Tuesday, April 16, 2024

Selamat Hari Raya 1445H & Selamat Bekerja

Konnichiwa minna-san!


Harap semuanya selamat. Selamat hari raya, selamat bekerja, selamat bersekolah, selamat masuk kelas, selamat buat assignment, selamat jumpa bos, selamat jumpa client dan selamat semuanya! Hari biru ku bermula hari ini. Hari selasa. Semalam masih lagi berehat walaupun tidak kemana-mana raya ini. Raya tahun ni, nenek beraya dengan kami. Tinggalah aku, bapa dan nenek. Bak kata kakak, kami beraya tiga bujang 😆 adik beradik lain semua beraya rumah mentua masing-masing. Dulu sebelum PKP, kakak akan bergilir-gilir dengan abang. Tapi kini semuanya tidak lagi bergilir-gilir. Mujur kakchik dan Zaki rumah mentuanya dekat. Maka diorang balik malam raya pertama. 


Solat raya bersendirian. Nenek dah duduk dekat saf depan


Bila kita beraya dengan orang tua yang tak boleh nak kemana-mana ni, memang duduk rumah layan tetamu je. Tetamu nenek pun ramai. Saudara mara, anak-anak buah nenek, anak-anak buah arwah atok. Pakcik dan makcik serta sepupu sepapat. Maka OOTD memang tiada. Mood raya tu hilang entah ke mana. Raya tahun lepas galak betul jahit baju raya kemain banyak. HAHA.


Tahu-tahu dah bulan 4. Cepat je masa berlalu. Bulan 1 haritu, perjalanan terasa perlahan. Tengok nanti, tahu-tahu dah bulan 12. Azam tahun baru nak sentiasa update post baru pun dah kelaut. Azam korang tahun ni setakat ni macam mana? 


MyLittleNote:: ini cuma random post sahaja. HAHA, jya mata ne! 사랑해

Friday, February 23, 2024

MBTI - 16 Personality

Konnichiwa!


pernah tak dengar atau baca tentang MBTI? selalunya terkenal dalam kalangan warga Korea Selatan. tapi kini agak terkenal juga dalam kalangan anak muda di Malaysia. 


Myers-Briggs Type Indicator - Pseudoscientific soal selidik yang menunjukkan jenis personaliti manusia yang berbeza.
Pseudoscientific - teori, andaian, dan kaedah yang salah dianggap sebagai saintifik.


ia mempunyai 4 kategori iaitu Introversion atau Extroversion, Sensing atau Intuition, Thinking atau Feeling dan Judging atau Perciving. bila buat ujian personaliti, campur tolak bagai terjadilah 16 personaliti daripada 4 kategori ini. taknak terang lebih lanjut mengenai MBTI ni, takut terjadi satu entry summary research paper 😭 (eii.. apani? taknakkk)


boleh cuba ambil ujian personaliti anda di sini https://www.16personalities.com/free-personality-test


dulu mula-mula kenal MBTI masa ikut usrah sewaktu belajar degree. kakak usrah tu kongsi link suruh buat. aku yang blur blur dungu pun buat la.. tapi aku tak ingat keputusan tu, yang pasti keluar orang berwarna hijau. 


(kredit: Discover Magazine)


setakat ni dah 3 kali aku ambil ujian ni. kali kedua ni aku betul-betul buat bacaan yang serius. keputusan aku tetap dalam golongan orang berwarna hijau. nampaknya Intuition dan Feeling aku terlampau kuat personaliti ni. hahaha.. kali ketiga aku buat masa interview kerja. interviewer tu suruh buat ujian ni sebab dia nak tahu personaliti kita macam mana supaya ada hubungan kimia yang baik dalam urusan kerja. hubungan kimia. haha. chemistry sudah 😂 keputusannya tetap tidak berubah. orang hijau je manjang.. 


ini lah keputusan personaliti seorang blogger bernama Hanamiko Sakura. 


Introverted - 66%
Intuitive - 61%
Feeling - 73%
Judging - 56%

Role: Diplomat
Strategy: Constant Improvement


celah mana diplomat 😂 kalau bercakap depan orang ramai jadi tumpuan pun terus rasa tak selesa. biasa la orang introvert ni tak suka jadi tumpuan. dia rasa bagus duduk belakang tabir je. tapi dalam keputusan itu semua ada je yang berkaitan dengan diri kita, ada juga yang tidak. nama pun andaian yang disalah anggap sebagai sainstifik. dengan ujian ni juga kita dapat kenal diri kita dengan lebih baik. daripada kita rasa, kenapa kita macam tu, kenapa kita macam ni.. 


dulu aku pernah persoalkan kenapa aku ni gugup sangat bila jadi tumpuan? padahal kita ni nak sampaikan idea kepada orang lain. kalau dah jadi gugup macam tu. idea kita tersangkut gitu je lerr. gigih betul nak ubah diri sendiri sampai ikut serta jadi komander. konon nak cabar diri jadi pemimpin yang berwibawa dan pandai berkata-kata serta nak orang faham apa yang kita ingin sampaikan. last-last sama macam tu juga. mana lah sikap keyakinan aku zaman sekolah rendah, siap berani masuk pertandingan syarahan dan sajak.. kalau tilawah & hafazan tu aku agak gugup sikit. hehe


MyLittleNote:: the best part of being an introverted girl with weird energy is.. kawan-kawan kebanyakan orang extrovert sebab diorang ni rajin adopt orang introvert. hehe. kongsikan MBTI korang. jya mata ne!

Tuesday, January 23, 2024

Samsung Galaxy A71: Masalah Charger Port

Konnichiwa!


baru-baru ni phone ada masalah. tak boleh nak charge walaupun peratus bateri masih ada. punca pun aku taktahu kenapa. bila dibuat carian google, mungkin ada masalah over supply elektrik dari aktiviti pengecasan bateri. bila dah over supply akan merosakkan charger port, lebih malang lagi bila merosakkan motherboard. selama ni, aku jarang biarkan phone over charge. cuma beberapa kali tapi tidak la kerap. berpunca atas kelalaian iaitu tertidur sewaktu tengah charge phone. 


sekarang ni sudah seminggu aku tak on whatsapp. agak terganggu juga bila urusan niaga tergendala. memang selalunya urusan vendor aku akan berurusan menggunakan personal number berbanding business number. business number lebih kepada berurusan dengan pelanggan. 


bila dihantar untuk repair, technician tu cakap berkemungkinan ada masalah bahagian motherboard. bila ditukar berkemungkinan juga data akan hilang seperti diformat baru. ahh sedihnya! aku memang buat backup untuk whatsapp. tapi aku tak buat backup untuk gambar. selama ni memang aku buat, tapi memandangkan google account storage hampir full. aku mula untuk tidak buat backup. 


jadi kesimpulannya, walaupun telepon ni gajet keperluan yang memang kita selalu akan guna. selalu la buat backup untuk kesenangan masa hadapan. #nangisbucukatil btw samsung ni dah 3 kali repair sejak beli tahun 2020 :')


lepas 2 bulan guna, Harith-chan terlepas botol termos atas phone ni :')


tahun lepas.. begitu bijak tuan dia. phone tersepit pintu kereta :')


MyLittleNote:: sepanjang guna samsung ni, samsung memang boleh bertahan lama. entah la tetiba kali ni banyak betul ujian dia. pakai samsung dulu elok je sampai la ada masalah memory full. urusan shopping online pun tergendala.. macam mana ni 😭 jya mata ne!

Saturday, January 20, 2024

Destinasi Soul Station by Rapid KL

Konnichiwa!


Hujung minggu lepas (13 - 14 Januari 2024) aku jadi sebahagian vendor untuk acara dibawah Rapid KL iaitu Destinasi Soul Station. Ini gerai kali kedua aku ikut selepas buka carboot tahun lepas. Acara ni diadakan di PARC, Subang Jaya yang terletak dalam Taman Tasik Subang Ria, Subang Jaya. 








Acara ni bermula dari jam 11 pagi sehingga la 11 malam. Macam-macam aktiviti menarik yang diadakan dan semuanya percuma! Boleh menikmati makanan ala berkelah ditepian tasik sambil melayan muzik serta hiasan yang memenuhi suasana anak muda masa kini. 


Tujuan penganjur ni selain mempromosikan produk anak-anak tempatan, ia juga mempromosikan seni persembahan, makanan serta bengkel. Bengkel menarik antaranya mewarna batik, melukis, membuat tembikar, mewarna jubin dan macam-macam lagi. Tapi aku tak sempat nak ikut sebab takda siapa nak jaga gerai kan. HAHA!




Hari kedua pula aku jual bunga yang berlainan sedikit. Jualan bunga matahari pada hari pertama agak laku! Syukur alhamdulillah. Cuma hari kedua ni aku tak dapat nak jual bunga matahari disebabkan pembekal kehabisan bunga tersebut. Agak mengecewakan, tapi aku gantikan dengan bunga lily yang boleh menarik minat pelanggan untuk singgah ke gerai kami. 


Secara keseluruhannya, aku amat bangga dengan kesungguhan dan jualan waktu tersebut. Suasana pelanggan yang datang tu amat berbeza sewaktu aku menjual di dalam universiti. Untuk jualan seterusnya, aku mungkin akan tingkatkan dari segi hiasan dan papan tanda (signage). Gerai orang lain yang dihias menarik tetapi gerai aku cuma nampak macam biasa.


Jangan lupa follow IG kami untuk mengikuti gerai kami seterusnya! @surprisebyhhh


MyLittleNote:: 2024 ni, selain fokus business, nak juga fokus update blog selalu. Jya mata ne! :)

Saturday, January 6, 2024

Gadis & Bunga

Konnichiwa..


Kak Nohas cakap aku ni gadis & bunga disebabkan entry aku post pasal buka carboot jual fresh flowers. Yes, aku dah berniaga dalam tempoh 5 tahun. Alhamdulillah tahun ni bulan 8 nanti dah masuk 6 tahun. Walaupun perniagan ni biasa-biasa saja. Cukup la untuk aku buat cari makan. 


(Kredit: Optime Route)
Gambar kita main kredit-kredit je la. Tak sempat nak buat photoshoot acah tengah gubah bunga 😆


Aku start buat business ni masa semester ke 3 tak silap, bulan 8 tahun 2018. Pujukan dan cadangan dari rakan dalam bidang yang sama sebab dia cakap aku ada bakat dalam bidang ni. Mula-mula berniaga dapat sambutan yang agak memberansangkan. Lagi-lagi dalam tempoh PKP.. masa tu dapat banyak order walaupun hanya beroperasi dirumah. Lepas habis belajar, dan bekerja.. aku masih meneruskan perniagaan kecilan ini. Atas nasihat manager aku, dia pesan suruh teruskan saja buat backup plan. Ya, memang betul-betul backup plan masa aku berhenti kerja dulu. 


Business ni kakak banyak tolong masa aku study dengan bekerja. Sekarang ni dah full time, jadi kakak cuma bantu sikit-sikit saja. Banyak benda yang aku kena improve, kadang sampai terfikir nak sambung master in enterprenuership. Hahaha, minat betul dengan berniaga walaupun kecil-kecilan. Besar-besar sangat tak mampu sebab kitonyo introvert. 😭 Buka carboot pun sebab nak cabaran diri sendiri. Padahal dulu pernah je kerja jaga booth baju raya. Kerja dengan florist jaga booth comel tepi pintu mall. Ehek! Mengada sangat.


Dari segi skills pun banyak juga kena improve. Buat business ni bukan fikir tentang bertapa hebatnya kau jadi CEO, juga kena fikir tentang financial, management, marketing (sekarang ni aku agak mahir bahagian digital marketing - jangan la suruh aku buat live. Hahaha, kita tengok macam mana nanti) Mesti ada yang terfikir, habis.. skill menjahit macam mana? Hahaha, kita tengok nanti jadi apa.. mana tahu jadi Gadis Bunga & Baju. Muehehe. 


Mari lah promote business saya. Follow IG dan like FB @surprisebyhhh. Tak beli pun takpa, promote pun dah kira sumbangan percuma yang amat diperlukan. Terima kasih. Bagi link IG sebab target sekarang ni nak cari followers & enggagement tinggi sikit. Followers FB dah banyak, kita bagi balance dulu.


MyLittleNote:: nanti kita story events yang kita pernah terlibat.. mana tahu, masa tengah menjual tetiba ada someone approch, "Hi, saya datang dari blog" ahh sudah.. Jya mata ne!