Showing posts with label GiatMARA. Show all posts
Showing posts with label GiatMARA. Show all posts

Sunday, July 6, 2025

Program Jangka Pendek 3L - Lifelong Learning

konnichiwa minna san!


program jangka pendek 3L atau lifelong learning ni program kemahiran jangka pendek yang ditawarkan oleh GiatMara yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai latihan yang ditawarkan oleh GiatMara. 


hari jumaat haritu (4 julai 2025) aku join program ni dengan modul jahit drawstring bag. drawstring bag yang kitorang jahit ni macam ala-ala beg bekal orang jepun. nanti kita tengok hasil dia macam mana. belajar 1 hari je memandangkan modul pun cuma satu ni. tak perlu nak ambil masa sampai seminggu 😂


sila abaikan tarikh sebab tarikh tu ikut availability para peserta


mula-mula kita belajar teori dulu. cikgu akan terangkan ukuran dan bahan apa yang kita perlukan untuk jahit beg ni. kemudian kami akan dibahagikan 2 kumpulan untuk mengukur dan memotong kain. peserta yang mengikuti program ni sepatutnya 10 orang. tapi yang datang ni hanya 5 orang, selebihnya diorang datang pada hari selasa minggu depan (8 julai 2025).


kumpulan potong fabrik utama - menggunakan heavy cotton yang rupa dia dah macam canvas


kumpulan adik-adik potong lining - menggunakan kain cotton biasa


kali ni dikira sesi praktial setelah teori. setelah memotong kain, cikgu akan tunjuk satu persatu langkah untuk menjahit beg ni. jangan risau, cikgu akan ajar sampai la kita faham dan tahu macam mana nak buat. 


adik ni rajin betul menggosok kain 😆


yang duduk depan mesin jahit tu cikgu


masa ni aku dah pening asyik tukar-tukar mesin 😅


disebabkan aku orang pertama yang siap dulu, aku tolong orang lain yang masih terkapai-kapai. dulu masa belajar menjahit memang aku yang selalu tolong cikgu ajar orang lain. bukan nak berlagak, tapi tu cara kita nak ingat balik langkah-langkah yang kita dah buat. manusia ni kadang selalu cepat lupa. 


semua peserta berjaya siapkan dan tunjuk hasil kerja masing-masing


tadaaaa.. ni la rupa beg tu secara detail


program jangka pendek 3L ni bukan saja tawarkan modul menjahit saja. baru-baru ni GiatMara Kuala Lumpur ada juga menawarkan modul-modul lain selain menjahit. haritu tengok dekat sosial media thread pun ramai juga yang berminat dengan program ni. limit 1 modul 10 peserta saja. 


tak sia-sia belajar kemahiran ni. sama macam subjek yang kita belajar dulu - kemahiran hidup bersepadu. subjek kegemaranku 😂


MyLittleNote:: balik dari program ni aku terus demam. lahhh. haha jya mata ne!

Wednesday, May 8, 2024

Modul 2: Pengendalian Mesin & Peralatan Jahitan

Konnichiwa!


Sudah tiba masanya untuk aku bercerita pengalaman semasa belajar menjahit di GiatMara iaitu GiatMara Kuala Selangor. Kita skip dengan modul 1 dan kita teruskan dengan modul 2. 


Seminggu selesai orentasi, cikgu beri kami tugasan untuk belajar meneroka mesin jahit sendiri dengan bantuan nota yang diberikan. Ya, cikgu pun dah macam lecture. Diorang tak ada ajar satu persatu sebab cikgu fokus bab praktikal dari teori. Jadi, kami belajar sendiri mengenali mesin jahit. Mesih jahit industri. Cuma bila kami ada yang tak faham baru cikgu tunjukkan.


Yang paling sakit, bila jahitan tak kemas cikgu suruh tetas 😭 


Kenapa kami skip kepada modul 2? Sebab modul 1 sudah belajar semasa orentasi. Modul 1 berkaitan Pengurusan Keselamatan & Kecemasan. Belajar bersama dengan bomba dan APM. 


Mesin jahit ni 6 bulan banyak berkhidmat dengan ku ❤


Hampir 2 minggu juga cikgu suruh kami buat latihan ni. Latihan ini bertujuan untuk mengasah kemahiran menjahit dengan baik dan kemas. Pernah tak tengok jahitan pakaian yang tak berapa kemas? Benang tercabut la, apa la.. ini tujuan dia. Lagi pun cikgu cakap batch sebelum ni cikgu tak suruh buat latihan ni yang mengakibatkan pelajar-pelajar tersebut tidak menghasilkan jahitan yang kemas. Pengawai pengesahan luaran pun tidak berapa puji. Bayangkan la setiap cawangan ni kena bersaing dengan setiap negeri. Setiap negeri ada kursus jahitan ni walaupun tak semua daerah ada kursus yang sama. Sebab itu setiap tahun akan ada pertandingan kemahiran TVET ni. 


Masa ni aku sukarela nak masuk pertandingan. Last-last tak masuk pun.


Gambar tak banyak mana pun. Semua gambar ni mujur ada post dekat instagram. Banyak gambar dah hilang dalam phone lama yang rosak tu. Oh nak update, phone samsungku memang tidak boleh diselamatkan lagi. Sedihnya! Processor chip rosak iaitu duduk dalam motherboard. Kesimpulannya, sentiasa backup la gambar-gambar anda. 


MyLittleNote:: next kita cerita tentang modul 3 pula. jya mata ne! 

Monday, August 28, 2023

The Biggest Decision in 2023

Hujung tahun 2022 iaitu 6 Disember 2022, aku mengambil keputusan untuk menghantar notis berhenti kerja. Setahun 10 bulan aku berkhidmat di syarikat aku bekerja sekarang. Aku mengambil keputusan terbesar ini tanpa ada perancangan lain. Aku sudah tidak tahan lagi bekerja disini akibat perancangan bos besar yang tiada hala tuju yang benar buat syarikat ini. Sudah banyak kali aku berzikir kepada Khal yang aku mahu berhenti kerja. (Khal, kawan baikku meranggap pengurus pejabat termasuk pengurusan sumber manusia) Aku bekerja disini kerana niat mahu menolong Khal, disebabkan Khal juga aku masih bekerja disini kerana niat mahu menolongnya atas dasar projek yang perlu kami selesaikan. 


Sementara menunggu hari terakhir, aku cuba pohon dengan syarikat yang lain. Aku juga mengambil keputusan untuk sambung belajar. Bukan sarjana, tapi aku teringin nak cuba belajar kemahiran. Lalu aku menyelidik dan mengkaji tentang GiatMara. Sebelum aku cuba menyelidik dan mengkali, aku ada seorang kawan yang sedang belajar di GiatMara ni. Setelah yakin, aku cuba memohon dengan menghubungi cawangan yang menawarkan kursus yang aku inginkan. Cuba teka aku nak belajar apa? Ya. Aku teringin nak belajar menjahit. Walaupun dulu minat fesyen dan tak sambung belajar pun dalam bidang ini, tapi minat menjahit tu berkobar-kobar. Masalah mencari baju yang bersesuaian dengan diri ini yang tinggi lampai dan kurus keding ni susah betul nak cari melainkan menempah baju dibutik-butik mahal mahupun menempah dengan tukang jahit yang ada. Kebanyakkan tukang jahit yang mengambil upah yang agak murah pun pangkat makcik-makcik. Yang sebaya-baya kita kebanyakkan pereka fesyen. Upahnya sudah semestinya sama harga dengan tempahan dibutik-butik mahal. 


Persoalanya, kenapa tak belajar je dengan kelas-kelas swasta yang berlambak bila dihujung minggu? Aku ni pun bukannya berduit sangat nak pergi kelas-kelas begitu walaupun minatnya tersangat la mahal. LOL.. lagi satu, aku suka jika ada sijil yang sah. Entah apa-apa.. Oh ya! Dengan belajar di GiatMara ni aku dapat SKM iaitu Sijil Kemahiran Malaysia yang diiktiraf dengan Malaysia. Gituhhh. So adik-adik lepas SPM yang minat belajar kemahiran ni boleh la belajar di GiatMara dengan kursus yang adik-adik minati. Banyak je kursus yang ditawarkan. Kena rajin buat kajian. 


Walau apapun, baru la namanya THE BIGGEST DECISION IN 2023


Kursus yang aku ambil ni cuma 6 bulan saja. Sekarang ni dah bulan Ogos.. dah hampir dua bulan juga aku menganggur ni. HAHA. Awalnya aku nak buat posting cerita ni bulan Januari. Pejam celik dah bulan lapan. Lepas raya haritu terus sibuk dengan nak siapkan tugasan dan peperiksaan. Tak sempat nak belek blog. Buka blog pun cuma tenung je. LOL


minggu orentasi iaitu minggu awal tahun 2023


penghujung orentasi ada makan-makan


Lepas habis kursus ni, perancangan masa depan? aku hanya berserah saja pada takdir dan berdamai dengannya. HAHA. Pertengahan tahun 2023 banyak betul dugaan dan ujian yang buat kita sedar hidup di dunia ini bukan selamanya duduk di atas roda. Kadang-kadang boleh jatuh ke bawah.

MyLittleNote:: Sekian dari saya~ nak cerita tentang kursus ini, memerlukan entri yang lain. Malas pula nak muatkan dalam satu posting. Nanti tak menarik. HAHA Jya, mata ne!