Showing posts with label Islam Agama yang Indah. Show all posts
Showing posts with label Islam Agama yang Indah. Show all posts

Friday, May 26, 2017

Menjelmanya Ramadhan

bismillahirahmanirrahim

pejam celik pejam celik dah nak puasa. aku berdebar. berdebar tak tahu kenapa. rasa teruja mungkin? alhamdulillah الله temukan juga aku dengan bulan yang mulia ni. semoga juga aku masih diberi peluang olehNya untuk mengerjakan sampai ke penghujung ramadhan. terfikir juga, tahun ni berpeluang jumpa malam lailatul qadar atau tidak. berdebar tahu! tak pernah rasa macam ni. selalunya relax je. cait!


jadi kawan-kawan, sahabat-sahabat, kenalan. selamat menjalani ibadah puasa. yakin lah ibadah yang kita jalankan ini diterima الله

MyLittleNote:: i'll update my next hiking activities before ramadhan karem. jya ne!

Thursday, March 21, 2013

Mati

mati satu perkataan yang mudah untuk kita eja. M . A. T. I. semua orang akan mati. bukan orang je. semua mahluk Allah. sedangkan elektrik pun boleh mati dekat rumah tu. mati adalah satu kepastian selepas kehidupan. even baby dalam perut tu pun roh dah ditiupkan. kalau tiba-tiba gugur. mati lah jawabnya. (betul tak? kalau salah tolong betulkan ye *smile*) 

mati tu pun bila-bila masa je. kita pun tak tau bila kita akan mati. mungkin ketika itu kita sedang mengerjakan ibadah yang menghasilkan pahala. or mungkin ketika itu kita sedang sibuk bersuka ria mengerjakan maksiat? (nauzubillah!)

saya tak dapat gambaran macam mana sakitnya mati. dan saya tahu mati itu sakit yang paling sakit dalam dunia ni. sedangkan sakit bersalin pun berada carta kedua selepas mati. bagaimana pula kepada mereka-mereka yang selama ini menghadapi kesakitan penyakit yang mereka hidapi ini. mungkin penyakit-penyakit kronik. mungkin juga penyakit-penyakit misteri. mana tahu kan. mungkin juga sakit selepas kemalangan. saya juga tidak dapat mengambarkan bagaimana mereka yang meninggal dengan tiba-tiba. hari ni sihat walafiat dan keesokkannya dia tiada? dengan erti kata lain mati mengejut. ya! mati mengejut dengan tiba-tiba. itu yang saya amat kuatiri. bukan sebab saya takut akan mati. ini sebab saya takut akan amalan saya. cukupkah ia? 

pernah tengok kah video pemain bola sepak tiba-tiba rebah di tengah padang bola? bila dihampiri, pemain tersebut tidak bernyawa. mungkin juga. saya yang duk taip entri ni tiba-tiba lepas publish rebah dan tidak bernyawa. mungkin. probability. mana kita tahu. kuasa Allah.

lupa mati.
orang yang lupa mati ni amat benci kepada kematian. dia akan melupakan kematian untuk menikmati kehidupan di dunia dengan gembiranya. soal mati seolah-olah tidak penting dalam hidupnya. dosa dan pahala dianggap remeh yang mengganggu kehidupannya yang ingin meraih kenikmatan dunia.

nauzubillah. moga kita semua dijauhkan. amin~

takut mati.
orang yang takut mati pula dikategorikan sebagai orang yang betul-betul takut akan mati. apabila dia disahkan mati akibat penyakit yang dihadapinya. dia akan menjadi lemah dan tidak berdaya. seolah-olah dia mati lebih awal yang dijangkakan. bukan juga hanya kepada orang yang mengalami penyakit kronik. malah orang yang sihat pun boleh takut akan mati. orang yang takut mati ini berpunca dari kurang ilmu tentang kematian. mati ini bukan hanya setakat mati sahaja. selepas mati kita ada satu perjalanan yang akan ditempuh.

ingat mati.
orang yang ingat mati ini seperti orang yang ingin mengerjakan haji. mereka tidak memikirkan hal tentang lain. kecuali memikirkan tentang matlamatnya yang akan mereka capai bila mengerjakan haji kelak. seseorang yang ingat mati akan lebih berusaha untuk melakukan amal kebaikan, kerana mereka fikirkan yang mereka masih tidak lagi cukup akan amalan yang mereka lakukan. dan mereka akan melakukan yang terbaik bagi amalan yang mereka kerjakan.

moga-moga kita tergolong dalam golongan seperti itu. amin~


sebelum tu. tok sah lah bubuh muka comey-comey kat pesbuk naa.. :)

MyLittleNote :: aku tak tau lah kenapa aku taip entri ni. mungkin sebab ada sesuatu yang menyebabkan aku ingat akan mati? bila dengar orang meninggal dalam keliling kita mungkin itu salah satu sebab mengapa kita ingat akan mati. wallu'alam. moga roh beliau dicucuri rahmat..

Tuesday, May 8, 2012

Jihad Melawan Nafsu...

Jihad paling besar adalah jihad melawan Nafsu~
Seandainya kamu jatuh cinta pada seseorang kerana agama & akhlaknya~
Namun kamu telah membuat keputusan untuk tidak meluahkan perasaan kamu padanya~
Selagi mana kamu pendamkan perasaan dihati, selagi itu kamu akan perolehi pahala jihad melawan nafsu~

Jika kamu benar-benar mencintainya, berdoalah kepada Allah s.w.t agar ditemukan jodoh antara kamu & si dia~
Siapa tahu jika Allah s.w.t perkenankan dan si dia akan tergerak menerima kamu~ 

Andai kata ajal menjemput sebelum kamu sempat meluahkan perasaan padanya~
Kamu akan perolehi ganjaran pahala yg amat besar~
Iaitu pahala mati syahid~

[Kredit from Here]

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. ”

Riwayat al-Bukhari.
Huraian
i) Di samping faktor-faktor luaran seperti dunia, manusia dan syaitan, faktor dalaman iaitu nafsu turut mendorong manusia melakukan maksiat kepada Allah S.W.T.

ii) Mengendalikan hawa nafsu merupakan jihad terbesar yang sangat berat dan wajib dilakukan manusia. Tanpa kemampuan mengendalikan hawa nafsu, manusia akan jatuh ke jurang kehinaan kerana nafsu sentiasa mengajak kepada keburukan dan kemudaratan .

iii) Orang yang mengikut hawa nafsu seringkali semakin asyik dengan kesesatannya itu bahkan sampai tidak merasa berdosa dengan maksiat yang dilakukan sehingga sanggup dan tanpa malu melakukan tindakan yang melampaui batas. Sebagai contoh, muda-mudi hari ini didapati begitu banyak yang berkelakuan tidak senonoh seperti bercumbu-cumbuan di khalayak ramai dan yang seumpama dengannya sedangkan kita mengetahui bahawa menurut hawa nafsu mengakibatkan kehidupan moral dan akhlak mulia manusia menjadi rosak . 

iv) Adalah amat penting bagi setiap umat Islam memiliki nafsu yang selalu memperoleh petunjuk dari Allah S.W.T sebagaimana nafsu yang telah dimiliki oleh Nabi Yusuf a.s sehingga beliau dapat menghindarkan dirinya dari segala bentuk kemaksiatan.

MyLittleNote :: terpanggil untuk share artikel ini :)
cerita pengembaraan di International Books Fair akan bersambung tak lama lagi.. (penulis tak ada ayat nak buat cerita >_< sediahnya.. huwaaa~) dan diri ini makin pura-pura busy.. muahaha!

Friday, May 4, 2012

Jumaat yang Indah...

hari datang dan berlalu. 
rakan2 seangkatan mula bertebaran.
insyaAllah sebelum bertebaran, kami akan berkumpul pada 7 Mei.
sepatutnya hari ini berpesta di PWTC.
berpesta bersama buku.
tapi, tak semua yang dirancang akan menjadi. :'(
eh! sedih2 pulak aku ni.


ini kucing aku.
nama penuh dekat i/c Jenny
nama manja Bundle.. bukan bundle dekat tepi2 jalan tu ek..
sebutan seperti menyebut nama Mis'bun'..
Bundle yang bermaksud ikatan..
err.. ikatan?
ya..
sebab ekornya pendek.. hihihi
kucing paling manja, paling gediks, paling err.. tak tau nak kata apa.. 
yang penting dia selalu cari pasal dengan aku..

semalam..
memujukkan hati yang gundah gulana.. (ewahh ^_~)
menyertai bulatan gumbira yang osem.. :)
dapat mempelajari ayat yang baru..
surah ali 'imran..
ayat 133 hingga 136..

bersegeralah meminta ampun dari Allah. balasannya adalah ampunan dari Allah dan sorga yang di dalamnya mengalir sungai2. dan itulah sebaik-baik pahala orang2 yang beramal.. 

sambil2 aku memperingati diri sendiri :)

MyLittleNote :: Seha, aku minta maaf.. panjang umur kita jumpa lagi.. ingat pesan aku, tiqah, nisa, dan niza.. jaga diri baik2 ye.. engkau kena berani menempur pelbagai cabaran dan dugaan.. kata nak jadi macam Khaulah Al-Azwar :) yosh gambatte ^_^ kenang daku dalam doamu, lupa daku dalam solatmu.. :)

Friday, April 13, 2012

Why I like when Single ??

Bismillahirrahmanirrahiim,

hahaha.. *gelak sorang2 pulak aku ni ek.. dah sewel apa..* ramai yang komen aku punya lukisan.. cute lah, chomel lah.. etc.. sebenarnya tak adalah cantik sangat.. tak pandai pun aku bab2 melukis ni.. lagi2 bab nak buat doodle.. anyway, kepada sesiapa yang nak request gambar macam tu.. silalah.. aku paling suka buat orang happy.. ngee~ 

okeylah.. kali ni aku nak share sesuatu yang best punya..

Kenapa saya lebih suka single? It is because:

1) Boleh tumpukan cinta kepada Allah je. Senang je nak beribadah. Ini lah alasan pertama. Fikiran tak lah ke laut daripada memikirkan orang yang tak confirm jadi husband or wife, baik fikir kan Allah je, ada jugak faedahnya. Sekurang-kurangnya gugurlah jugak dosa, tenanglah hati yang mengingati Allah kan.

2) Tak membazir wang ringgit. Tak payah topup, tak payah gayut-ing. No morning text, wake up call, good nite message. haih, macam leceh je nak text semua benda. -,- Kalau sekarang ni pun selalu topup sebab hal kerja je. Ewah.

3) Tak de siapa yang boleh membebel marah-marah. Belum sah halal lagi dah mengongkong.

4) Bebas berkawan dengan sesiapa sahaja. Yes, yang pasti masih dalam batasan ye anak-anak.

5) Kurang sakit hati. Bagi saya la, sia-sia je ada rasa sakit hati. Kan kejap-kejap jeles la, lepas tu sakit hati la. lepas tu menangis la. Aduh. Jangan bagi air mata kita ni menangis pada perkara sia-sia, nanti Allah marah.


6) Tak buang masa. Kalau masa yang sepatutnya boleh la nak buat solat Dhuha ke, mengaji ke, berzikir ke, tapi bila couple, kena la sibuk jaga hati dia dengan call dia setiap masa, text dia selalu, errr macam-macam lah. Hati manusia sungguh-sungguh kita jaga, Allah? -,-  

7) Enjoy the silence. Orang kata sunyi bila tak de orang nak text, tak ade orang kita nak call. But hey, enjoy the silence lah :D How? Dapatkan ketenangan jiwa dengan berzikir kepada-Nya. Nak lagi best senyap-senyap masa malam tu bangun Qiamullail. See, macam mana kita nak enjoy the silence tu depends on kita sebenarnya. 

8) Kurang bosan. Hari-hari menghadap muka sama je tak tahu lah nanti masa kawen nanti dah tak best. Makin banyak diteguk cinta sebelum nikah, makin kuranglah kenikmatan cinta selepas kawen tu.  

9) Kurang dosa. Dosa yang sedia ada ni pun rasa tak terkira dah. Malulah wahai hamba Allah, Allah terlalu banyak memberi tapi kita sendiri melupakan-Nya. Allah mencintai kita dengan nikmat tetapi kita membalasnya dengan maksiat.

10) Boleh fokus dalam matlamat (pelajaran dan sebagainya). Boleh belajar rajin-rajin, boleh dapat pointer tinggi-tinggi, boleh belajar ilmu agama tanpa had, kesimpulannya kehidupan lebih terfokus.

Ini dari pandangan diri sendiri la kenapa single dulu before akad tu lebih indah.



Orang kata bercinta berpada-pada, kalau terputus tak de lah merana sangat. Lagi-lagi usia muda yang memang tak tahu nak kawen bila kan. Maka wajarlah kita menumpahkan seluruh rasa cinta kita buat Allah. Bukan tak boleh, bukan salah. Okay.


Cinta itu FITRAH. Fitrah yang Allah bagi kepada semua hamba-Nya. Tak kan lah berdosa pulak jika kita rasa cinta tu kan. Tapi, FITRAH tu boleh bertukar jadi FITNAH bila dalam sesuatu hubungan tu korang ada buat apa yang Allah tegah. Tak semestinya niat nat kawen dengan dia tapi 24 hours kau berdua-duaan dengan dia. Niat tak menghalalkan cara. :) Ingatlah, even manusia tak boleh nak nilai niat kita apa tapi Allah tahu. Takpe, don't worry, masih punya masa untuk kita bertaubat dan menangisi dosa-dosa lalu. Better kita buru dulu keredhaan Allah.

copy paste dari..


anyway, kepada sesiapa yang tengah frust pasal cinta.. bacalah entri ni.. ^_~ tak pun minta pandangan dari beliau sendiri.. (klik gambar header beliau di atas)

MyLittleNote :: serius, tiba2 tak ada mood nak hapdate blog.. rajin berbelogwalking ja.. ayoyo.. tarak ada ayat maa.. sebelum ngadap lappy punyalah idea tu datang mencurah2 nak kongsi cerita.. last2 otak jadi tepu lepas hadap lappy.. err.. jom sesekali kala jenguk belog inche gabanna untuk mantapkan iman dan akal pemikiran.. yok!

Friday, March 30, 2012

Hot Scandal...

fuyooo! (o____0) tajuk entri PANAS...
hah! mesti korang fikir aku ada hot skandal kan... 
hey! hey! fikir bukan2 ek...
hehehe...

aku mana main skandal2 ni...
tak syok la...
skandal apa barang...
ngeh3 :P

korang2...
tengok lah video ni...
aku jamin bukan 18..... err... apa ek....
(what ever lah... hehehe...)
dan aku jamin video ni tak ada unsur2 yang.... yang....
(aku ni asyik tulis sekerat jalan apa pasal... DUSH!!)



MyLittleNote :: dah tengok dah?? kan aku dah kata... best kan... =^_^=

Sunday, March 18, 2012

Bila Kita...




Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI...

Bila jadi baik, ORANG MELUAT...

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM...

Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..."

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA...

Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN...

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS...

Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR...

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'...

Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free...

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....."

Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."...

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"...

Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"..

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini :-

"Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia....."


MyLittleNote :: berdakwah memperjuangkan agama Allah.. ^^ jihad fisabilillah

Tuesday, February 21, 2012

Muslimah Solehah



sungguh sedih dan terharu... rakan2 bulatan gumbira berusaha nak buat usrah dengan cara moden menggunakan skype... malangnya aku langsung tak tau guna dan tak reti nak donlod... video ni salah satu sahabat bulatan gumbira yang hadiahkan... terima kasih :'( < ni sedih sebab terharu tau...

gambar ni aku cedok dekat blog nur sakinah... ^^
kata2 itu amat berkesan dihatiku...


aku tak tau kenapa sejak dua menjak aku rasa macam nak menangis... rasa macam hina diri ini dihadapan Allah... dapat rasakan cahaya keimanan datang dalam diri ini... lagi2 dibantu oleh sahabat2 bulatan gumbira.... err... walaupun aku tak luah atau cerita probelem aku kat mereka... tapi mereka tahu probelem aku....
Ya Allah! terima kasih kerana dikurniakan sahabat2 yang sentiasa mengingatiku terhadapMu...
dan aku bersyukur mengenali sahabat2 lain yang sentiasa memberiku semangat...
terimah kasih Kak Nisa
arigatou Kak Fatin
Kak Hanis
Kak Ayu
dan semua2 lah ^^
semoga kalian menjadi muslimah solehah dan muslim yang soleh
sayang kamu sangat2 ^^

MyLittleNote :: mula2 buka belog  tak boleh sebab belog aku ada virus... uwahhh! nak nanges... tapi akhirnya berjaya alhamdulillah... kalau tidak, tak boleh nak berbelog... btw, maaf sangat2 sebab tak sempat nak terjah menerjah belog kauorang ek... kesuntukan masa... hehehe^^

Wednesday, February 15, 2012

Kuasa Istikharah

fikiran stress...
sebab tak tau nak ambil kos apa... 
jalan terbaik adalah solat sunat istikharah...

satu malam tu....
aku bermimpi....
menjadi peserta masterchef...
tapi masak dekat dapur afc next chelebreti chef...
aduh! aku kena marah sebab masak tak sedap....
membe cakap "kau kena ambil seni kulinari agaknya"....
aku bertambah ragu2...

lepas tu....
berangan nak ambil kos sains sukan....
kan aku suka bersukan....
lagi2 sukan archery....
tapi....
aku ragu2 lagi....

aku ikut hantar sepupu balik kolej dekat UPNM....
macam best je....
aku pun nak jadi askar....
tapi....
aku pakai cermin mata...
sah2 kena tendang macam bola....(eh! malam tadi selangor vs kelantan sapa menang ek??)

minta pendapat kakchik...
* kos setiausaha... errr...
* dan bla... bla... (aku tak ingat)

lepas balik dari seminar....
tak ada seorang pun sebut pasal maktab + cikgu...
kecuali kakak...
hati berbunga riang...
seperti dalam hati ada taman permainan...
tak ada perasaan ragu2 lagi....
rasa macam lapang dadaku ini...


Ya Allah! sesungguhnya aku beristikharah kepada-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku memohon kuasa dengan kuasa-Mu, dan aku memohon kepada-Mu daripada limpahan-Mu yang agung. maka sesungguhnya Engkau yang berkuasa dan bukan aku yang berkuasa, Engkau yang Maha Mengetahui dan bukannya aku, dan Engkaulah yang mengetahui alam ghaib. Ya Allah! jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, maka takdirkanlah ia bagiku serta permudahkanlah dan berkatilah ia bagiku. jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah buruk bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, maka palingkanlah ia dariku serta takdirkanlah kebaikan bagiku dan redailah ia bagiku

dengan ini, tanda itulah pilihan yang paling baik ialah dengan lapang dada untuk sesuatu perkara dan ia menjadi mudah dilaksanakan... dan tak perlulah menunggu mimpi bulan jatuh ke riba umpamanya... atau nampak cahaya atau nampak benda yang diingini... ^^

MyLittleNote :: err... bila aku belokwalking... kenapa ramai yang buat wordless wednesday??? apa benda kah itu???hehe... aku budak baru belajar berbelok...

Thursday, January 19, 2012

~Aurat Wanita~


jom sama2 kita menghayati islam dengan lebih kool, gempaq, dan osem...



MyNote : berblogging di rumah nenek + atok... atok dah membebel sebab aku tak layan sepupu... malas lah... dia sombong banget... aku pulak yang salah... aztagfirullah al azim... tak baik cakap macam tu... ish..ish..