Friday, May 10, 2024

Watson K Beauty Festa 2024

Konnichiwa!


Luaran Jepun, dalaman Korea. Begitu la konsep blog Hanamiko Sakura ni lama kelamaan 😂


Semalam lepas restock barang-barang niaga aku terus ke JioSpace, PJ. Watson ada buat K Beauty Festa untuk tahun 2024. Tahun lepas pun ada buat juga. Saja datang nak tengok suasana macam mana. Dengar cerita boleh dapat macam-macam sample free-gift.


Pergi berdua bersama si kecil Harith-chan


Banyak juga produk-produk kecantikan dari Korea ni. Banyak-banyak ni juga yang aku kenal Cosrx, Somebymi, Beauty of Joseon, Glutanex, Axis-Y, Peripera & Pink. Yang lain-lain tu semua aku tak kenal 😂 Bukan setakat skincare je, makeup & produk penjagaan rambut pun ada. 


Pentas utama


Zaman sekarang ni produk-produk kecantikan dari Korea menjadi kegilaan untuk orang-orang muda. Sedangkan produk SimplySiti kepunyaan Datuk Siti Nurhaliza pun dari Korea. Kalau nak ada skin cantik macam orang Korea boleh je pakai produk-produk ni. Tu untuk yang rajin dan ambil berat dengan rutin-rutin penjagaan wajah. Kalau aku ni, cuma sekadar cuci muka. Pakai pelembab dengan sunscreen pun jarang walaupun benda tu asas rutin penjagaan wajah. Hahaha, macam mana la muka ni tak banyak naik jerawat.


Nama pun acara Korea, sudah semestinya ada kpop terselit 😂 dengan lagu-lagu kpop berkumandang. Harith-chan seronok berjalan sambil berjoget. Amboi


Makcu dia pun 2x5 juga suka kpop. HAHA


Banyak juga booth menarik dan juga permainan yang boleh dicuba. Kalau bernasib baik boleh dapat free sample produk mereka. Kalau tidak bernasib baik, tak dapat apa-apa. Dapat kupon diskaun pun ada. 










Syarat-syarat nak dapatkan free sample produk kena tangkap gambar diri sendiri dengan booth atau booth itu sendiri dan post gambar instagram story serta tag ig produk-produk tersebut.


hasil tangkapan. tak dapat banyak sebab tak join semua booth


click banner untuk mendaftar


Acara masih lagi berlangsung dari 9 - 12 Mei 2024. Khamis sehingga Ahad. Mungkin hujung minggu ni lagi banyak aktiviti menarik dan ramai orang ðŸĪŠ nasib la. Yang pasti takda oppa Korea. Laogong cina ada ramai. HAHA


Daripada pendapat peribadi aku, kawasan sempit yang membuatkan kau boleh berlaga-laga dengan orang lain. Dah la dekat Petaling Jaya kawasan rumah persendirian bercampur kawasan kilang dan kawasan kedai. Jadi pening pula memandu dikawasan tu. Apa yang tak berapa seronok la bila buat acara besar macam ni. Tempat letak kereta pula memang ada, gigih aku park jauh sebab taknak bayar parking. Rupa-rupanya FREE parking selama sejam. Yihh stress aku. HAHA


MyLittleNote:: nak jadi cantik macam Lee Young-Ae kena pandai jaga kulit muka dari awal. Jya mata ne! 

Wednesday, May 8, 2024

Modul 2: Pengendalian Mesin & Peralatan Jahitan

Konnichiwa!


Sudah tiba masanya untuk aku bercerita pengalaman semasa belajar menjahit di GiatMara iaitu GiatMara Kuala Selangor. Kita skip dengan modul 1 dan kita teruskan dengan modul 2. 


Seminggu selesai orentasi, cikgu beri kami tugasan untuk belajar meneroka mesin jahit sendiri dengan bantuan nota yang diberikan. Ya, cikgu pun dah macam lecture. Diorang tak ada ajar satu persatu sebab cikgu fokus bab praktikal dari teori. Jadi, kami belajar sendiri mengenali mesin jahit. Mesih jahit industri. Cuma bila kami ada yang tak faham baru cikgu tunjukkan.


Yang paling sakit, bila jahitan tak kemas cikgu suruh tetas 😭 


Kenapa kami skip kepada modul 2? Sebab modul 1 sudah belajar semasa orentasi. Modul 1 berkaitan Pengurusan Keselamatan & Kecemasan. Belajar bersama dengan bomba dan APM. 


Mesin jahit ni 6 bulan banyak berkhidmat dengan ku ❤


Hampir 2 minggu juga cikgu suruh kami buat latihan ni. Latihan ini bertujuan untuk mengasah kemahiran menjahit dengan baik dan kemas. Pernah tak tengok jahitan pakaian yang tak berapa kemas? Benang tercabut la, apa la.. ini tujuan dia. Lagi pun cikgu cakap batch sebelum ni cikgu tak suruh buat latihan ni yang mengakibatkan pelajar-pelajar tersebut tidak menghasilkan jahitan yang kemas. Pengawai pengesahan luaran pun tidak berapa puji. Bayangkan la setiap cawangan ni kena bersaing dengan setiap negeri. Setiap negeri ada kursus jahitan ni walaupun tak semua daerah ada kursus yang sama. Sebab itu setiap tahun akan ada pertandingan kemahiran TVET ni. 


Masa ni aku sukarela nak masuk pertandingan. Last-last tak masuk pun.


Gambar tak banyak mana pun. Semua gambar ni mujur ada post dekat instagram. Banyak gambar dah hilang dalam phone lama yang rosak tu. Oh nak update, phone samsungku memang tidak boleh diselamatkan lagi. Sedihnya! Processor chip rosak iaitu duduk dalam motherboard. Kesimpulannya, sentiasa backup la gambar-gambar anda. 


MyLittleNote:: next kita cerita tentang modul 3 pula. jya mata ne!