Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Tuesday, April 19, 2016

Autism Awareness Month

assalamualaikum.

bulan ni bulan april merupakan bulan kesedaran tentang autisme. apa itu autisme? autisme adalah sejenis kecacatan perkembangan yang melibatkan fungsi otak. kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik SINI atau SINI. atau boleh search mana-mana artikel yang berkenan dihati untuk membacanya. 

sebagai seorang makcik yang mempunyai seorang anak saudara autisme. ia telah memanggil aku untuk bercerita tentangnya. ingat lagi anak buah ku seorang yang bernama Hazem-chan? ya, aku pernah bercerita tentang diri dia didalam blog marhaen ini. setelah bertahun lamanya aku tidak menulis tentang Hazem. aduhai, kenapa skema betul ayat. haha.

Hazem yang rapat dengan aku. telah diagnosis sebagai kanak-kanak istimewa iaitu anak syurga. dia seorang kanak-kanak autisme. ya. memang berat tanggungjawab ini yang kami sekeluarga kena tempuhi. lagi-lagi kakak, yang mempunyai anak autisme seperti Hazem. dugaan demi dugaan. cabaran demi cabaran. mereka tidak faham tentang betapa susahnya hidup sebagai seorang autisme. apatah lagi ibu bapa yang menjaganya. kadang aku tak dapat nak bayangkan bila mana Hazem menjadi seorang dewasa kelak. adakah dia mendapat layanan yang baik dari orang sekelilingnya? okay, mata dah mula masuk habuk. huhu.

sejujurnya, aku betul-betul sayangkan Hazem. sebab aku yang menjaga Hazem sedari bayi sehingga sekarang. betapa aku amat menanti kehadirannya dalam hidup kami sekeluarga. maklumlah, aku anak bongsu yang amat menantikan seorang adik, tetapi Allah kurniakan seorang anak even cuma anak saudara. dan, kurniaan Allah itu. Dia kirimkan "hadiah" yang istimewa. 

okay tak nak cerita lebih, di bulan april ini. moh ler support autism awareness month. jom tengok filem Redha. kompem meleleh ayaq mata. huhu. tapi masalahnya aku belum tengok lagi disebabkan kerja. mihmih.


MyLittleNote:: jujur lah aku menangis sebenarnya. haha. jya ne!

Monday, February 6, 2012

~Ulasan Serba Serbi :: Hafalan Solat Delisa~

Alhamdlillah, selesai sudah aku menonton movie ni.. tapi tak sampai akhir sebab internet jadi low.. hihi.. tapi, aku dah baca cerita ni.. kalau orang kata, baca novel lebih best dari menonton ceritanya.. bagi aku… boleh lah.. sekurang2nya Smith dan Abi Usman encem.. uit, dah gatal dah.. har3…

Sekarang ni aku nak buat ulasan cerita ni mengikut apa yang aku baca.. dalam movie ni ada yang skip2… tentu saja… semua movie kalau diadaptasi ada yang skip2nya… hihi… ulasan ni juga, aku buat yang tak ada dalam movie tau2…

pinjaman dari PPAS


Waktu Delisa menyatakan “Delisa cinta umi kerana ALLAH”… pada waktu selepas solat subuh… dan ketika Abi Usman menelefon, Umi Salamah yang menjawab dahulu, diikuti Fatimah, Zahra, Aisyah… tapi Aisyah tak nak jawab sebab cemburu menguasai diri… lalu terus giliran Delisa… ketika Delisa akan mendapat hadiah dari abi, Aisyah makin cemburu… setelah selesai sesi telefon menelifon… umi baru memujuk Aisyah… diikuti Delisa…

Waktu malam sebelum kejadian tsunami, Delisa menonton televisyen… manakala umi menyulam baju tempahan Ustaz Rahman yang akan menikah… Fatimah hanya membaca buku tebalnya… Zahra dan Aisyah sedang merencana sesuatu yang rahsia… yang tidak boleh diketahui oleh Delisa… dan waktu itu, abi menelefon… dan Aisyah meminta maaf atas kejadian yang dia tidak mahu bercakap dengan abi… dan umi  menerangkan tentang kalimat Delisa yang membuatkannya mengalir air mata…

Keesokkan harinya, Delisa bersiap2 ke sekolah… waktu itu, Zahra dan Aisyah sedang menampal kotak2 berwarna biru dipintu rumah… hiasan2 cantik… Delisa bertanya kepada umi, tapi umi tak tahu… waktu amali solat, Cikgu Nur yang menguji setiap anak2 muridnya… tiba gilian Delisa… gegaran mula berlaku… ketika Delisah menyebut “…wa-ma-ma-ti…” tepat2 gempa berlaku seterusnya diikuti tsunami… Delisa buat tidak tahu dan berusaha untuk khusuk kerana dia teringat pesanan Ustaz Rahman… (oh iya, Ustaz Rahman ngak ada karna dia pergi ke Meulaboh… menemui calon isterinya… hihi)ketika bergegar, Delisa tidak berganjak… dan Cikgu Nur pun tidak berganjak walaupun orang ramai sudah bertempiaran lari… pasu bunga di atas meja Cikgu Nur jatuh pecah lalu menguris lengan Delisa sehingga berdarah… apabila air menerkam di seluruh sekolah itu, Delisa jadi pengsan… kaki kanan Delisa terkena pagar sekolah dengan hentakkan yang kuat… lengan kanannya jadi patah… ketika ribut2 dan air ada di mana2… Cikgu Nur sempat berpaut dengan papan… kemuadian dia menjumpai Delisa yang hanya tenggelam timbul… dan Cikgu Nur sempat mencapai Delisa… tetapi, papan itu hanya muat seorang… dikoyakkan tudungnya dan mengikat Delisa dengan papan itu… dan dibiarkan pergi… akhirnya, Cikgu Nur syahid…

Delisa tersadai di kaki bukit Lhok Nga… tersangkut di semak belukar… waktu itu, Delisa bermimpi….(tau kan mimpinya apa… he)berdekatan dengan mayat Tiur… keadaan Delisa amat mengerikan berbanding Tiur kerana banyak lebam di muka Delisa… berhari2 Delisa terdampar di situ… dengan panas terik dan hujan yang sejuk… (lupa nak tulis… gigi Delisa 2 batang patah…hehe… jadi Delisa susah nak makan buah epal…) ketika di temui oleh Smith… dia nampak cahaya diwajah Delisa… dan bunga2 putih dikelilingi Delisa… Smith jadi terpegun… lalu menyelamatkan Delisa bila dia tahu Delisa masih bernafas… ketika Delisa dirumah sakit, hidayah datang kepada Smith, dan Sarjan Ahmed megajar Smith berwuduk dan mengucap shadat… Smith menjadi mualaf, dan menukar namanya menjadi Salam………………. Continue

MyLittleNote : panjang bebenor entry ni… nanti aku sambung ek… sabar… hihi.. pagi tadi... dalam pukul 1 lebih,, rumah jiran sebelah, gempar... ada ular sawa dekat reban ayam... agak besar + panjang juga ular tu... lepas tu, panggil wak yang ada senapang... huss! lemah jantung aku bila bunyi das tembakan... dah lama juga aku tak dengar bunyi tembak2 ni... dulu, aku pernah main tembak2 guna revolver... hihi... kalau kali kedua suruh pegang senjata api... tak mau aku... ngee... seram...