Showing posts with label Sport. Show all posts
Showing posts with label Sport. Show all posts

Saturday, September 8, 2012

Cross-country...

Projek aku hari ni, aku nak melukis. Gigih konon-kononya nak buat doodle sambil menembak sikit-sikit. Buat membunuh kebosanan aku di tempat kerja. Dengan pantas aku menyelongkar fail yang berada di dalam al-mari. Akhirnya, ku jumpa fail lama yang terlekat poster cerita ‘Harry Potter’ dan ‘Coffee Prince’ (korea punya cerita xD) hehe, malu sebentar. Macam ni ek perangai aku masa dulu-dulu. >///< ku selongar isi fail. Err.. kertas ujian masa form 4, yang dapat markah ntah apa ntah… dan, eh! Kenangan merentas desa bermain di pandangan mata dengan tiba-tiba. Hewhewhew. 

Ketika sekolah rendah, aku bukanlah atlet kebanggaan sekolah. Tapi aku berjaya mendapat tempat ketika merentas desa tahun… err, aku tak hengat! x( dan aku tahu, sukan ini tidak tersenarai dalam acara sukan peberett budak-budak sekolah (termasuk aku lah kot :P) 

Ketika di sekolah menegah, aku ingat lagi di mana waktu percubaan merentas desa. Aku tunggu kawan. Eh! Eleh! Selalunya ayat-ayat sinonim waktu merentas desa ialah KITA LARI SAMA-SAMA YE ;) ayat popular bagi pelajar perempuan. Akhirnya menjadi ayat bohongan semata-mata kerana sorang ke depan, dan sorang lagi jauh ketinggalan ke belakang. Choyy! 

Oh! By the way, baliknya aku pun cerita dekat ibu yang aku merentas desa tunggu kawan. Hasil penceritaan itu, aku kena gelak habis-habisan oleh ibu terchenta dengan zaki. Aduuiiii~ oleh itu, pada hari kejohanan, aku berazam agar mendapat tempat. Akhirnya, Alhamdulillah. Dapat ku buktikan kepada zaki. Walaupun dia tidak mendapat tempat pada hari kejohanan, tetapi dia dapat wakil sekolah untuk acara merentas desa peringkat daerah. Chait! 

Tahun demi tahun, akhirnya aku juga berjaya mewakili sekolah ke peringkat daerah *senyum lebar bukan bermakna berlagak* pengalaman pertama bersaing dengan murid-murid pelbagai bangsa. Ketika pertandingan, aku salah buat strategi. Akhirnya, aku kalah dan bernasib baik tidak mendapat tempat 100 ke atas. Tak apa, tahun depan cuba lagi. Malangnya, aku tidak terpilih mewakili sekolah kerana ada adik-adik junior yang lebih hebat dari aku. Tak pa lah, dapat merasa sekali pun sudah lah :) 

aku punya nombor bertuah xD

Tahun lepas, tahun akhir aku berada di sekolah. Ketika acara percubaan, aku berlari sambil bawa kuih. Err, ya. Memang agak lucu sebab aku kena gelak dengan cikgu-cikgu. Yela, lari waktu petang. Aku tak sempat nak isi perut untuk tengah hari. Beli makanan dekat kantin, berebut-rebut. Tu yang tak sempat masuk ke mulut kuih tu. Budak-budak lari bawa air, aku lari bawa kuih. Tu yang pelik. Merepek betul aku ni -_-‘ 

MyLittleNote :: mari lah kita bersukan, sebab aku suka bersukan ;) jyaa ne!

Thursday, July 19, 2012

Pabila Bola Bergolek...

Bismillahirrahmanirrahim.

hari ahad yang lalu. (ya! sikit2 hari ahad. sikit2 hari ahad. tak ada hari lain ke nak cerita? sebab hanya hari ahad je off day untuk aku -.-) office kakak buat pertandingan bowling. antara peserta dari family kami ialah abe RH dan kakchik. aku? huwaa~ kakak tak masukan pun :( tapi, apa pun.. aku curi2 main. bagi wakil kakchik la. :D 

suasanya agak happening dengan kerenah kawan2 opis kakak. kitaorang main enjoy2. memula tu agak gemuruh juga lah. tengok mereka2 semua ni nampak macam pro. tak sangka. pro2 mereka, ada juga masuk 'longkang'. hehehe (termasuk aku lettew :P)

cer teka pusat bowling mana ni?

selama aku main bowling ni. pestime aku dapat strike. 2 kali pulak tu 0_o woha! (jakun sikit :P) yela, main pun macam tu je. main baling2. tak pro betul. hampeh -.-

walauapa pun, group kakchik yang diwakilkan oleh aku menang tempat ke-3. manakala group abe RH mendapat tempat ke 13 ke 14 ek? lupa pulak.. -.- hehehe.

MyLittleNote :: 2 hari lagi :D

Sunday, June 10, 2012

Sukan Sunnah :: Memanah...

Bismillahirrahmanirrahim.

salah satu sukan sunnah yang paling aku suka antaranya memanah. i love archery very much. sukan yang aku idam-idamkan sejak kecik. alhamdulillah. impian jadi kenyataan bila sekolah buat kelab baru. kelab memanah. masa tu nyaris2 aku nak keluar kelab sebab ahli kelab dah terlampau ramai. jadinya terpaksa pujuk budak2 suruh keluar. dengan rela hati, aku pun nak ikut keluar. tapi ditahan oleh kawan aku. well, wakil perempuan form 5 cuma 3 orang je. sadis. disebabkan kelab ini juga aku dapat wakil sekolah dalam pertandingan memanah peringkat daerah. nak tau cerita sila tekan INI

banyak kebaikan melakukan aktiviti sukan sunnah ni. aku ambil contoh bagi kebaikan memanah.


[Kredit]

Memanah
Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

[Kredit from LINK]

dah setahun 2 bulan tak main archery lagi. sedih sangat. kalau nampak ada yang main archery. melompat-lompat nak ikut main. huwuu~ tapi apakan daya. peralatan memanah boleh mencecah ribuan ringgit. kalau tengok sukan archery dekat tv, terus je zapps duduk depan tv. buka mata besar2. kalau diorang main tak betul. aku mula membebel. lainlah kalau atlet yang main. aku pun mengangguk-angguk. ohh~ macam tu ek..

syukur alhamdulillah. semua sukan sunnah aku dah pernah cuba. berenang, memanah, berkuda. semua dah. yang berkuda tu aku just naik kuda je. kuda tu tak lari pun. hihi. masa tu umur aku 11 tahun. naik kuda dekat zoo melaka. ^_^

MyLittleNote :: finish hapdet. aku nak pergi kenduri kawen ni. lagi satu, sapa nak belajar main archery. meh lah. aku tolong jadi sifu. hehehe. jyaa!

Thursday, April 19, 2012

Terokai Alam....

rindu sangat dengan sahabat2 yang selama ini menjadi peneman ketika aku mengembara ke alam semula jadi.. yup! aku sukakan dan amat meminati sukan lasak.. lagi2 dengan aktiviti outdoor game yang penuh cabaran.. (sila buat muka terkejut.. erm.. tak payah lah terkejut.. memang dah biasa dengar pun.. perempuan2 suka sukan lasak.. ye dok?)

aku ada join satu program sekolah yang di anjurkan oleh Pusat Kokurikulum Negeri Selangor.. syukur alhamdulillah.. aku antara insan yang terpilih.. ramai kot kawan2 aku jeles tengok aku dapat join program macam tu.. FREE lagi tu.. program tu di namakan Program Perkhemahan Intergrasi Pusat..  masa aku join mula2 nama program tu, JELAJAH PULAU MUTIARA.. seronok jalan2.. yang paling best bila kena masuk hutan.. daki gunung.. dekat Taman Negara Pulau Pinang.. penghujung hutan tu ada tasik.. agak unik la sebab air dekat tasik tu, bahagian atas air tawar.. dan bahagian bawah air masin.. nak tahu lebih lanjut sila KLIK SINI.. then, kitaorang main anak penyu.. pengalaman pertama aku sentuh anak penyu.. XD

kenangan yo.. pelekat rama2 tu, masa kitaorang masuk taman rama2.. ada game treasure hunt.. best yo.. group aku menang.. tempat kedua je.. hampir2 je nak menang.. sebab ada dua group sama markah.. ditanya soalan cepu mas.. pasal kitaran hidup rama2.. adoii.. 

hah! kem ni aku pergi masa aku form 2.. muda lagi.. hahaha.. then, kali kedua aku join masa form 4.. siapa tak jeles.. aku sorang je pergi.. 

kem yang kali kedua ni pergi snorkeling.. woha!

tempat yang sama.. di Pulau Pinang juga.. tapi main snorkeling dekat Pulau Payar, Langkawi.. pagi2 dah bertolak pergi jeti.. naik feri menuju Pulau Payar.. waktu tu hujan renyai2.. pagi2 dan sejuk sangat.. masa naik feri tu.. ombak bergelora dengan kuat.. ramai penumpang yang mabuk laut.. tidak termasuk aku.. hehehe

try cari aku.. dengan wajah yang tak mabuk gitu.. hehehe..

sebelum menyelam.. tengok ikan2 berenang di dalam tangki ini..

aktiviti bersama ikan..

ketika ini aku tidak membayangkan keseronokan sebab aku tak pandai berenang.. budak2 lain happy je tengok ikan.. aku sibuk berenang sebab takut hanyut jauh.. penat betul.. time ni lah aku betul2 hampir lemas sebab aku tertelan banyak air laut.. glup! perit sungguh..

then, kitaorang tengok baby shark.. terkejut sebab baby shark tu makan roti.. err..

berangan nak naik cruise.. XD

bergambar kenangan di depan cruise..

kenangan pada hari terakhir sebelum bertolak ke Selangor..

Alhamdulillah.. masuk hutan sudah.. masuk laut pun sudah.. lepas ni nak terbang.. >.<

ahak! sebelum mengundur diri dan hilang buat beberapa hari.. aku tinggalkan satu ayat.. hasil copy paste dari 
dan sambungan entri aku sebelum ni..

Peringatan kpd semua lelaki

"Jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya.''
(Imam As-Syafi'e)



Kepada lelaki,
jangan main sentuh dengan perempuan, tak baik.
Walaupun cuit-cuit di facebook, juga tidak dibenarkan.
Kalau teringin nak sentuh jugak, test dulu sentuh bara api, (baranya, bukan apinya) kalau boleh tahan, ok teruskan ..
Tapi kalau dengan bara api pun tidak tahan,
jangan dicuba-cuba mendekatkan diri ke lembah kebinasaan..

Kepada wanita,
sudah terlalu ramai lelaki yang berilmu & berakhlak tinggi dalam menjaga hubungan sebelumnya,
kecundang di tangan seorang wanita..
wahai wanita,
tahukah kamu siapa kamu?
kamu adalah penentu jatuh bangunnya umat manusia..



MyLittleNote :: alhamdulillah.. selesai sudah entri aku hari ini.. kalau tak.. tak idea langsung.. DUSH!!

Monday, April 9, 2012

Melepaskan Kemarahan...

semalam aku ada post entri pasal aku tengah BENGANG dengan seseorang... tett...(di bahagian sudut MyLittleNote) hahaha.. heish, marah ni belum reda lagi sampai hari ni. semalam lepas berbelogwalking. aku berambus keluar rumah pergi rumah nenek. main bola. lepaskan geram jap. masa main tu tendang bola kuat2. aku kalau dah marah main tendang2.. main tumbuk2.. kalau dah sakit, jadi lebam baru aku rasa lega sikit. err, so ganas kan aku ni.. bak my bestfriend cakap.. " kau kalau dah marah, suka sakitkan diri sendiri.. lukakan diri sendiri.. tak sayang diri ke.." oh! ayat yang sungguh pedas.. 

bermain diperkarangan rumah nenek..

oh tidak! mesti korang terkejut kan sebab geng bola sepak aku semuanya lelaki.. hahaha.. best main dengan diaorang. buat aku tergelak sakan. walaupun diaorang tu ada yang perangai macam gangster. sebenarnya diaorang baik.. dari segi bab lain, err.. aku tak tau lah.. memang kadang2 diaorang nakal sikit.. macam samseng.. hahaha.. akhirnya kumpulan aku menang.. woha! ada juga yang bengang dengan aku..(rasanya lah kot) dan ada juga yang puji cara permainan aku.. ngeh3.. puji diri sendiri lah pulak.. lalalala~ *sambil buat muka tak tahu* gambar ni di ambil ketika aku sedang semput sambil rehat.. dah lama tak main bola kot.. padang yang kitaorang guna pun kecik je.. 

MyLittleNote :: balik tu sungguh penat.. tengok ABPBH pun sekerat.. malas kot nak tengok.. lagi2 time yang ada lakonan cerita ombak rindu.. euww.. geli geleman aku.. uwekkss.. dan aku malas nak ambil tahu.. daripada anugerah bintang popular berita harian.. lebih baik Allah Beri Peluang Bertaubat HambaNya.. hehe.. walaupun kita tidak popular di kalangan manusia. tapi kita mesti popular dikalangan malaikat.. ngee~ (peringatan untuk diri ini juga :D ) 

Tuesday, November 22, 2011

Archery

memandangkan sekarang ni tengah hot pasal sukan sea 2011 Indonesia, ana pula sibuk2 nak cerita tentang sukan kesayangan ana.. Archery.. 

hehe,, bergaya sungguh ana pegang bow.. diapit dengan junior2 form 4 dan rakan sepejuangan..

peserta lelaki..

peserta perempuan..

cuba teka ana dimana.. hehe..

gaya seorang pemanah negara.. hehe..(insya-Allah, nak juga jadi pemanah negara)

pic tak nampak muka, nampak tiang je..(buat mood marah pada tukang tangkap gambar)

syukur alhamdulillah.. memang tak disangka2.. ana menang bronze medal.. lagi pun belum cukup setahun ana main archery ni, dan lagi satu, kelab memanah dekat sekolah ana pun baru ditubuhkan.. memang tak disangka2.. memang gelabah waktu tu sampai terlupa nak ambil sijil, semua orang gelak.. malu ana! tu pun rasa macam tak percaya.. 

oh, lupa pula.. gambar2 di atas gambar masa archery tournament peringkat MSSD.. ^_^