Korang rajin tak pakai sunscreen? Sunscreen terbaik adalah salah satu asas rutin penjagaan kulit wajah yang penting untuk kita aplikasikan setiap hari. Kesan tidak memakai sunscreen semestinya akan meninggalkan kesan yang tidak elok pada kulit wajah kita. Salah satunya kesan yang tidak memakai pelindung matahari ini akan memiliki kulit yang "tua" sebelum usia. Ini disebabkan oleh kerosakkan tisu kulit dan kekurangan kolagen yang berpunca daripada sinaran UV.
Asas memakai sunscreen semestinya dengan 2 jari |
Ada terbaca juga dari review orang yang rajin menjaga kulit wajah. Katanya memang sunscreen rutin wajib, jika tidak memakainya ia akan memberi kesan kulit wajah tampak berusia dari usia sendiri. Punya la takut nampak umur seperti 50an, terus aku rajin pakai sunscreen yang bagus. Sebelum ni memang malas sebab susah nak cari sunscreen terbaik yang sesuai dengan kulit wajah ni. Lagi-lagi diri ini berkulit hitam manis. Kebanyakan sunscreen akan memberi "white cast" kepada pemakai si hitam manis ni. Tu pun kena pandai pilih produk yang bersesuai dengan kulit wajah masing-masing. Kadang muka yang jenis cepat berpeluh pun agak tidak selesa dengan sunscreen yang tidak sesuai apatah lagi sunscreen untuk kulit berminyak.
Sekarang ni aku dah jumpa Hansaegee Aloe Vera Sunscreen yang sesuai sangat dengan kulit muka aku. Senang cerita memang produk ni sesuai dengan semua jenis kulit muka termasuklah kulit muka sensitif sebab ianya mengandungi bahan utama iaitu Glycerin, Sodium Hyaluronic & Allantoin serta estrak tumbuh-tumbuhan seperti Centella Asiatica, Morus Alba Bark dan Orkid selain dari Aloe Vera itu sendiri.
Sumber: Hansaegee Website |
Sumber: Hansaegee Website |
Pemilihan paling utama bila menggunakan sunscreen itu sendiri mengandungi sunscreen SPF50. Pilihan yang tepat sebab Hansaegee Aloe Vera Sunscreen mengandungi SPF50+ PA+++ dan tekstur tersangat la lembap yang memberikan kesan kelembapan pada kulit wajah kita.
Lihatlah! Tiada "white case". Benda yang paling aku takuti 😆 ianya sebati dengan kulit ni dengan sangat sempurna dan memberikan kesan "natural beauty" dengan mengikut tona warna kulit sendiri tanpa meninggalkan kesan warna walaupun krim berwarna putih kehijauan. Dengan tekstur yang ringan membuatkan sunscreen aloe vera ini tidak memberi kesan berminyak serta tidak melekit dan memberikan kesan segar pada kulit wajah. Ia juga menjadikan krim siang terbaik dan sunscreen untuk kulit berminyak.
Nampak tak perbezaannya? Mudah sebati, tidak berminyak dan tidak melekit. Puas hati rasa. Lepas ni, kalau pakai solekan tiada masalah sebab Aloe Vera Sunscreen ni boleh jadi sebagai asas solekan.
Mudah unuk dibersihkan dengan air! Kadang ada juga sunscreen yang kena pakai "makeup remover" atau teknik "double cleansing". Agak payah bukan kalau nak ambil wuduk? Kena bawa "makeup remover" ke mana-mana saja. Mencari sunscreen terbaik adalah sunscreen yang boleh dibasuh dengan air yang menjadikan sunscreen mesra wuduk.
Kebanyakan memang produk dari Korea akan ditutup seperti ini. Lubang tiub yang kecil ini melindungi krim dari mudah bocor. Perasan tak kebanyakan produk selain dari produk Korea, lubang tiub akan selalu bocor. Geram pulak rasa. Tiub akan jadi comot dan susah untuk dibersihkan. Bila dah bocor, pembaziran akan terjadi.
Kalau korang tak jumpa sunscreen terbaik yang sesuai dengan kulit wajah korang, cuba dulu dengan Hansaegee Aloe Vera Sunscreen. Sunscreen untuk semua jenis kulit. Banyak maklum balas yang memberansangkan yang boleh buatkan korang tertarik dan teracun untuk membeli. Memang terbaik lah produk ni. Berfungsi dengan 2 kelebihan iaitu melindungi serta melembapkan. Apa tunggu lagi!
Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk dibawah:
Brand: Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
Youtube Page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
MyLitteNote:: untuk kesan yang lebih baik, bagus untuk kita pakai produk Hansaegee yang lain seperti pencuci muka dan pelembap muka. Jyaa mata ne!
sunscreen la paling malas nak dipakai.. huhuhuhu.. padahal duduk depan laptop hari2 ni la perlu protect kulit.. malas punye pasal.. kulit jd semakin kusam n dah mula nmpk ketuaan tu di muka.. hihi
ReplyDeleteKak SA ni kejap aje rajinnya...lepas tu muncul vit M, terus kelaut..hehehe
ReplyDelete