Tuesday, January 23, 2024

Samsung Galaxy A71: Masalah Charger Port

Konnichiwa!


baru-baru ni phone ada masalah. tak boleh nak charge walaupun peratus bateri masih ada. punca pun aku taktahu kenapa. bila dibuat carian google, mungkin ada masalah over supply elektrik dari aktiviti pengecasan bateri. bila dah over supply akan merosakkan charger port, lebih malang lagi bila merosakkan motherboard. selama ni, aku jarang biarkan phone over charge. cuma beberapa kali tapi tidak la kerap. berpunca atas kelalaian iaitu tertidur sewaktu tengah charge phone. 


sekarang ni sudah seminggu aku tak on whatsapp. agak terganggu juga bila urusan niaga tergendala. memang selalunya urusan vendor aku akan berurusan menggunakan personal number berbanding business number. business number lebih kepada berurusan dengan pelanggan. 


bila dihantar untuk repair, technician tu cakap berkemungkinan ada masalah bahagian motherboard. bila ditukar berkemungkinan juga data akan hilang seperti diformat baru. ahh sedihnya! aku memang buat backup untuk whatsapp. tapi aku tak buat backup untuk gambar. selama ni memang aku buat, tapi memandangkan google account storage hampir full. aku mula untuk tidak buat backup. 


jadi kesimpulannya, walaupun telepon ni gajet keperluan yang memang kita selalu akan guna. selalu la buat backup untuk kesenangan masa hadapan. #nangisbucukatil btw samsung ni dah 3 kali repair sejak beli tahun 2020 :')


lepas 2 bulan guna, Harith-chan terlepas botol termos atas phone ni :')


tahun lepas.. begitu bijak tuan dia. phone tersepit pintu kereta :')


MyLittleNote:: sepanjang guna samsung ni, samsung memang boleh bertahan lama. entah la tetiba kali ni banyak betul ujian dia. pakai samsung dulu elok je sampai la ada masalah memory full. urusan shopping online pun tergendala.. macam mana ni 😭 jya mata ne!

15 comments:

  1. Selagi boleh guna, kita guna. 😅

    ReplyDelete
  2. Bertabah sahaja lah, mungkin boleh cuba iPhone pula kut.

    ReplyDelete
  3. selalunya samsung tahan lama... nk kena beli baru ler tu kot

    ReplyDelete
  4. dah 3x repair, kena beli barulah nampak...bagus jg ada backup..

    ReplyDelete
  5. gambar2 tu kita jadikan blog sebagai back up.. masukkan semua dalam blog.. :D

    ReplyDelete
  6. semoga cepat pulihla telefon tu yer.. banyak baktinya.. :D

    ReplyDelete
  7. aduhhhhai bila phone buat hal mmg nak nangis bucu katil T____T dulu Ana guna Samsung S Galaxy, pastu entah kenapa dia jd screen blank (jadi blue screen) & dah cuba bawak merata kedai nak repair tp semua tokey kedai suggest beli baru je lah katanya T____T

    ReplyDelete
  8. Semoga nanti ada rezeki untuk ganti baru kak ☺️.. terkadang henpon ini untung2an. Ada yg tahan lama, tapi beli brand sama ternyata ada saja masalah 😅. Saya pun pernah mengalami.

    Kalo untuk foto, memang lah saya selalu backup . Di google foto, FB bahkan saya print yang bagus2 di photobook. Jadi kalo hilang, tak lah sedih sangat 😅

    ReplyDelete
  9. Saya guna Samsung Flip tu bateri tak tahan dah selepas 2 tahun. Bukan itu sahaja....kadang tak boleh nak charge pun.....

    ReplyDelete
  10. Beli saja yang baru kerana HP adalah keperluan seperti pakaian dalam dunia sekarang ini

    ReplyDelete
  11. bertabah lah wahai kawan ku .. sudah sekian lama saya tidak menjengah hahahahahhaah

    ReplyDelete
  12. Mungkin dah sampai masa bertukar kepada yang baru dengan teknologi baru. Semoga dipermudah urusan lain-lainnya.

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.