Sunday, November 8, 2015

Apa itu Hipster

memandangkan gaya hipster ni menjadi gaya popular pada abad ini. pergi kemana-mana terjumpa bebudak hipster yang pakai shawl, skinny jeans, bercermin mata berbingkai tebal, baju labuh bukan kemain serta bersneakers. dan juga bersling bag. 

ia adalah gaya trendy masa kini, dan ada juga sesetengah pihak yang tidak berapa tahu tentang hipster. hipster adalah contemporary subculture iaitu berada dalam middle class. kiranya semua golongan boleh bergaya dengan gaya hipster dan gaya mampu milik. hipster ini ala-ala vintage gitu. nampak old skool. hipster bukan sekadar gaya pakaian, muzik juga digunakan dengan alunan lagu indie. bukan setakat itu sahaja, makanan pun boleh jadi hipster. disebabkan itu, berlambak la cafe-cafe hipster tumbuh macam cendawan. minuman seasal-asal orang melayu pun boleh jadi hipster. orang-orang hipster ini, mereka juga orang yang berseni serta kretif. 

hipster juga boleh dikatakan bergaya dengan pakaian yang murah tetapi ianya tetap bergaya. 


perghh. Wak Doyok hipster !


perghhh. Taylor Swift hipster !


misai aku hipster !


hidup melayu ! *tetiba pulak kan*


wehyy, jom ar kita lepak !


perempuan:
I kalau boleh nak pelamin hipster-hipster tau yang. tau sayang !

lelaki:
iya sayang iya.


kahkahkah, berlatih kapankan diri sendiri ya kak. 
psst, kalau nak berhispter sekali pun. pakai la shawl tu molek-molek ya. tu seluar, apa lah fungsi pakai tudung (tutup dada okay dah), baju labuh tutup punggung. pakai kasut lagi tu tutup kasut (kaki pun aurat jugee) tapi pakai skinny jeans. ==' tak rasa rimas ke pakai ketat-ketat.

(maafkan saya jika teguran ini terlampau batas. aku tak nak jadi macam meran. meran? amran? apa ntah.)

kesimpulannya disini, zaman sekarang ni dah kembali ke zaman era 90an. mana ntah zaman high technology tu. dan kebanyakan bebudak berdarah muda memang sukakan gaya begini.

kesimpulan lagi satu, aku tak tahu apa beza hipster dengan vintage? aku rasa sama je, tetapi kenapa nama hipster lagi naik dari vintage. 

MyLittleNote:: kadang aku perati, bebudak melayu sibuk melaram sakan kalau pergi shopping mall. bebudak cina relax je pakai selipar jamban. kehkeh. jangan lah marah. aku pun budak melayu jugak. jyaa ne!

10 comments:

  1. hipster malaya ni bersepah kat insta. lelaki lagi poyo hahaha

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan sis..

    smartiesmoo.blogspot.kr

    ReplyDelete
  3. hipster ni bgusnya baju-bajunya skrg dia dah menutup bhgn punggung (kbykan) tapi bab seluar tu, ketat gila. Ketat ketat ni nak pergi mana adik-adik manisss? ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pakai ketat-ketat nak pergi swimming pool kak. ehehe

      Delete
  4. pernah baca pasal hipstur. dorang ni sebnarnya taste dalam fesyen tak sama dengan taste yang mainstream.

    ReplyDelete
  5. kebanyakan fesyen hipster tak sesuai untuk muslimah :(

    ReplyDelete
  6. i kene present this topic and raver tau as problem in teens hahahah ayooo .Thanks .. membantu ni .keh3

    ReplyDelete
  7. Mungkin kalau vintage lebih dipakai untuk barang yg lebih antique lagi kak, sementara hipster lebih sesuai untuk barang yang dipakai manusia langsung ke badannya 😄.

    Tapi rasanya 2023 nih tak terlalu trend lagi hipster. Tapi saya akui dulu sempat trend sangaat. Semua orang yang mengikuti mode and fashion berdandan macam hipster..lalu kafe2 pun banyak yg designnya ala hipster 😄

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.