Showing posts with label Photography. Show all posts
Showing posts with label Photography. Show all posts

Sunday, October 13, 2013

Semester Break !

just enjoy with my next semester break.
harap semester depan berakhir dengan girang dan gumbiranya seperti sem lalu.
inshaAllah.

dan tidak meluputkan hobi saya.
iaitu.
mendoooooodle
dan

klik
klik
klik


its look like a paint right?
*puji karya diri sendiri. DUSH!!*

MyLittleNote :: dah lama betul tinggalkan hobi yang satu ni. jyaa ne!

Friday, April 5, 2013

Cuti Terjun : Lumut - Pangkor

cuti terjun. mengambil ayat dari perkataan bidan terjun.
motip?
nda tau.

memandangkan cuti sem aku dah start.
dan memandangkan aku dah habis exam yang paling awal berbanding roommates yang lain.
oleh itu.
aku menghabiskan sedikit waktu untuk berlibur sebelum pulang ke negeri asal.
dan menjadikan kolej ini sebagai rumah tumpangan sementara.

memang asalnya nak pergi Lumut je.
tapi. tulah.
haish!
(geleng kepala)

diingatkan supaya.
kalau nak memilih pasangan untuk travel sila pilih dengan betul.


memulakan perjalan pada jam 1015.
malangnya. menunggu ketibaan bas hampir 1 jam 15 minit.
jadi, mengambil masa selama sejam setengah untuk sampai ke destinasi.
sambil-sambil tu sempat tidoq dalam bas.
masyukk!


sampai saja.
azan zohor berkumandang.
jadi, lakukan yang wajib dahulu sebelum lakukan aktiviti yang lain.
setelah itu. mengisi perut (sarapan + makan tengah hari.) di kedai mamak yang berdekatan.


padan muka hang!
senyap-senyap aku masukkan gambaq hang dekat blog aku.
HAHA!

memang perancangan awal nak melepak dekat Lumut.
aku yang suka travel plus tembak-menembak tanpa menggunakan senjata api ini terpaksa membatalkan niat untuk beraksi bersama-sama reptika ikan. cis!

maka dengan itu. makcik bertudung purple ini membuat keputusan terburu-buru dengan menyatakan hasrat nak ke seberang sana. maka, kami pun bertanya tentang harga tiket.
pfftt~ murah juga. pergi balik menelan belanja 10 hengget saorang. (maybe time ni bukan waktu cuti sekolah. yela kot)

JOM!! dengan semangatnya makcik bertudung purple ini berkata. aku pun, ikut je la.


memandangkan makcik bertudung purple ini pestime naik feri. diyo pun gelabah semace. muahaha! tu la. nak sangat.


dan menaiki feri ini pun mengambil masa selama 15 minit dan keatas.
aku sudah mula bosan. err.. bila nak sampai?
nak buat gaya ala-ala pelem titanic. segan pulak.

dan.
akhirnya sampai. disebabkan kami menyewa motosikal yang menelan belanja sebanyak 25 henget. kami pun tunggu punya tunggu tuan motor tu.

ayak Ah Sam nga.
mana ilu motor ma?

erk. talak pandai bikin ajuk cakap cina. = ='

bila kunci motor dan sekali dengan motor pun dapat. yeehak! apa lagi. melepaskan gian kerinduan bawa motor la. vrooomm vroomm vroomm...........
oh! pestime juga aku bawa motor dekat negeri orang ni. apatah lagi dekat pulau. oh em gee!


dah sampai pantai. yeay!!
maka, keluarkan camera cabuk dengan teknologi boleh membuat panggilan, sms dan mms serta wifi. tak faham? err.. guna hanset kamera ler. = ='



makcik bertudung purple. dengan girang gumbiranya selepas kena maki hamun dengan aku. hahaha! padan muka. :b


motif tulisan di batu tu? maybe saksi cinta kita berdua. euwww! kalau dah kahwin tak pe gak.


rasanya tak pernah dibuat orang pakai payung ni kat tepi pantai. = ='



tak dapat buat gaya dalam pelem titanic dekat feri. dekat tepi pantai pun jadi lah.




motif?
mengelakkan diri dari kena panahan cahaya matahari senja.
kononnyer la.


eh eh. ketam! 
makcik bertudung purple sudah mula bising. padahal aku jumpa dulu. cuma aku diam je. sebab masa tu tengah sibuk pot pet pot pet dengan ankel cina. 
ayoyo. bahasa melayu dia kureng paham sikit. maka, aku hanya mengangguk.
maafkan saya ankel. gomenei.

pasai ketam tu. isi tak de. tinggal rangka dia je. kira dah mati lettew.




and finally. I found Kota Belanda. tak puas berposing di sini sebab sudah kehabisan waktu.
takut ketinggalan feri dan bas.

err.. tak pe lah. tiga tahun aku bermastautin dekat bumi Perak ni. lagi pun dekat je. tak pe tak pe. sabar. esok-esok pergi lagi. (pujuk hatiku yang lara)


paling benci dan menyampah bila tak dapat masuk galeri ni sebab dah tutup. (gigit jari T.T)


akhirnya, kembali pulang ke Lumut.
balik tu. kami hampir-hampir ketinggalan bas. pfft~ alhamdulillah.
dan. barang yang kakchik pesan aku tak sempat nak beli sebab kedai dah tutup. TIDAK!!


and last but not least.
kbai!

MyLittleNote :: sanggup tak tidoq lagi sebab nak hapdet punya pasal. dan ini entri pertama aku yang paling banyak gambaq. (kot la = =') jyaa! jumpa di Selangor ya.

Saturday, July 14, 2012

Festival Floria

pada satu pagi di hari ahad. (eceh.. gaya macam nak mendeklamasi sajak je) kakchik dan ibu sedang bersiap2 nak keluar rumah. aku. sebagai budak hingusan pun ikut dengan muka tak tau malu. laa~ rupa2nya pergi Putrajaya. ada festival floria. ibu yang gilakan bunga-bungaan tak adalah tamak sangat nak borong semua pokok kat sana. urm.. boleh tahan cantik semua bunga2 yang dipamerkan. hatiku teringin sangat nak petik, tetapi dihalang oleh ibuku. hehe. ampun bondaku, patik hanya bergurau je ;P akhirnya, kami berjaya membawa pulang sepokok pokok jagus, dua pokok bunga orkid berwarna kuning dan oren kemerahan.


sambil menunggu proses pembelian antara ibu, kakchik dan tauke kedai.

menjadi favorite aku. Nihon!!

tak ingat la dari negara mana ni. -_-

dinding gua ini di buat daripada botol2 plastik. menarik!

landskap dari majlis perbandaran johor bahru tengah (MPJBT).
dapat sekali penanda buku diperbuat daripada daun getah ^^

laluan ini ibarat suasana musim aki. err, I mean luruh ;P
tak sangka. ada pokok sukun di situ. O_o

apa motif aku tangkap gambar ni ek? (garu kepala)

seni ni memang kretif betul. teringin nak mencuba membuatnya.

boboiboy! jangan sampai aku nyanyi lagu tema boboiboy sudah.
heish. macam budak2 aku ni :P

sunset dari dalam masjid besi.


siapa orang utaraq, tu dia! hahaha! (koya nak cakap utara tak jadi. keh3)


finish! 
bot semua ada dalam 15. hanya itu saja yang sempat aku shoot gara2 battery camera dah habis. heish!
aku tak nak tempek banyak2. gambar aku semua tak cantik. nak lagi cantik terjah sini dan tekan sini. nak tengok gambar bunga api. klik sini.

serius aku tak tau ada festival ni. bila tengok jadual aktiviti. laa~ hari tu hari terakhir festival. bila belek lagi. yeay! ada pertandingan bot cahaya. apa lagi, buat muka comel yang tak berapa nak comel ni paksa ibu dan kakchik balik malam. kalau tak dah balik petang dah. tapi dengan syarat. aku kena jadi tukang urut mereka. tak tahan. kaki penat + lenguh gila. >_<

MyLittleNote :: macam dekat I-City bila waktu malam. banyak lampu lip lap lip lap. putrajaya presint 2.. we meet again.. berkat tengok landskap cantik2 ni. tetiba nak ambil course seni bina landskap..

p/s : maaf kawan2. tak sempat nak terjah teratak korang la.. yang sempat aku terjah tu. alhamdulillah! happy blogging ^_~ jyaa!

Tuesday, June 12, 2012

MingMing...


yes! aku tau kucing ni comel. comel macam tuannya =P (masuk bakul angkat sendiri daa~) ini kucing namanya MingMing. kucing yang lain selain Bundle. boleh la banyaknya kucing dekat rumah aku. nanti aku perkenalkan satu2 ek. hehehe

MyLittleNote :: tak ada menda nak post. lepas ni nak baca novel fiksyen 302 karya RAM. jyaa!

Sunday, May 27, 2012

Apa dah Jadi...?

Bismillahirrahmanirrahim.

Ayahanda Nur Sakinah beri surat.
TAHNIAH! ANDA BERJAYA DI TEMPATKAN DI UPNM.
Erk? (dengan ekspresi wajah terkejut beruk)
Tapi.. tapi.. aku buat rayuan dekat UiTM. Apa kes? Oh tidak!! (sambil meraung tak hengat dunia serta buat muka tak percaya)

Eh! chop!

Apa yang anda fikirkan? Itu Cuma mimpi aku je. tak kan lah aku dapat dekat UPNM. Tak dapat bayangkan kalau aku jadi askar. Glup! Hehehe. mimpikan mainan syaitan. ^_^

lokasi :: sungai congkak, Hulu Langat


MyLittleNote :: entry pendek. Malas kot buat panjang2. Rasa macam tak ada pembaca. Hehe. have a nice weekdays everyone ^_~

Saturday, May 26, 2012

Majlis di SAMNI...

Bismillahirrahmanirrahim.

semalam hari jumaat aku terjah sekolah terchenta. Urm. Ada kerja sebagai photographer yang tak bertauliah untuk majlis persaraan pengetua sekolah. Hati ini jadi sebak. Cukup setahun jadi pengetua. Dah pencen. Err, I mean dah bersara.  Hehe. Aku rasa dah sebulan lebih tak sentuh DSLR. Jadi gelabah sikit. Nak setting pun dah tak ingat. Adoi~ tulah. Dulu aku tuntut ilmu main2. Hehe. urm.. aku rasa ada lah sedikit sebanyak aku dapat belajar. Tapi, aku rasa semua gambar aku ambil semua hampeh. And the most important I learn. Aku dapat mengatasi rasa malu. Yela, nak jadi photographer mestilah jangan jadi segan2 harimau. Err, eh! malu2 kucing. Hehe. tak lawak pun (dengan membuat muka gaya serius) ngeh3. Okey. By the way, memang best dapat jumpa adik2 junior. Cikgu2, ustazah2, ustaz2, teacher2. Memang terbaik. Time shoot aku rasa macam nak nanges dapat jumpa balik cikgu2. Teringat ketika aku masih pelajar sekolah dahulu. Rindu nak dengar bebelan cikgu. Sedih kenangkan jasa guru kepada kita. Nak kita jadi pelajar terbaik. Sob.. sob.. sob.. Happy Belated Teacher’s Day 

pengetua berbaju biru ^^ bersama.. err, aku tak tau lah.. maybe unit2 displin?

junior form 5

lalala~ 

Majlis Teacher’s Day belum buat lagi. Dengar2 katanya habis cuti sekolah. Ada juga yang jemput aku. Maybe aku tak dapat join. University dah memanggil aku untuk sambung belajar. Tak tahu tercampak dekat mana nanti. Geng2 photographer aku semuanya dekat Selangor. Sorang dekat Unisel dan sorang dekat UIAM. Aku? Err.. aku tak dapat join diaorang kot. Hehe. adik2 junior semua suruh dekat UiTM Puncak Alam. Katanya dekat dengan rumah diaorang. Hehe. diaorang ni memang nakal. By the way, aku rasa semalam. Aku rasa begitu popular dekat sekolah. Macam geng Wannababes. Hehe. perasan deh.. cikgu2 semua cakap. Siapalah yang lawa2 tu? Rupa2nya H******** Hanisah. Err, lawa ke aku? Hehe. nasib baik tak kembang semangkuk. Kalau tak, naya je. hahaha!  

MyLittleNote :: adui~ sakit perut. Ni mesti gara2 aku melantak nasi minyak semalam. Hahaha!

Monday, March 26, 2012

Terjah Putrajaya…

Sungguh teruja dan betul2 teruja sebab akhirnya dapat juga pergi putrajaya… impian jadi kenyataan… memang countrywomen betul aku ni kan… XP tambah kenyataan… aku akhirnya dapat tengok PICC depan mata… (teringat ketika PABM diadakan disitu… aku kan peminat PABM no.1 =P) bangunan lawa2… warna-warni… meriah bak funfair dekat belakang rumah… (ceh! tipu je… mana ada funfair dekat belakang rumah... hehehe)

Mula2 tengok belon udara panas… perasaan aku… em,, tak best sebab tak dapat naik… hehehe















serius... gambar tak cantik... hanya tangkap melalui phone sakai...*ngeh3*
tarikh kejadian :: 17 March 2012...

MyLlittleNote :: masih belum puas menikmati keindahan putrajaya… kalau aku duduk rumah sendiri/sewa tak apa… balik rumah tak ada orang bising… boleh lepak sampai pagi… tapi.. tak boleh lah… balik rumah ada orang bising… *dolan dolan sampek tengah wengi… (tak tau translate sendiri… kah kah… kejam sungguh aku ni…)

*jalan2 sampai tengah malam…