Friday, February 23, 2024

MBTI - 16 Personality

Konnichiwa!


pernah tak dengar atau baca tentang MBTI? selalunya terkenal dalam kalangan warga Korea Selatan. tapi kini agak terkenal juga dalam kalangan anak muda di Malaysia. 


Myers-Briggs Type Indicator - Pseudoscientific soal selidik yang menunjukkan jenis personaliti manusia yang berbeza.
Pseudoscientific - teori, andaian, dan kaedah yang salah dianggap sebagai saintifik.


ia mempunyai 4 kategori iaitu Introversion atau Extroversion, Sensing atau Intuition, Thinking atau Feeling dan Judging atau Perciving. bila buat ujian personaliti, campur tolak bagai terjadilah 16 personaliti daripada 4 kategori ini. taknak terang lebih lanjut mengenai MBTI ni, takut terjadi satu entry summary research paper 😭 (eii.. apani? taknakkk)


boleh cuba ambil ujian personaliti anda di sini https://www.16personalities.com/free-personality-test


dulu mula-mula kenal MBTI masa ikut usrah sewaktu belajar degree. kakak usrah tu kongsi link suruh buat. aku yang blur blur dungu pun buat la.. tapi aku tak ingat keputusan tu, yang pasti keluar orang berwarna hijau. 


(kredit: Discover Magazine)


setakat ni dah 3 kali aku ambil ujian ni. kali kedua ni aku betul-betul buat bacaan yang serius. keputusan aku tetap dalam golongan orang berwarna hijau. nampaknya Intuition dan Feeling aku terlampau kuat personaliti ni. hahaha.. kali ketiga aku buat masa interview kerja. interviewer tu suruh buat ujian ni sebab dia nak tahu personaliti kita macam mana supaya ada hubungan kimia yang baik dalam urusan kerja. hubungan kimia. haha. chemistry sudah 😂 keputusannya tetap tidak berubah. orang hijau je manjang.. 


ini lah keputusan personaliti seorang blogger bernama Hanamiko Sakura. 


Introverted - 66%
Intuitive - 61%
Feeling - 73%
Judging - 56%

Role: Diplomat
Strategy: Constant Improvement


celah mana diplomat 😂 kalau bercakap depan orang ramai jadi tumpuan pun terus rasa tak selesa. biasa la orang introvert ni tak suka jadi tumpuan. dia rasa bagus duduk belakang tabir je. tapi dalam keputusan itu semua ada je yang berkaitan dengan diri kita, ada juga yang tidak. nama pun andaian yang disalah anggap sebagai sainstifik. dengan ujian ni juga kita dapat kenal diri kita dengan lebih baik. daripada kita rasa, kenapa kita macam tu, kenapa kita macam ni.. 


dulu aku pernah persoalkan kenapa aku ni gugup sangat bila jadi tumpuan? padahal kita ni nak sampaikan idea kepada orang lain. kalau dah jadi gugup macam tu. idea kita tersangkut gitu je lerr. gigih betul nak ubah diri sendiri sampai ikut serta jadi komander. konon nak cabar diri jadi pemimpin yang berwibawa dan pandai berkata-kata serta nak orang faham apa yang kita ingin sampaikan. last-last sama macam tu juga. mana lah sikap keyakinan aku zaman sekolah rendah, siap berani masuk pertandingan syarahan dan sajak.. kalau tilawah & hafazan tu aku agak gugup sikit. hehe


MyLittleNote:: the best part of being an introverted girl with weird energy is.. kawan-kawan kebanyakan orang extrovert sebab diorang ni rajin adopt orang introvert. hehe. kongsikan MBTI korang. jya mata ne!

13 comments:

  1. Pertama kali tau benda ni. Maklumlah kita ni kategori remaja purba 😄

    Apa pun, okey je jadi orang introvert. Barulah seimbang dunia ni ada yang introvert, ada extrovert 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi MBTI ni sejak dari tahun 1917 oleh Briggs.. lupa nak masukkan fakta ni.. MB ni refer nama orang yang buat research ni. haha baca tak habis.. ampunn

      betul tu, baru seimbang dunia ni dengan personaliti manusia yang pelbagai ragam

      Delete
  2. hahahhahaha samaa lahhhh .. ahh nooo.. cuma saya peguambela entah celah mana hahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhhh ada geng! hahahahaha judging lebih tak ni??

      Delete
  3. dlu kami masuk kelas untuk kenal personaliti diri dan staff.. untuk pengambilan pekerja pun keputusan ini diambil kira.. semua staff perlu mengetahui warna diri untuk mudah kami agih2kan tugasan dan nak letakkan mereka di bahagian mana.. kalau admin perlu warna merah atau purple. penggerak kami perlukan orang hijau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menariknya! tak sangka orang purple boleh jadi admin.. kiranya saya orang hijau ni boleh duduk bahagian marketing/sales la?

      Delete
    2. org hijau boleh duduk kat sales tp xsesuai duduk di marketing kecuali dah berpegalaman jauh .. tp boleh try cume mungkin akan makan kos dulu sebelum mahir sebetulnye mahir.. org hijau perlu pemantau sebab dia suka redah dan cepat bertindak tanpa berfikir jauh kesan akibat.. hihi...

      Delete
    3. tetapi pengalaman mengatasi segalanya hanamiko :D..

      Delete
  4. i olls orang kaler purple hehe

    ReplyDelete
  5. Nak try juga test macam mana la personaliti kita ni.....

    ReplyDelete
  6. Teringin juga nak cuba. Semua ini betul-betul baru buat saya

    ReplyDelete
  7. Pertama kali tahu sebab tengok Running Man asyik sebut pasal personality ni. Memang terkenal di sana. Pernah juga try test dia, tak ingat dah apa sebab banyak sangat kan.

    ReplyDelete
  8. psst~ hapdet cepaaatt hehehe.. salam ramadhan :)

    ReplyDelete

berbudi, berbahasa, kemana pergi ingat sentiasa,
biar pun cantik, paras dan rupa,
akhlak mulia yang lebih utama,
budi bahasa dipelihara,
sopan santun dijaga.