Wednesday, May 8, 2024

Modul 2: Pengendalian Mesin & Peralatan Jahitan

Konnichiwa!


Sudah tiba masanya untuk aku bercerita pengalaman semasa belajar menjahit di GiatMara iaitu GiatMara Kuala Selangor. Kita skip dengan modul 1 dan kita teruskan dengan modul 2. 


Seminggu selesai orentasi, cikgu beri kami tugasan untuk belajar meneroka mesin jahit sendiri dengan bantuan nota yang diberikan. Ya, cikgu pun dah macam lecture. Diorang tak ada ajar satu persatu sebab cikgu fokus bab praktikal dari teori. Jadi, kami belajar sendiri mengenali mesin jahit. Mesih jahit industri. Cuma bila kami ada yang tak faham baru cikgu tunjukkan.


Yang paling sakit, bila jahitan tak kemas cikgu suruh tetas 😭 


Kenapa kami skip kepada modul 2? Sebab modul 1 sudah belajar semasa orentasi. Modul 1 berkaitan Pengurusan Keselamatan & Kecemasan. Belajar bersama dengan bomba dan APM. 


Mesin jahit ni 6 bulan banyak berkhidmat dengan ku ❤


Hampir 2 minggu juga cikgu suruh kami buat latihan ni. Latihan ini bertujuan untuk mengasah kemahiran menjahit dengan baik dan kemas. Pernah tak tengok jahitan pakaian yang tak berapa kemas? Benang tercabut la, apa la.. ini tujuan dia. Lagi pun cikgu cakap batch sebelum ni cikgu tak suruh buat latihan ni yang mengakibatkan pelajar-pelajar tersebut tidak menghasilkan jahitan yang kemas. Pengawai pengesahan luaran pun tidak berapa puji. Bayangkan la setiap cawangan ni kena bersaing dengan setiap negeri. Setiap negeri ada kursus jahitan ni walaupun tak semua daerah ada kursus yang sama. Sebab itu setiap tahun akan ada pertandingan kemahiran TVET ni. 


Masa ni aku sukarela nak masuk pertandingan. Last-last tak masuk pun.


Gambar tak banyak mana pun. Semua gambar ni mujur ada post dekat instagram. Banyak gambar dah hilang dalam phone lama yang rosak tu. Oh nak update, phone samsungku memang tidak boleh diselamatkan lagi. Sedihnya! Processor chip rosak iaitu duduk dalam motherboard. Kesimpulannya, sentiasa backup la gambar-gambar anda. 


MyLittleNote:: next kita cerita tentang modul 3 pula. jya mata ne! 

8 comments:

  1. Selamat mengasah skil menjahit! Bestnya, lepas ni boleh jahit macam-macam!

    ReplyDelete
  2. Bab menjahit ni arwah mama pandai tetapi anaknya tak reti.....bagus join sebab nanti boleh ambil tempahan ataupun menjahit baju sendiri.

    ReplyDelete
  3. aduhaiiii bila melibatkan yg berkait dgn motherboard mmg tak dpt diselamatkan :(

    ReplyDelete
  4. Rupanya ada bersaing setiap cawangan untuk jahitan terbaik.

    ReplyDelete
  5. Wah….bagusnya dapat join kursus menjahit GiatMara. Memang terbaik modulnya, siap libatkan bomba dan APM.

    Akak pernahlah join kursus jahitan swasta, memang stres bila kena tetas jahitan dan ulang menjahit 😅

    ReplyDelete
  6. sekarang ni nak backup gambar boleh guna internet sahaja. zaman online, simpan gambar lama di blog pon boleh.

    ReplyDelete
  7. syok dpt skill menjahit ni.. zaman skrg upah kat taylor mmg mahal.. kena jahit sendiri hehe

    ReplyDelete
  8. bestnye bila pandai menjahit.. ldy x pernah belajar menjahit.. jahit baju koyak shj yg boleh :)huhuhu.. tp minat..

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.