Tuesday, May 8, 2012

Jihad Melawan Nafsu...

Jihad paling besar adalah jihad melawan Nafsu~
Seandainya kamu jatuh cinta pada seseorang kerana agama & akhlaknya~
Namun kamu telah membuat keputusan untuk tidak meluahkan perasaan kamu padanya~
Selagi mana kamu pendamkan perasaan dihati, selagi itu kamu akan perolehi pahala jihad melawan nafsu~

Jika kamu benar-benar mencintainya, berdoalah kepada Allah s.w.t agar ditemukan jodoh antara kamu & si dia~
Siapa tahu jika Allah s.w.t perkenankan dan si dia akan tergerak menerima kamu~ 

Andai kata ajal menjemput sebelum kamu sempat meluahkan perasaan padanya~
Kamu akan perolehi ganjaran pahala yg amat besar~
Iaitu pahala mati syahid~

[Kredit from Here]

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. ”

Riwayat al-Bukhari.
Huraian
i) Di samping faktor-faktor luaran seperti dunia, manusia dan syaitan, faktor dalaman iaitu nafsu turut mendorong manusia melakukan maksiat kepada Allah S.W.T.

ii) Mengendalikan hawa nafsu merupakan jihad terbesar yang sangat berat dan wajib dilakukan manusia. Tanpa kemampuan mengendalikan hawa nafsu, manusia akan jatuh ke jurang kehinaan kerana nafsu sentiasa mengajak kepada keburukan dan kemudaratan .

iii) Orang yang mengikut hawa nafsu seringkali semakin asyik dengan kesesatannya itu bahkan sampai tidak merasa berdosa dengan maksiat yang dilakukan sehingga sanggup dan tanpa malu melakukan tindakan yang melampaui batas. Sebagai contoh, muda-mudi hari ini didapati begitu banyak yang berkelakuan tidak senonoh seperti bercumbu-cumbuan di khalayak ramai dan yang seumpama dengannya sedangkan kita mengetahui bahawa menurut hawa nafsu mengakibatkan kehidupan moral dan akhlak mulia manusia menjadi rosak . 

iv) Adalah amat penting bagi setiap umat Islam memiliki nafsu yang selalu memperoleh petunjuk dari Allah S.W.T sebagaimana nafsu yang telah dimiliki oleh Nabi Yusuf a.s sehingga beliau dapat menghindarkan dirinya dari segala bentuk kemaksiatan.

MyLittleNote :: terpanggil untuk share artikel ini :)
cerita pengembaraan di International Books Fair akan bersambung tak lama lagi.. (penulis tak ada ayat nak buat cerita >_< sediahnya.. huwaaa~) dan diri ini makin pura-pura busy.. muahaha!

18 comments:

  1. mudah kan nak dapat palaha tapi perlukan kesabaran & iman yg tinggi nak tahan godaan tue

    ReplyDelete
  2. nice...

    semoga kita dapat melawan nafsu...

    doa... ya berdoa itu penting...

    thanx...

    ReplyDelete
  3. Jihad lawak nafsu sendiri :) Sungguh susah nak lawan dengan kehendak diri ni, kan? Yang penting kita ada usaha untuk tentang nafsu kita. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye. betul tu.. sekarang ni saya sedang berjihad melawan nafsu ini.. :')

      Delete
  4. Ya Allah, typo ;) Lawan ya. Bukan lawak. Hehe

    ReplyDelete
  5. sebok lawan nafsu mkn ni.. aishhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak! melawan nafsu makan.. uhuk2.. kena lawan ni.. arkhh~ haha

      Delete
  6. ya tahan nafsu dari terbabas dari landasan iman :)

    ReplyDelete
  7. memang susah berperang dengan nafsu :)

    singgah2 la sini :)

    ReplyDelete
  8. jihad menentang nafsu memang payah sebab nafsu banyak.nafsu makan,nafsu tidur,nafsu harta pe sume kan.hmmmm..thanks for sharing

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,

    Terima kasih ya kongsi info yang sangat baik nih....

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.