Showing posts with label Puasa Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Puasa Ramadhan. Show all posts

Monday, April 19, 2021

Salam Ramadan 2021

Assalamualaikum,


sudah sekian lama tidak mengarang apa-apa cerita didalam blog ini. tujuan pengeposan harini adalah untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat diri ini yang akan dibaca orang diri ini juga bila berusia 20 tahun akan datang. mungkin juga buat cucu cicit, kawan-kawan terdekat bila mereka menemui blog ini. selain itu juga saya ingin mengucapkan selamat berpuasa buat kawan-kawan alam maya. kawan-kawan pembaca blog Hanamiko Sakura yang baru mahupun yang lama (saya pasti yang paling lama dan legend mungkin sudah tidak aktif berblog lagi)




didoakan juga supaya kita semua dapat menjalani kehidupan yang normal seperti selalu. bebas melihat wajah manusia tanpa mask. juga bebas bergerak kemana saja tanpa memohon permit untuk merentas. juga dapat terbang ke mana-mana negara yang disukai. juga dapat mengenali kawan-kawan dan kenalan baru dari negara lain. 


akhir kata, selamat berbuka. saya pasti video resepi masakan Khairul Aming sudah diupload sebentar tadi (masa menaip dalam pukul 12:44) 


MyLittleNote:: korang berbuka apa harini? hehe Jya mata!

Friday, May 26, 2017

Menjelmanya Ramadhan

bismillahirahmanirrahim

pejam celik pejam celik dah nak puasa. aku berdebar. berdebar tak tahu kenapa. rasa teruja mungkin? alhamdulillah الله temukan juga aku dengan bulan yang mulia ni. semoga juga aku masih diberi peluang olehNya untuk mengerjakan sampai ke penghujung ramadhan. terfikir juga, tahun ni berpeluang jumpa malam lailatul qadar atau tidak. berdebar tahu! tak pernah rasa macam ni. selalunya relax je. cait!


jadi kawan-kawan, sahabat-sahabat, kenalan. selamat menjalani ibadah puasa. yakin lah ibadah yang kita jalankan ini diterima الله

MyLittleNote:: i'll update my next hiking activities before ramadhan karem. jya ne!

Tuesday, July 1, 2014

Exhibition Space: Gallery Design

bismillahirrahmanirrahim.


alhamdulillah sesangat. projek kedua kali ni buat aku rasa WOW! sebab lecture bagi task suruh buat design gallery berdasarkan hobi dan pengumpul koleksi dari blog. pengumpul koleksi? macam mana aku nak jelaskan disitu? sebagai contoh ada satu blog tu menceritakan barang koleksi mereka. nah! bila ada perkataan blog disitu. memang bagai pucuk dicita ulam mendatang, projek kali ni memang betul-betul ada kaitan dengan aku. 

WHY? 

aku as a blogger yang tak feymes mana pun,
because I had another blog named Sakura Art Gallery.

blog aku lagi satu tu memang blog sekadar pengumpulan koleksi seni aku. sebab tu namanya art gallery. *wink wink*

harap-haraplah client ni lecture terima. diri sendiri kot yang jadi client. haha! kepada sesiapa yang nak rasa blog dia ada gallery design. sila PM saya okay ^_~ be my client. 


and the lastly, selamat berpuasa kalian. semoga puasa kali ni lebih baik dari sebelumnya dan anggaplah ia sebagai puasa ramadhan yang terakhir. sobs. 

dan, semoga projek kali ni berjaya. boleh lah aku balik kampung nak berhari raya dengan tenang dan senang gumbira :D hahaha.

MyLittleNote:: kali ni aku sudah buat jenayah. skip bulan 5 dan 6 tak update blog. kihkihkih. jyaa ne!