Friday, April 28, 2017

Lain Bidang

bismillahirrahmanirrahim

sebenarnya dah setahun lebih aku tukar bidang. bidang aku yang seasalnya seorang interior designer a.k.a interior architecture menjadi seorang graphic designer di sebuah company yang berindustri fashion. gitu kelaut aku pergi. memandangkan dah lama juga aku minat dengan fashion ni. dari zaman sekolah rendah but aku bukan jenis berfashion yang mengenakan pada diri sendiri. aku suka buat untuk orang lain. contohnya aku akan apply pada kakchik. hahaha! konon dulu kau la reti fashion bagai. tak berani pakai shawl tapi lepas habis zaman diploma terus kau gila pakai shawl. takut dengan pandangan orang kununnya.

memang minat menjahit tapi tu la kadang malas sebab selalu kena buat detailing. bab detailing la aku paaaaling malas. bab detailing buat working drawing rajin pulak kau ye. hahaha!

ingat dulu nak belajar dekat Giat Mara ambil jahitan. sumpah nak belajar menjahit supaya kau dapat cipta baju yang cantik lagi muslimah yang menutup aurat gitu. tapi zaman sekarang ni banyak dah baju muslimah yang ada. beli jubah dekat Jalan TAR pun dah cukup. hahaha!

----------------

yang kerja dekat florist dan decor tu aku dah lama juga berhenti kerja dekat situ. almost setahun lebih. yakan aku dah kerja dekat company ni selama setahun. mesti lah dah setahun lebih aku tinggalkan dunia bunga-bungaan. dan company fahsion tu bukan Bella Ammara, bukan juga Leeyanarahman. company fashion biasa. ada butik. dan lawaknya bila diingatkan balik aku pernah buat final project tentang butik pakaian. bila dah ceburi dunia dan bidang ini. ilmu tu lagi banyak kau dapat dan rasa macam. arkh! aku rasa macam tak puas pula masa final project dulu aku tak collect data betul-betul. 

alaaa yang tak payah nak fikirkan lagi sebab aku dah convo dah pun. mihmih~



tapi kadang tu rindu 200% juga pada dunia construction ni. and guest what, masa office pindah dulu. bos aku biarkan aku sorang-sorang handle contractor urusakan air cond, wiring and so on. huuu~ bakat ID tu masih wujud lagi. cari contractor untuk pasang signboard. kadang susah juga kan bila kita dah fikir design bila orang letak limit bajet yang kecik. hahaha

MyLittleNote:: sampai sekarang aku masih teraba-raba dengan target kehidupan. lol kau bukan budak-budak lagi. jyaa ne!

Sakura menempek di entri ini:

:: Copyright Hanamiko Sakura ::

5 comments:

  1. wah.. samalah saya minat designing .fashion, id, graphic tapi xla creatif pun. ala2 biasa suam kuku. lagipon lama x asah bakat sebab skrg kerja bidang lain. lari sangat. tapi still minat in fashion.huhu

    ReplyDelete
  2. semoga murah rezeki!
    tkpelah lari bidang pun yg penting skill ada :D

    ReplyDelete
  3. yang penting minat tu ade. :)

    ReplyDelete
  4. sy pun jenis yg x suka berfesyen, susah bg sy nak pkai shawl, cam x de keyakinan diri bila tgk muka kat cermin hahha T.T

    ReplyDelete
  5. masih teraba-raba dengan target kehidupan?..eh macam sama je?? haha

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...