Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

Jihad Melawan Nafsu...

Jihad paling besar adalah jihad melawan Nafsu~
Seandainya kamu jatuh cinta pada seseorang kerana agama & akhlaknya~
Namun kamu telah membuat keputusan untuk tidak meluahkan perasaan kamu padanya~
Selagi mana kamu pendamkan perasaan dihati, selagi itu kamu akan perolehi pahala jihad melawan nafsu~

Jika kamu benar-benar mencintainya, berdoalah kepada Allah s.w.t agar ditemukan jodoh antara kamu & si dia~
Siapa tahu jika Allah s.w.t perkenankan dan si dia akan tergerak menerima kamu~ 

Andai kata ajal menjemput sebelum kamu sempat meluahkan perasaan padanya~
Kamu akan perolehi ganjaran pahala yg amat besar~
Iaitu pahala mati syahid~

[Kredit from Here]

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. ”

Riwayat al-Bukhari.
Huraian
i) Di samping faktor-faktor luaran seperti dunia, manusia dan syaitan, faktor dalaman iaitu nafsu turut mendorong manusia melakukan maksiat kepada Allah S.W.T.

ii) Mengendalikan hawa nafsu merupakan jihad terbesar yang sangat berat dan wajib dilakukan manusia. Tanpa kemampuan mengendalikan hawa nafsu, manusia akan jatuh ke jurang kehinaan kerana nafsu sentiasa mengajak kepada keburukan dan kemudaratan .

iii) Orang yang mengikut hawa nafsu seringkali semakin asyik dengan kesesatannya itu bahkan sampai tidak merasa berdosa dengan maksiat yang dilakukan sehingga sanggup dan tanpa malu melakukan tindakan yang melampaui batas. Sebagai contoh, muda-mudi hari ini didapati begitu banyak yang berkelakuan tidak senonoh seperti bercumbu-cumbuan di khalayak ramai dan yang seumpama dengannya sedangkan kita mengetahui bahawa menurut hawa nafsu mengakibatkan kehidupan moral dan akhlak mulia manusia menjadi rosak . 

iv) Adalah amat penting bagi setiap umat Islam memiliki nafsu yang selalu memperoleh petunjuk dari Allah S.W.T sebagaimana nafsu yang telah dimiliki oleh Nabi Yusuf a.s sehingga beliau dapat menghindarkan dirinya dari segala bentuk kemaksiatan.

MyLittleNote :: terpanggil untuk share artikel ini :)
cerita pengembaraan di International Books Fair akan bersambung tak lama lagi.. (penulis tak ada ayat nak buat cerita >_< sediahnya.. huwaaa~) dan diri ini makin pura-pura busy.. muahaha!

Monday, April 16, 2012

Eh Eh Eh...

[kredit to Google]

Eh LELAKI,
Awak jangan berani2 nak sentuh saya apatah lagi cuit-cuit HATI saya ok..!!

p/s: it migh you little bit sounds poyo, but i dont care..!!

hahaha, ayat ni aku copy paste dari pesbuk.. ayat yang cukup menggoda aku untuk meghapdet entri pasal ni.. doakan aku semoga hati ini kekal menyintai Allah dan RasulNya.. ^_^ eh lelaki, jejaka melayu terhangat dipasaran.. jangan nak coba2 mencuit hati saya ok! saya tak akan layan.. kalau buat juga, saya backhand.. :P hahaha.. kalau nak berkawan tanpa main cuit2 ni.. boleh je..

MyLittleNote :: ohooohoi~ sebab sebenar aku terlebih happy di entri lepas ialah Jumaat ni balik kampung dekat Kelantan.. tidak bermaksud aku ore klate, tapi aku ikut Hazem-chan balik kampung laa.. hihihi (citt! skema bebenor lah aku ni.. choi!)