random juga aku ni tengok reality dating show Better Late Than Single. agak lewat juga aku tengok sebab dah habis episod bulan lepas. baru nak tengok bulan ni, senang nak marathon terus. tak tengok promo or trailer pun. memang random sebab poster pink gitu. apa yang membuatkan aku tertarik nak tengok sebab ada perkataan single. tapi single ni lagi menarik minat aku dari Single's Inferno sebab para peserta ni diorang bujang dari lahir. kiranya tak pernah bercinta. pengalaman bercinta tu 0%! sama la macam aku. hahahaha *lawak hambar*
![]() |
| kredit: here |
padahal semua peserta cantik-cantik. lelaki tu ada la 2 3 orang yang nampak handsome sikit dimata aku *joke* dan macam mana peserta perempuan yang cantik-cantik tu boleh tak pernah bercinta dari lahir? aku curious. dalam ramai-ramai peserta ni, aku tertarik dengan 2 orang peserta dengan alasan tersendiri. seorang peserta lelaki tu dia cakap, dia mengalami masalah bersosial. kelompok dia kecik je. dia tak berapa yakin dengan diri sendiri dan juga pemalu like pemalu tu teruk gila! terus aku teringatkan diri aku sendiri. rasa nak menangis bila wujud juga ciri-ciri manusia yang sama macam aku. orang lain mungkin tak faham dan akan perlekehkan kita. kita ni nak explain pun tak reti. orang pun bosan nak bersosial kita. bila kita diam, katanya sombong. bila kita nak bersosial, dapat pula reaksi dan layanan macam ni. *insert bingung memes* tapi orang yang ada personaliti macam ni kan, kalau kita buat kerja diam-diam kena tegur jadi gelabah. rasa macam "aku ada buat salah apa?"
seorang lagi peserta yang buat aku tertarik tu, peserta perempuan. dia cakap dia agak gementar bila bertentangan mata dengan orang lelaki. dari kecik dia bersekolah dengan majoriti perempuan. bila sambung belajar pun dia masuk universiti perempuan. kerja dia pun bidang tarian dengan majoriti perempuan. disebabkan dia tu cantik, dia pernah kena hendap dengan lelaki yang membuatkan dia cemas dan agak trauma. disebabkan tu dia habiskan masa dengan duduk didalam rumah. hobi dia memang suka lepak dekat rumah. aku pun macam ternampak diri sendiri, aku juga agak gementar bila nak bercakap dengan lelaki *cry* aku boleh bercakap dengan lelaki bila berkaitan dengan kerja. setakat nak borak kosong tu memang sayonara!
jalan cerita mereka semua lain-lain. ada yang terlampau sibuk dengan kerjaya sampai tak terfikir tentang soal cinta. ada yang kena buli dan dipulaukan sampai sukar nak bersosial. ada yang agak cerewet tentang pemilihan pasangan bercinta, ada juga yang mempunyai trauma kanak-kanak yang membuatkannya takut untuk bercinta. ada yang terlampau enjoy dengan diri sendiri sampai lupa nak bercinta.
bagi aku rancangan ni agak menarik, ingatkan orang korea ni semua pernah bercinta, maklumlah kdrama cinta tu banyak. tak sangka tiap manusia itu jalan hidupnya berbeza. kebanyakkan umur diorang ni berumur antara 26 hingga 28, paling tua sebaya aku. tapi dia pakar bedah.. aku pulak pakar tidur. *lawak hambar sekali lagi*
dulu aku pernah deep conversation dengan Dasol unnie (ahli Blimey) dia cakap, average orang korea kalau berkahwin sekitar 35 tahun ke atas. kalau berkahwin di usia bawah 35 tahun dikira muda. dah tu, kahwin usia 30an pun dikira paling muda, tak pernah bercinta di usia 26 hingga 28 tahun pula dikira bujang terlajak. hahaha pelik aku 😠beza betul dengan budaya malaysia. kat malaysia ni, tak kahwin dalam usia 25 tahun ke atas dikira terlajak. 😅
MyLittleNote:: mungkin ada season lain. season ni je la kot yang aku layan.. jya mata ne!
