Saturday, January 20, 2024

Destinasi Soul Station by Rapid KL

Konnichiwa!


Hujung minggu lepas (13 - 14 Januari 2024) aku jadi sebahagian vendor untuk acara dibawah Rapid KL iaitu Destinasi Soul Station. Ini gerai kali kedua aku ikut selepas buka carboot tahun lepas. Acara ni diadakan di PARC, Subang Jaya yang terletak dalam Taman Tasik Subang Ria, Subang Jaya. 








Acara ni bermula dari jam 11 pagi sehingga la 11 malam. Macam-macam aktiviti menarik yang diadakan dan semuanya percuma! Boleh menikmati makanan ala berkelah ditepian tasik sambil melayan muzik serta hiasan yang memenuhi suasana anak muda masa kini. 


Tujuan penganjur ni selain mempromosikan produk anak-anak tempatan, ia juga mempromosikan seni persembahan, makanan serta bengkel. Bengkel menarik antaranya mewarna batik, melukis, membuat tembikar, mewarna jubin dan macam-macam lagi. Tapi aku tak sempat nak ikut sebab takda siapa nak jaga gerai kan. HAHA!




Hari kedua pula aku jual bunga yang berlainan sedikit. Jualan bunga matahari pada hari pertama agak laku! Syukur alhamdulillah. Cuma hari kedua ni aku tak dapat nak jual bunga matahari disebabkan pembekal kehabisan bunga tersebut. Agak mengecewakan, tapi aku gantikan dengan bunga lily yang boleh menarik minat pelanggan untuk singgah ke gerai kami. 


Secara keseluruhannya, aku amat bangga dengan kesungguhan dan jualan waktu tersebut. Suasana pelanggan yang datang tu amat berbeza sewaktu aku menjual di dalam universiti. Untuk jualan seterusnya, aku mungkin akan tingkatkan dari segi hiasan dan papan tanda (signage). Gerai orang lain yang dihias menarik tetapi gerai aku cuma nampak macam biasa.


Jangan lupa follow IG kami untuk mengikuti gerai kami seterusnya! @surprisebyhhh


MyLittleNote:: 2024 ni, selain fokus business, nak juga fokus update blog selalu. Jya mata ne! :)

7 comments:

  1. waahhhhhhhhh! moga terus bersemangat! mcm tu pon dah comel booth hehe

    ReplyDelete
  2. wow....menarik...SA suka tengok orang jual bunga fresh...bestnyaaaa

    ReplyDelete
  3. Wah…pandang bunga-bunga cantik tu pun dah buat hati gembira 🥰
    Moga terus sukses ya 💪🏼

    ReplyDelete
  4. Berwarna-warni. Celik mata tengok bunga segar.

    ReplyDelete
  5. Bunga lili pun cantiiiik kak. Memang lah bunga2 seperti ini bisa bikin mood membaik lihatnya. Apalagi kalo mencium yang harum. Sukses trus untuk bisnis florist kakak yaaa 🤗

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya bisnes bunga. Seronok jamu mata hari hari tengok bunga cantik. Semoga bisnes terus maju. Aamiinn...

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.