dah lama sebenarnya berangan nak guna mata berwarna warni ni. minta pendapat minta pandangan dengan kengkawan yang dah pakai. etc semuanya bagi feedback positif dan ada yang negative. ambil masa juga la nak buat survey. bertahun kot! gigih? ya. untuk kesihatan dan kebaikan mata sendiri mesti la kena gigih buat survey. mana boleh terjah macam tu je. yedak (?)
influence dari orang sekeliling ke sebab nak pakai contact lens ni? tu salah satu sebab juga. sebab lain orang asyik ingat umur aku ni budak baru lepas SPM. ye makcik. saya tahu saya ni immortal macam Goblin. kihkihkih. ye, mungkin sebab pemilihan bingkai cermin mata aku ni. style sangat sampai nampak macam umur 18 tahun. hahaha!
so dengan itu aku amik keputusan nak beli juga. dah berapa banyak kali dah aku asyik usha kedai cermin mata. asal jumpa kedai cermin mata je nak terjah. lepas tu mengada nak tanya "cik, contact lens ni berapa harga?" lepas dah tahu harga blah.
satu hari tu ada kedai baru buka area office tempat aku kerja. kedai cermin mata. gedik juga nak pergi usha tanya harga, quite cheap dari kedai sebelum-sebelum ni pergi survey. next month lepas dapat gaji terus pergi beli. dalam hati masih ragu-ragu tu. disebabkan nafsu nak juga pakai. maka beli la. memang survey tanya mana-mana kedai bila aku bagitahu power diorang suggest kena beli 2 kotak. boleh la 2 kotak untuk 2 bulan. tapi kedai ni aku beli 2 kotak dia bagi RM50. harga asal satu kotak RM30. murah la tu kan. guna jenama iContact. member cakap iContact pun elok pakai. sebab dia pakai iContact juga.
bermula la sesi membelajaran macam mana nak pakai lens. gigih juga. cina tu kata setengah orang nak belajar pakai lens hampir setengah jam. alhamdulillah aku belajar tak sampai setengah jam. mata berair je tetiba masa nak apply tu. dia kata normal kalau first time pakai. jadi kepada sesiapa yang nak cuba pakai contact lens. biasakan jari bersih anda menyentuh bola mata. atau jenis yang tak takut pakai eyes drop. dulu aku nak pakai eyes drop pun dah ketakutan. minta kawan pakaikan. gedik bukan?
bila pakai tu memang akan rasa mata tu ada something. lepas pakai kiri dan kanan, terus menangis peluk kawan office. rasa macam dapat mata baru. jenis orang yang dah lama pakai cermin mata memang gini perangai dia. LOL sangat!
first day pakai kena 4 jam, next day 6 jam and the then 8 jam. kalau lebih 8 jam kena pakai eyes drop. dan kena jaga elok-elok mata tu bila dah pakai lens. jangan main hentam je. dan setakat ni aku pakai 6 jam lebih je. sebab silau mata aku tinggi. so nak buat kerja hadap laptop pun susah. berjalan kawasan terang dengan cahaya matahari je cerah. bila masuk building yang berlampu tu jadi orang yang rabun sebab tak berapa jelas.
disebabkan aku ni kerjanya hadap laptop (buat kerja grafik) terpaksa la hold dulu pakai. pakai bila waktu sesuka hati je la. hahaha. membazir je. lepas tu cakap dekat member this is my first and last pakai lens. lepas tu dia bebel, kahwin nanti pakai juga lens. LOL. kahwin nanti aku nak pakai cermin mata. dulik apa! haha
MyLittleNote:: silau makin tinggi sekarang ni. gara-gara drive memalam orang pakai lampu tinggi. menyirap darah woi bila hadap manusia perangai jenis gini. aku tahu la kereta kau power dari aku. lol. jya mata!
tahniah3 sleepas bertahun simpan impian nak pakai tu xD.
ReplyDeletebtw, tabur west dan east je yang da tutup. far east, extreme, extra open lagi. jemput2 la mendaki, teehee
Takut sy nak pkai contact lens 😂😂 entah knp rasa seram XD. Tp tgok org lain pkai rilek je
ReplyDeletekannn.. saya suka spek mata lagi sbb senang campak je kalau rasa mata penat ahaha
ReplyDeleteHati-hatilah pakai contact lens tu. Takut pula rosak mata nanti.
ReplyDeleteSyed banyak baca cerita-cerita yang menggerunkan pasal contact lens ni.
:'( mau pakaai contact lens... mak tak bagi ..
ReplyDeletetak penah pakai lens sbb i ni penakut nak masukkan bendasing dalam mata.takut buta! haha sebab sekarang ni pon dah rabun
ReplyDelete