Hujung tahun 2022 iaitu 6 Disember 2022, aku mengambil keputusan untuk menghantar notis berhenti kerja. Setahun 10 bulan aku berkhidmat di syarikat aku bekerja sekarang. Aku mengambil keputusan terbesar ini tanpa ada perancangan lain. Aku sudah tidak tahan lagi bekerja disini akibat perancangan bos besar yang tiada hala tuju yang benar buat syarikat ini. Sudah banyak kali aku berzikir kepada Khal yang aku mahu berhenti kerja. (Khal, kawan baikku meranggap pengurus pejabat termasuk pengurusan sumber manusia) Aku bekerja disini kerana niat mahu menolong Khal, disebabkan Khal juga aku masih bekerja disini kerana niat mahu menolongnya atas dasar projek yang perlu kami selesaikan.
Sementara menunggu hari terakhir, aku cuba pohon dengan syarikat yang lain. Aku juga mengambil keputusan untuk sambung belajar. Bukan sarjana, tapi aku teringin nak cuba belajar kemahiran. Lalu aku menyelidik dan mengkaji tentang GiatMara. Sebelum aku cuba menyelidik dan mengkali, aku ada seorang kawan yang sedang belajar di GiatMara ni. Setelah yakin, aku cuba memohon dengan menghubungi cawangan yang menawarkan kursus yang aku inginkan. Cuba teka aku nak belajar apa? Ya. Aku teringin nak belajar menjahit. Walaupun dulu minat fesyen dan tak sambung belajar pun dalam bidang ini, tapi minat menjahit tu berkobar-kobar. Masalah mencari baju yang bersesuaian dengan diri ini yang tinggi lampai dan kurus keding ni susah betul nak cari melainkan menempah baju dibutik-butik mahal mahupun menempah dengan tukang jahit yang ada. Kebanyakkan tukang jahit yang mengambil upah yang agak murah pun pangkat makcik-makcik. Yang sebaya-baya kita kebanyakkan pereka fesyen. Upahnya sudah semestinya sama harga dengan tempahan dibutik-butik mahal.
Persoalanya, kenapa tak belajar je dengan kelas-kelas swasta yang berlambak bila dihujung minggu? Aku ni pun bukannya berduit sangat nak pergi kelas-kelas begitu walaupun minatnya tersangat la mahal. LOL.. lagi satu, aku suka jika ada sijil yang sah. Entah apa-apa.. Oh ya! Dengan belajar di GiatMara ni aku dapat SKM iaitu Sijil Kemahiran Malaysia yang diiktiraf dengan Malaysia. Gituhhh. So adik-adik lepas SPM yang minat belajar kemahiran ni boleh la belajar di GiatMara dengan kursus yang adik-adik minati. Banyak je kursus yang ditawarkan. Kena rajin buat kajian.
Walau apapun, baru la namanya THE BIGGEST DECISION IN 2023
Kursus yang aku ambil ni cuma 6 bulan saja. Sekarang ni dah bulan Ogos.. dah hampir dua bulan juga aku menganggur ni. HAHA. Awalnya aku nak buat posting cerita ni bulan Januari. Pejam celik dah bulan lapan. Lepas raya haritu terus sibuk dengan nak siapkan tugasan dan peperiksaan. Tak sempat nak belek blog. Buka blog pun cuma tenung je. LOL
minggu orentasi iaitu minggu awal tahun 2023 |
penghujung orentasi ada makan-makan |
Lepas habis kursus ni, perancangan masa depan? aku hanya berserah saja pada takdir dan berdamai dengannya. HAHA. Pertengahan tahun 2023 banyak betul dugaan dan ujian yang buat kita sedar hidup di dunia ini bukan selamanya duduk di atas roda. Kadang-kadang boleh jatuh ke bawah.
MyLittleNote:: Sekian dari saya~ nak cerita tentang kursus ini, memerlukan entri yang lain. Malas pula nak muatkan dalam satu posting. Nanti tak menarik. HAHA Jya, mata ne!
Menarik idea ambil kursus menjahit di GiatMara. Kemahiran yang sangat berguna dan dapat jimatkan poket. Sementara muda, cubalah sebanyak mungkin perkara. InsyaAllah nanti jumpa jalan yang sesuai untuk diri kita.
ReplyDeleteHanya orang yang dah merasa duduk di bawah akan menghargai nikmat berada di atas. Pengalaman itu jugak akan buat kita lebih kuat menghadapi ujian hidup seterusnya.
All the best for your course. Fighting!
ReplyDeleteOklah itu murah dan diakui sijilnya.
ReplyDeleteSemoga dapat ambil upah menjahit. Boleh kut saya jadi pelanggan juga.
menarikk betul ambik kelas menjahit camtu. nnt bolehla buat baju sayaaaa
ReplyDeleteIkut course yang sesuai dengan passion yang kita nak pun bagus kak. Semoga setelah lulus course menjahit ini, kakak juga bisa buat usaha jahit sendiri. Betul tuh, jahit baju yg bisa sesuai dengan badan kita mahal sangat. Yg murah ada, tapi lebih sering tak sesuai. Memang bagus kalo bisa jahit sendiri. Rezeki semuanya dari Allah, mungkin nanti ada hal lebih baik yang Dia akan kasih ❤️
ReplyDeleteMudah2an akan menjadi tukang jahit hebat nanti
ReplyDeleteit is okay, take your time. bagus tu kursus giatmara. adik BV pun ada join kursus menjahit di giatmara. seronok tengok dia excited belajar buat baju dan seluar. manatau rezeki jadi tailor. best tau boleh jahit baju sendiri. kalau dah okay boleh la ambik tempahan. semoga ALLAH permudahkan segala urusan Hana <3
ReplyDeletebetul tu kalau fokus Taylor, mmg boleh buat duit hehehe
ReplyDelete