Friday, May 10, 2024

Watson K Beauty Festa 2024

Konnichiwa!


Luaran Jepun, dalaman Korea. Begitu la konsep blog Hanamiko Sakura ni lama kelamaan πŸ˜‚


Semalam lepas restock barang-barang niaga aku terus ke JioSpace, PJ. Watson ada buat K Beauty Festa untuk tahun 2024. Tahun lepas pun ada buat juga. Saja datang nak tengok suasana macam mana. Dengar cerita boleh dapat macam-macam sample free-gift.


Pergi berdua bersama si kecil Harith-chan


Banyak juga produk-produk kecantikan dari Korea ni. Banyak-banyak ni juga yang aku kenal Cosrx, Somebymi, Beauty of Joseon, Glutanex, Axis-Y, Peripera & Pink. Yang lain-lain tu semua aku tak kenal πŸ˜‚ Bukan setakat skincare je, makeup & produk penjagaan rambut pun ada. 


Pentas utama


Zaman sekarang ni produk-produk kecantikan dari Korea menjadi kegilaan untuk orang-orang muda. Sedangkan produk SimplySiti kepunyaan Datuk Siti Nurhaliza pun dari Korea. Kalau nak ada skin cantik macam orang Korea boleh je pakai produk-produk ni. Tu untuk yang rajin dan ambil berat dengan rutin-rutin penjagaan wajah. Kalau aku ni, cuma sekadar cuci muka. Pakai pelembab dengan sunscreen pun jarang walaupun benda tu asas rutin penjagaan wajah. Hahaha, macam mana la muka ni tak banyak naik jerawat.


Nama pun acara Korea, sudah semestinya ada kpop terselit πŸ˜‚ dengan lagu-lagu kpop berkumandang. Harith-chan seronok berjalan sambil berjoget. Amboi


Makcu dia pun 2x5 juga suka kpop. HAHA


Banyak juga booth menarik dan juga permainan yang boleh dicuba. Kalau bernasib baik boleh dapat free sample produk mereka. Kalau tidak bernasib baik, tak dapat apa-apa. Dapat kupon diskaun pun ada. 










Syarat-syarat nak dapatkan free sample produk kena tangkap gambar diri sendiri dengan booth atau booth itu sendiri dan post gambar instagram story serta tag ig produk-produk tersebut.


hasil tangkapan. tak dapat banyak sebab tak join semua booth


click banner untuk mendaftar


Acara masih lagi berlangsung dari 9 - 12 Mei 2024. Khamis sehingga Ahad. Mungkin hujung minggu ni lagi banyak aktiviti menarik dan ramai orang πŸ€ͺ nasib la. Yang pasti takda oppa Korea. Laogong cina ada ramai. HAHA


Daripada pendapat peribadi aku, kawasan sempit yang membuatkan kau boleh berlaga-laga dengan orang lain. Dah la dekat Petaling Jaya kawasan rumah persendirian bercampur kawasan kilang dan kawasan kedai. Jadi pening pula memandu dikawasan tu. Apa yang tak berapa seronok la bila buat acara besar macam ni. Tempat letak kereta pula memang ada, gigih aku park jauh sebab taknak bayar parking. Rupa-rupanya FREE parking selama sejam. Yihh stress aku. HAHA


MyLittleNote:: nak jadi cantik macam Lee Young-Ae kena pandai jaga kulit muka dari awal. Jya mata ne! 

3 comments:

  1. Ada juga restocked barangan Korea. Memang ada pakai Axis Y punya barang. So far ok juga. Paling best sebab vegan jadi tak guna la berasaskan haiwan. Pergi Watson IOI City Mall ni je. Dekat....

    Best pulak dapat sample tu.

    ReplyDelete
  2. agak terlewat tak kalau dah hampir 40 baru nak start jaga muka? huhuhu..

    ReplyDelete
  3. Meriah juga event tu kan… banyak brand2 terkenal Korea yang participate

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.