nak masuk campur lah katanya. Hehe. Alhamdulillah, perancangan aku akhirnya berjaya buat diaorang happy sesangat. Keseronokkan mereka tak sampai ke dasar hati aku. Kenapa ye? Oh! Sebab aku tak dapat join diorang sampai akhir baraan kot. :’|

jangan cari aku kat mana :P

kami semua XD

MyLittleNote :: aku gila fesyen tudung, kakchik gila kasut.. hahaha! jyaa ne!

Saturday, May 12, 2012

Reunion...

masalah dah selesai. woyeh!
alhamdulillah. terima kasih kepada yang bagi pendapat tu. I really appreciate ^_~ thanks yauw~ haha. 

aku dah bincang pun dengan ibu. then, keluar pula keputusan muktamad. tak nak masuk matrik. stay dan tunggu result second intake upu. alhamdulillah. berkat istikharah, rasa lapang hati dan dada dengan keputusan aku tu. siap dengan senyuman tak lekang dibibir. ewahh. insyaAllah. doa2kan lah ye kawan2 ^_^

**********************

panjang bebenor intro itu tadi ek. hehe. actually, aku nak cerita pasal reunion.
sebelum kami bertaburan, bersepah di merata negeri. kami berkumpul pada 7 mei. orang putih kata apa? reunion? haha. yup. reunion. special reunion sebab makanan kami masak sendiri. pagi2 dah kena turun padang. rewang bak kata orang jawa. hihi. antara hidangan yang di sediakan. mi hon tom yam, sup, sate, nugget, sosej panggang, potato wedges and bubur. (bubur apa ntah. kawan yang masak)

masjlis besar start lepas zohor. sebelum majlis tu, kitaorang adakan check result upu beramai-ramai. riuh rendah dengan sorakkan kegembiraan. happy semua dapat. riuh dengan ayat perli-memperli. gurau-gurauan. 

jom layan gambar :)

our memories :') sob.. sob.. sedihnya.
lagi 3 orang tak ada.. 

bergambar kenangan.. sob.. sob.. (tiba2 menangis ni apasal? hehe)

suasana di hari raya.. opss.. suasana di jamuan reunion.

mamat ni tak boleh bla.. tension2.. aku selalu gaduh dengan dia dalam kelas.. HAHA
by the way, mamat slenge ni lah ketua kelas kitaorang..

cewek2 chakep.. HAHA.. masing2 dah berpunya tu.. :P

bakar sate.. bakar sate.. 

chocolate indulgence >_< 
alhamdulillah tahun ni banyak betul dapat makan kek SR..

ni jelah yang aku tempek. nak tempek banyak2 takut loading pulak. hehe.
[picture without copyright Hanamiko Sakura kredit from pesbuk]
[photography :: Abe Nubhan]

MyLittleNote :: bilalah nak berkumpul bersama lagi ni.. sob sob.. T^T