Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Saturday, January 20, 2024

Destinasi Soul Station by Rapid KL

Konnichiwa!


Hujung minggu lepas (13 - 14 Januari 2024) aku jadi sebahagian vendor untuk acara dibawah Rapid KL iaitu Destinasi Soul Station. Ini gerai kali kedua aku ikut selepas buka carboot tahun lepas. Acara ni diadakan di PARC, Subang Jaya yang terletak dalam Taman Tasik Subang Ria, Subang Jaya. 








Acara ni bermula dari jam 11 pagi sehingga la 11 malam. Macam-macam aktiviti menarik yang diadakan dan semuanya percuma! Boleh menikmati makanan ala berkelah ditepian tasik sambil melayan muzik serta hiasan yang memenuhi suasana anak muda masa kini. 


Tujuan penganjur ni selain mempromosikan produk anak-anak tempatan, ia juga mempromosikan seni persembahan, makanan serta bengkel. Bengkel menarik antaranya mewarna batik, melukis, membuat tembikar, mewarna jubin dan macam-macam lagi. Tapi aku tak sempat nak ikut sebab takda siapa nak jaga gerai kan. HAHA!




Hari kedua pula aku jual bunga yang berlainan sedikit. Jualan bunga matahari pada hari pertama agak laku! Syukur alhamdulillah. Cuma hari kedua ni aku tak dapat nak jual bunga matahari disebabkan pembekal kehabisan bunga tersebut. Agak mengecewakan, tapi aku gantikan dengan bunga lily yang boleh menarik minat pelanggan untuk singgah ke gerai kami. 


Secara keseluruhannya, aku amat bangga dengan kesungguhan dan jualan waktu tersebut. Suasana pelanggan yang datang tu amat berbeza sewaktu aku menjual di dalam universiti. Untuk jualan seterusnya, aku mungkin akan tingkatkan dari segi hiasan dan papan tanda (signage). Gerai orang lain yang dihias menarik tetapi gerai aku cuma nampak macam biasa.


Jangan lupa follow IG kami untuk mengikuti gerai kami seterusnya! @surprisebyhhh


MyLittleNote:: 2024 ni, selain fokus business, nak juga fokus update blog selalu. Jya mata ne! :)

Friday, April 28, 2017

Lain Bidang

bismillahirrahmanirrahim

sebenarnya dah setahun lebih aku tukar bidang. bidang aku yang seasalnya seorang interior designer a.k.a interior architecture menjadi seorang graphic designer di sebuah company yang berindustri fashion. gitu kelaut aku pergi. memandangkan dah lama juga aku minat dengan fashion ni. dari zaman sekolah rendah but aku bukan jenis berfashion yang mengenakan pada diri sendiri. aku suka buat untuk orang lain. contohnya aku akan apply pada kakchik. hahaha! konon dulu kau la reti fashion bagai. tak berani pakai shawl tapi lepas habis zaman diploma terus kau gila pakai shawl. takut dengan pandangan orang kununnya.

memang minat menjahit tapi tu la kadang malas sebab selalu kena buat detailing. bab detailing la aku paaaaling malas. bab detailing buat working drawing rajin pulak kau ye. hahaha!

ingat dulu nak belajar dekat Giat Mara ambil jahitan. sumpah nak belajar menjahit supaya kau dapat cipta baju yang cantik lagi muslimah yang menutup aurat gitu. tapi zaman sekarang ni banyak dah baju muslimah yang ada. beli jubah dekat Jalan TAR pun dah cukup. hahaha!

----------------

yang kerja dekat florist dan decor tu aku dah lama juga berhenti kerja dekat situ. almost setahun lebih. yakan aku dah kerja dekat company ni selama setahun. mesti lah dah setahun lebih aku tinggalkan dunia bunga-bungaan. dan company fahsion tu bukan Bella Ammara, bukan juga Leeyanarahman. company fashion biasa. ada butik. dan lawaknya bila diingatkan balik aku pernah buat final project tentang butik pakaian. bila dah ceburi dunia dan bidang ini. ilmu tu lagi banyak kau dapat dan rasa macam. arkh! aku rasa macam tak puas pula masa final project dulu aku tak collect data betul-betul. 

alaaa yang tak payah nak fikirkan lagi sebab aku dah convo dah pun. mihmih~



tapi kadang tu rindu 200% juga pada dunia construction ni. and guest what, masa office pindah dulu. bos aku biarkan aku sorang-sorang handle contractor urusakan air cond, wiring and so on. huuu~ bakat ID tu masih wujud lagi. cari contractor untuk pasang signboard. kadang susah juga kan bila kita dah fikir design bila orang letak limit bajet yang kecik. hahaha

MyLittleNote:: sampai sekarang aku masih teraba-raba dengan target kehidupan. lol kau bukan budak-budak lagi. jyaa ne!

Friday, January 30, 2015

Selamat Bercuti Warga KL !

wah! nampaknya aku dah tunaikan azam tahun ni.
kembali rajin tulis blog.

memandangkan hari ini hari jumaat.
hari terakhir bekerja sebelum warga pekerja KL seperti aku bercuti selama 4 hari.
sabtu, ahad, isnin, selasa.
kira cuti agak lama juga tu. lama lah~

cuti cuti juga, dateline masih jalan dan bakal berakhir pada bulan 5.
tapi tak dapatlah merasa nak tengok projek tu siap sepenuhnya sebab habis praktikal awal bulan 4.
dan cuti kali ini aku terpaksa bawa balik kerja.
kerja detail drawing nak kena hantar dekat kontraktor.
fuhh~
masih lagi tak ada aura cuti.
T^T

malam nanti dah gerak ke Sungkai. ada Family Day !
lepas tu plan nak habiskan cuti dekat Seri Iskandar.
nampaknya aku tak boleh berpisah dengan Perak even aku anak kelahiran warga Selangor yang tulen. hehe. banyak kenangan yang manis dekat Perak tu.

plan je la. tak tahu jadi ke tidak. kuasa Allah yang tentukan :)

try lukis vector jong kook kononyer. XD

MyLittleNote:: tunggu masa nak balik kerja je. sambil tu update blog. ngee~ jya ne !

Sunday, July 29, 2012

Bila nak Maju kalau...

Bismillahirrahmanirrahim.


bila nak maju kalau mempelekehkan bangsa sendiri.

budak : ye pakcik.
pakcik : digi sepuluh. masukan terus.
budak : maaf ye. sistem ada masalah sikit. guna kad boleh? (sambil senyum ikhlas)
pakcik : boleh lah. tapi kau masukan.
budak : err, saya tak reti masukan. lagi-lagi digi. saya tahu masukan celcom dengan maxis je. (sambil mencuba untuk memasukan kod-kod yang tentera di kad topap)
pakcik : engkau kalau kerja dekat kedai ni kena tahu semua ni. macam mana kerja kalau tak tau buat. baik duduk rumah aje.
budak : tapi saya masih baru lagi pakcik. kena banyak belajar.
pakcik : kalau baru kena tau semua ni. kalau kerja dekat bengkel pun kena tau semua. 
budak : tapi, kalau tak kerja. menganggur nanti.
pakcik : kalau menganggur. cari kerja.

perbualan tamat di situ sahaja. setelah budak tadi tu berjaya memasukan nilai topap digi.

dalam hati budak tu pun berkata.
haish nak je cakap.

budak : pakcik. pakcik nak ke tengok anak bangsa pakcik merempat. menganggur kalau nak cari kerja kena bidang yang dia tahu. dekat syarikat, tempat mana-mana pun bagi peluang untuk belajar dahulu baru diserap masuk menjadi pekerja tetap....

dan budak tu membebel.. bla.. bla.. dan bla.. bla.. bla..

tangan di bahu, mata jeling atas.. eh!

MyLittleNote :: oh! itu cuma sekadar cerita yang direka sahaja oleh Hanamiko Sakura. muehehe!

Wednesday, July 18, 2012

Giveup...?

Bismillahirrahmanirrahim.

alhamdulillah. dah dekat 2 minggu aku bekerja. mula2 kerja tu ingat nak berhenti. sebab ada ler 2 atau 3 cabaran yang aku rasa fail. last2 kena marah dengan ibu. adeh~ ibu ku sayang ni.. berkat nasihat ibu, supaya jangan berundur dengan segala cabaran serta pergi bekerja niat lillahitaala. alhamdulillah. aku makin semangat nak pergi kerja. kalau tak kompem dah kena bebel dengan ibu. keh3. bos pun baik. tapi aku segan la, sebab bos aku tu lelaki. :face75:

yaa~ otak aku pun dah mula memikirkan tentang jenis2 phone. blackberry la, samsung la, nokia bla bla bla.. itu lah cabaran yang harus aku tempuhi. kena jual phone. sedangkan aku bukan pandai sangat nak jual mende alah ni. tentang handphone2 ni bukan aku tau sangat. yang aku tau pasal komputer. keh3

MyLittleNote :: entri kali ni patutnya aku nak story menda lain. tapi disebabkan aku malas nak edit gambar. so, aku cerita menda lain. :10:

Wednesday, July 4, 2012

First Day of Work...

Bismillahirrahmanirrahim.

sepatah kata permulaan. minta maaf sebab menghilangkan diri tak bagi tau. hehe ;P anyway, malam ni aku dah start kerja. kerja biasa2 je dekat kedai phone. memang agak mencabar lah. maklumlah, malam2 cenggini memang ramai customer beli top up. Alhamdulillah. kerja kali ni dapat bos yang baik. err, pengalaman bekerja tahun lalu agak mencucuk-cucuk memori pengalaman bekerja kali ni. fuhh~ (lap peluh meleleh dekat dahi) takut pengalaman bekerja kali ni terjadi lagi macam pengalaman bekerja tahun lalu. glup!

ok. by the way, malam ni aku agak sedikit panas, takut, gelabah, err.. apa lagi ek? apa2 je lah. yes! of course budak first time kerja ni agak menggelabah sikit dan timbul perasaan takut. dan yang paling penting tu takut sebab kedai phone selalunya lelaki yang rajin datang. tengok! first time kerja aku dah kena ngorat. haish~ mula2 aku agak takut lah. lama2 malas nak layan. dia dok tanya ada pesbuk tak... ada phone tak... dan aku jawab acuh tak acuh je lah. aku cakap tak ada pesbuk. dah lama deactive. minta number phone pulak. aku diam je. padahal dalam hati dah menggelegak dah ni. nak menangis kot. aku yang bertudung labuh ni pun kena ngorat. haish~ sabar je lah. nasib baik orang yang ngorat aku tu aku kenal. hormat dia. kalau tak............

aku dah cakap awal2 ni. lepas ni aku dah jarang online. hapdet blog la, status pesbuk la. maklumlah. dah tak jadi penanam anggur terhormat. kalau dulu ye lah. ok lah. nak beli cincau. kihkihkih....

MyLittleNote :: gara2 kerja, malam ni aku tak dapat buat malam nisfu sya'aban. Alhamdulillah. sempat pun buat ;)