Saturday, December 31, 2022

Pengalaman merasai 2022 Mokkoji Korea di Malaysia

Mokkoji Korea adalah festival yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan dan diselia oleh Yayasan Korea untuk pertukaran Budaya Antarabangsa. Kiranya dari kementerian kerajaan Korea. Mokkoji adalah perkataan dari bahasa Korea yang bermaksud beberapa orang yang berkumpul untuk bermain, berpesta dan lain-lain. 


(kredit: Mokkoji Twitter @MOKKOJIKOREA)


Bagus juga kementerian ni, buat pertukaran budaya antara satu sama lain dengan negara yang mereka jelajah setiap tahun untuk menyediakan peluang pengalaman budaya dan kehidupan Korea dengan peminat-peminat Korea seluruh negara. Untuk tahun 2022 ni, mereka jelajah Uzbekistan dan Malaysia.


Pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur antaranya konsert, pameran k-drama, weebtoon (komik Korea), permainan, makanan dan lain-lain serta ada pentas kecil yang ada acara sesi kelas kecantikan, kelas menari k-pop dan lain-lain lagi. 




Sebagai peminat budaya, aku mengambil peluang untuk merasai pengalaman ni memandangkan ianya percuma! Yang paling penting aku nak jumpa penyanyi artis k-pop iaitu Jeon Somi. Barisan artis yang lagi 2 tu aku tak berapa kenal. Moobin & Sanha dari boy group Astro dan Blank2y.


Sebelum acara bermula, pihak penganjur telah membuat 'Giveaway' buat para peminat untuk menangi tiket konsert persembahan artis jemputan khas dari Korea ini. Selain itu juga mereka membuat 'Giveaway' untuk memenangi tiket sesi 'Hi-Five' bersama mereka di pentas kecil. 


Setelah menunggu beberapa hari, aku tak menang mana-mana tiket konsert kecuali 'Hi-Five' bersama Jeon Somi. Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Memandangkan aku minat dengan Jeon Somi, rezeki dapat berjumpa face-to-face! 




Ketika sesi 'Hi-Five' ni, kami dimaklumkan tidak dibenarkan membawa phone naik ke atas pentas. Tak berapa puas hati sebab Moobin & Sanha serta Blank2y punya peminat masing-masing boleh naik atas buat rakaman video selfie bersama. Syarikat The BlackLable anak syarikat YG Entertainment agak ketat sedikit. Mentang-mentang syarikat antara Big 3 Entertainment Company dekat Korea. *rolling eyes* (selingan: kini tidak lagi, YG dah makin teruk sekarang ni dengan gosip-gosip kutukan dari peminat artis-artis dibawah naungannya)


Disebabkan tidak dibenarkan membawa phone untuk bergambar buat kenangan. Masa ni masing-masing cuba berkenalan dengan orang depan dan belakang untuk diberi kepercayaan memegang phone. Trust issues tidak dihiraukan asalkan ada gambar dan video sebagai bukti. Orang hadapan aku memberi kepercayaan kepadaku, manakala aku memberi kepercayaan pada orang dibelakangku. Semasa beratur, aku sehabis mungkin merekod untuk menghasilkan video yang terbaik. Skill sebagai photographer masih belum luntur dalam diri ini. Mujur tuan phone tu berpuas hati. Aku punya gambar/video? Hmm kecewa habis.


Hasil screenshoot dari video. Aku rasa sedih dan tak puas hati.
Harap orang tu punya video buruk. Macam mana dia buat dekat aku,
begitu juga dia. *aduh jahatnya aku*


Perasaan dapat berjumpa Jeon Somi - aku percaya bahawa ketinggian kami lebih kurang. Mungkin dia lagi tinggi? Melalui gambar diatas ini, aku nampak pendek sedikit disebabkan Jeon Somi memakai kasut tumit tinggi. Kalau aku memakai kasut tumit tinggi mungkin kami sama tinggi? Muehehe. Walaupun sama tinggi, yang penting BMI aku dan dia tidak la sama. Tangannya yang kecil comel tu terasa halus didalam tapak tanganku yang lebar dan besar ini. Ya, aku mempunyai figura tulang bersaiz orang lelaki. Berbahu bidang gitu. Apa yang aku cakap padanya? "I LOVE YOU SO MUCH!" dengan pantas aku ucapankan. Aku yakin juga dia blur sebab situasi berlaku dengan pantas. Mulut becok MC suruh kami bergerak pantas. Apooo 😒


Sementara menunggu konsert bermula, aku berjalan-jalan melawat kawasan. Nak pakai baju traditional hanbok kena beratur panjang dan lama. Nak pakai baju uniform sekolah perempuan, alahai kecik sangat. Nak cuba baju uniform lelaki pula, ada orang buat baju tu macam baju sendiri. Lama nak kena tunggu. Nak cuba aktiviti yang lain, kaunter dah ditutup. Permintaan terlampau tinggi sampai ruang pun sudah tidak mencukupi. Apa yang aku dapat cuma bermain permainan tradisional kanak-kanak saja iaitu tuho, jegichagi dan 'Green Light, Red Light' macam Squid Game tu.


Tuho. (kredit: Hab Korea)

Jegichagi. (kredit: Gyeonggido) Funfact: permainan ni sama seperti Sepak Bulu Ayam.


Nama pun pertukaran budaya, konsert pula bukan saja bernyanyi menghiburkan para peminat. Ia juga ada sesi perkenalan pakaian tradisional, permainan, tarian tradisional serta makanan. Jeon Somi dapat juga dikenalkan dengan teh tarik. Suka dia siap peluk peket 3in1 bancuhan teh tarik 😆


Habis je acara, peminat masing-masing serbu pentas hadapan untuk bergambar. Disebabkan aku agak fobia dengan kes Itaewon, maka aku mengambil keputusan hanya melihat dari jauh dan cuba untuk menjauhi diri dengan orang lain. Dalam kesempatan itu, aku cuba juga pergi ke pentas hadapan buat rasa-rasa. HAHA.


Curious dengan keadaan pentas hadapan juga belakang tabir serta setting pentas.
Minat dengan pengurusan acara sebenarnya. HEHE

Habis acara betul-betul waktu magrib. Terus berlari ke surau agar tidak ketinggalan waktu. K-pop k-pop juga, solat jangan dilupai. Sebab tu aku suka pergi acara macam ni tak pakai makeup macam orang lain. Leceh nak ambil wuduk sebenarnya. HAHA


MyLittleNote:: Jeon Somi janji kalau buat jelajah konsert, Malaysia tidak akan dilupai. HAHA jya mata ne! 

10 comments:

  1. Mesti sangat meriah acara ni.
    Masih beruntung jugak dapat sesi hi-five. Walaupun hasil rakaman orang belakang tu sendu, tapi dapatlah jugak rasa pengalaman tu kan..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, seronok bila dapat belajar culture orang korea. tapi kebanyakkan modern korea, bukan lagi historical korea. haha, ya betul tu. asalkan ada pengalaman dapat hi-five dengan idol idaman peminat kpop

      Delete
  2. Satu pengalaman yang sangat menarik. Sungguh meriah ye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok sangat.. lagi2 untuk orang yang betul2 minat dengan budaya

      Delete
  3. menarik...mesti meriah!!...patutnya limit kan time try hanbok, baju sekolah, taklah org lain terkilan..

    ReplyDelete
  4. Dapatlah kita mengetahui budaya orang2 Korea

    ReplyDelete
  5. Best acara macam ni. Dapat rasai pengalaman Korea walaupun tak pernah ke sana.

    ReplyDelete
  6. Wow baru tau ada benda2 camni rupanya, nampak best dan paling penting free! Dahla dapat hi-5 dgn Korean idol lak tu, untung sangat.
    Tara-choi yg kat tiktok tu ada datang tak? Hahaha saya minat kat dia!

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.