Showing posts with label Hazem-chan. Show all posts
Showing posts with label Hazem-chan. Show all posts

Wednesday, July 3, 2024

Kembara ke Kelantan dengan Ekspres Rakyat Timuran

Konnichiwa! こんのちは!


(Disclaimer: this is a dump long lost story in the year 2021)


Aku dah lama plan, kalau kakak balik Kelantan aku nak ikut. Tiba-tiba masa tu pulak abe Raat nak balik awal. Ah sudah, aku cuma apply cuti satu hari je. Nak apply lebih-lebih kang risau pulak tinggalkan banyak kerja dan membiarkan officemate terkontang kanting buat kerja. Jadi aku ajak kakak naik Anatarabandar KTM. Asalnya ingat nak naik bertiga je. aku, kakak dan Harith-chan. sekali abe Raat suruh bawa semua sekali termasuk Hazem-chan, Hana-chan. Okay takpa, I will let the kids this experience. 


Perjalanan bermula pada hari rabu malam which is malam khamis. Balik kerja aku terus berkemas dan bergerak ke Bahau dengan menaiki kereta yang dihantar oleh abang. Sebenarnya boleh je naik ETS dari KL Sentral ke Gemas. Tapi aku nak jimat duit dan masa, jadi kita gunakan orang lain. HAHA


Budak-budak nampak gembira tapi sebenarnya mengantuk


Tiket dari Bahau ke Wakaf Bharu memang cuma ada 1 masa saja iaitu jam 1.11am. Sebab tu budak-budak mengantuk. Dalam perjalanan ke Bahau dari rumah pun diorang sempat tidur. Masing-masing muka mamai baru bangun tidur. Tak tahu la diorang tidur balik ke tidak dalam kereta api.


Tunggu kereta api yang tak kunjung tiba


Suasana dalam gerabak kereta api Ekspres Rakyat Timuran


Masa beli tiket, aku tak dapat nak secured tiket katil. Yang ada hanya cuma tiket kerusi sahaja. Lambat beli tiket, begini la nasibnya 😆 Suasana tidur dalam keadaan duduk. Tak seseronok naik bas sebab lampu terbuka. Dengan orang keluar masuk pintu nak pergi tandas. Tidur pun dapat tidur-tidur ayam. Budak-budak pula sambung tidur agak lewat juga. Mungkin tak selesa tidur dalam keadaan duduk dan cahaya lampu yang menganggu mata mereka. 


Tempat duduk yang mungkin tidak selesa untuk tidur


Menikmati permandangan alam semula jadi


Waktu subuh aku dan kakak solat duduk. Masa tu aku tak tahu yang dalam kereta api ni ada menyediakan surau. Maklum la tak banyak buat kajian. Main redah je. Sebenarnya dulu aku pernah naik kereta api ni sewaktu latihan  industri di Merapoh. Nak merasa balik Selangor naik kereta api. Bersendirian pula tu. Sampai je dekat Bahau, aku dah terkebil-kebil tengok suasana pekan yang terasa asing. Sampai Bahau, ngam-ngam waktu subuh. Jadi tiada masalah solat subuh.


Bukit batu kapur di stesen Gua Musang yang memukau permandangan mata


Sampai je stesen Gua Musang, kereta api berhenti agak lama. Ada penjual makanan untuk sarapan. Sepanjang kereta api ni ada 1 gerabak khas untuk kedai makan. Harga makanan pun boleh tahan mahal. Sebab tu ramai penumpang lari ke penjual di stesen Gua Musang. Kakak pun sempat turun beli makanan. 


Seronok bila sampai stesen tempat latihan indusri dulu. Rasa macam balik rumah


Belakang tu pintu masuk ke gerabak. Ada orang pernah buka, aku pun tak berani sebenarnya


Dalam kereta api ni boleh je berjalan dari gerabak ke gerabak yang lain. Hazem-chan pun perlukan berjalan untuk bergerak. Tak terasa kematu la duduk sepanjang 12 jam perjalanan ni. Kakak pula berkesempatan pergi ke hujung gerabak dan merekod permandangan landasan dan suasana alam semula jadi yang berkabus. Aku pula tak terfikir 😂


Dah sampai!


Kami sampai di Wakaf Bahru dengan masa yang dijanjikan dalam tiket iaitu 12.14pm. Sampai je kami tersangat la lapar. Aku dah bayangkan makanan Kelantan yang sedap-sedap. Jujur dulu masa mula-mula jejak kaki ke Kelantan, aku tak berapa gemar dengan makan manis dia. Tapi lama kelamaan aku jadi selesa dan sekarang aku dah mengidam nak makan makanan Kelantan *nangis bucu katil* Jadi, yang ambil kami di stesen Wakaf Bharu adalah abe Raat sendiri.


MyLittleNote:: kakak ajak ulang lagi naik kereta api Ekspres Rakyat Timuran  lagi sebab kakak tak puas hati tak dapat katil. HAHA. Jya mata ne!

Tuesday, April 19, 2016

Autism Awareness Month

assalamualaikum.

bulan ni bulan april merupakan bulan kesedaran tentang autisme. apa itu autisme? autisme adalah sejenis kecacatan perkembangan yang melibatkan fungsi otak. kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik SINI atau SINI. atau boleh search mana-mana artikel yang berkenan dihati untuk membacanya. 

sebagai seorang makcik yang mempunyai seorang anak saudara autisme. ia telah memanggil aku untuk bercerita tentangnya. ingat lagi anak buah ku seorang yang bernama Hazem-chan? ya, aku pernah bercerita tentang diri dia didalam blog marhaen ini. setelah bertahun lamanya aku tidak menulis tentang Hazem. aduhai, kenapa skema betul ayat. haha.

Hazem yang rapat dengan aku. telah diagnosis sebagai kanak-kanak istimewa iaitu anak syurga. dia seorang kanak-kanak autisme. ya. memang berat tanggungjawab ini yang kami sekeluarga kena tempuhi. lagi-lagi kakak, yang mempunyai anak autisme seperti Hazem. dugaan demi dugaan. cabaran demi cabaran. mereka tidak faham tentang betapa susahnya hidup sebagai seorang autisme. apatah lagi ibu bapa yang menjaganya. kadang aku tak dapat nak bayangkan bila mana Hazem menjadi seorang dewasa kelak. adakah dia mendapat layanan yang baik dari orang sekelilingnya? okay, mata dah mula masuk habuk. huhu.

sejujurnya, aku betul-betul sayangkan Hazem. sebab aku yang menjaga Hazem sedari bayi sehingga sekarang. betapa aku amat menanti kehadirannya dalam hidup kami sekeluarga. maklumlah, aku anak bongsu yang amat menantikan seorang adik, tetapi Allah kurniakan seorang anak even cuma anak saudara. dan, kurniaan Allah itu. Dia kirimkan "hadiah" yang istimewa. 

okay tak nak cerita lebih, di bulan april ini. moh ler support autism awareness month. jom tengok filem Redha. kompem meleleh ayaq mata. huhu. tapi masalahnya aku belum tengok lagi disebabkan kerja. mihmih.


MyLittleNote:: jujur lah aku menangis sebenarnya. haha. jya ne!

Thursday, April 26, 2012

Style Temenggong Jugah

sebelum tu syukur kehadrat Illahi kerana di beri peluang untuk bernafas di bumi ini. tanya dahulu khabar iman kita.. adakah iman hari ini semakin bertambah atau berkurang? oh! bercakap pasal iman.. tiba2 rindu terhadap sekolah.. SAM Nurul Iman.. Nurul Iman? tiba2 teringat watak Nurul Iman dalam novel Cinta 3 Suku.. entah siapa punya novel yang kakchik bawak balik tu.. baca je lah.. 


eh!

aku bukan nak bercerita tentang iman atau novel.. tapi aku nak cerita tentang style rambut gaya Temenggong Jugah.. haha.. sebenarnya, semalam aku main belasah je gunting rambut Hazem-chan.. last2 jadi macam tu.. tergelak terguling aku dibuatnya.. muahahaha! tak tahan weh.. Hazem-chan yang comel2 jadi macam tu.. gaya cop tempurung kelapa pun ada.. HAHA.. sampai ibu bising..

"Gelak macam orang gila.."

hahaha, kesian aku tengok si Hazem-chan.. bapa pula nak menakutkan aku..

"Nanti bapaknya marah lor.."

glup! telan air liur banyak kali.. tapi nasib baik masa abang ipar ambil Hazem-chan, dia tak cakap apa2.. ngeh3..

malas nak tangkap gambar.. aku lukis doodle.. simple2 je ^_^

sesungguhnya, aku dah edit balik rambut Hazem-chan.. tapi still lagi style Temenggong Jugah.. haha. tak menahan XD.. nampaknya aku dah boleh jadi tukang gunting rambut.. ^_^ weee~

MyLittleNote :: semalam semak matrikulasi.. alhamdulillah dapat dekat matrik Gopeng.. course perakaunan. oh! sesungguhnya aku elergik dengan nombor.. tak amik kot.. ngee~

Tuesday, April 24, 2012

Percutian di Hujung Minggu...

alhamdulillah.. selesai sudah percutian aku ke negeri cik siti wan kembang selama 4 hari 3 malam.. ngee~ seronok sangat dapat jumpa mek, ayoh, dan lain2.. lagi2 berjimba ria di kawasan sawah.. tapi malangnya, padi dah dituai.. angin sepoi2 bahasa yang menyejukkan badan.. bermain di tali air membuatkan diri ini comot macam tak rupa manusia.. hahaha.. siapa tak suka balik kampung.. 


eh! cop...

aku memang orang kelahiran negeri selangor.. kampung aku semestinya dekat selangor juga.. sebelah bapa atau ibu.. tapi dekat kelantan tu.. kampung abang ipar.. hehehe.. bertolak pergi kelantan hari jumaat.. sampai sana dah magrib.. malam tu ada masak2 sebab esok subuh2 ada kenduri cukur jambul.. anak kepada adik abang ipar.. makan nasi dangang banyak2.. sampai terlampau kekenyangan.. hahaha.. hari sabtu, tak buat apa2.. saja jalan2 keliling kampung naik basikal mek.. hehehe.. malam tu, kaum2 adam pakat2 pergi stadium tengok bola.. kelantan vs kedah.. aku pun tengok juga.. dekat tv lah.. tak tau sokong mana.. mek pun kata " minat bola juga " dalam versi kelantan lah.. hehehe.. of korse aku minat.. dalam mesia aku sokong selangor.. dekat luar, aku sokong chelsea.. ngee~ esoknya pulak.. jalan2 dekat KB.. mula2 masuk pasar bulat.. dah lama tak masuk pasar bulat.. rindu sangat..(eceh! fefilling lah pulak..haha) kakak borong tudung.. ibu borong keropok.. aku tengok kakak speaking kelantanese.. fuyoo! tak macam orang jawa.. tabik sungguh dengan kakak.. sangat pro walaupun bukan orang kelantan.. ngee~ sedangkan aku sendiri pun tak berapa pandai sangat nak cakap kelantan.. hahaha

mengintai dari tinggat atas.. permandangan yang famos..

klik.. klik sebentar.. sebelum tersesat kehilangan jejak ibu, kakak, dan abang.. HAHA

dan ke esokkan harinya.. bertolak balik ke rumah sendiri.. sebelum balik selangor.. singgah dulu di Dungun, terengganu.. menziarahi adik abang ipar yang duduk dekat negeri penyu ni.. beli keropok lekor lagi.. ish.. ish.. memang feveret aku.. HAHA

sebelum sampai selangor, singgah lagi dekat perhentian apa ntah nama.. erm.. yang sebelum masuk terowong.. antara sempadan pahang dengan selangor tu.. singgah sebab nak solat asar.. aku pun terpandang insan jejaka yang berbaju merah.. dalam hatiku berbisik.. "macam Danny je?" aku tanya abang.. dan dia menjawab "pergilah tanya nama dia" glup! apalah.. ada ke patut.. tak mau lah.. entah2 salah orang ke.. takut pelanduk dua serupa.. nak tau Danny siapa??

[kredit to Google]

ni hah! orangnya..

MyLittleNote :: balik tu rasa macam tak sedap badan.. lawan juga virus2 demam tu.. alhamdulillah.. dapat juga lawan.. tiba2 terasa mood nak menetap dekat kelantan lah pulak.. seronok sangat.. ngee~

Thursday, March 29, 2012

Small People can do Big things...

aaahaak! mesti korang pernah dengar ayat ni kan? mungkin... ada sesetengah pihak yang pernah dengar ayat sebegitu... dan mungkin tidak... yess! yang pernah dengar tu... dah semestinya dekat iklan rancangan memasak realiti tv kanak2... Junior MasterChef... oh! aku sudah jatuh cinta dengan rancangan ini sejak musim yang pertama... percaya atau tidak... kanak2 yang seusia 5 tahun ada yang dah pandai memasak... dan semenjak itu... aku mula mengenali dunia MasterChef... sama ada Mesia punya atau luar negara punya...

[kredit from Google]

[kredit from Google]

dab bila aku skodeng2 blog orang... terjumpalah seorang designer cilik yang terkenal... (dan aku belum mengenalinya... huhu) cecilia cassini, gadis berusia 10 tahun sudah menjadi pereka fasion yang terkenal di dunia... nak tahu lebih lanjut? sila KLIK SINI :)

[kredit from Google]

[kredit from Google]

dan yang paling terkejut... kanak2 berusia 2 tahun sudah pandai menolong... sama ada menolong memasak... mengemas atau etc... agak berapa tak suka lah jika budak kecik itu kacau aku buat kerja... kerja yang hanya disiapkan dalam masa 10 minit jadi 30 minit... ish... ish... ish... nak tahu siapa budak itu.... jeng... jeng~

siapa lagi kalau bukan Hazem-chan... HAHAHA

MyLittleNote :: cer Mesia buat Junior MasterChef pulak... ada ke yang nak join?? err... tak pun buat Junior Project Runway... zaman sekarang bakat kanak2 sangat besar... tak kan nak hantar anak suruh jadi retis kot... menyanyi melalak... lalala~ eh!

Sunday, March 25, 2012

Sekadar Angan2...

otak aku ligat berfikir... membayang-bayangkan... berimagenasi... apabila.....

[kredit to google]
Let's Copaque memberi biasiswa pelajaran ke jepun...
dan aku orang pertama yang isi...
dan aku dapat study di nihon...
dan aku study dalam bidang kartun, anime dan animasi...
lepas dapat segulung ijazah...
aku kerja dekat let's copaque...
dan aku buat animasi aku sendiri...

hehe... betapa tinggi khayalan aku... yep, aku yang gila nihon dan anime... serta art... ^_^
belum tentu let's copaque buat biasiswa... ngeh3...
dah memandai-mandai aku tentukan... =P

MyLittleNote :: happy birthday kepada Hazem-chan yang sekarang berumur 2 tahun... tak lupa juga kepada sesiapa yang menyambut kelahiran pada hari ni... serta selamat pengantin baharu kepada sesiapa yang kahwin  +bersanding pada hari ini..(ngeh3... mood sebab jiran sebelah buat kenduri...xoxo~)

hati ini terasa... jahatnya aku ni~
betul2 jahat + kejam...

Saturday, March 17, 2012

Perangai Anak...

Ehem2… aku buat entri sebegini bukan sebab aku dah ada anak… err, anak buah adalah… hehe… memang patut syurga terletak dibawah kaki ibu… memang payah jika membela, mendidik, mengasuh seorang anak… bab2 membela budak memang aku dah ada pengalaman sekarang ni… duduk rumah menjaga Hazem-chan sementara menunggu keputusan SPM yang tak lama lagi akan keluar… tapi, bab2 melahirkan anak… err, don’t ask me tau…=P pernah juga terdengar cerita ibu2 yang dah ada pengalaman ni… sakitnya tidak tergambar oleh daya imaginasi… glup! Tiba2 rasa takutlah pulak…

Okey… berbalik kepada tajuk asal… waduh! Payah banget urusin anak kecil… kadang2 bikin tension otak kepala ni… dengan perangai yang…….. entah lah… sampai berat aku jadi turun 2kg… dari 56 turun 54… gara2 menjaga budak kecil… serabut juga kan… em… memang perangai budak2 macam tu ek? Asyik nak ikut kehendak mereka aje… kalau tak dapat… mengamuk sakan… (mungkin dulu kecik2, aku lebih teruk) err, antara aku dengan Hazem-chan agak lain… disebabkan aku tak ada adik… aku layan Hazem-chan macam adik sendiri… well, kalau ada adik… tak lain tak bukan… memBULI… jahat tak makcu macam aku ni… HAHAHA… *dengan membuat wajah orang jahat*

HAHAHAHA

Ehemmm… budak umur 2 tahun dah pandai membuli… mungkin balasan aku membuli dia… dia pun membuli aku… huwahhh! Dan aku jugak dapat rasakan aura kejahatannya bila dia mengenakan aku dengan…….. buat2 nages kena buli… lepas tu, aku kena marah dengan ibu… see, memang agak tension lah… mentang2 putu sitok… dimanjakan sangat dengan atok dan nenek dia…

Ahak! Keluar mentol dari kepala… kalau korang rasa nak cepat turun berat badan… jaga budak kecik… yang hiperaktif tau… tip ikhlas dari aku… hehe… terbaik ^_-

Putu = bukan putu piring atau putu mayam… putu means cucu in bahasa jawa…
Sitok = means hanya satu/ seorang

MyLittleNote :: hari tu pergi sekolah, ramai cikgu + ustazah kata aku dah slim… err, apakah dulu aku gemuk?? kamu.. kamu.. dan kamu... terima kasih kepada sesiapa yang tag aku untuk join segmen... nanti banyak masa akan ku buat entri tentang segmen yang kamu tag... eden tak cukup waktu dan masa lah...

Ayam berkokok diatas rumah,
Ilalliqa’ ma’assalamah

J