Projek aku hari ni, aku nak melukis. Gigih konon-kononya nak buat doodle sambil menembak sikit-sikit. Buat membunuh kebosanan aku di tempat kerja. Dengan pantas aku menyelongkar fail yang berada di dalam al-mari. Akhirnya, ku jumpa fail lama yang terlekat poster cerita ‘Harry Potter’ dan ‘Coffee Prince’ (korea punya cerita xD) hehe, malu sebentar. Macam ni ek perangai aku masa dulu-dulu. >///< ku selongar isi fail. Err.. kertas ujian masa form 4, yang dapat markah ntah apa ntah… dan, eh! Kenangan merentas desa bermain di pandangan mata dengan tiba-tiba. Hewhewhew.
Ketika sekolah rendah, aku bukanlah atlet kebanggaan sekolah. Tapi aku berjaya mendapat tempat ketika merentas desa tahun… err, aku tak hengat! x( dan aku tahu, sukan ini tidak tersenarai dalam acara sukan peberett budak-budak sekolah (termasuk aku lah kot :P)
Ketika di sekolah menegah, aku ingat lagi di mana waktu percubaan merentas desa. Aku tunggu kawan. Eh! Eleh! Selalunya ayat-ayat sinonim waktu merentas desa ialah KITA LARI SAMA-SAMA YE ;) ayat popular bagi pelajar perempuan. Akhirnya menjadi ayat bohongan semata-mata kerana sorang ke depan, dan sorang lagi jauh ketinggalan ke belakang. Choyy!
Oh! By the way, baliknya aku pun cerita dekat ibu yang aku merentas desa tunggu kawan. Hasil penceritaan itu, aku kena gelak habis-habisan oleh ibu terchenta dengan zaki. Aduuiiii~ oleh itu, pada hari kejohanan, aku berazam agar mendapat tempat. Akhirnya, Alhamdulillah. Dapat ku buktikan kepada zaki. Walaupun dia tidak mendapat tempat pada hari kejohanan, tetapi dia dapat wakil sekolah untuk acara merentas desa peringkat daerah. Chait!
Tahun demi tahun, akhirnya aku juga berjaya mewakili sekolah ke peringkat daerah *senyum lebar bukan bermakna berlagak* pengalaman pertama bersaing dengan murid-murid pelbagai bangsa. Ketika pertandingan, aku salah buat strategi. Akhirnya, aku kalah dan bernasib baik tidak mendapat tempat 100 ke atas. Tak apa, tahun depan cuba lagi. Malangnya, aku tidak terpilih mewakili sekolah kerana ada adik-adik junior yang lebih hebat dari aku. Tak pa lah, dapat merasa sekali pun sudah lah :)
aku punya nombor bertuah xD
Tahun lepas, tahun akhir aku berada di sekolah. Ketika acara percubaan, aku berlari sambil bawa kuih. Err, ya. Memang agak lucu sebab aku kena gelak dengan cikgu-cikgu. Yela, lari waktu petang. Aku tak sempat nak isi perut untuk tengah hari. Beli makanan dekat kantin, berebut-rebut. Tu yang tak sempat masuk ke mulut kuih tu. Budak-budak lari bawa air, aku lari bawa kuih. Tu yang pelik. Merepek betul aku ni -_-‘
MyLittleNote :: mari lah kita bersukan, sebab aku suka bersukan ;) jyaa ne!
29 comments:
sy ada di jalan kebun ni.. keh2.. tetiba
hehe, boleh2x kalau nak jumpa caling2x ek xD
Wahhh hebatnya ke peringkat daerah ;D
teringat lagi aku dulu merentas desa
lari bersemangat lagi siap dok melambai kt org yg ketinggalan tu..
last2 dah tak penat sangat berlari terus berjalan je jumpa org yg aku lambai tadi
masa sekolah dulu2, merentas desa lah yg kurangminat. sebab komfem tertinggal jauh kat belakang. member2 yg kuat lari semua kat depan.
wah..suke b'lari eh Hani-chan nie, hehe...
akak nie... errr... "-_-
masalahnya bukan tahu jalan pun.. hee~~
err. hahaha adoii yaii. amacam tuu lari bawak kuihh. ==" haha terbaikk. hehehe
GPS kan hado.. zaman moden ni~ hehe
sama lah dulu... berlagak sangat masa tu, lepas tu.. amik kau!
kehkehkeh
dah agak dah.. hehe
oh tidak! saya tak suka berlari..
semangat nak cepat sampai yang saya gagahi jua..
hihi..
otak dah set nak sampai cepat nak pergi tandas..
kehkehkeh
memang terbaik lor~ hehe
Cayalah..akak mmg tak penah tersenarai.
*tlk gong, klang eh? Akak penah dok bndr parkland 1thn.
wooooooooooooooooo... dok telok gong ya ?
wakaaakakakakaka
terbaekkk...jauh x mrentas desa tu?ni mesti x ambil shortcut ni...pasal tu kalah :p
x mampu nak masuk cross country
ai prefer lari pecut lagi
100 or 200 meter...feeling mcm usian bolt hahaha
dulu mase mrentas desa sy lari kejap then lepak kedai jee .. haha . tgk org je lari .. kikiki
dh lama x msuk merentas desa..huuuuuu
alhamdulillah, semangat nak naikkan nama rumah sukan ^_^
yup! telok gong dekat klang :)
tak delah.. :)
saya duduk..
.
.
.
.
rahsia!
memang terbaik..
jauh?
jauh kot..
lagi terbaik sebab jalan tu berbukit bukan..
memang sadis..
penat naik bukit xD
typo pulak..
*berbukit bukau..
lari pecut!!
oh nooo~
memang i tak suka... hehe
ni lagi gempaq kot.. muahahaha!
boleh pulak dia lepak dekat kedai..
hehehe, memang da lama...
oh . i xsuke bersukan.. hahahah !
ohh.. i paham.. i paham.. hehehe
slalu merentas desa lenggang2 kangkung kt blkg haha XD
hahaha, budak2 kalau malas nak merentas desa macam tu ler.. xD
Post a Comment