Showing posts with label Merepek makan Kerepek. Show all posts
Showing posts with label Merepek makan Kerepek. Show all posts

Friday, April 28, 2017

Lain Bidang

bismillahirrahmanirrahim

sebenarnya dah setahun lebih aku tukar bidang. bidang aku yang seasalnya seorang interior designer a.k.a interior architecture menjadi seorang graphic designer di sebuah company yang berindustri fashion. gitu kelaut aku pergi. memandangkan dah lama juga aku minat dengan fashion ni. dari zaman sekolah rendah but aku bukan jenis berfashion yang mengenakan pada diri sendiri. aku suka buat untuk orang lain. contohnya aku akan apply pada kakchik. hahaha! konon dulu kau la reti fashion bagai. tak berani pakai shawl tapi lepas habis zaman diploma terus kau gila pakai shawl. takut dengan pandangan orang kununnya.

memang minat menjahit tapi tu la kadang malas sebab selalu kena buat detailing. bab detailing la aku paaaaling malas. bab detailing buat working drawing rajin pulak kau ye. hahaha!

ingat dulu nak belajar dekat Giat Mara ambil jahitan. sumpah nak belajar menjahit supaya kau dapat cipta baju yang cantik lagi muslimah yang menutup aurat gitu. tapi zaman sekarang ni banyak dah baju muslimah yang ada. beli jubah dekat Jalan TAR pun dah cukup. hahaha!

----------------

yang kerja dekat florist dan decor tu aku dah lama juga berhenti kerja dekat situ. almost setahun lebih. yakan aku dah kerja dekat company ni selama setahun. mesti lah dah setahun lebih aku tinggalkan dunia bunga-bungaan. dan company fahsion tu bukan Bella Ammara, bukan juga Leeyanarahman. company fashion biasa. ada butik. dan lawaknya bila diingatkan balik aku pernah buat final project tentang butik pakaian. bila dah ceburi dunia dan bidang ini. ilmu tu lagi banyak kau dapat dan rasa macam. arkh! aku rasa macam tak puas pula masa final project dulu aku tak collect data betul-betul. 

alaaa yang tak payah nak fikirkan lagi sebab aku dah convo dah pun. mihmih~



tapi kadang tu rindu 200% juga pada dunia construction ni. and guest what, masa office pindah dulu. bos aku biarkan aku sorang-sorang handle contractor urusakan air cond, wiring and so on. huuu~ bakat ID tu masih wujud lagi. cari contractor untuk pasang signboard. kadang susah juga kan bila kita dah fikir design bila orang letak limit bajet yang kecik. hahaha

MyLittleNote:: sampai sekarang aku masih teraba-raba dengan target kehidupan. lol kau bukan budak-budak lagi. jyaa ne!

Monday, June 25, 2012

Cake...

Bismilahirrahmanirrahim.



[semua gambar cedok dari Google]

dah puas dah menatap kek2 sedap tu XD
jangan sampai banjir pulak blog aku ni.
hahaha!

apa aku merepek ni?
sebenarnya.
ada member suruh lukis gambar.
gambar nak tempek dekat dinding kelas.
ala~ yang buat hias2 kelas tu.
so, aku ambil keputusan nak lukis kek.
tu pasal aku tempek gambar kek banyak2 kat sini.
hohoho!
sorry kepada yang mengidam tu :P

MyLittleNote :: yang pasti aku tak akan tertipu dan terliur tengok kek2 comel dan cantik macam ni. sebab aku tak makan kek yang manis. jyaa!

Friday, June 8, 2012

Merepek lagi...

Bissmillahirrahmanirrahim.

hampir seminggu aku menghilangkan diri sebelum aku menghapdet entri INI dan INI. aku pergi mana? tak pergi mana2 pun. duduk rumah sambil menjauhkan diri dari dunia maya. menghabiskan tontonan DVD Ouran High School Host Club. dan err.. 

my feveret. ahaks ;) [Kredit]

oh! sebelum tu, entri lepas. ramai yang minta resepi donat coklat tu. (sebenarnya tak ramai pun. takat 2 atau 3 orang. hihi. saja nak buat saspen =P ) maaflah. saya ni bukannya tak nak bagi. resepi so simple. anggaran kuantiti bahan yang nak digunakan aku main agak je. ikut gerak hati konon2nya. gomene~ T.T

minggu ni. banyak sangat persoalan dari hotak kepala aku yang dah hampir nak berkarat ni. MACAM MANA NAK BUAT INSTAGRAM? sebab aku semakin jeles dengan gambar2 yang ditangkap menggunakan instagram. =.= aku pun nak buat juga. sobs.

MyLittleNote :: waiting 14 June. moga2 diterima. amin. jyaa!

Tuesday, May 1, 2012

Lepaskan Rindu...

entri pertama pada bulan mei.. hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan.. hadek2 yang mengambil UPSR mula berdebar.. hadek2 yang mengambil PMR dan SPM.. masih relax.. eh! tak ada lah.. maybe mereka juga bertungkus lumus seperti hadek2 yang mengambil UPSR.. tiba2 ingatan ketika zaman sekolah mula bermain di kotak pemikiran.. bergunung kerinduan terhadap zaman seperti itu.. bermain, bergurau, bergaduh.. bersama teman.. oh! sweet memories.. 

bulan mei sudah menjelma.. tinggal berapa bulan lagi kita akan berjumpa dengan bulan yang penuh rahmat.. iaitu bulan ramadhan.. :') I really miss that month.. miss to date with ALLAH.. miss to meet Lailatul Qadar night.. oh! miss everything.. :)

sejak astro buka semua channel free.. aku asyik tengok tv je.. kihkihkih.. nasib baik bapa tak marah.. dapat juga melepaskan rindu aku terhadap seorang jejaka yang kuat. lagi kacak.. oh! my hero.. Son Goku.. hahahaha. opss.. nanti Cici jeles leh.. hahaha.. aku betul2 rindu nak tengok Dragon Ball.. yup! cerita zaman kecik2. di tayangkan setiap hari sabtu dan ahad.. pukul (tak hengat) di tv2.. yeahh! cerita kegemaran korang juga.. dulu dekat rumah pagi2 tak boleh buka tv.. so, aku dan zaki melarikan diri dari rumah semata-mata nak tengok Dragon Ball dekat rumah nenek. tengok ramai2 dengan kezen.. hahaha.. :'D aku nak tahu sangat.. macam mana Bezita dengan Bulma pulak.. dapat anak namanya Trunk pulak tu.. kihkihkih.. dan aku juga terlepas episod di mana Goku dengan Cici berkahwin.. (erk.. sungguh budak2 betul aku ni..) tak apalah.. old story.. hahaha

aku dapat rasakan.. readers blog aku dah mula buat muka slenge sebab aku buat entri mengarut.. hahaha.. oklah.. izinkan patik mengundur diri.. :D

MyLittleNote :: tak sabarnya nak sambung belajar..

Sunday, March 25, 2012

Sekadar Angan2...

otak aku ligat berfikir... membayang-bayangkan... berimagenasi... apabila.....

[kredit to google]
Let's Copaque memberi biasiswa pelajaran ke jepun...
dan aku orang pertama yang isi...
dan aku dapat study di nihon...
dan aku study dalam bidang kartun, anime dan animasi...
lepas dapat segulung ijazah...
aku kerja dekat let's copaque...
dan aku buat animasi aku sendiri...

hehe... betapa tinggi khayalan aku... yep, aku yang gila nihon dan anime... serta art... ^_^
belum tentu let's copaque buat biasiswa... ngeh3...
dah memandai-mandai aku tentukan... =P

MyLittleNote :: happy birthday kepada Hazem-chan yang sekarang berumur 2 tahun... tak lupa juga kepada sesiapa yang menyambut kelahiran pada hari ni... serta selamat pengantin baharu kepada sesiapa yang kahwin  +bersanding pada hari ini..(ngeh3... mood sebab jiran sebelah buat kenduri...xoxo~)

hati ini terasa... jahatnya aku ni~
betul2 jahat + kejam...

Friday, March 2, 2012

Gelek2 Goyang Inul

tak ada kerja pergi lukis benda ni... Har3...

dah lama bebenor aku tak melukis ek... hehe... tiba timbul M besar dalam diri... err... nak tunggu rajin melukis bila tengah study dalam keadaan yang bosan atau tengah exam... eh! bukan jawab exam dengan melukis... tapi lepas jawab kat paper tu... ada masa lukis... hehehe... 

MyLittleNote :: okeylah... bai2 for now...=P (euww... gediknya budak ni... har3)

Tuesday, February 7, 2012

Datang dan Berlalu

hola!
pagi yang dingin sempena menyambut perayaan thaipusam...
aku tak menyambut tau!
haha... untuk orang yang beragama hindu sahaja...

lepas solat subuh aku terus menghadap laptop...
online pesbuk jap...
tujuannya bukan suka2... saja nak mengelakkan aku tertidur balik...
kan tak baik tidur lepas subuh...
mengundang kepapaan...

err... hari mendatang dan berlalu...
tak kerja,
tak pergi sekolah,
jaga Hazem yang busuk!
hahaha....
tolong ibu,
tolong bapa,
menyelinap pergi PPAS,
jalan2 raun kampung,
main futbal dengan sepupu budak lelaki,
novel + novel + novel
lukis komik (entah siap entah tidak)
hehehe...

bila lah nak sekolah ek...
tak sabar nak setedi
dah la... aku ni merungut je...
jom... cuci mata tengok lukisan aku...
.
.
.
.
.