Tuesday, April 16, 2024

Selamat Hari Raya 1445H & Selamat Bekerja

Konnichiwa minna-san!


Harap semuanya selamat. Selamat hari raya, selamat bekerja, selamat bersekolah, selamat masuk kelas, selamat buat assignment, selamat jumpa bos, selamat jumpa client dan selamat semuanya! Hari biru ku bermula hari ini. Hari selasa. Semalam masih lagi berehat walaupun tidak kemana-mana raya ini. Raya tahun ni, nenek beraya dengan kami. Tinggalah aku, bapa dan nenek. Bak kata kakak, kami beraya tiga bujang 😆 adik beradik lain semua beraya rumah mentua masing-masing. Dulu sebelum PKP, kakak akan bergilir-gilir dengan abang. Tapi kini semuanya tidak lagi bergilir-gilir. Mujur kakchik dan Zaki rumah mentuanya dekat. Maka diorang balik malam raya pertama. 


Solat raya bersendirian. Nenek dah duduk dekat saf depan


Bila kita beraya dengan orang tua yang tak boleh nak kemana-mana ni, memang duduk rumah layan tetamu je. Tetamu nenek pun ramai. Saudara mara, anak-anak buah nenek, anak-anak buah arwah atok. Pakcik dan makcik serta sepupu sepapat. Maka OOTD memang tiada. Mood raya tu hilang entah ke mana. Raya tahun lepas galak betul jahit baju raya kemain banyak. HAHA.


Tahu-tahu dah bulan 4. Cepat je masa berlalu. Bulan 1 haritu, perjalanan terasa perlahan. Tengok nanti, tahu-tahu dah bulan 12. Azam tahun baru nak sentiasa update post baru pun dah kelaut. Azam korang tahun ni setakat ni macam mana? 


MyLittleNote:: ini cuma random post sahaja. HAHA, jya mata ne! 사랑해

7 comments:

  1. Jahit baju raya? Wah…pandai menjahit 👍🏽

    Mak akak pun dah tak boleh ke mana-mana, jadi kami bergilir ada yang pergi beraya dan ada yang tunggu rumah. Maka tak banyak tempat akak dapat pergi. Tapi takpelah, kita utamakan mana yang lebih utama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun lepas sebab dapat proses belajar menjahit, jadi banyak la baju terhasil dari pembelajaran itu. hehe

      benar, kita utamakan yang lebih utama. orang datang rumah pun dah terasa meriah & seronok walaupun penat melayan tetamu

      Delete
  2. bila ada orang tua di rumah, akn ramai sanak saudara dtg, biola org tua tiada, setiap thn tetamu semakin berkurangan dan lama2 tiada.. untuk adakan balik, pewrlu buat hari terbuka.. fenomena yg ldy rasai skrg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. tapi disebabkan adik beradik bapa saya masing2 beraya rumah masing2, jadi kami pun akan berkonvoi pergi ke rumah mereka.. :)

      Delete
  3. Salam.. dah lama betul Hanamiko Sakura x update blog kan... moh kembalikan mood menulis.. :D

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya aidilfitri! maaf zahir dan batin ya, meriah raya kalau ziarah menziarahi ni rumah family :D

    kann, cepat rasa masa berlalu, ni dah bulan may! dah mendekati pertengahan tahun 2024 :3

    ReplyDelete
  5. Sempat lagi nak wish ni. Selamat hari raya! Maaf zahir batin 🙏

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.