assalamualaikum.
bulan ni bulan april merupakan bulan kesedaran tentang autisme. apa itu autisme? autisme adalah sejenis kecacatan perkembangan yang melibatkan fungsi otak. kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik SINI atau SINI. atau boleh search mana-mana artikel yang berkenan dihati untuk membacanya.
sebagai seorang makcik yang mempunyai seorang anak saudara autisme. ia telah memanggil aku untuk bercerita tentangnya. ingat lagi anak buah ku seorang yang bernama Hazem-chan? ya, aku pernah bercerita tentang diri dia didalam blog marhaen ini. setelah bertahun lamanya aku tidak menulis tentang Hazem. aduhai, kenapa skema betul ayat. haha.
Hazem yang rapat dengan aku. telah diagnosis sebagai kanak-kanak istimewa iaitu anak syurga. dia seorang kanak-kanak autisme. ya. memang berat tanggungjawab ini yang kami sekeluarga kena tempuhi. lagi-lagi kakak, yang mempunyai anak autisme seperti Hazem. dugaan demi dugaan. cabaran demi cabaran. mereka tidak faham tentang betapa susahnya hidup sebagai seorang autisme. apatah lagi ibu bapa yang menjaganya. kadang aku tak dapat nak bayangkan bila mana Hazem menjadi seorang dewasa kelak. adakah dia mendapat layanan yang baik dari orang sekelilingnya? okay, mata dah mula masuk habuk. huhu.
sejujurnya, aku betul-betul sayangkan Hazem. sebab aku yang menjaga Hazem sedari bayi sehingga sekarang. betapa aku amat menanti kehadirannya dalam hidup kami sekeluarga. maklumlah, aku anak bongsu yang amat menantikan seorang adik, tetapi Allah kurniakan seorang anak even cuma anak saudara. dan, kurniaan Allah itu. Dia kirimkan "hadiah" yang istimewa.
okay tak nak cerita lebih, di bulan april ini. moh ler support autism awareness month. jom tengok filem Redha. kompem meleleh ayaq mata. huhu. tapi masalahnya aku belum tengok lagi disebabkan kerja. mihmih.
MyLittleNote:: jujur lah aku menangis sebenarnya. haha. jya ne!
No comments:
Post a Comment
berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.